Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 11 Julai 2012

1000 Ekar Tanah PKNS Di Taman Sains Selangor 2 Pula Dirampas Oleh Rejim Khalid Gagap?



Isu tanah telah melingkari Rejim Khalid Gagap sejak mula mereka mengambil tampuk kuasa. Kenaikan cukai tanah yang menggila di kawasan terpilih seperti di Tanjung Karang cukup untuk membuktikan ada percaturan tertentu, sedangkan kawasan Sekinchan pula mendapat faedah “kebajikan” ala DAP dengan cukai yang cukup rendah.

Strategi ini dinoktahkan dengan peringatan “Tanah Anda Akan Dirampas Sekiranya Gagal Membayar Cukai Selama 5 Tahun”.

Berita yang terbaru diterima oleh penulis ialah kerajaan negeri dikhabarkan dalam percubaan untuk “merampas” sebidang tanah berkeluasan kira-kira 1000 ekar di Selangor Science Park 2 di Sepang, yang terletak berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya.

Alasan yang dimaklumkan kepada penulis ialah kerajaan negeri telah mengenakan “Additional Premium” ke atas PKNS, sungguhpun pembayaran “First Premium” telah diselesaikan. Butiran selanjutnya akan diberikan kelak, sebaik sahaja menerima maklumat penuh.

Apa yang menghairankan penulis ialah bagaimana sebuah kerajaan negeri, bertindak untuk mengambil tanah milik anak syarikat negeri, atau GLC nya sendiri? Apa motif disebalik perkara ini?

Sungguhpun masih gagal menyelesaikan “Additional Premium”, bukankah PKNS dibawah kuasa kerajaan negeri? Lupakan soal tolak ansur, kerana cara mentadbir korporat yang kejam dan keparat telah menyebabkan pelbagai kejadian urustadbir “luar biasa” yang berlaku, menyebabkan penjualan aset-aset penting negeri.

Penulis melihat perkara ini sebagai satu lagi strategi untuk menghalalkan tanah berkenaan dipindahmilik, samada dalam bentuk penjualan, atau usahasama. Ia sekadar satu prosedur, dengan “rampasan” menjadi motif utamanya.

Apakah “Additional Premium” sengaja dikenakan bagi membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa PKNS gagal membayarnya, maka tanah tersebut boleh dirampas?

PKNS, seperti yang dimaklumkan, memohon penangguhan pembayaran “Additional Premium” berkenaan, mungkin disebabkan masalah kewangan. Tentu sahaja PKNS nanti, apabila PKNS tidak mampu membayar, maka tidak lagi memiliki tanah berkenaan. Dan selepas ini, dan siapa pula akan mendapat faedah pindahmilik seterusnya?

Apakah strategi tersirat, sehingga membawa kepada kekejaman ini, sekiranya benar? Apakah pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku ke atas PKNS menyebabkan harta rakyat ini perlu dikeluarkan dari audit PKNS, atau pengetahuan umum?

Apa yang lebih membimbangkan, sebanyak RM300 juta telah dibelanjakan oleh PKNS untuk membangunkan kawasan berkenaan, yang dijangka menjadi kawasan tempat tinggal mewah.

Sekadar ingin membawa pembaca ke satu lagi persoalan, apakah tanah yang dimiliki oleh anak syarikat negeri, ingin pula dirampas oleh kerajaan negeri, hanya kerana tanah tersebut memberi faedah kepada bumiputera?

Untung benarlah kroni-kroni mereka, kerana bakal memiliki sebidang tanah yang telah dimajukan dengan kos sebesar itu. “Cuci kaki”.

Berdoalah agar “rampasan” tanah ini tidak berlaku.

Sumber : Selangor Daily

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan