Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 9 Julai 2012

Selcat Gagal - Persoalan Padang PKNS Masih Tak Terjawab?



Persoalan mengenai siapa individu yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya pindaan zon padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SS7 Kelana Jaya dekat sini dibuat masih belum terjawab.

Ini kerana pendengaran Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengenai padang tersebut yang berakhir hari ini gagal mencari punca sebenar bagaimana zon di mana padang berkenaan terletak boleh dipinda walaupun selepas ia diwartakan.

Sebaliknya, pendengaran Selcat yang berlangsung kira-kira empat jam itu lebih berkisar kepada perkara sama dibincangkan seperti sesi diadakan sebelum ini iaitu pada 27 dan 28 Jun lalu.

Pendengaran kali ini juga seolah-olah hanya mahu mencari kesalahan pegawai di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) semata-mata tanpa mahu menyelidik secara mendalam tentang kenyataan yang mengaitkan nama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengeluarkan arahan supaya pindaan zon itu dilakukan seperti yang dinyatakan pada sesi sebelum ini.


Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ, Faiwos Abd. Hamid mengakui beliau dan pegawai dalam unitnya bertanggungjawab melakukan pindaan zon pada kawasan tersebut tetapi memberi alasan ia dilaksanakan mengikut arahan kepadanya.

Beliau berkata, pihaknya hanya melakukan pindaan fizikal ke atas zon di kawasan tersebut selepas menerima arahan daripada bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Noraini Roslan yang merupakan ketuanya ketika itu.

"Saya dan unit saya (dalam MBPJ) ada membuat pindaan tersebut tetapi ia dilakukan selepas menerima arahan pihak atasan," katanya.

Beliau adalah salah seorang saksi yang dipanggil memberi keterangan kepada Selcat di Dewan Annexe, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Selain Faiwos dan Noraini, turut hadir memberi keterangan ialah Timbalan Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Zain Azly Abd. Rahman, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (JPBDS), Mohd. Zaki Ibrahim.

Mereka dipanggil memberi keterangan kepada panel Selcat yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Teng Chang Khim.


Panel Selcat lain yang hadir pada pendengaran tersebut ialah Timbalan Speaker DUN, Haniza Mohamed Talha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dan ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Dalam pada itu, Noraini menafikan ada mengeluarkan arahan kepada Faiwos agar melakukan pindaan zon tersebut sebaliknya hanya membenarkan beberapa pindaan asas dibuat seperti dipersetujui dalam satu mesyuarat yang diadakan secara bersama.

"Saya membenarkan beberapa pindaan dasar itu dibuat kerana mengikut pemahaman saya, ia perlu dilakukan tetapi ia tidak spesifik kepada padang PKNS sahaja sebaliknya melibatkan keseluruhan maklumat di dalam RTPJ2 (Rancangan Tempatan Petaling Jaya).

"Bagaimanapun, saya mengakui yang arahan pindaan itu dibuat tanpa merujuk peruntukan undang-undang terlebih dahulu sebaliknya hanya dibuat berdasarkan amalan biasa yang diamalkan sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas pendengaran tersebut, Chang Khim berkata, beliau dan barisan panelnya di dalam Selcat akan berbincang dan membuat rumusan mengenai sesi kali ini sebelum mencadangkan beberapa perkara penambahbaikan kepada kerajaan negeri.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan