Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 28 Oktober 2010

PANAS!!!!!...PAS ditipu - Zul Noordin dedah perjanjian rahsia DAP, PKR!!!

Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP begitu rapat sehingga wujud satu perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara kedua-dua parti itu yang tidak diketahui oleh Pas.

Perkara itu didedahkan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim/Bandar Baharu) yang berkata, melalui perjanjian rahsia itu DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

“Sebenarnya di antara kepimpinan DAP dan PKR, yang membuatkan mereka jadi rapat sebab adanya perjanjian sulit yang Pas sendiri tidak tahu.

“Jika pakatan pembangkang menang dan ambil alih kerajaan Persekutuan, DAP akan diberi kuasa autonomi di Pulau Pinang,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata, sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum, wakil DAP akan dilantik menjadi menteri besar di negeri-negeri yang dimenanginya sementara calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak jika mereka menang.

Menurutnya, perkara itu sememangnya sudah dirancang kedua-dua parti itu bagi memastikan DAP mendominasi pakatan pembangkang. Zulkifli bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaannya itu kerana masa perbahasannya sudah tamat.

Di harap dengan pembongkaran oleh YB Zulkifli ini dapat membuka mata ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang taksub dengan pakatan " Haram " iaitu Pakatan Rakyat yang sehingga kini masih belum didaftarkan lagi!

Wasabi oyabun..

Selasa, 26 Oktober 2010

Tahan sahaja passport Anwar Ibrahim !

1. Ketika mana Menteri-menteri pergi ke luar negara untuk menarik pelabur untuk berdagang di Malaysia, ketika itu juga Anwar membazirkan berpuluhan ribu ringgit Malaysia untuk menarik kuasa luar untuk menghancurkan negara.

2. Ketika mana kerajaan Malaysia membuat polisi dan dasar ekonomi yang menguntungkan segenap lapisan lapisan masyarakat di negara ini, ketika itu juga Anwar ke luar negara mengecam tindakan tersebut dan seakan mengarahkan kuasa luar untuk terus mendesak kerana mempunyai polisi negara yang kononnya traditional dan tidak baik untuk dunia.

3. Ketika mana negara mengukuhkan sistem kehakiman, ketika itu Anwar mendesak kuasa luar untuk campur tangan dalam kes liwatnya kerana dilihat tidak berlaku adil. Pemerhati antarabangsa yang mempunyai agenda tersendiri pasti melihat kes ini dengan penuh prejudis. Pemerhati ini pasti akan menjadikan kes liwat ini sebagai satu kes dalam perlindungan hak asasi manusia yang perlu dilindungi. Jikalau perlu dilindungi, maka Malaysia berhadapan dengan kes antarabangsa.

4. Ketika mana negara ini ingin mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia di bawah naungan Satu Malaysia, ketika itu juga Anwar sebagai pemecah belah umat Islam mengaitkan dengan konsep One Israel daripada Apco World Wide. Sedangkan kesatuan umat itu merupakan satu suruhan Allah supaya umat Islam bersatu sepertimana dalam ayat al-quran " Waltakum minkum ummataw wahidah" bermaksud "Hendaklah daripada kamu menjadi umat yang SATU". Anwar sebenarnya mahu negara ini porak poranda, hancur dan berkelahi sesama sendiri. Apabila hal ini berlaku, memudahkan lagi kemasukan kuasa besar untuk menguasai khazanah negara.

Oleh yang demikian, satu desakan perlu diambil berat supaya passport Anwar ditahan serta merta. Hal ini kerana ada peluang untuk Anwar ke luar negara untuk berbincang dengan teman-teman Yahudi yang berfahaman Neo-Con dalam menjalankan agendanya yang kotor ke dalam negara Malaysia. Hal ini juga kerana wujudnya Anwar melawat ke luar negara akan menaikkan tarafnya sebagai tokoh politik berkaliber yang kononnya dizalimi oleh pemerintah rejim jahat Malaysia. Padahal hakikatnya Anwar merupakan tokoh penghancur kepada keharmonian negara Malaysia.

Sejak adanya Anwar, negara hancur. Kelembapan ekonomi berlaku kerana ketidakstabilan politik yang dimainkan oleh Anwar. Keharmonian kaum dalam sosial juga terganggu disebabkan Anwar memainkan sentiman perkauman yang kuat. Malah isu agama dalam polemik isu kalimah Allah yang disokong oleh Anwar membawa kepada kebakaran gereja, pelemparan cat ke masjid dan sebagainya.

Wujudnya Anwar sebenarnya telah merosakkan ekonomi, politik, sosial dan agama negara. Keempat-empatnya iaitu ekonomi, politik, sosial dan agama adalah instrument yang paling penting untuk membangun multi-bangsa di Malaysia ini. (-AIDCclub )

Wasabi Oyabun..

AIR SELANGOR : PEMBOHONGAN PAKATAN SELANGOR DIBONGKAR!

(BACA DAN EDAR) memahami kronologi isu air ini akhirnya akan mendedahkan kelemahan corak pentadbiran kerajaan negeri selangor mengawal dan mentadbir urus isu air..semuanya mahu dipolitikkan..!!!

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, hari ini, menyifatkan Kerajaan Pakatan di Selangor tidak ubah seperti beruk mendapat bunga apabila berkuasa sejak tiga tahun lalu.

Menurut Mohamad Khir, tindakan kerajaan negeri Selangor enggan membenarkan loji rawatan air di Hulu Selangor dibina oleh kerajaan Persekutuan seperti mana dalam pelan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor sebagai keterlaluan dan boleh menyebabkan kos meningkat berkali ganda kepada kerajaan Persekutuan.

Menurut bekas Menteri Besar Selangor itu, kerajaan Selangor tidak menguruskan isu air dengan betul apabila mengaitkan isu penstrukturan semula air dan kenaikan tarif air dengan pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat.

Dalam tulisan terbaru beliau berjudul “Sokong Penstrukturan Semula Air Selangor” di dalam blognya mengkritik kerajaan negeri Selangor, ” Bagaimana kerajaan negeri ingin bermain logik mengugut kerajaan Persekutuan sedangkan mereka “bergaduh” dengan sebuah syarikat berstatus berhad yang mereka sendiri ada 30% saham?

Bolehkah kita yang rasional menerima sikap kerajaan negeri yang menangguhkan kelulusan pembinaan loji kerana mereka gagal mengambil alih sebuah syarikat? Wajarkah projek yang bernilai berbilion ringgit ini dijadikan taruhan dan menyebabkan kerajaan Persekutuan perlu berbelanja lebih, yang tentunya membabitkan wang rakyat?

“ Alasan kenaikan tarif air ini hanyalah sandiwara kerajaan negeri kerana syarat-syarat sedia ada sudah cukup menjaga kepentingan pengguna. Seperti yang saya jelaskan tadi, tarif air tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan panel penilai yang dianggotai oleh kerajaan negeri, persekutuan dan wakil Syabas. ”

Adakah krisis air di lembah Klang akan berulang kembali!!!

Terima kasih : GAP

Wasabi Oyabun..

Ahad, 17 Oktober 2010

Gelombang ke-2 SSDE : Ahli PKR, Pas digesa henti sokong Anwar!

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor menggesa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas supaya berhenti memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan hari ke hari semakin jelas kepincangan peribadi yang dilakukan oleh Penasihat PKR tersebut.

''Atas nama Allah dan akidah Islam saya seru mereka supaya meninggalkan Anwar.

''Tidak perlu lagi menyokong beliau berikutan semakin banyak bukti mengenai perlakuan beliau yang memungkinkan beliau tidak layak disokong sebagai pemimpin,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya di sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah di majlis itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Satim Diman, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan penceramah bebas, Rosdi Long.

Mohamad Ezam berkata, dua laporan polis yang dibuat oleh dua pembantu Anwar baru-baru ini sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak layak disokong sebagai pemimpin.

''Saya tidak tahu apa lagi yang pemimpin dan ahli PKR serta Pas tunggu, semuanya sudah jelas bukan sahaja melalui laporan polis berkenaan malahan keterangan oleh doktor pakar di mahkamah dalam perbicaraan kes liwat Anwar telah memberi petunjuk yang jelas siapa Anwar sebenarnya,'' katanya.

Ezam juga membidas, tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert Adam Lambert yang dikatakan gay tetapi menyokong Anwar sebagai salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.

''Dengan pelbagai bukti yang semakin jelas mengenai perlakuan Anwar, kalau mereka mempunyai prinsip Pas, perlu menangguhkan dulu sebarang hubungan dan kerjasama dengan Anwar kerana ia membabitkan persoalan akidah sebagai seorang Islam,'' katanya.

DET : Terima kasih untuk photo.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 16 Oktober 2010

Gelombang ke-2 SSDE : Tuduhan liwat - Ezam cabar pemimpin Pas jumpa Saiful!

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor mencabar pemimpin Pas mengadakan perjumpaan dengan bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi mendengar penjelasan berhubung tuduhan liwat.

Beliau berkata, usaha itu penting supaya pemimpin Pas mendapat gambaran lebih jelas terhadap tuduhan berkenaan dan bukannya hanya mendengar daripada pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.

Tambahnya, sebagai parti yang menjadikan ajaran Islam sebagai paksi perjuangan maka pertemuan dengan Mohd. Saiful sepatutnya menjadi satu kewajipan kepada pemimpin tersebut kerana ia sejajar dengan konsep keadilan yang diamalkan dalam ajaran Islam.

Namun apa yang berlaku, jelas beliau, kebanyakan pemimpin termasuk ahli Pas sendiri dilihat cuba menyebarkan persepsi serta fitnah berkaitan tuduhan liwat itu termasuk melabelkan kononnya sebagai konspirasi dan permainan politik.

Paling mendukacitakan katanya, ada pemimpin parti itu turut membuat tuduhan bahawa kes itu ada kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Orang Pas sudah berjumpa Mohd. Saiful atau belum? Mereka tidak berjumpa pun untuk mendengar daripada pihak Mohd. Saiful mengenai tuduhan liwat itu.

''Sebaliknya, mereka mempertahankan Anwar dan membuat pelbagai tohmahan dengan mengatakan tuduhan itu sebagai konspirasi, fitnah dan permainan politik UMNO.

''Saya cabar pemimpin Pas supaya berjumpa dengan Mohd. Saiful dan mendengar cerita daripada pihaknya atas dasar dan prinsip keadilan. Mohd. Saiful itu manusia, bukan binatang. Dia ada hak untuk mendapatkan keadilan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Padang Awam Taman Subang Perdana di sini malam tadi.

Turut hadir pada program itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman; Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Ir. Bushro Mat Johor; Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Lokman Nor Adam dan bekas Yang Dipertua Pas Gombak, Ahmad Najib Yusuf.

Dalam pada itu, Mohamad Satim turut menyelar sikap pemimpin Pas kerana sanggup membelakangkan agama untuk mencapai matlamat politik mereka.

Sikap sedemikian, katanya, jelas menunjukkan pemimpin parti itu cuba menggunakan surau dan masjid di negeri ini untuk tujuan politik seperti membenarkan seorang pemimpin DAP yang bukan Islam memasuki ruang solat di Kajang, sebelum ini.

Selain Pas, beliau dalam masa yang sama turut mendakwa sekutu parti itu, DAP sebagai punca sebenar pergeseran antara kaum di negeri ini.

''MCA tahu akan tata susila melibatkan orang Melayu dan beragama Islam. Malah, mereka juga tahu bagaimana menjaga hati seorang kawan daripada kaum lain termasuk juga MIC.

''Tetapi, DAP tidak tahu, mereka tidak tahu jaga hati orang lain serta enggan bertolak ansur," tegasnya.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 14 Oktober 2010

Kes Liwat II : Saiful dakwa diliwat tanpa kondom!

Seorang pakar patologi forensik hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memaklumkan dia telah diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi dan dikenali ramai dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan dengan kali terakhir pada 26 Jun 2008.

Dr. Siew Sheue Feng, 40, dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga memberitahu, dalam kejadian liwat itu, tiada kondom digunakan tetapi ada bahan pelincir digunakan.

''Saya tanya sama ada berlaku sebarang penetrasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada berlaku ejakulasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada sebarang paksaan digunakan dan dia jawab tiada,'' katanya.

Beliau berkata demikian selaku saksi pendakwa ketiga ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Perbicaraan masuk hari ke-23 hari ini.

Sheue Feng turut memaklumkan jumlah kejadian liwat berlaku dalam tempoh dua bulan itu seperti yang diberitahu oleh pengadu kepadanya tetapi keterangan tersebut telah dikeluarkan daripada nota prosiding selepas dibantah oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh.

Saksi itu berkata, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu perkara tersebut sewaktu pemeriksaan dijalankan ke atasnya di bilik Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), HKL pada 9.30 malam, 28 Jun 2008.

Menurutnya, pemeriksaan tersebut dilakukan olehnya bersama-sama Pakar Bedah Am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan Pakar Unit Kecemasan HKL ketika itu, Dr. Khairul Nizam Hassan.

Kata beliau, sebelum pemeriksaan dimulakan, mereka bertiga telah berbincang tentang pembahagian tugas masing-masing selepas diberi taklimat ringkas oleh seorang pegawai polis yang bertugas.

Menurutnya, Khairul Nizam ditugaskan untuk memeriksa kecederaan di badan pengadu manakala Mohd. Razali mengendalikan pemeriksaan di bahagian dubur dan beliau pula berperanan mengendalikan pemeriksaan forensik.

Kata saksi tersebut, sebelum pemeriksaan dijalankan, mereka telah mendapatkan kebenaran daripada Mohd. Saiful Bukhari untuk membuat pemeriksaan dan mengambil gambar badan serta bahagian sulitnya selain mengumpulkan spesimen daripada badan dan bahagian tersebut.

Sheue Feng memberitahu, Khairul Nizam dengan menggunakan calitan kapas kemudian mengambil spesimen di beberapa bahagian badan pengadu termasuk di bawah lidah dan puting manakala Mohd. Razali mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Menurut beliau, kesemua sampel yang diterimanya kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik yang telah dinyah kuman sebelum dilabel dan dimeterai selain ditandatangani olehnya dan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurutnya lagi, spesimen-spesimen tersebut kemudian diserahkan kepada pegawai polis, Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira pada pukul 12.25 tengah malam, 29 Jun 2008 untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Berdasarkan laporan perubatan yang dibuat secara bersama oleh ketiga-tiga doktor itu, beliau berkata, mereka membuat kesimpulan bahawa siasatan awal menunjukkan tiada berlakunya penetrasi di dubur dan tiada kesan-kesan kecederaan di badan pengadu.

Mereka juga merumuskan bahawa terdapat kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki pada empat calitan kapas terhadap spesimen yang diambil daripada pengadu.

Bagaimanapun, jelas Sheue Feng, kesimpulan awal itu dibuat kerana mereka tidak boleh membuat interpretasi tanpa mengetahui kedudukan spesimen-spesimen yang diambil seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia.

Selepas ditunjukkan oleh Nordin laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani di sekitar dubur, saksi itu memutuskan bahawa berlakunya penetrasi seksual.

NORDIN: Dengan mengetahui kedudukan sampel dan kewujudan air mani daripada bahagian rektum atas, apa kesimpulan kamu?

SHEUE FENG: Terdapat bukti penetrasi, seksual penetrasi.

NORDIN: Boleh kamu membuat kesimpulan terdapat penetrasi pada dubur?

SHEUE FENG: Ya.

NORDIN: Dengan mengenal pasti kehadiran air mani dan sejarah kejadian, adakah ia konsisten dengan penetrasi dubur?

SHEUE FENG: Ya.

Sambil meminta saksi merujuk kepada laporan perubatan yang menyatakan tiada penetrasi berlaku disebabkan ketiadaan kecederaan klinikal, Nordin kemudian bertanya sama ada ini bermakna tidak ada langsung berlaku penetrasi.

''Tidak,'' jawab saksi berkenaan.

NORDIN: Bolehkan penetrasi berlaku tanpa menyebabkan sebarang kecederaan?

SHEUE FENG: Ya.

NORDIN: Dalam keadaan bagaimana ia boleh berlaku?

SHEUE FENG: Ia termasuk melengah-lengahkan pemeriksaan doktor, penggunaan bahan pelincir, semasa perbuatan itu tiada paksaan, tentangan; ini semua boleh menyebabkan kepada tiada penemuan klinikal berhubung kecederaan.

Sementara itu : Terdapat parut di bahagian belakang Saiful

Terdapat beberapa kesan parut lama ditemui di bahagian belakang badan bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parut-parut yang berbentuk garisan itu ditemui di bahagian kiri, kanan dan tengah belakang badan dan berbentuk garisan (linear).

Kesan-kesan itu ditemui oleh pakar perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya, Dr. Khairul Nizam Hassan, 40, sewaktu memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Terdahulu ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, saksi pendakwa keempat itu menyatakan, beliau ditugaskan untuk memeriksa bahagian luaran badan mangsa selepas perbincangan dengan dua lagi doktor.

Doktor-doktor tersebut ialah pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng dan pakar bedah am hospital itu, Dr. Mohd. Razali Ibrahim.

''Bagi mengelakkan ada bahagian yang tertinggal, saya memulakan pemeriksaan dari kepala hingga ke hujung kaki.

''Pemeriksaan saya buat selepas menjelaskan kepada Mohd. Saiful Bukhari mengenai pemeriksaan yang akan dilakukan dan mendapatkan persetujuannya,'' katanya yang merupakan individu pertama memeriksa mangsa.

Selain daripada pemeriksaan luaran, Khairul Nizam turut mengambil sampel darah untuk ujian toksikologi, alkohol dan penyakit berjangkit serta beberapa calitan kapas di bahagian puting dan bawah lidah sebelum diserahkan kepada Sheue Feng.

Pada prosiding hari ini, saksi itu turut berkongsi pandangan dengan pakar patologi itu bahawa penetrasi pada dubur boleh berlaku tanpa menyebabkan kecederaan.

Beliau turut menjelaskan, selain penggunaan bahan pelincir dan tiada paksaan, jarak masa antara seseorang itu diliwat dan diperiksa oleh doktor juga boleh menyebabkan kesan luka tidak lagi kelihatan.

Pada ketika ini, kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang asyik membuat komen secara langsung mulai diam.

Selesai saksi itu memberi keterangan, peguam bela utama Anwar, Karpal Singh memohon agar pemeriksaan balas ketiga-tiga doktor pakar itu dilakukan pada prosiding akan datang yang dijadualkan pada 25 Oktober ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan tersebut.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pada awal prosiding hari ini, Karpal turut memaklumkan kepada mahkamah berhubung permohonan pasukan pembelaan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap dua individu yang membuat laporan polis berkaitan kes itu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan berkata, pihaknya mengambil berat tentang hal itu dan hanya mengetahuinya selepas ia diterbitkan oleh pihak akhbar.

Hakim Mohamad Zabidin kemudian menyatakan bahawa pada peringkat ini, mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa dan bertanya sama ada sebarang permohonan bertulis telah dibuat.

''Ya, kami akan failkan (permohonan),'' kata Karpal.

Pada 6 Oktober lalu, bekas pembantu Anwar, Muhamad Rahimi Osman memfailkan laporan polis kerana mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 bagi mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Semalam, seorang lagi bekas pembantu Anwar, Mohd. Rasid Mohd. Rosdi membuat laporan polis di Shah Alam atas dakwaan yang sama iaitu beliau telah dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah pada Jun 2008.- UM

WAsabi Oyabun..

Sabtu, 9 Oktober 2010

Sepanduk yang sempit atau " kepala otak " Khalid Samad dah jadi sempit!

Makin lama Khalid Samad ni menjadi MP Shah Alam, di lihat makin terserlah akan kebodohannya. Selepas gagal mendapat tauliah mengajar dari MAIP, Khalid bertelagah dengan Hassan Ali! Politik dan kuasa punya hal, Khalid sanggup mengadaikan " isteri " nya dengan baiah ciptaannya sendiri!

Selepas kemenangan di Shah Alam, Khalid masuk ke Gereja semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kerana menyokongnya sehingga sanggup mengadaikan " Khalimah Allah " supaya dapat digunakan oleh pihak gereja! Gara-gara sokongan Khalid dan beberapa orang lagi pemimpin PAS termasuk juga Ketua Umum PR iaitu Anwar Ibrahim, tercetus kemarahan umat Islam di Malaysia. Namun Khalid Samad masih mampu tersenyum riang!

Pada bulan lepas, Khalid Samad " terkantoi " dengan isu yang dimainkannya sendiri iaitu orang kafir masuk kedalam masjid atau surau untuk memberi tazkirah. Mungkin kerana sudah kekeringan isu, maka Khalid menggunakan gambar yang telah diubahsuai dimana MP Hulu Selangor yang baru iaitu YB Kamalanathan.

Gambar itu menunjukkan Kamalanathan sedang menyerahkan sumbangan kepada orangramai. Gambar itu dibesarkan skopnya sehingga menampakkan Kamalanathan berada berhampiran mimbar masjid. Dan betapa malunya Khalid apabila melihat kepada gambar yang sebenar, rupa-rupanya Kamalanathan cuma berada di perkarangan masjid! Tepuk dulang terpercik air kemuka sendiri.

Dan terkini semakin menampakkan kebodohan Khalid Samad yang sebenar. Isu sepanduk hariraya Dato' Seri Noh Omar cuba diperbesarkan! Didalam blog Khalid Samad, beliau mempertikaikan ucapan Dato' Noh sempena menyambut hariraya aidilfitri. Klik di sini . Antara kata-kata Khalid didalam blognya " Saya melihat akan sepanduk ini di Shah Alam dan saya terperanjat. “Selamat Hari Raya kepada keluarga UMNO” tercatit jelas di atasnya. Di tepi kirinya gambar Noh Omar dan di tepi kanannya lambang satu Malaysia".

Apabila melihat kenyataan MP Shah Alam ini, maka bolehlah disimpulkan bahawa sememangnya Khalid ni seorang yang sempit akal fikiranya. Walaupun kita tahu beliau ada "title IR" pada namanya seperti juga dengan bekas MB Perak iaitu Nizar " Lambai ", namun jika dilihat tahap pemikiran mereka, tidak ubah seperti otak mereka berada di kepala lutut!

Apa masalahnya jika Dato' Seri Noh Omar mengucapkan ucapan selamat hari raya kepada keluarga UMNO Selangor ? Beliau mengucapkan selamat hari raya itu di atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Jadi apa masalahnya kepada Khalid Samad? Adakah Khalid marah kerana didalam Sepanduk itu menyebut nama Khalid, ahli keluarga PAS dan PKR ?

Ini lah contoh pemimpin PAS yang bebal dan bangang ...nak hentam UMNO cari isu bodoh! Nak kata bodoh nanti marah, tetapi memangnya bodoh! Sudahlah bodoh..sombong pulak tu.! Meroyan tak tentu pasal..!!!

Wasabi oyabun..

Selasa, 5 Oktober 2010

Ahli akar umbi PKR tak mudah ikut telunjuk Anwar, Azmin!

KEJUTAN demi kejutan berlaku dalam pemilihan kepimpinan cabang (bahagian) Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada laporan menyatakan berlaku insiden bertumbuk, baling kerusi dan maki hamun antara ahli-ahli berbilang kaum dalam parti itu.

Kalau satu atau dua kejadian, ia tidak mengejutkan tetapi jika mesyuarat agung cabang PKR terus dihiasi insiden-insiden pergaduhan dan ganas, itu boleh dirumuskan sebagai politik ganas dan samseng.

Jom Gaduh bagaikan istilah baru dalam perjuangan PKR.

Mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang PKR yang bermula 17 September dan berakhir 3 Oktober lalu menjadi titik awal kepada pemilihan pucuk pimpinan parti itu untuk tempoh tiga tahun.

Pemilihan pemimpin pusat pula bermula 29 Oktober hingga 14 November depan membabitkan 208 cabang dan lebih 400,000 ahli.

Kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat agung tahunan cabang PKR di seluruh negara didakwa berpunca daripada calon-calon mendapat 'restu' penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pencabar jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali tidak dipilih oleh ahli.

Bagaikan telah ditetapkan, segala-galanya perlu selari dengan nawaitu Anwar dan Azmin. Inilah padah jika calon-calon yang ditaja mereka tidak menang jawatan seperti dirancang, pasti akan ada tangan- tangan ghaib menggagalkan perjalanan mesyuarat termasuk mencetuskan kekacauan.

Terbukti, ahli-ahli PKR sedar mainan politik kroni pemimpin atasan mereka. Sebab itu beberapa pemimpin PKR yang dilihat penyokong kuat Azmin tewas dalam pemilihan jawatan ketua cabang.

Beberapa pemimpin kanan PKR tumbang. Kekalahan mereka itu jelas membuktikan ahli-ahli PKR di peringkat akar umbi menolak telunjuk Anwar dan Azmin.

Hakikatnya PKR bukan parti membela rakyat sebaliknya ia merupakan parti pengaut kekayaan dan kekuasaan khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Ketamakan serta kerakusan merebut jawatan dan pangkat telah mempengaruhi ahli PKR.

Justeru, PKR bukanlah parti yang menjaga kepentingan ahli akar umbi. Hasrat mereka langsung tidak diendahkan kerana apa yang paling utama adalah agenda Anwar dan Azmin tercapai.

Untuk melindungi kelemahan, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dengan mudah menuduh UMNO main peranan membuat kekecohan dalam mesyuarat cabang PKR.

Inilah alasan dan hujah basi daripada PKR. Apa sahaja masalah yang mereka hadapi, UMNO disalahkan.

Kepada ahli dan pemimpin PKR, UMNO banyak kerja untuk dilakukan dan tak ada masa hendak mensabotaj mesyuarat PKR. UMNO tidak ada niat dengki dan sakit hati melihat PKR.

Malah Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub pada Jumaat lalu menafikan dakwaan Saifuddin Nasution bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlibat mendalangi kekecohan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat cabang PKR.

PKR sepatutnya bertanggungjawab ke atas masalah mereka sendiri, dan bukannya menuding jari kepada orang lain. Jagalah urusan rumah tangga sendiri supaya ahli parti tidak lari. Ingat, agenda utama PKR bukan semuanya disenangi oleh ahli akar umbi.

Wasabi Oyabun..