Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 31 Julai 2012

Gempar..!!! : Gobalakrishnan dakwa Anwar Omegay buat pengubahan wang haram?

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah ‘raja’ kepada segala aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.

Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui ‘orang tengah’ telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik syarikat judi.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Gobalakrishnan berkata, semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu, sebanyak RM13.2 bilion wang dalam not RM500 dan RM1,000 telah dicetak.

Sehubungan itu, beliau menuntut Kementerian Kewangan menyiasat secara terperinci penglibatan Anwar dalam aktiviti tersebut dan berjanji akan membantu siasatan pihak berkuasa jika beliau diberi imuniti (kekebalan).

“Anwar ‘raja’ segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram di negara ini. Berbeg-beg wang dalam not RM500 dan RM1,000 diterbangkan ke Indonesia,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan Anwar terbabit dalam aktiviti pengaliran wang haram berjumlah RM888 bilion seperti yang dilaporkan oleh Integriti Kewangan Global (GFI).

Ini kerana, kata Gobalakrishan, Anwar adalah pengamal nepotisme dan kronisme tegar dan beliau percaya, duit tersebut jugalah diguna sewaktu ketua pembangkang itu ‘mengguling’ Allahyarham Tun Ghafar Baba dahulu.

Selain itu, beliau juga mendakwa Anwar bersama Azmin Ali (PKR-Gombak) mengarahkan agar dana RM50 juta untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan Felda di Selangor, dialirkan secara haram kepada pemimpin pembangkang.

Tidak cukup dengan semua pendedahan itu, bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin serta seorang ahli perniagaan berbangsa Cina melaburkan jutaan ringgit dalam syarikat modal, tanpa diketahui dari mana datangnya wang berkenaan.

Sementara itu, bimbang lebih banyak rahsia dalaman mereka ‘dilondehkan’, Azan Ismail (PKR- Indera Mahkota) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) cuba menghentikan Gobalakrishnan daripada terus membuat pendedahan.

“Padang Serai ini dah makan tengah hari ke belum? Saya kagum dengan keberanian Padang Serai tetapi setuju atau tidak sebelum persidangan setiap ahli Parlimen perlu menjalani ujian air kencing untuk dipastikan dia mabuk atau tidak,” kata Azan.

Kemudian Siti Mariah pula bangkit membantu: “Bila Padang Serai buat tuduhan, kenapa tak lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau berlaku salah guna, saya harap begitulah, tolong bawa kepada SPRM.”

Namun, percubaan Azan dan Siti Mariah itu gagal menghentikan tindakan berani Gobalakrishnan apabila beliau secara bersahaja dan sinis berkata: “Saya sudah makan tengah hari dan sekarang sedang makan PKR.”

Hahaha...Gobalakrisnan, kasi londeh sama Anwar. Sebelum ini Senator Ezam pun ada kata Omegay dah bahagikan wang kepada kroni-kroninya semasa beliau jadi Menteri Kewangan. Tak perlulah disebutkan nama mereka disini. Cukuplah kalau siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 30 Julai 2012

Anwar : Saya nak jadi Perdana Menteri, janganlah fitnah saya lagi...!!!


Begitulah keluhan seorang bekas banduan rasuah kuasa yang bernama Anwar a/k Ibrahim dalam roadshownya yang meroyan mahu menjadi Perdana Menteri selepas PRU ke-13 nanti!

Mungkin kerana tidak tahan dengan terjahan siang dan malam oleh para penyokong Umno dan BN, Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka.

Dengan nada untuk mendapat simpati ramai, Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk menilai. Tetapi bagaimana pula dengan sandiwara Anwar yang selama ini sudah banyak menipu rakyat Malaysia!

“Saya di penjara enam tahun akibat rasuah politik, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 3,000 penyokong di Seksyen 1, Wangsa Maju, malam baru-baru ini! Mungkin Anwar sudah lupa siapa yang memulakan politik wang di dalam UMNO sehingga beliau dapat menjatuhkan Tun Ghafar Baba? Berapa banyak wang yang telah dibelanjakan semata-mata untuk memegang tampuk kuasa dengan secara singkat! Satu jari menuding kepada orang lain, tetapi empat jari lagi menuding kearah diri sendiri! Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tetapi dia yang lebih! Menganggap diri terlampau bersih dari segala dosa, hakikatnya bontot penuh dengan najis! Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya. Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun. Jika tidak silap semasa Pilihan Raya Umum 2008 pun Anwar membuat janji yang sama iaitu untuk menurunkan harga minyak serta-merta jika berjaya menang dalam piliharaya namun segalanya hanya tinggal janji manis sahaja walaupun mereka memenangi lima negeri di semenanjung! Menurutnya, beliau juga turut memberi jaminan setelah menjadi Perdana Menteri, pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) akan turut diumumkan batal. Adalah lebih baik lakukan di UNISEL dahulu sebelum nak buat janji baru! Memang mudah untuk menabur janji setiap kali nak pilihanraya, tetapi apabila tidak dapat nak menunaikanya bermacam alasan pula yang diberi. Rasuah politik adalah satu amalan membabitkan mereka yang berkuasa memberi janji untuk mendapatkan sokongan agar keputusan pilihan raya memihak mereka tetapi gagal menunaikan janji-janji dibuat, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Lembu. Adakah Anwar lupa akan kata-kata Pengarah Strategi PKR yang telah menbuat kenyataan di sebuah akhbar baru-baru ini! Pada Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang membuat pelbagai janji kepada rakyat negeri ini melibatkan ekonomi dan sosial, namun akhirnya janji hanya tinggal janji. Selepas berkuasa sekali lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negeri ini apabila menabur janji-janji baru bagi menarik sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang. Janji-janji tersebut hanya sebagai 'perangkap' dan helah PKR bersama sekutunya, DAP dan Pas untuk mendapatkan undi tetapi bukannya berniat untuk melaksanakan janji-janji tersebut. Pada awal tahun ini Anwar ketika mengadakan ceramah di Meru, Klang, menyatakan bahawa PKR, DAP dan Pas kononnya akan menurunkan harga minyak serta-merta sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya dan beliau menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang. Selain menurunkan harga minyak, Anwar turut menabur janji-janji manisnya bahawa partinya itu akan menghapuskan kadar tol di lokasi laluan yang lama termasuk pelaksanaan gaji minimum pekerja sebanyak RM1,200 sebulan. Bukankah ini dinamakan rasuah politik? Apa sudah jadi dengan janji menyediakan perubatan percuma kepada rakyat Selangor berusia 65 tahun ke atas, sewa minimum premis perniagaan kepada belia yang berniaga serta penurunan cukai pintu masing-masing sebanyak 20 peratus bagi kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial? Itu antara janji yang kini dipandang sepi oleh pakatan pembangkang, banyak lagi janji mereka yang tidak ditunaikan meskipun sudah empat tahun mentadbir Selangor. Kini, mereka buat janji-janji lain pula untuk pilihan raya akan datang! Janji-janji Anwar dan parti pembangkang hanya bersifat bermusim dan mereka menampilkan sikap hipokrit apabila cukai pintu dan premis perniagaan difahamkan telah dinaikkan oleh kerajaan PKR negeri ini. Denda kelewatan bayaran cukai pintu dikatakan turut dinaikkan daripada RM2 sebelum ini kepada RM20.

Ini bukti kerajaan negeri hari ini telah menekan rakyat dengan cara menaikkan kadar cukai tersebut termasuk denda bagi mendapatkan hasil negeri. Ini satu pendekatan yang menyusahkan rakyat dan zalim.

Pada masa yang sama, kita persoalkan janji gaji minimum yang dibuat oleh Anwar sebanyak RM1,200 sebulan sedangkan sebelum ini, pakatan pembangkang menetapkan gaji minimum RM1,500 sebulan. Kita lihat janji mereka sebenarnya tidak jelas dan tidak konsisten.

Jadi kepada Rafizi, apakah pula penjelasan anda terhadap semua janji-janji politik yang telah dibuat oleh BOSS anda dan juga pemimpin Pakatan Rakyat Selangor samada sebelum ataupun sesudah berkuasa! Masih nak menegakkan benang yang basah! Bukankah ianya satu rasuah politik yang nyata!

Anwar boleh menipu ramai orang, tetapi Anwar tidak boleh menipu diri sendiri! Ingat Anwar, rakyat Malaysia tidak rela seorang 'bekas banduan' yang mempunyai 'selera misteri' untuk menjadi Perdana Menteri! Bertaubatlah sebelum terlambat..Fikir-fikirkan lah ya..!!!

Wasabi Oyabun..

Enam keluarga terima bantuan Tabung Budi!



Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) membantu menyambung bekalan air untuk enam lagi keluarga yang tidak berkemampuan di sekitar sini.

Tiga daripada penerima bantuan menerusi program Tabung Budi itu adalah peniaga makanan ringan, Samsiah Atan, 38,dari Taman Cempakasari, Batu 4, Jalan Kapar; ibu tunggal, Jamilah Kamis, 42, dari kampung Delek Kiri; dan peniaga pasar malam, Endy Ibrahim dari Kampung Teluk Gong, Pelabuhan Klang.

Turut menerima bantuan ialah Mazlan Nohya dari Jalan Perajurit Teluk Gong, Pelabuhan Klang; suri rumah, Azura Mohd. Idris dari Kampung Nelayan, Pelabuhan Klang dan penghantar surat, Shahrin Mohammad dari Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah.

Presiden Peka, Datuk Mohd. Yunus Mohd. Amin berkata, program kali ini melibatkan jumlah bantuan pembiayaan bil air berjumlah RM2,980.

"Kebanyakan penerima tidak mampu membayar bil air kerana masalah kewangan yang meruncing.

"Jadi selain membantu menyelesaikan bayaran bil yang tertunggak dan caj penyambungan, kita juga membantu membayar bil air mereka selama enam bulan dari tarikh serahan bantuan," kata beliau.

Beliau ditemui semasa penyerahan surat makluman bantuan di rumah salah seorang penerima bantuan di Jalan Kapar baru-baru ini.

Tambahnya, Peka turut menyumbangkan barangan makanan dan berharap sumbangan ini dapat membantu keluarga terlibat menyambut kedatangan Ramadan.

Sementara itu, salah seorang penerima, Samsiah berkata, bekalan air di rumahnya telah dipotong sejak Mei lalu dengan tunggakan bayaran bil air berjumlah RM162.19.

"Suami yang bekerja sebagai pemotong rumput dengan pendapatan RM800 dan saya membantu dengan menjalankan perniagaan makanan ringan di rumah dengan bagi menyara enam orang anak yang masih bersekolah.

"Anak kedua saya terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam kerana faktor kewangan keluarga kami yang tidak mengizinkan," katanya yang amat berterima kasih dengan sumbangan Ramadan yang diberikan.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 29 Julai 2012

MB Khalid sudah terdesak - Bukti krisis air benar berlaku?


Lori tangki yang menghantar air 'sumbangan kerajaan negeri Selangor' diletakkan di tepi jalan Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan semalam.

Sebuah lori tangki yang besar 'milik kerajaan negeri' telah dikesan menghantar bekalan air bersih ke sekitar kawasan ini hari ini.

Penduduk sudah tentu gembira dengan kehadiran lori tangki tersebut, tetapi mereka turut keliru kerana lori tangki berkenaan mempunyai 'iklan' yang menyatakan 'bekalan air itu adalah sumbangan kerajaan negeri Selangor'.

Pada 'iklan' untuk menguar-uarkan kebajikan yang dibuat oleh 'kerajaan negeri Selangor' itu turut terdapat logo MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) serta Jata Negeri.

Ini membuatkan penduduk di sekitar kawasan ini tertanya-tanya dengan sikap kerajaan negeri yang berkali-kali sebelum ini menegaskan Selangor tidak menghadapi krisis air.

Lori tangki itu dikesan menghantar bekalan air ke Taman Bukit Belimbing dan turut bergerak ke kawasan lain.

Bagaimanapun lori itu tidak dapat memasuki jalan taman perumahan kerana saiznya lebih sekali ganda lebih besar daripada lori tangki yang digunakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk menghantar air ke kawasan sama.

Seorang penduduk Taman Bukit Belimbing, Budiman Ibrahim, 33 berkata, lori tangki air yang dihantar oleh kerajaan negeri itu hanya menghantar bekalan air di satu kawasan sahaja.

"Saya pun tak pasti mengapa tiba-tiba kerajaan negeri nak bantu penduduk di sini sedangkan Syabas ada menghantar air.

"Saya berharap jika kerajaan benar-benar mahu membantu rakyat, tolong selesaikan masalah air ini dengan segera kerana kehidupan kami terjejas kerana ketiadaan air yang telah berlaku hampir dua bulan," ujarnya yang ditemui ketika sedang mendapatkan bekalan air daripada tangki air Syabas.


Sementara itu, Pengerusi MCA Taman Sungai Besi Indah, Ho Kok Siong berkata, jika kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tiada masalah air, mengapa mereka menghantar air ke kawasan tersebut.

"Malah, mereka juga dilihat seolah- olah mahu dianggap sebagai 'penyelamat' di atas krisis air yang berlaku.

"Terdapat kain rentang yang tertulis 'sumbangan kerajaan negeri' yang jelas menunjukkan mereka mahu dianggap sebagai wira.

"Bahkan, mereka juga sebenarnya tidak ikhlas dalam membantu penduduk di kawasan ini kerana lori diletakkan terlalu jauh sehingga penduduk terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan air," katanya, yang mendapat maklumat mengenai kehadiran lori berkenaan daripada penduduk.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Serdang, Fong Lam Sang berkata, kerajaan negeri hanya mempolitikkan isu air dan bukan benar-benar mahu membantu rakyat.

"Jika mereka kata tiada masalah air, mengapa mereka hantar lori tangki berkapasiti 22,000 gelen ke kawasan ini?.

"Mustahil mereka tidak nampak lori-lori tangki air milik Syabas telah menghantar bergelen-gelen air setiap hari di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air," ujarnya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 28 Julai 2012

MB ' wagamama' : Selangor tidak minat sertai Langat 2!



Menteri Besar 'wagamama' ataupun dalam bahasa Jepun bermakna MB yang 'pentingkan diri sendiri'! Mempolitikkan isu air tanpa mempedulikan masalah rakyat? Kerajaan negeri dikatakan tidak berminat mengambil bahagian dalam tawaran tender terbuka bagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 oleh Kerajaan Pusat sekiranya penstrukturan semula industri air Selangor tidak dilaksanakan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian untuk menolak pembinaan projek Langat 2 dan hanya akan mempertimbangkan itu sebagai pilihan.

Menurutnya, Kerajaan Pusat boleh meneruskan tender terbuka itu tetapi Kerajaan Pusat perlu mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Negeri dalam proses pelaksanaannya.

“Isu tersebut sudah dibincangkan. Kami hanya akan mempertimbangkan projek Langat 2 sebagai pilihan, dan jika Kerajaan Pusat bersetuju Kerajaan Negeri mengambil bertanggungjawab ke atas semua syarikat konsesi air.

“Ia tidak relevan bagi Kerajaan Negeri untuk mengambil bahagian dalam proses tender terbuka sekarang,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Pemberimilikan Tanah Kerajaan dan Notis 5A kepada Penduduk Kg Sungai Sireh Utama, Sungai Sireh Tambahan dan Sungai Sireh Tambahan Dua di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, adalah lebih baik Kerajaan Pusat duduk semeja dengan Kerajaan Negeri bagi membincangkan isu ini dan bukannya menyampaikan mesej melalui media sahaja.

Dalam pada itu, beliau menyelar kenyataan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bahawa Kerajaan Negeri memberikan maklumat tidak tepat mengenai isu air.

“Itu bukan maklumat saya tetapi maklumat itu diberikan oleh pakar profesional. Saya fikir kementerian hilang arah. Ia sepatutnya mempersoalkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan individu yang berpendapatan lebih daripada RM400,000 sebulan.


“Apa sahaja maklumat yang dikeluarkan Kerajaan Negeri mengenai isu air adalah berdasarkan daripada penemuan dan kajian sebenar yang dijalankan oleh profesional. Kerajaan Negeri tidak mempunyai motif tersembunyi dalam industri air,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengumumkan akan melaksanakan projek Langat 2 projek secara tender terbuka dan semua syarikat yang layak, termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri boleh menyertai tender tersebut apabila ia diiklankan.

Dalam kenyataan itu juga katanya, ia sekali gus menyangkal dakwaan Kerajaan Negeri bahawa pembinaan projek yang disifatkan terdesak itu bertujuan memastikan kroni Umno dan Barisan Nasional (BN) mendapat kontrak dan memperoleh keuntungan berganda.

Agak-agak berapa gaji MB Khalid 'Wagamama' ini semasa beliau menjadi Pengerusi Guthrie sehingga beliau boleh membeli saham sebanyak RM125 juta. Sebanyak RM65 juta dipinjam dari Bank Islam dan selebihnya dari sumber mana pun tidak diketahui?

Malah wang yang dipinjam dari Bank Islam pun liat nak dibayar balik sehingga beliau mahu 'menyaman' semula Bank Islam! Timbul pula persoalan mengapa kerajaan Selangor beria-ria benar mahu pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) dibuat oleh PKNS? Apakah ada udang disebalik batu! Fikir-fikirkan lah..!!!

Wasabi Oyabun..

Rabu, 25 Julai 2012

Krisis air : BN Selangor bidas kerajaan negeri!



Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini menyelar kerajaan negeri pimpinan PKR-DAP-PAS yang sehingga kini masih gagal mendedahkan pelan tindakan bagi menyelesaikan krisis bekalan air di negeri ini.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan Selangor masih terus berdolak dalih dan sengaja memanjangkan isu dengan menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai sasaran untuk mengelirukan rakyat berhubung isu air itu.

"Kita masih menanti sehingga hari ini apakah pelan yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri bagi menangani krisis air di Selangor malah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara terbuka mengakui tiada pelan khusus untuk menyelesaikan isu ini," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan pek berbuka puasa kepada orang ramai di Stesen Komuter Shah Alam di Seksyen 19 di sini hari ini.

Mohd Zin turut mempersoalkan mengapa kerajaan Selangor hanya menyerang Syabas berhubung isu air sedangkan syarikat lain seperti Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) yang turut bertanggungjawab merawat air langsung tidak dibangkitkan.


Beliau berkata kedua-dua syarikat itu adalah pembekal dan penyelia air terawat yang kemudiannya dibeli oleh Syabas sebelum disalurkan kepada pengguna.

"Jadi mengapa mereka serang Syabas? Jelas tindakan mereka bersifat politik sedangkan isu yang perlu diberikan perhatian ialah jumlah bekalan air terawat yang semakin berkurangan pada masa kini," katanya.

Mohd Zin turut mempersoalkan adakah tindakan kerajaan Selangor mahu mengambil alih Syabas dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

Semalam, Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor menolak cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syabas kerana kerana kerajaan negeri itu tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air.

Jawatankuasa itu memutuskan bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan diteruskan dan tawaran dibuka dalam tempoh sebulan akan datang.

Pada masa sama, Exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar pula menegaskan kerajaan negeri akan tetap meneruskan rancangannya untuk mengambil alih pengurusan air daripada Syabas.

Katanya kerajaan negeri juga bersedia mengadakan referendum untuk rakyat negeri itu membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah itu.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 24 Julai 2012

Isu air di Selangor - MKN perlu bertindak?


Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som menunjukkan paras bekalan air terawat yang sedikit ketika lawatan ke Tangki Imbangan air Hulu Langat ekoran beberapa kawasan di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air di Hulu Langat Cheras, awal tahun ini.

Rakyat Selangor perlu bersatu untuk menuntut kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh pakatan pembangkang menyegerakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 1 (Langat 2) di Semenyih.

Kuasa ada di tangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan Arahan Pembangunan (D.O) dan rakyat perlu mengingatkan kerajaan di bawah pakatan tersebut, bahawa kuasa itu datang dari mereka (rakyat) yang membuang undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang sudah empat tahun berlalu.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sendiri pada Julai tahun lalu meminta kerajaan negeri dan Persekutuan bekerjasama menangani masalah kemerosotan bekalan air yang semakin membimbangkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Presiden Fomca, N.Marimuthu pada masa itu dilaporkan berkata, jika sumber air yang ada tidak dipelihara mungkin kita akan mengalami masalah bekalan air lebih teruk dari 1998. Namun sehingga setahun berlalu, isu air di Lembah Klang telah menjadi bahan ugutan politik, dengan pihak yang perlu berunding, tuding-menuding jari dengan mengatakan masing-masing tidak mahu duduk berunding.

Dalam soal ini sudah jelas kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa mutlak untuk mengeluarkan D.O dan Kerajaan Persekutuan mengeluarkan bajet agar projek pengaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor dapat dilaksanakan. Justeru tuduh-menuduh hanya menyebabkan rakyat yang akan menjadi mangsa.

Menurut laman sesawang MKN dinyatakan bahawa, arahan MKN yang baru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan pada masa kini dan mendatang seperti ancaman bukan tradisional (non-traditional) antaranya hak asasi manusia, pemanasan global, ancaman ekonomi dan jenayah rentas sempadan. Bukankah mendapatkan bekalan air mencukupi sebahagian hak asasi manusia dan menyebabkan ancaman ekonomi?


Air adalah suatu keperluan yang amat penting untuk kelangsungan hidup manusia tak terkecuali bagi rakyat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Maka peranan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri amat dituntut untuk Projek Langat 2 disegerakan, dengan apa cara sekalipun waima dengan mengumumkan perintah darurat akibat kekurangan air bersih yang mengancam nyawa rakyat ke tiga-tiga lokasi terlibat.

Sekiranya MKN boleh bertindak untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kerana air terlebih melimpahi tebing hingga menenggelamkan rumah dan kilang-kilang, mengapa pula jika air semakin berkurangan, peranan MKN tidak boleh digerakkan untuk bertindak dalam kapasiti yang sama?

Kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendabik dada dengan subsidi air yang menggalakkan pembaziran air semakin berleluasa. Beliau juga dengan ego menguar-uarkan bekalan air masih mencukupi. Sedangkan air yang dimaksudkan beliau adalah air yang tidak terawat. Apa yang diperlukan adalah air mentah boleh dirawat.

Jika api di masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Namun air di masa bekalannya sedikit mahupun banyak tetap diperlukan. Dalam soal air, permintaan yang semakin meningkat menyebabkan air menjadi keperluan asas yang mendesak. Selangor khususnya amat memerlukan sumber air bagi menyokong bidang perkilangan terutama syarikat minuman air bergas.

Jika bekalan air semakin berkurang, ini bermakna banyak kilang baru dan lama tidak dapat beroperasi dan seterusnya peluang kerja untuk rakyat tempatan yang tamat belajar di institut kemahiran setiap tahun semakin tertutup.


Di negara ini, begitu banyak lulusan sekolah dan institut kemahiran seperti Sekolah Menengah Teknik, Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Kolej Komuniti yang memerlukan kerja dan ini termasuk anak-anak muda di Selangor yang gah sebagai negeri maju.

Justeru, pembinaan Projek Langat 2 berkapasiti 1,130 juta liter sehari yang merupakan komponen utama bagi projek Pemindahan Air dari Pahang ke Selangor perlu disegerakan pembinaannya. Jika tiada tekanan dikenakan terhadap pemilik tanah (kerajaan negeri Selangor) maka masalah pada masa depan bukan lagi masalah air untuk minuman tetapi air untuk menyediakan prasarana pekerjaan untuk anak-anak Selangor.

MKN perlu memainkan peranan membantu rakyat Selangor dengan membekalkan air bersih yang mencukupi dari luar negeri bergelar Darul Ehsan bila sampai masanya. Itu pun jika Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) gagal memberi tekanan kepada kerajaan Selangor yang terus berdolak-dalik dalam isu air mentah yang semakin berkurangan berbanding keperluan semasa dan pada masa depan.

Dalam keadaan ini, semua rakyat Selangor perlu bersatu menuntut kerajaan negeri menyegerakan D.O pembangunan Langat 2 sama ada dengan kempen tandatangan setiap sembilan daerah di negeri itu atau lebih baik lagi pada PRU-13, pangkah sahaja calon daripada parti yang boleh menyelesaikannya. Itu yang terbaik.-UMO

Wasabi Oyabun..

Isnin, 23 Julai 2012

Walaupun tak layak, Selangor tetap dengan keputusan ambil alih pengurusan air dari Syabas?



Selangor akan tetap meneruskan rancangannya untuk mengambil alih pengurusan air daripada syarikat konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata exconya Dr Xavier Jayakumar.

Untuk menamatkan krisis air antaran kerajaan pusat dan negeri, Dr Xavier berkata kerajaan negeri Pakatan juga bersedia mengadakan referendum di mana rakyat negeri itu boleh membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Kami bersedia jika perlu untuk mengadakan referendum di mana rakyat boleh mengundi dan mempunyai hak untuk bersuara sama ada menerima atau menolak niat kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas," katanya pada sidang media selepas melawat Loji Sg Semenyih Isnin.

Turut hadir, Pengurus Besar (Operasi) loji itu, Basar Ishak.

Bernama melaporkan Dr Xavier berkata loji itu yang dimiliki dan diuruskan oleh ABBAS (Konsortium ABBAS Sdn Bhd, 50 peratus dimiliki Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, kerajaan negeri Selangor) mempunyai kapasiti pengeluaran 546 juta liter sehari tetapi pada masa ini mengeluarkan 665 juta liter sehari.


Beliau berkata kerajaan negeri memohon RM225 juta daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan projek mitigasi air (menyediakan infrastruktur yang perlu)melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), tetapi kelulusannya masih belum diperoleh.

"Kerajaan Selangor bersedia mengeluarkan dana sendiri untuk melaksanakan projek mitigasi ini yang mana ia adalah di bawah tanggungjawab kerajaan pusat bagi memastikan rakyat Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi," katanya.

Katanya kerajaan negeri juga bersedia memperuntukkan perbelanjaan tambahan RM200 hingga RM300 juta untuk menaik taraf kemudahan itu menggunakan teknologi 'membrane water filter' untuk membekalkan air yang dirawat tanpa gangguan kepada bekalan sedia ada.

Dr Xavier berkata penstrukturan semula industri air di negeri itu harus disegerakan memandangkan Syabas, menurut beliau, gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.- Agendadaily

Wasabi Oyabun..

Ahad, 22 Julai 2012

Semua gara-gara MB degil - Dah jadi 'Macam filem Bujang Lapok' lah pulak!


PAIP di kaki lima premis perniagaan di Taman Juara Jaya, Cheras menjadi 'penyelamat' kepada sebahagian penduduk untuk membersihkan diri dan membasuh pakaian akibat ketiadaan air di rumah mereka.

Jika selama ini telatah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsudin ketika mandi pagi dalam Seniman Bujang Lapok menggeletek hati kita, ia mungkin menimbulkan kemarahan bagi penduduk Apartmen Juara Suria ketika ini.

Dalam filem itu, ketiga-tiga pelakon berkenaan terpaksa beratur panjang bersama-sama penduduk lain di sebuah penempatan rumah sewa semata-mata untuk mandi- walaupun mereka hanya mencuci muka.

Amalan penduduk di penempatan itu bersama-sama tiga watak utama itu kini dialami oleh penduduk Apartmen Jaya Suria. Semuanya gara-gara bekalan air yang sering terputus sejak beberapa minggu di daerah ini, termasuk di kawasan pangsapuri itu.

Tempat yang paling sibuk di kawasan pangsapuri itu ialah pondok pengawal terutama pada sebelah pagi apabila penduduk beratur panjang untuk menumpang mandi di situ.

Bukan itu sahaja, penduduk terpaksa mengerah keringat untuk mengangkut air dari tingkat bawah sehingga ke tingkat sembilan kerana bekalan air tidak sampai ke rumah mereka.


Ada antara mereka yang terpaksa meminta bantuan saudara-mara dan rakan-rakan untuk membantu mengangkut air kerana anak-anak masih kecil.

Seorang penduduk, Choy Leng Hong, 40, berkata, bekalan air ke rumahnya sudah terputus sejak tiga hari lalu dan ia benar-benar menganggu urusan mereka terutamanya untuk mandi dan memasak.

"Setiap pagi, saya akan turun ke pondok pengawal untuk menumpang mandi sebelum ke tempat kerja, tetapi keadaan itu susah juga kerana ramai yang mahu mandi," katanya kepada wartawan hari ini.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Azrin Abdullah, 57, pula menjangkakan keadaan akan bertambah sukar apabila umat Islam mula berpuasa hujung minggu ini.

"Malah, ketika mengadakan kenduri di rumah pada malam Jumaat lalu, bekalan air tiba-tiba terputus sehingga menyebabkan pinggan tidak dapat dicuci. Memang sakit hati dan geram pun ada ketika itu," katanya

Baginya, dia lebih risau jika bekalan air terputus berbanding gangguan terhadap bekalan elektrik.

Bagi A. Puspa, 43, yang tinggal di rumah kedai Taman Juara Jaya, dia sekeluarga terpaksa membasuh pakaian di kaki lima bangunan tersebut kerana air tidak sampai ke rumah.

"Kedai di sini tidak beroperasi, jadi kami boleh menggunakan paip air yang berada di bawah untuk mandi dan membasuh baju," katanya yang memberitahu bekalan air ke rumahnya sudah terputus selama sebulan.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 20 Julai 2012

Krisis air: NGO sifatkan Kerajaan Selangor keterlaluan!



Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM) menyifatkan tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) sebagai keterlaluan kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan rakyat di Selangor tetapi juga di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Presidennya, A. Prakash berkata, alasan kerajaan negeri untuk menstruktur semula industri air di negeri ini dan bercadang mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) juga tidak praktikal kerana ia tidak akan menyelesaikan krisis bekalan air terawat yang sedang berlaku.

"Kita (PKIM) berpandangan jika proses pengambilalihan Syabas berlaku, ia akan memakan masa yang lama. Akhirnya usaha untuk menangani krisis bekalan air terawat akan tertangguh.

"Lebih baik kerajaan negeri bekerjasama dengan syarikat itu ke arah peningkatan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada masa sama, Prakash turut mencabar kerajaan negeri mengemukakan pelan serta rancangan mereka berhubung cadangan mengambilalih pengurusan Syabas yang setakat ini belum dinyatakan oleh kerajaan negeri.

Jelasnya, pelan atau perancangan itu perlu kerana ia melibatkan kepentingan awam dan harus dikemukakan bersama-sama langkah kerajaan negeri untuk menangani krisis bekalan air terawat yang kini melanda Selangor.

"Rakyat Selangor mahukan pelan konkrit seperti projek pembinaan Langat 2 yang dijangka dapat mengatasi masalah bekalan air bersih yang dilaporkan sehingga 2025," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badrudin ketika dihubungi kesal dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah sengaja menyulitkan usaha menangani masalah bekalan air terawat di Lembah Klang dengan tidak membenarkan pembinaan Langat 2.

Katanya, krisis bekalan air terawat yang melanda kini sebenarnya mudah diselesaikan sekiranya kerajaan negeri meluluskan arahan pembangunan projek tersebut.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 19 Julai 2012

Krisis Air Lembah Kelang Berulang Kembali?



Sepertimana yang kita semua ketahui air adalah kehidupan dan tidak ada kehidupan yang boleh wujud tanpa air. Tanpa makanan manusia itu masih boleh bertahan, namun tanpa air tidak mungkin boleh.

Malangnya, walaupun kita sudah berkali-kali mengalami krisis air sedihnya seolah-olah kita tidak pernah mempelajari apa-apa dari insiden tersebut.

Laporan akhbar baru-baru ini melaporkan Selangor sudah mengalami krisis air lebih awal dari yang dijangkakan. Secara amnya yang dimaksudkan dengan krisis air adalah disebabkan oleh senario pembekalan dan permintaan air dengan kapasiti yang tidak dapat ditampung.

Ketika Sesi Penerangan Mengenai Isu-Isu Bekalan Air di Selangor di sini baru-baru ini, laporan terkini yang dikeluarkan dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), menunjukkan bekalan air terawat untuk Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur berada dalam keadaan kritikal, iaitu sebanyak 1.06%.

Sementara itu, kadar penggunaan pula meningkat kepada 4,324.79 JLH (Juta Liter Sehari). Pendek kata, rizab air sedia ada tidak mampu untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat hari ke hari.

Sejak El Nino yang melanda negara kita sekitar 1997/98, pihak kerajaan membuat pelbagai janji serta andaian untuk melaksanakan pelbagai langkah bagi menghadapi atau mengelak berlakunya lagi tekanan bencana El Nino pada masa akan datang.

Kerajaan amat mementingkan isu kekurangan air ini kerana ia akan memberi masalah kepada negara daripada segi perkembangan ekonomi dan kemajuan. Alasan yang biasa diberikan apabila isu ini berlaku ialah pertambahan penduduk dan pengguna industri komersial menyebabkan permintaan bekalan air bersih semakin meningkat.

Di samping sungai yang dipenuhi sampah sarap menjadi penghalang dalam memproses air terawat. Ironinya kita sering terlupa elemen tidak mensyukuri nikmat yang diberikan merupakan faktor utama kegagalan dalam menangani krisis air.

Buktinya, piawaian antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan setiap orang mendapat air sekurang-kurangnya 165 liter sehari. Namun kajian terbaru menunjukkan setiap rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 310 liter air sehari (LPD).

Jadi, secara purata rakyat Malaysia terlebih mengguna air sebanyak 145 liter sehari. Sebagai perbandingan, seorang penduduk Afrika puratanya mengguna hanya 50 liter seorang sehari, penduduk di India secara puratanya menggunakan kira-kira 100 liter seorang sehari.

Jiran kita Singapura, seorang rakyatnya menggunakan kira-kira 150 liter sehari. Apakah faktor pendorong kepada pembaziran yang melampau ini?

Hanya satu sahaja jawapannya, rakyat Malaysia tidak menganggap air sebagai satu barang berharga. Lihat sahaja ketika mengambil wuduk, berliter-liter air dibazirkan, sedangkan Islam sendiri mengajar umatnya untuk berjimat cermat.

Pengguna semula air hujan juga masih lagi gagal untuk kita laksanakan. Sepuluh tahun lalu ketika saya menyiapkan tesis PhD saya telah mencadangkan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mewajibkan pelaksanaan pembinaan pagar yang boleh menyimpan air hujan yang boleh digunakan untuk menyiram pokok tanaman mahupun boleh digunakan untuk membasuh kereta.

Malangnya usul ini dipandang sepi, mungkin sekarang waktu yang paling sesuai untuk KPKT untuk memikirkan kembali akan cadangan tersebut.

Ingin juga saya suarakan kaedah yang digunakan oleh negara-negara maju dalam mengawal selia pengurusan air. Australia sebagai contohnya mengamalkan konsep pengharaman membasuh kereta di premis persendirian serta penggunaan air terawat dalam menyiram tanaman dikuatkuasakan ketika musim kemarau.

Penyiraman ke atas tanaman hanya boleh menggunakan air hujan ataupun air yang telah diguna pakai, manakala membasuh kereta hanya boleh dilakukan di kedai-kedai tertentu sahaja.

Begitulah ketatnya kawalan yang dikenakan oleh Kerajaan Australia - iaitu terdapat kawalan terhadap jumlah air yang digunakan untuk setiap rumah bergantung pada jumlah penghuninya.

Malah setiap rumah digalakkan mempunyai satu tangki menyimpan air hujan untuk kegunaan harian. Kerajaan Australia pernah memberi insentif tertentu kepada isi rumah yang mengamalkan kaedah ini.

Ramai orang bercakap tentang betapa tenatnya alam yang kita diami kini, namun berapa ramai di antara kita yang betul-betul walk their talk, atau hanya sekadar retorik.

Sejauh mana pula peranan yang dimainkan oleh badan-badan tertentu sebagai kuasa pendesak terhadap kerajaan. Dan sejauh mana pula kerajaan begitu prihatin dalam menangani isu ini.

Namun berapa ramai di antara kita yang menghargai hakikat bahawa air bukan sekadar komoditi tetapi sumber kehidupan yang amat penting, justeru ia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja.

Dari Kyoto hingga Copahengen kita bersidang, namun apakah impak yang kita hasilkan? Hakikatnya air kita masih lagi tiris.

Oleh : DR. AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI (UUM)

Wasabi Oyabun..

Selasa, 17 Julai 2012

Syabas sangkal dakwaan MB Selangor?


Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syabas, V.Subramaniam menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor berhubung pengurusan air syarikat itu pada sidang akhbar di sini hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyangkal dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa syarikat itu tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi.

"Ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali," kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikalnya, V. Subramaniam pada sidang media khas di sini hari ini.

Semalam, Khalid mengumumkan cadangan pengambilalihan syarikat air berkenaan bagi menangani krisis air di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, yang pengurusan sistemnya didakwa mempunyai unsur “keraguan".


Subramaniam berkata krisis bekalan air yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan, yang berpunca daripada keengganan kerajaan Selangor mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Loji Langat 2.

"Ia juga berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri tersebut untuk mewartakan perlarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi," katanya.

Subramaniam juga berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor yang mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah, adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Sebenarnya isu kekurangan bekalan air merujuk kepada air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Khalid itu mengarahkan pembekuan perbelanjaan modal Syabas, dan ini turut membantutkan usaha syarikat itu untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil.

Subaramaniam berkata perkara itu telah dimaklumkan melalui sembilan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sejak dua tahun lepas.

"Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah, kerajaan negeri yang menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan, turut dimaklumkan menerusi wakilnya mengenai kedudukan bekalan air yang kritikal, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan Selangor sehingga kini," tambahnya.

Pada masa yang sama, Subramaniam menjelaskan kegagalan kerajaan Selangor untuk mewartakan perlarasan tarif, telah menyebabkan tanggungan tertunggak Syabas kepada operator loji rawatan air.

Wasabi Oyabun..

Krisis 'dalaman' Nurul Izzah dan PapaGomo tiada kesudahan..kah..kah..kah..?



Soalan cepu emas dari Nurul Izzah : ‘Mengapa tiada tindakan ke atas Papagomo’?

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil terhadap pengendali blogger pro-Umno termasuk Papagomo yang menurutnya menyebarkan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama ini.

Beliau berkata ini bukanlah kali pertama penyebaran fitnah dilakukan, namun masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

“Tambahan pula Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada laporan yang diterima setakat ini," katanya kepada media selepas menghadairi jamuan teh di sini petang ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai diminta mengulas laporan blog yang menyebut kononnya seorang lagi siswa membuat laporan polis di kawasan utara kerana diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Nurul Izzah berkata, sampai bila pimpinan PR termasuk bapanya, Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan terus dituduh dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas.

“Awak tahu siapa dia, sampai terpaksa dijemput oleh Kementerian Pertahanan untuk membuat lawatan dan masuk ke dalam kapal selam.

“Kerajaan wajib melakukan sesuatu secepat mungin dan tidak membiarkan perkara seperti itu berlarutan. Jika tidak nampak sangat blogger seperti ini digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang pimpinan pembangkang," katanya.

Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau menganggap dirinya sebagai askar dan akan patuh kepada arahan parti.

“Jika mereka arah saya bertanding, saya akan bertanding. Jika tidak, saya akan patuh apa sahaja keputusannya," katanya.

Ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai atau beralih kepada Dewan Undangan negeri (Dun), beliau berkata, tunggulah keputusannya nanti.

“Tak payah tanya banyak-banyaklah. Mari kita makan durian," katanya.

Nurul Izzah boleh memberi pelbagai alasan bagi menutup segala salah laku yang telah dilakukan oleh 'Papa hebat'nya, namun persoalannya adalah adakah Nurul Izzah sudah takut dengan 'skandal terbaru' yang bakal terbongkar tidak lama lagi...Selepas makan durian, mungkin Nurul boleh ikuti pesanan dari PapaGomo di sini ya..!!!

Nasihat Oyabun terhadap Anwar adalah ...'Bersara dan Bertaubatlah'...pintu taubat masih terbuka...!!! Baca di sini.

Buat Nurul Izzah...'sampai bila nak tegakkan benang yang basah'..? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua! Hanya masa yang menentukannya..!!!

Wasabi Oyabun..

BN: MB Selangor gagal, Syabas tiada pilihan!



Kegagalan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor, menyebabkan catuan bekalan air mula dilaksanakan di beberapa tempat di Lembah Klang.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana catuan air yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.

"Dalam hal ini, Syabas tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air untuk mengatasi gangguan bekalan air berikutan kadar rizab yang rendah di Selangor.

"Oleh itu, beliau (Abdul Khalid) tidak patut menyimpang daripada isu pokok dan menipu rakyat Selangor dengan berkata bekalan air masih mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Bukit Changgang, dekat sini hari ini.


Mohd Zin berkata, kekurangan bekalan air akan berlaku selagi kerajaan negeri tidak menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 peratus atau pada kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 peratus.

"Kadar penimbal yang mencukupi perlu ada untuk menangani keadaan naik turun bekalan pada musim panas," katanya.

Mohd Zin berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan bahawa Syabas akan memohon kebenaran untuk memulakan catuan bekalan air dengan serta-merta di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan kekurangan bekalan air yang semakin serius.

Ruslan dilaporkan berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang mengalami krisis air apabila paras rizab di 34 loji rawatan menurun kepada purata dua peratus, jauh di bawah 'paras selamat' sekurang-kurangnya 20 peratus.


Mohd Zin berkata, lebih 30 peratus panggilan yang diterima hotline yang dikendalikan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) adalah berkaitan isu air yang dihadapi mereka yang tinggal di kawasan berbukit.

PDK berkenaan, yang menempatkan 32 orang kurang upaya berusia antara tiga bulan dan 40 tahun, mula beroperasi pada 2003 dengan peruntukan awal RM100,000.

Pada majlis itu, Mohd Zin, yang juga Ahli Perlimen Sepang, mengumumkan pemberian peruntukan RM50,000 kepada PDK berkenaan untuk membiayai kerja pembesaran bangunannya. - Bernama

Wasabi Oyabun..

Ahad, 15 Julai 2012

MB Khalid Saudagar Mimpi Guna Jampi Isu Air Selangor!



Kurang sebelas bulan dari sekarang kerajaan baru akan memerintah Malaysia. Ini bermakna kini sudah masuk musim pilihanraya di mana setiap pihak yang berhajat memerintah akan membuat pelbagai ikrar dan janji untuk meyakinkan pengundi bahawa mereka paling layak diberi amanah mengurus negara.

Ini juga bermakna sudah tiba musim menguji kematangan pemilih. Apakah mereka mudah termakan ikrar dan janji ahli politik atau langsung hilang selera mengambil bahagian dalam proses pemilihan wakil-wakil rakyat. Ini semua banyak bergantung pada mutu maklumat yang mereka terima.

Menjelang pilihanraya umum, pelbagai idea dan tawaran dibuat pada rakyat. Ada yang munasabah dan banyak juga hampir mustahil dilaksanakan. Ada yang sekadar menanam tebu di pinggir bibir untuk memaniskan janji politik masing-masing.

Ini masanya untuk rakyat menyemak rekod prestasi parti-parti yang bertanding serta mutu perkhidmatan wakil-wakil parti yang dipilih sebelum ini. Misalnya, jika krisis kekurangan bekalan air terawat akan berlaku pada 2014, adakah sempat untuk kerajaan Selangor menanganinya dalam tempoh kurang dua tahun?


Soal bekalan air tidak begitu sukar ditangani. Bak kata Menteri Besar Selangor, TanSri Khalid Ibrahim, ia boleh diperolehi daripada tasik air terbesar di Semenanjug iaitu Tasik Kenyir. Entah bila kerajaan Terengganu berunding dengan beliau dan pada kadar mana pembelian dipersetujui, tidak pula beliau nyatakan.

Jawapan dan penjelasan Khalid memang amat simplistik. Dapatkan air dari Terengganu dan bina loji rawatan air sendiri. Kosnya lebih rendah daripada melaksanakan projek Loji Langat 2 untuk mendapat bekalan air dari Pahang dan bina Loji rawatan air baru.

Khalid berani berkata demikian kerana dia mahu menaikkan semangat dan keyakinan penyokong khasnya dan rakyat Selangor, amnya. Beliau Menteri Besar serba tahu. Dia orang korporat. Dia percaya dia ada formula untuk berniaga masa depan dengan kualiti hidup rakyat.

Pendekatan Khalid ialah mentaliti seorang penjudi. Dalam permainan pakau misalnya, seseorang itu harus berani memberi gambaran dia mempunyai daun terup kemenangan. Dia harus beri gambaran dia yakin kerana memiliki daun keramat boleh menang. Dia berharap keyakinan yang dipamerkan akan menggentarkan saingan.

Itu memang tabiat dan silat politik Khalid. Gertak menggertak dan menggerunkan musuh. Cuma kali ini taktik ini sudah mudah dibaca rakyat jelata. Dulu sebaik sahaja memegang jawatan Menteri Besar, Khalid cuba melebarkan sayap dan kemahiran korporatnya dengan mengumumkan projek RM 10 bilion untuk merawat Sungai Kelang untuk jadi paksi ekonomi baru bagi Selangor.


Hampas. Hampir tamat pemerintahannya, tiada apa pun dilakukan untuk Sungai Kelang terutama dalam mengotakan janji mewujudkan berpuluh ribu pekerjaan baru. Bayangkan beliau berani mengacah kesetiaan rakyat Selangor dengan projek berbilion ringgit. Rizab negeri sepanjang empat tahun pemerintahannya tidak sampai dua bilion ringgit.

Memang dasar orang korporat yang kurang integriti. Amat mudah menabur janji. Walau dia tahu itu tidak akan dipenuhi. Sebelum menjaja mimpi Sungai Kelang akan boleh dibuat mandi, Khalid dan partinya memberi pengakuan bahawa jika menang di Selangor, setiap keluarga nelayan dan petani akan dipastikan memperolehi pendapatan minimum RM 1,200 sebulan.

Sampai hari ini tiada skim khususpun dilancarkan untuk menjadikan janji itu satu kenyataan. Kononnya dengan menggunakan konsep mengagihkan ekonomi negeri secara adil kepada setiap rakyat dari saat kelahiran sampai kematian, kerajaan pimpinannya akan menyediakan sandaran kewangan di setiap peringkat kehidupan.

Setelah ditertawakan oleh umum betapa janji untuk membantu membiayai warga Selangor di peringkat Taska dan Tadika dalam debat Khairy-Rafizi barulah kerajaan Selangor mengumumkan akan membayar RM50 sebulan bagi setiap rakyat berusia 5 dan 6 tahun. Itupun untuk 3,000 warga cilik Selangor yang terpilih sahaja.


Bila ditanya mengapa pada tahun kelima pemerintahan baru mahu menunaikan janji, Khalid tanpa segan silu menyatakan bahawa setiap perbelanjaan wang rakyat mesti dibuat dengan teliti. Bunyi macam ikhlas tetapi hakikatnya, peruntukan 4 tahun untuk kira-kira 20,000 pelajar Taska setahun sudah disorokkan hanya untuk mempamerkan rekod rizab negeri ada RM 2 bilion. Memang dasar orang korporat – kejuruteraan kewangan.

Kini Khalid menjual mimpi baru. Kehebatannya mengurus soal air negeri dan Lembah Kelang akan menyaksikan tarif air lebih rendah dan bekalan yang cukup dan menanam keyakinan pelabur akan terus berniaga di Selangor. Hakikatnya, lebih 30,000 peluang pekerjaan di Selangor lebur kerana penanam modal khuatir Selangor kekurangan air selepas 24 bulan kerana Khalid cuba bermain poker dengan masa depan rakyat Selangor.

Memang itu sahaja modal Khalid. Air digunakan sebagai jampi untuk memukau rakyat Selangor supaya tidak Nampak betapa air Sungai Kelang masih kotor dan bukan dia yang akan menyelesaikan isu air terawat di Selangor.

Lepas pilihanraya dia mungkin tidak lagi jadi Menteri Besar. Masalah itu adalah beban orang lain. Yang penting Khalid mahu kelihatan tangkas memberi alasan dan jawapan kepada masalah rakyat jelata. Menjelang pilihanraya, Khalid cuba menganyam mimpi baru – berasaskan air lagi. Kali ini untuk bina loji rawatan air. Pun dia tahu bukan dia yang akan melaksanakan formula mimpinya.-AP









Wasabi Oyabun

Adakah hatinya terluka...!!!



Agak musykil mengapa Ng Phaik Kheng iaitu bekas pembantu Lim Guan Eng yang dikaitkan menjalin hubungan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, terus berdiam. Wartawan pernah berpeluang mengasak Phaik Kheng dengan pelbagai soalan tetapi beliau tetap enggan mengulas.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa. Mungkin Phaik Kheng keliru atau jauh hati kerana beberapa sebab. Antaranya terpaksa berpindah daripada pejabat Ketua Menteri atas masalah tertentu, yang beliau sahaja tahu. Sudah tidak lagi sebumbung.

Kita percaya Phaik Kheng seorang wanita yang baik dan tidak mahu bercakap sesuatu yang melanggar prinsip kebenaran. Sehingga semalam, beliau tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada mengesahkan atau menafikannya


Selagi beliau membisu selagi itu banyak persoalan tidak berjawab. Antaranya benarkah Phaik Kheng menjalin hubungan dengan Guan Eng, benarkah Guan Eng dicederakan isterinya, Betty Chew Gek Cheng sehingga dahi bertampal plaster dan benarkah Betty mengkasari Phaik Kheng, semuanya seperti dilaporkan menerusi blog.

Isu tersebut menjadi lebih panas selepas ADUN BN (MCA), Gan Tian Loo bertanyakan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, baru-baru ini. Bagaimanapun Guan Eng dan Betty Chew memanggil sidang akhbar bersama dalam keadaan kedua-duanya kelihatan tidak mesra bagi menafikan cerita sebegitu.

Memandangkan isu tersebut menjadi perhatian ramai, kita setuju dengan gesaan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan agar Betty Chew dan Phaik Kheng tampil mengadakan sidang akhbar bersama.

Jika kedua-dua wanita itu kekok, Guan Eng boleh duduk di tengah-tengah mereka. Persoalannya apakah Betty Chew dan Phaik Kheng bersedia berbuat demikian? Nampak seakan mudah tetapi sekiranya menyentuh soal perasaan dan apatah lagi cinta, pasti lebih sukar. Lebih-lebih lagi jika ada hati yang terluka.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 14 Julai 2012

Kerajaan SELANGOR, P.PINANG tak pernah beri tanah untuk bina sekolah?



Kerajaan Persekutuan terpaksa memberikan tanah miliknya untuk pembinaan sekolah di Selangor dan Pulau Pinang berikutan dua negeri pembangkang itu tidak memberikan tanah mereka untuk tujuan itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zakarshi.

Malah, beliau mendakwa kerajaan kedua-dua negeri mengubah tanah-tanah disedia untuk pembinaan sekolah bagi tujuan komersil seperti kawasan perindustrian.

"Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak serius dalam soal pendidikan.

Mereka langsung tak beri tapak tanah untuk buat sekolah...sekelumit tanah pun tak ada.

"Kerajaan Pusat terpaksa mengorbankan beberapa tanah miliknya untuk dibina sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina bagi memastikan kemudahan sekolah di kedua-dua negeri itu mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani di sini hari ini.

Wasabi Oyabun...

Khamis, 12 Julai 2012

Khalid kena jawab isu Talam kepada rakyat?



Kredibiliti kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tercalar apabila Datuk Chua Tee Yong, Ketua Biro Muda Profesional MCA mendakwa wujud penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion membabitkan RM392 juta bagi menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) dan pembelian 'penuh tanda tanya' ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta.

Tee Yong turut mendedahkan Kerajaan Negeri Selangor membeli tanah pajakan milik Talam dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran dan keadaan tanah tersebut mempunyai komplikasi tanah iaitu berada di bawah air dan kawasan simpanan hutan.

Dalam satu sidang media, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed turut membangkitkan persoalan dan menuntut laporan terperinci pembelian aset dan transaksi tanah tersebut. Ini termasuklah harga pembelian, asas pembelian dan status tanah. Juga yang dibangkitkan ialah status agensi kerajaan negeri, adakah sudah atau belum menerima pembayaran hutang. Jika pihak Universiti Selangor (Unisel) sudah menerima pembayaran hutang, maka isu penjualan aset Unisel tidak timbul lagi.

Isu Kerajaan Selangor dan Talam menimbulkan keresahan pihak awam, apabila rakyat mempersoalkan mengapa Talam yang menjadi pilihan Kerajaan Negeri Selangor. Apabila DAP-PKR-Pas mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor, mereka telah membuat keputusan pada 2009 untuk mengambil alih hutang Talam kepada subsidiari Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn. Bhd. (PIYSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Rakyat mula mempersoalkan apakah rasional Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) meminjam RM392 juta untuk mengambil alih hutang? Bukankah jumlah tersebut sewajarnya diperuntukkan kepada manfaat lain berbanding untuk menyelamatkan (bailout) Talam? Menyelamatkan sebuah syarikat adalah perkara yang kerap kali dikritik oleh pemimpin PKR-Pas-DAP terhadap penyelamatan Indah Water, MAS dan Transit Aliran Ringan (Putra/ Star)? Siapakah sebenarnya yang mendapat manfaat daripada penstrukturan ini. Adakah pembelian hutang merupakan keutamaan kerajaan negeri berbanding perkara-perkara lain?


Umumnya mengetahui Talam menerusi subsidiari milik penuhnya, Maxisegar Sdn Bhd (MSSB) telah menandatangani kontrak dengan Kerajaan Selangor untuk membiayai dan membina semula kampus utama UNISEL di tanah seluas 572.16 ekar di Bestari Jaya dengan kos keseluruhan pembangunan sebanyak RM750 juta. Namun MSSB gagal menyudahkan bahagian akhir projek Unisel kerana tidak dapat memenuhi syarat kewangan untuk menampung kos pembangunan berjumlah sekitar RM134 juta (Laporan Tahunan Talam 2009).

Talam juga syarikat berstatus PN17, dilabel mempunyai masalah kewangan. Pada tahun 2010 mereka mahu mengurangkan hutang daripada RM3 bilion kepada RM300 juta dan mahu mengurangkan 3,000 ekar tanah daripada jumlah penuh 7,000 ekar.

Kerajaan Selangor melalui apa yang mereka sebut round tipping mengambil alih hutang ini melalui subsidiari mereka. Syarikat Perindustrian Selangor (SIC) menjadi entiti khas membayar hutang Talam kepada kerajaan negeri. SIC membuat pinjaman sebanyak RM392 juta daripada CIMB dan menjual hutang kepada MBI, badan pelaburan kerajaan negeri.

Oleh kerana Bajet 2009 Selangor tidak memperuntukkan jumlah RM392 juta, mesyuarat Exco Selangor pada 2 November 2009 telah meluluskan geran daripada kerajaan negeri kepada MBI untuk membeli hutang SIC.

Rakyat merasa sangat terkejut apabila Khalid memutuskan untuk menyaman MCA terhadap dakwaan penyelewengan RM1 bilion dan beliau tidak akan membuat apa-apa ulasan demi tidak mengganggu proses perundangan. Tentunya rakyat menilai tindakan ini sebagai usaha untuk menutup mulut pelbagai pihak daripada terus mempersoalkan dakwaan tersebut.

Keadaan ini juga menggambarkan sikap kerajaan yang 'cakap tak serupa bikin' yang sering melaungkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diamalkan ke atas pentadbiran mereka.

Apakah sebenarnya kemahuan rakyat? Jika satu pihak membuat dakwaan, maka satu pihak lagi perlu menjawab dan memperjelaskannya. Kerajaan negeri sepatutnya menjawab setiap persoalan membabitkan dakwaan itu, bukannya mengambil tindakan saman yang seolah-olah tidak mahu ada pihak mempersoalkan tindakan tersebut.


Jika kerajaan negeri mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban, mereka sepatutnya mendedahkan butiran terperinci mengenai transaksi pengambil alihan hutang dan aset syarikat tersebut sebagai menjawab segala dakwaan serta persoalan yang dilemparkan mengenai isu tersebut kepada rakyat negeri ini.

Isu ini bukan soal peribadi antara pemimpin dengan pemimpin. Ia adalah isu yang memerlukan jawapan daripada pemimpin tertinggi kerajaan negeri kepada rakyat. Rakyat menunggu jawapan dari kerajaan negeri terhadap dakwaan tersebut. Jika kerajaan negeri merasakan dakwaan itu tidak benar, kenapa mereka harus takut, dedahkan sahaja butiran mengenai perkara itu biar rakyat Selangor mengetahuinya dan menilainya.

Rakyat patut tahu apa yang berlaku di pentadbiran Kerajaan Selangor. Mengurus negeri bukan seperti mengurus syarikat peribadi. Semoga 'Darul Ehsan' ini tidak ditadbir dengan cacamarba. Kertas Putih berkaitan isu ini yang dijanjikan juga tidak didedahkan sehingga kini.

RM1 bilion bukan jumlah yang sedikit. Jika diberikan kepada mereka yang layak menerima BR1M, 2 juta rakyat akan mendapat manfaat tersebut.-UMO

Wasabi Oyabun..

Rabu, 11 Julai 2012

1000 Ekar Tanah PKNS Di Taman Sains Selangor 2 Pula Dirampas Oleh Rejim Khalid Gagap?



Isu tanah telah melingkari Rejim Khalid Gagap sejak mula mereka mengambil tampuk kuasa. Kenaikan cukai tanah yang menggila di kawasan terpilih seperti di Tanjung Karang cukup untuk membuktikan ada percaturan tertentu, sedangkan kawasan Sekinchan pula mendapat faedah “kebajikan” ala DAP dengan cukai yang cukup rendah.

Strategi ini dinoktahkan dengan peringatan “Tanah Anda Akan Dirampas Sekiranya Gagal Membayar Cukai Selama 5 Tahun”.

Berita yang terbaru diterima oleh penulis ialah kerajaan negeri dikhabarkan dalam percubaan untuk “merampas” sebidang tanah berkeluasan kira-kira 1000 ekar di Selangor Science Park 2 di Sepang, yang terletak berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya.

Alasan yang dimaklumkan kepada penulis ialah kerajaan negeri telah mengenakan “Additional Premium” ke atas PKNS, sungguhpun pembayaran “First Premium” telah diselesaikan. Butiran selanjutnya akan diberikan kelak, sebaik sahaja menerima maklumat penuh.

Apa yang menghairankan penulis ialah bagaimana sebuah kerajaan negeri, bertindak untuk mengambil tanah milik anak syarikat negeri, atau GLC nya sendiri? Apa motif disebalik perkara ini?

Sungguhpun masih gagal menyelesaikan “Additional Premium”, bukankah PKNS dibawah kuasa kerajaan negeri? Lupakan soal tolak ansur, kerana cara mentadbir korporat yang kejam dan keparat telah menyebabkan pelbagai kejadian urustadbir “luar biasa” yang berlaku, menyebabkan penjualan aset-aset penting negeri.

Penulis melihat perkara ini sebagai satu lagi strategi untuk menghalalkan tanah berkenaan dipindahmilik, samada dalam bentuk penjualan, atau usahasama. Ia sekadar satu prosedur, dengan “rampasan” menjadi motif utamanya.

Apakah “Additional Premium” sengaja dikenakan bagi membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa PKNS gagal membayarnya, maka tanah tersebut boleh dirampas?

PKNS, seperti yang dimaklumkan, memohon penangguhan pembayaran “Additional Premium” berkenaan, mungkin disebabkan masalah kewangan. Tentu sahaja PKNS nanti, apabila PKNS tidak mampu membayar, maka tidak lagi memiliki tanah berkenaan. Dan selepas ini, dan siapa pula akan mendapat faedah pindahmilik seterusnya?

Apakah strategi tersirat, sehingga membawa kepada kekejaman ini, sekiranya benar? Apakah pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku ke atas PKNS menyebabkan harta rakyat ini perlu dikeluarkan dari audit PKNS, atau pengetahuan umum?

Apa yang lebih membimbangkan, sebanyak RM300 juta telah dibelanjakan oleh PKNS untuk membangunkan kawasan berkenaan, yang dijangka menjadi kawasan tempat tinggal mewah.

Sekadar ingin membawa pembaca ke satu lagi persoalan, apakah tanah yang dimiliki oleh anak syarikat negeri, ingin pula dirampas oleh kerajaan negeri, hanya kerana tanah tersebut memberi faedah kepada bumiputera?

Untung benarlah kroni-kroni mereka, kerana bakal memiliki sebidang tanah yang telah dimajukan dengan kos sebesar itu. “Cuci kaki”.

Berdoalah agar “rampasan” tanah ini tidak berlaku.

Sumber : Selangor Daily

Wasabi Oyabun..

Selasa, 10 Julai 2012

Rakyat serbu SUK bantah pentadbiran kerajaan Regim MB Khalid?



SHAH ALAM: Kira-kira 500 orang mengadakan demonstrasi aman di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini, bagi membantah pentadbiran regim Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa membenarkan penyelewengan berleluasa. Bantahan tersebut yang bermula berkumpul di Dataran Shah Alam adalah anjuran NGO, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Antara rasa tidak puas hati mereka, termasuk dakwaan salah tadbir urus melibatkan Universiti Industri Selangor (Unisel), Yayasan Selangor dan kemelut padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.


Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke bangunan SUK bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera “Kami Benci Pakatan Rakyat”.

Demonstrasi ini turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO lain yang turut menyertainya. Antaranya, adalah Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia, Waris Malaya, Belia 4B, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan juga beberapa kumpulan pendesak India yang mendakwa masyarakat itu terus dipinggirkan mendapati mereka berang kerana mendakwa Abdul Khalid mengetepikan nasib kaum tersebut.


Sambil melaungkan “Khalid Bodoh” mereka mengegarkan pagar SUK dan melemparkan air botol minuman ke dalam kawasan SUK. Turut hadir pada demonstrasi ini adalah ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus dan ADUN Kuala Kubu Baharu, Wong Kun Mun.

Kumpulan itu bersurai apabila pada jam 11.36 pagi, ketuanya dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada wakil pejabat menteri besar.

Wasabi Oyabun

Tuntut RM1juta, Penjelasan MB Khalid?



Sebanyak enam peniaga yang beroperasi di Restoran Look Out Point Western Food Sdn. Bhd. hari ini menuntut ganti rugi lebih RM1 juta daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berikutan penutupan restoran itu dan pusat rekreasi di Menara Tinjau Hulu Langat di Bukit Ampang pada awal tahun lalu.

Wakil peniaga, E. Manuel berkata, tuntutan itu meliputi bayaran sewa para peniaga berjumlah kira-kira RM35,000 sebulan kepada kerajaan negeri melalui Pinang Harmoni Kembara Sdn. Bhd. selama enam tahun sejak 2006 hingga Januari lalu.

Beliau menjelaskan, selama enam tahun kumpulan peniaga terlibat dibenarkan berniaga di kawasan berbukit itu, namun secara tiba-tiba kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyatakan bahawa ia tidak selamat kerana tiada sijil layak menduduki (CF).

“Jika benar kawasan itu tiada CF, kenapa selama enam tahun kami dibenarkan berniaga di atas bukit itu. Adakah mereka tidak pernah membuat ‘kerja rumah’ mengenai keadaan di situ sebelum membenarkan kami menyewa kedai? Bagaimana pula dengan duit sewa yang kami bayar setiap bulan?

“Kami mahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab isu ini secara terperinci. Kami perlukan jawapan. Kami berharap tidak dijadikan sebagai mangsa politik di Selangor," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom.


Seorang lagi peniaga, Norhayati Khairuddin berkata, lebih membuatkan para peniaga kecewa apabila mendapati barangan serta perabot yang ditinggalkan di restoran berkenaan hilang setelah pusat rekreasi itu ditutup oleh pihak MPKj.

“Kami dimaklumkan bahawa MPKj terpaksa memperuntukkan sejumlah wang bagi meletakkan pegawai keselamatan di Menara Tinjau itu, tetapi bagaimana barangan kami boleh hilang? Siapa yang ingin bertanggungjawab ke atas kerosakan dan kehilangan aset kami?

“Tindakan Kerajaan PKR Selangor yang secara tiba-tiba mengarahkan kami menutup perniagaan membuatkan peniaga mengalami kerugian besar. Justeru kami minta Menteri Besar tampil menyelesaikan isu ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Ali yang hadir memberi sokongan kepada pihak peniaga menggesa kerajaan Selangor untuk tampil menjawab persoalan pihak peniaga yang terpinga-pinga kerana tidak dimaklumkan situasi sebenar.

Seharusnya, kata beliau, Abdul Khalid turun padang bagi melihat kawasan Menara Tinjau yang ditinggalkan tanpa penyeliaan sedangkan pusat rekreasi tersebut amat bersesuaian untuk orang ramai datang beriadah bersama keluarga.

“Kami berharap selain Menteri Besar, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu juga bertanggungjawab ke atas nasib peniaga di sini. Adalah lebih baik mengadakan perbincangan dengan para peniaga," katanya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 9 Julai 2012

Selcat Gagal - Persoalan Padang PKNS Masih Tak Terjawab?



Persoalan mengenai siapa individu yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya pindaan zon padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SS7 Kelana Jaya dekat sini dibuat masih belum terjawab.

Ini kerana pendengaran Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengenai padang tersebut yang berakhir hari ini gagal mencari punca sebenar bagaimana zon di mana padang berkenaan terletak boleh dipinda walaupun selepas ia diwartakan.

Sebaliknya, pendengaran Selcat yang berlangsung kira-kira empat jam itu lebih berkisar kepada perkara sama dibincangkan seperti sesi diadakan sebelum ini iaitu pada 27 dan 28 Jun lalu.

Pendengaran kali ini juga seolah-olah hanya mahu mencari kesalahan pegawai di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) semata-mata tanpa mahu menyelidik secara mendalam tentang kenyataan yang mengaitkan nama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengeluarkan arahan supaya pindaan zon itu dilakukan seperti yang dinyatakan pada sesi sebelum ini.


Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ, Faiwos Abd. Hamid mengakui beliau dan pegawai dalam unitnya bertanggungjawab melakukan pindaan zon pada kawasan tersebut tetapi memberi alasan ia dilaksanakan mengikut arahan kepadanya.

Beliau berkata, pihaknya hanya melakukan pindaan fizikal ke atas zon di kawasan tersebut selepas menerima arahan daripada bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Noraini Roslan yang merupakan ketuanya ketika itu.

"Saya dan unit saya (dalam MBPJ) ada membuat pindaan tersebut tetapi ia dilakukan selepas menerima arahan pihak atasan," katanya.

Beliau adalah salah seorang saksi yang dipanggil memberi keterangan kepada Selcat di Dewan Annexe, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Selain Faiwos dan Noraini, turut hadir memberi keterangan ialah Timbalan Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Zain Azly Abd. Rahman, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (JPBDS), Mohd. Zaki Ibrahim.

Mereka dipanggil memberi keterangan kepada panel Selcat yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Teng Chang Khim.


Panel Selcat lain yang hadir pada pendengaran tersebut ialah Timbalan Speaker DUN, Haniza Mohamed Talha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dan ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Dalam pada itu, Noraini menafikan ada mengeluarkan arahan kepada Faiwos agar melakukan pindaan zon tersebut sebaliknya hanya membenarkan beberapa pindaan asas dibuat seperti dipersetujui dalam satu mesyuarat yang diadakan secara bersama.

"Saya membenarkan beberapa pindaan dasar itu dibuat kerana mengikut pemahaman saya, ia perlu dilakukan tetapi ia tidak spesifik kepada padang PKNS sahaja sebaliknya melibatkan keseluruhan maklumat di dalam RTPJ2 (Rancangan Tempatan Petaling Jaya).

"Bagaimanapun, saya mengakui yang arahan pindaan itu dibuat tanpa merujuk peruntukan undang-undang terlebih dahulu sebaliknya hanya dibuat berdasarkan amalan biasa yang diamalkan sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas pendengaran tersebut, Chang Khim berkata, beliau dan barisan panelnya di dalam Selcat akan berbincang dan membuat rumusan mengenai sesi kali ini sebelum mencadangkan beberapa perkara penambahbaikan kepada kerajaan negeri.

Wasabi Oyabun..

Ronnie Liu Salahkan UMNO-BN Kerana Tak Gantikan Lori Kompaktor Lama?



Ini satu lagi cerita biol yang dijaja oleh Ronnie Liu! Masih nak salahkan UMNO-BN kerana tidak menggantikan kompaktor lama dengan yang baru. Mangkok hayun punya YB, dah tak tahu menari nak kata lantai jongkang jongkit pula. Sudahlah tidak dapat selesaikan masalah sampah di Selangor dengan baik, lepas itu nak salahkan orang pulak?

Wei Ronnie Liu, semasa BN memerintah tiada pula masalah sampah macam sekarang. Semua kerja-kerja mengutip sampah diserahkan kepada Alam Flora dan bukannya kepada kroni-kroni sepertimana yang dilakukan sekarang.

Itu hari sudah beli 50 buah lori kompaktor berapa banyak lu dapat komisyen Ronnie Liu. Beli lori dari negeri China pulak tu. Ada fikirka pasal maintenance nanti? Spare part senang dapat ka atau apabila lori itu rosak, simpan saja dalam store atau worksyop! Satu lori 5% saja cukuplah, berapa banyak lu boleh dapat Ronnie Liu?

Ini mau tambah beli 50 buah lagi, ai yaaa..gua kaya lo...!!!

Diberitakan Kerajaan Selangor akan membeli 50 lagi lori kompaktor sampah bagi menganti lori yang usang dan rosak agar sistem kutipan sampah di seluruh negeri dapat terus diperkasakan kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu Tian Khiew.

“Kompaktor yang akan dibeli itu sebagai tambahan kepada 50 buah kompaktor yang sudah dibeli baru-baru ini oleh syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB),” katanya semasa menjawab soalan dari Dr Shafie Abu Bakar (Bangi-Pas).

Jelasnya, pembelian kompaktor baru itu terpaksa dibeli kerana sejak 13 tahun lalu, pentadbiran Umno-BN tak pernah mengantikan kompaktor yang lama.

Ronnie juga membidas Yap Ee Wah (Sungai Pelek-BN) kerana bertanya mengapa kerajaan negeri membeli kompaktor baru.

“Saya tidak faham kenapa sampai sekarang tidak faham. Kalau awak mahu semua kontraktor ada kompaktor, awak tahu berapa harganya?

“Kalau kita buat macam itu maksudnya hanya orang kaya saja boleh jadi kontraktor. Kenapa dulu Alam Flora pun buat sedemikian?

Ronnie menambah aduan mengenai sampah sudah berkurangan sejak pihak berkuasa tempatan mengambilalih sistem kutipan secara penuh pada Mac 2012.

Jelasnya, tindakan daripada beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya Yayasan Amal turut membantu PBT dalam memantau kutipan di kawasan setempat daripada sebarang aktiviti berunsur sabotaj.

“Masalah itu (kutipan) dapat diatasi walaupun terdapat unsur-unsur sabotaj daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghalang lori serta mengancam pekerja untuk menggagalkan kerja-kerja kutipan sampah di negeri ini.

“Selain itu, tindakan melonggokkan sampah juga dilakukan sejurus selepas kutipan rutin dilakukan oleh pihak kontraktor untuk tatapan media,” katanya.

Benarkah aduan sampah sudah berkurangan? Turun kawasan sikit la Ronnie Liu. Lu pergi Batu Caves, lu pergi Bangi, lu pergi tengok dekat Kelang..apa cerita! Sampai bila mau tipu ha Ronnie Liu. Lu ingat rakyat banyak bodoh macam lu ka bodoh..sendiri mau ingat la wei..!!!

Wasabi Oyabun..