Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 30 Januari 2014

Faekah bidas Anwar, teliti perlembagaan negeri?


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu secara beralas semalam menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang beliau anggap 'ahli politik di luar Selangor' untuk meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.

Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.


"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter semalam.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'bernafsu besar'.

"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.

Anwar kelmarin dinamakan PKR sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan sebelum ini oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.

* Saat-saat MB Khalid menitiskan air mata ketika dipaksa mengumumkan calon PKR Kajang. Sila lihat di sini.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 28 Januari 2014

El Haraki : Dulu Anwar Canang Jadi PM, Sekarang MB Pula?


Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki menyindir Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai berubah kulit daripada mencanang menjadi ‘Perdana Menteri Malaysia’ sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) kepada ‘Menteri Besar Selangor’ selepas PRU 13.

“Memang tak pelik, tiap kali PRU atau PRK, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sangat memerlukan tenaga daripada jentera-jentera PAS untuk membantu mereka.

“Jelas !!! PKR bukan sebuah parti yang pandai bekerja, tetapi sebaliknya iaitu hanya “gilakan kuasa,” sindir laman sosial itu.

Menurut El Haraki kesilapan terbesar PKR apabila meletakkan perebutan kuasa sebagai agenda terpenting perjuangan.


Laman sosial itu juga turut menyiarkan kenyataan media Ketua Penerangan, Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan seperti berikut :

USAH HERET RAKYAT DALAM PERTELINGKAHAN DALAMAN


Langkah “kurang bijak” bekas ADUN Kajang yang telah meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah yang relevan telah dikesali oleh ramai pihak terutamanya rakan Pakatan Rakyat sendiri.

Perkara ini akan menyebabkan PRK yang tidak perlu diadakan. Ianya sudah tentu akan membuang banyak masa, tenaga dan harta rakyat. Parti terbabit sewajarnya memberikan alasan yang konkrit mengapa perlukan perletakan jawatan yang mengakibatkan kerugian kepada harta rakyat. Jelas ianya bukan penyelesaian yang bijak.

Rakyat memandang situasi ini dengan penuh kecaknaan dan serius. Pergolakan dan pertelingkahan politik negeri Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar. Tambahan lagi dengan isu Selangor baru-baru ini sekaligus ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh menjemukan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos sara hidup.

Wahai pimpinan yang terbabit, gunalah kepercayaan yang diberikan dalam pru yang lepas untuk menunaikan amanah rakyat dan bukannya mengheret rakyat di dalam gelumang pertelingkahan dalaman. Kita berasa kecewa dengan tindakan seumpama ini yang jelas membelakangkan kepentingan rakyat.

NAZMI NIK DIN
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 27 Januari 2014

ADUN PKR KAJANG LETAK JAWATAN , SATU LAGI PEMBAZIRAN WANG RAKYAT !! @NajibRazak



Drama menjatuhkan MB Selangor, Khalid Ibrahim oleh ahli PKR sendiri membuatkan politk di negeri itu semakin terus bergolak. Hari ini Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat tanpa memberikan sebarang sebab .

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini. Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.



Menurut sumber PKR, Anwar Ibrahim disebut-sebut akan bertanding mewakili PKR di DUN Kajang dalam Pilihanraya Kecil ini sekaligus membolehkan beliau dinobatkan MB Selangor yang baru menyingkirkan Khalid Ibrahim?

Ternyata PKR a.k.a Parti Kangkung/Kangkang Rakyat hanya mementingkan diri mereka dan bukannya rakyat. Tatkala rakyat terpaksa mengharungi sara hidup rakyat yg semakin meningkat.

Wakil Rakyat Pakatan Rakyat sewenang wenangnya meletakkan jawatan untuk diadakan Pilihanraya Kecil sekali lagi. Sepertimana yang kita kethui, setiap kali PRK diadakan, bukannya sedikit belanja yang perlu digunakan SPR . Ini jelas membuktikan PAKATAN telah membazir wang rakyat.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 24 Januari 2014

Kemelot rebutan kuasa MB dalam PKR Selangor : Rakyat perlu buka mata?


'Perbalahan' antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berhubung isu jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan pemimpin pembangkang sebenarnya hanya berjuang untuk mengejar kuasa dan kedudukan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai situasi tersebut iaitu pemimpin PKR sudah berbalah kerana isu jawatan walaupun mereka belum mendapat kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat.

Katanya, perebutan kuasa sesama sendiri di dalam PKR serta antara Pas dan DAP pasti lebih hebat jika pembangkang menguasai Kerajaan Pusat.

"Ini baru jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Pas tidak dapat jawatan Exco di Pulau Pinang dan di Selangor pun Exco Pas tidak diberi fungsi portfolio Islam, jadi siapa hendak jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pendidikan dan sebagainya pasti menjadi perebutan.

"Ini belum masuk lagi hal-hal dasar dan ideologi masing-masing. Kemelut seumpama ini tidak akan dapat menjamin kestabilan politik dan keamanan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perbalahan politik antara Azmin dan Abdul Khalid semakin ketara selepas pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini.

Difahamkan pengguguran Azmin menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli PKR yang menyokong beliau sehingga mereka mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Menurut Ibrahim, punca sebenar perbalahan itu ialah kerana Abdul Khalid curiga dengan Azmin yang bercita-cita mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

"Azmin ialah Timbalan Presiden PKR. Besar cita-citanya, bukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS kerana jawatan itu untuk pemimpin PKR peringkat bawah sahaja tetapi itu pun mereka berebut," katanya.

Wasabi Oyabun..

Usah beri harapan palsu kepada rakyat Selangor?


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta tidak terus memberi harapan palsu kepada rakyat dalam soal mengatasi masalah krisis bekalan air meruncing yang melanda Lembah Klang pada masa ini.

Pengerusi Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan), Aldric Loong Kim Yew berkata, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mengetepikan aspek politik dalam menyelesaikan isu berkenaan sudah berlarutan hampir enam tahun.

"Apa yang pasti masalah bekalan air tidak terawat (NRW) sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi semakin meruncing dan kita berpegang teguh kepada jalan penyelesaian bahawa krisis air hanya boleh diselesaikan dengan terbinanya Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Tindakan kerajaan negeri mahu memulakan projek bekalan air bersih HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) misalnya bukan akan menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada mewujudkan kekeliruan dan kebimbangan tentang keberkesanan projek tersebut dalam kalangan pengguna," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat meja bulat bertajuk Betapa Kritikalnya Bekalan Air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George dan Pengarah Urusan Puncak Niaga Sdn. Bhd., Datuk Syed Daniel Syed Ariffin.

Kim Yew menambah, kerajaan negeri juga harus komited untuk memuktamadkan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan dan segera mengeluarkan arahan pembangunan (DO) pembinaan Langat 2, bukannya terus mempolitikkan isu yang membelenggu rakyat pada masa ini.

Sementara itu menurut Jacob, semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dalam industri air perlu memberi fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat dan tidak menimbulkan perkara baharu sehingga isu pokok tidak diatasi.


"Semua pihak terutama kerajaan negeri , selesaikan dulu masalah pembinaan Langat 2 dengan mengeluarkan DO untuk projek tersebut, bukannya membangkitkan isu baharu seperti penstrukturan air hingga isu pokok untuk menyelesaikan krisis air tertangguh begitu lama.

"Jangan jadikan isu air seperti permainan bola sepak hingga mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara dengan 725 projek pembangunan terjejas kerana pihak Syabas tidak dapat memberi jaminan bekalan air mencukupi. Itu belum lagi banyak pelaburan terus asing (FDI) yang tidak dapat diteruskan di Lembah Klang," ujarnya.

Pada 13 Januari lalu, Abdul Khalid dilaporkan menerusi sebuah portal berita mengarahkan Pengawal Selia Air Selangor, Datuk Mohamad Roslan Sakiman untuk memulakan projek HORAS di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih 600 hingga 700 juta liter sehari.

Menurut Abdul Khalid, dengan adanya projek itu, rakyat Selangor tidak akan terlalu bergantung kepada projek Langat 2 sebagai jaminan atau kepastian bahawa pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mendapat bekalan air berterusan.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 23 Januari 2014

Isu PKNS: MB Khalid terdesak dedah dokumen sulit Azmin?

Amirudin Shari (tengah) menyerahkan bunga dan nota sokongan penjawat awam menyokong tindakan kerajaan negeri Selangor kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim (kanan), sambil diperhatikan Abdullah Sani Abdul Hamid (kiri) di Bangunan PKNS di Shah Alam, semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan beberapa dokumen sulit berhubung isu penyingkiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pendedahan tersebut bagi menafikan penglibatan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam mengeluarkan arahan supaya jawatan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dalam PKNS ditamatkan.

Dokumen-dokumen yang didedahkan itu termasuk surat-menyurat rasmi dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengenai arahan Abdul Khalid kepada Ketua Setiausaha Sulitnya, Mohd. Yasit Bidin.

"Dokumen-dokumen sulit seperti keputusan MMKN dan surat-menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ini didedahkan menggunakan kuasa Menteri Besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.


"Dokumen-dokumen ini dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri," jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Antara dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri ialah surat rasmi yang dikemukakan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 yang menyatakan penghargaan kepada Timbalan Presiden PKR itu di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah.

Penghargaan itu dinyatakan oleh Othman selaras dengan keputusan kerajaan negeri menerusi cabutan kertas MMKN bertarikh 13 November 2013 yang mana beliau menyatakan perkhidmatan Azmin sebagai ahli perbadanan itu ditamatkan mulai 4 Disember 2013.

Bagaimanapun, penamatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS tidak disebut secara jelas dalam MMKN pada 13 November 2013.

Berdasarkan keputusan MMKN, kerajaan negeri telah menimbang dan meluluskan pelantikan dua anggota Exco iaitu Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Abdul Samad sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS manakala seorang lagi calon untuk mengisi jawatan berkenaan akan ditentukan kemudian.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 22 Januari 2014

MB Khalid mula hadapi tekanan?


Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menukar serta-merta dua pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kelmarin mula mencetuskan kontroversi baharu.

Ini berikutan beliau berhadapan dengan tekanan daripada dalam parti sendiri yang menentang keputusannya menukar Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha PKNS, Norita Mohd. Sidek ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berikutan isu pengguguran Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor tersebut.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan, Othman dan Norita boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Selangor kerana melakukan pertukaran yang dianggap tidak mengikut prosedur.

Abdullah Sani berkata, apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid ke atas kedua-dua penjawat awam tersebut adalah tidak wajar memandangkan isu yang dibangkitkan masih lagi dalam peringkat siasatan.

“Berdasarkan prosedur, mana-mana pekerja yang didakwa melakukan kesalahan tertentu dalam sesebuah organisasi, mereka perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab terlebih dahulu.

“Pengurusan organisasi kemudiannya menjalankan siasatan dalaman yang mana sebarang tindakan boleh dikenakan ke atas pekerja terbabit sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa panel yang diwujudkan khas untuk menjalankan siasatan dalaman.

“Dalam kes yang melibatkan dua pengawai kanan PKNS itu, mereka dikenakan tindakan terlebih dahulu (ditukarkan SUK) sedangkan siasatan masih lagi berjalan. Saya anggap tindakan kerajaan negeri ini mengkhianati keadilan ke atas mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Abdullah Sani dan beberapa ahli PKR Selangor termasuk ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari berhimpun di depan pejabat PKNS di Seksyen 13 di sini bagi menyerahkan nota sokongan kepada penjawat awam di PKNS.

Nota sokongan itu antara lain menyebut PKR Selangor memandang serius isu pertukaran Othman dan Norita ekoran percanggahan antara kerajaan negeri dan PKNS serta bertegas supaya mereka tidak dihukum sebelum dibicarakan dan membela diri.

Nota tersebut diserahkan kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim.

Kelmarin ketika mengumumkan pertukaran tersebut, Abdul Khalid berkata, satu surat kuasa telah diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Othman dan Norita.

Kemelut antara Abdul Khalid dan dua pegawai kanan PKNS tersebut tercetus berikutan isu pengguguran Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Abdul Khalid yang diasak dengan dakwaan tindakan tersebut bermotif politik menafikan kerajaan negeri mempunyai kaitan dalam isu pengguguran Azmin sebaliknya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Othman.

Bagaimanapun kenyataan Abdul Khalid itu bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan PKNS menerusi Norita yang memaklumkan penamatan Azmin dibuat selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 November lalu yang disahkan pada 4 Disember.

Wasabi Oyabun..

Lakonan tak menjadi : Mengapa Anwar tidak salahkan imigresen Jepun?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim `lebih tahu’ sebab beliau tidak dibenarkan memasuki Jepun oleh pihak berkuasa negara itu namun menggunakan peluang tersebut untuk mempolitikkan keadaan.

Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wee Choo Keong berkata, peluang mencetuskan kontroversi tersebut sangat diperlukan Anwar terutama ketika rakyat negara ini semakin melupakan beliau.

Choo Keong juga tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebenarnya mengetahui beliau akan diusir di Jepun ketika berada di Malaysia lagi dan mengambil keputusan ke negara matahari terbit tersebut untuk ditangkap bagi meraih simpati rakyat serta masyarakat luar.

“Anwar pasti mengetahui sebab beliau dianggap pihak tidak dikehendaki oleh pihak berkuasa Jepun. Mungkin dia sendiri tahu yang dia tidak dibenarkan memasuki Jepun ketika di negara ini lagi tetapi ingin juga ke sana untuk mencetuskan kontroversi.

Wee Choo Keong, Ismail Mina Ahmad

“Atas asas apa Anwar menyalahkan Wisma Putra bersungguh-sungguh dan bukan Jabatan Imigresen Jepun? Perkara ini seolah-olah sebuah lakonan yang tidak menjadi," katanya.

Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad berkata, pihak berkuasa Jepun pasti mempunyai maklumat perisikan tertentu sehingga menganggap Anwar tidak boleh memasuki negara mereka.

“Tentu ada sebab cukup serius Anwar tidak dibenarkan masuk, mungkin perisikan Jepun mempunyai maklumat selain kes liwatnya sebelum ini untuk bertindak demikian," katanya.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 17 Januari 2014

Tarik saman remukkan hati ahli UMNO?


Tindakan UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bukan sahaja meremukkan hati seluruh ahli UMNO dan orang Melayu tetapi penjelasan diberikan barisan peguam juga sangat tidak meyakinkan.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, beliau bimbang tindakan itu akan mendedahkan UMNO kepada fitnah yang lebih teruk pada masa hadapan kerana pembangkang menyedari, mereka hanya perlu membuat permohonan maaf untuk mengelak disaman.

Katanya, penjelasan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun sukar diterima kerana jika benar mahu membuktikan keterbukaan parti, sepatutnya UMNO jangan bertindak mengambil tindakan undang-undang dari awal lagi ke atas Tian Chua dan Mustafa serta membiarkan sahaja apa juga fitnah selepas ini.

"Saya percaya inilah antara detik paling menghancurkan hati seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Tragedi pencerobohan Lahad Datu memakan korban 10 anggota keselamatan negara dan UMNO difitnah sebegitu rupa oleh Tian Chua tetapi parti ini boleh bertindak menarik balik saman dan berkata, ini lambang keterbukaan?


"Apakah harga darah dan nyawa anggota keselamatan boleh dibayar dengan hanya satu permohonan maaf? Apakah selepas ini pelbagai pihak boleh memfitnah UMNO semahunya dan kemudian cukup dengan membuat permohonan maaf? Apakah itu erti keterbukaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, kes saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kononnya sandiwara UMNO diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Dalam kes berlainan, saman fitnah UMNO terhadap Mustafa, peguamnya dan laman web lidah rasmi Pas, HarakahDaily, juga diselesaikan dengan cara yang serupa selepas Setiausaha Agung Pas itu bersetuju menarik balik kenyataan fitnah mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah dikatakan mirip beliau.


Mohd. Hafarizam dalam penjelasannya selepas banyak pihak menyuarakan kekesalan memberitahu, penarikan balik kedua-dua saman itu bukan bermaksud UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat selain turut menolak dakwaan kononnya parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.

Sementara itu Muhammad Zahid meminta pucuk pimpinan UMNO mengambil iktibar dan melihat dengan mendalam kelemahan tertentu yang wujud di ibu pejabat parti, sehingga memungkinkan keputusan penarikan balik saman dipersetujui meskipun sedar tindakan tersebut memberi mesej yang salah kepada rakyat.

"Mungkin ada baiknya jika pembaharuan dapat dilakukan di ibu pejabat parti termasuk melihat semula barisan peguam sedia ada kerana sudah tentu ahli UMNO tidak mahu hati mereka remuk sekali lagi kerana saya percaya selepas ini akan lebih banyak fitnah dilemparkan dan tidak mustahil keputusan serupa dibuat parti," katanya.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 14 Januari 2014

Khalid gugat Islam?


Minggu lepas berlalu dengan sekali lagi umat Islam memperlihatkan kesabaran dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan merampas Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew tidak berganjak dengan pendiriannya dalam penggunaan kalimah Allah dan enggan memohon maaf, dilihat sebagai satu lagi penghinaan kepada umat Islam.

Kelmarin Presiden BSM, Lee Min Choon menegaskan persatuan itu tetap akan mengedarkan Bible bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah.

Ternyata kenyataan Andrew dan Min Choon membarakan lagi kemarahan umat Islam. Ingatkan isu tersebut akan reda rupa-rupanya makin panas. Awang bimbang jika suasana seperti itu berterusan dikhuatiri ia membawa pertelingkahan agama.

Sudah tentu kedua-duanya mendapat dorongan luar biasa daripada arahan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menekan JAIS iaitu memulangkan rampasan Bible tersebut dan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu antara lain arahan merujuk kepada exco kerajaan negeri terlebih dahulu.

Nampaknya sekali lagi Khalid membenarkan dirinya tunduk kepada tekanan DAP selain terbawa-bawa pendekatan liberal PKR. Antara menjaga kesucian Islam dan kepentingan politik, beliau memilih yang kedua.


Pada hal, Sultan Selangor pada 14 Disember lalu menitahkan bahawa semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam.

Keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu tersebut juga sudah jelas. Menteri Besar jenis apakah beliau?

Sepatutnya Khalid lantang menyanggah cubaan berbahaya tiga wakil rakyat DAP yang mahu Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda.

Cadangan tersebut mempunyai implikasi besar terutama kepada gejala murtad. Khalid tidak boleh menjadi dayus dan kelihatan bersubahat dengan pemimpin DAP memudaratkan kepentingan Islam.

Mesejnya, janganlah berharap PKR akan mempertahankan kesucian Islam. Dalam isu ini, Khalid perlu memohon maaf kepada umat Islam, Sultan Selangor dan JAIS.

Kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Awang bersyukur kerana tidak tunduk kepada Khalid, sebaliknya terus mempertahankan tindakan JAIS.

Begitu juga kepada para ulama dan mufti termasuk daripada Pas serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersatu hati.

Inilah ujian kepada masa depan umat Islam. Berserah begitu sahaja dalam isu kalimah Allah atau bangkit mempertahankannya habis-habisan ketika pihak lain jauh lebih berani dan ke hadapan.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 11 Januari 2014

Azmin Ali akui terima surat?


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui telah menerima surat bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini.

Pengakuannya itu dilihat menguatkan lagi desas-desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu dipecat daripada jawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan menerusi laman blog ketika ini.

Bagaimanapun, Azmin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu, sebaliknya beliau menyatakan akan membuat pengumuman secara terperinci tentang surat berkenaan tidak lama lagi.

“Saya dah dapat surat tadi. Saya akan maklumkan secara terperinci tentang perkara itu kemudian," katanya dengan ringkas menerusi perbualan telefon, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azmin ketika ditanya tentang kandungan surat tersebut sama ada pemecatan atau perletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, beliau tidak menjawab secara jelas mengenai perkara itu.

Sebaliknya, Azmin hanya mengiyakan kandungan surat tersebut bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan negeri itu.

Menurut laporan sebuah laman blog www.klxpress.com.my/ hari ini, Azmin dikatakan dipecat daripada jawatan tersebut.

Malah, laman blog itu turut menyiarkan kenyataan Azmin menerusi Twitternya yang berbunyi, ‘Penghargaan kepada pengurusan dan warga PKNS yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang baik kepada saya selama empat tahun’.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.

Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.

Malah, sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 5 Januari 2014

Pindaan enakmen agama bukan Islam Selangor 1988 hina Islam, galak murtad?


Cadangan tiga wakil rakyat DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 adalah penghinaan kepada umat Islam yang akhirnya boleh mengakibatkan gejala murtad berleluasa di negara ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, cadangan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah perbuatan itu seperti menderhaka terhadap Sultan Selangor dan institusi raja di negara ini.

Menerusi pindaan itu katanya, gejala murtad boleh berlaku secara terbuka kerana tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap kesalahan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk mengelirukan umat Islam.

“Jika pindaan berlaku sudah tentu umat Islam akan marah dan bangkit secara terbuka untuk menentang habis-habisan tindakan tiga wakil rakyat ini yang cuba bermain api dan mencetuskan kemarahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menyifatkan cadangan wakil rakyat DAP untuk membuat pindaan berkenaan sebagai amat berbahaya kerana bakal mengundang implikasi terburuk kepada negara sekali gus membawa perselisihan antara agama.

Hasan turut mempersoalkan asas pindaan itu sedangkan enakmen berkenaan tidak terpesong daripada Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Raja-raja Melayu yang memayungi agama Islam selain disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tiga wakil rakyat itu mahu enakmen tersebut dipinda susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ismail berkata, tiga wakil rakyat ini tidak layak menetap di Selangor kerana telah menderhaka kepada sultan yang bertitah melarang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sebagaimana diputuskan mahkamah.

“Walaupun DAP dijangka tidak boleh menang untuk cadangan diluluskan di dewan tetapi umat Islam jangan ambil mudah kerana ini menunjukkan agenda sebenar DAP di negara ini," jelasnya.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pindaan itu mengakibatkan umat Islam hilang hak dan kuasa untuk memelihara kesucian agama Islam sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri.

Sambil menyifatkan cadangan tersebut sebagai ancaman paling besar kepada umat Islam, beliau berkata, penganut Islam perlu bersatu padu dan bangkit menentang agenda DAP tersebut tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

“Jika pindaan ini diluluskan maka apa-apa sahaja perkara yang orang Islam hendak buat adalah tertakluk kepada persetujuan bukan Islam, maknanya apa-apa sahaja membabitkan hal-ehwal Islam seperti nikah kahwin, menyebarkan agama dan sebagainya, kita kena minta kebenaran dan kelulusan mereka terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut menunjukkan wajah sebenar agenda DAP dan disebabkan itu umat Islam perlu berhenti berbalah sesama sendiri demi masa depan umat di negara ini.

“Tindakan tiga wakil rakyat ini cukup biadab dan kita sepatutnya tidak berlembut dengan mereka untuk mempertahankan hak-hak kita yang dijamin dalam undang-undang di tanah air kita sendiri," katanya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 4 Januari 2014

Kenapa Exco Islam Selangor Tidak Pertikai Pihak Hina Mahkamah, Derhaka Titah Sultan?


Sebagai seorang ‘khalifah’ atau pemimpin Sallehin Mukhyi, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian Dan Pembangunan Desa Selangor sepatutnya lebih berani bertanggungjawap dan tidak bersikap ‘cuci tangan’ dengan memberi jawapan mudah “tidak tahu” atau “tidak dimaklumkan” berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Pusat Bible Malaysia (PBM) pada Khamis.

Sekalipun jika benar beliau tidak tahu atau tidak dimaklumkan, adalah kurang bijak untuk Sallehin menjawap demikian kerana ianya amat memalukan.

Dengan memberikan jawapan seperti itu, dengan pantas orang dapat menghidu pegawai dan penguatkuasa JAIS kemungkinan besar tidak akan dipertahankan atau dibela oleh ‘ketua’ mereka dan boleh juga dibuat kesimpulan seolah ada keretakan, tiada persefahaman atau rapuhnnya perpaduan pihak berkuasa agama Islam dalam menegakkan undang-undang Syariah di Selangor.

Ia juga boleh ditafsirkan Exco Hal Ehwal Islam Selangor tidak benar-benar memahami undang-undang Islam negeri, bidang kuasa semua pihak atau agensi yang berkaitan termasuk bidang kuasa beliau sendiri sedangkan selepas Sultan selaku Ketua negeri serta agama Islam, Exco Hal Ehwal Islam, mufti, Pengarah JAIS, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah tergolong sebagai pemimpin.

Malah Sallehin patut malu apabila bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika mengulas isu serbuan serta rampasan Bible oleh JAIS itu menyifatkan reaksi yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri Selangor melalui Sallehin adalah menyedihkan.

Ambiga dilaporkan oleh akhbar Malay Mail berpendapat seolah-olah tidak wujud jawapan daripada kerajaan negeri atau boleh dikategorikan jawapan paling lemah.

“Bersembunyi di sebalik bidang kuasa sebagai alasan adalah menyedihkan,” kata Ambiga merujuk kepada kenyataan Sallehin bahawa JAIS bukan hanya melapor kepada beliau tetapi juga Sultan.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali berkata, serbuan ke atas pejabat PBM di Damansara oleh JAIS semalam adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, sekaligus tidak perlu pihak berkuasa agama Islam itu mendapatkan kebenaran Exco.

Menurut Aidit, tidak wajar untuk Sallehin selaku Exco Hal Ehwal Islam mempertikaikan serbuan itu, sebaliknya beliau perlu mempertahankan tindakan ‘anak-anak buahnya’ serta turut menjunjung titah Sultan.

“JAIS bertindak sebagai respon kepada titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, dan ianya selari dengan enakmen dan fatwa yang telah digazet di negeri ini.

“Jadi exco Agama tak perlu risau, sebab JAIS itu memang kuasa dia, dan mereka melakukan serbuan atas Hal Ehwal Agama yang Ketuanya adalah Sultan sendiri, bukan Menteri Besar mahupun kerajaan negeri,” jelasnya kepada bnbbc.my.

Isu yang sebenarnya dipertikaikan oleh Sallehin bila diminta mengulas tindakan JAIS ialah pihak yang melanggar titah perintah Sultan, fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang Islam Selangor hingga memaksa JAIS bertindak menggunakan kuasa yang ada padanya.

Sallehin juga sepatutnya tahu bahawa tindakan juga sejajar dengan keputuan Mahkamah Rayuan Oktober tahun lalu melarang majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannnya.

Keputusan itu diicapai sebulat suara tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Walaupun pihak gereja katolik mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan, namun sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan yang akan mula didengar 24 Februari ini diperolehi, maka keputusan Mahkamah Rayuan adalah terpakai.

Bagaimanapun Aidit dalam masa yang sama tidak menyalahkan Sallehin sepenuhnya.

“Beliau masih baru dalam sistem ini dan mungkin beliau masih belum tahu, tapi itulah hierarki yang perlu kita semua akur,” katanya lagi.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 3 Januari 2014

Yuktes Vijay : Kos Belanja Peribadi Anwar Paling Minima 7 Juta Setahun?


Anwar Ibrahim dianggarkan berbelanja sebanyak RM 7 juta setahun, itupun sekadar anggaran minima sahaja. Jika kesemuanya adalah wang halal, dia adalah banduan yang paling berjaya dalam sejarah dunia!”

COST OF RUNNING ANWAR IBRAHIM CONSULTING ASSOCIATES


SODOMY 2 – dianggarkan sebanyak RM 3 juta dibelanjakan?

DR BRIAN MACDONALD (dna expert) – RM 700,000

DR DAVID WELLS (forensic expert) – RM 700,000

DR HOOGLAND (surgeon who operated his back) – RM 250,000

· Includes stay in Shangri-La Hotel, first class flight travel, food etc
· Includes per hour fee (yuran dibayar per jam ikut masa dihabiskan di Mahkamah)
· Bayaran semuanya dalam USD (nilai ditukar ikut pertukaran mata wang pada masa tersebut)


ANWAR IBRAHIM’S NEW HOME

No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan termasuk Pengawal Keselamatan dan pondok pengawal yang berkawal 24 jam. Begitu banyak penghawa dingin dipasang. Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV


Harga pasaran ketika membelinya lebih dari 7 juta?

KOS PERBELANJAAN KE LUAR NEGARA

· Tidak wajar untuk menggunakan duit Kerajaan Negeri Selangor jika itu alasan yang bakal digunakan
· Ini kerana DSAI pergi ke USA,Australia dan sebagainya sebagai Pensyarah Khas, bukan Penasihat Ekonomi Selangor.
· Lebih-lebih lagi, apa manfaat/faedah DSAI ke luar Negara bila pelaburan Negeri Selangor menjunam hampir 80%!!


KOS PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN DSAI DENGAN ANAK LELAKI PEGUAM KONTROVERSI?

Berdasarkan hantaran, majlis dan penanggungan kos untuk warga asing yang merupakan kawan DSAI,

Buat anggaran sendiri..
Kiraan kesemua di atas tidak mengambil kira faktor di bawah :

KOSNYA SECARA MINIMA ADALAH RM 3 JUTA!

KOS PERBELANJAAN PKR HQ!

KOS UNTUK ‘BELI ORANG’ (ESKAY ETC)!

TIDAK DIKIRA LAGI!!!!

Wasabi Oyabun..