Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 25 Ogos 2014

Dua ADUN Pas Selangor patut dipecat?


Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang mendahului keputusan kepimpinan apabila memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor perlu dipecat daripada parti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedua-dua ADUN berkenaan iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin melanggar disiplin jemaah parti dan mendahului arahan pemimpin Pas.


“Perbuatan dua ADUN ini walau atas apa alasan sekalipun telah melanggar disiplin jemaah, disiplin organisasi dan tiada seorang pun patut mendahului parti. Bukan setakat Pas, tetapi mana-mana organisasi.

“Pada pandangan peribadi saya, hukuman sesuai adalah pecat tetapi saya tiada kuasa, saya hanya bagi pandangan saya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 23 Ogos 2014

Inilah politik murahan Pakatan Rakyat yang HARAM...!!! 'Warga tentera macam hamba abdi, penumpang MH17 istimewa pula' - PKR?


Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.

Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.

"Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya.

"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17.

"Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali.

"Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini.

'Beri penjelasan'

Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentera dalam sambutan itu.

"Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan," katanya?

Semalam, seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu.

Dinamakan Hari Perkabungan Negara, jenazah yang tiba di Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda, diberikan penghormatan menurut istiadat ketenteraan.

Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong juga berkenan mencemar protokol dengan memberi tunduk hormat kepada jenazah yang melintas di hadapan mereka.

Pesawat angkatan tentera C130 juga diguna untuk menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Selain itu, helikopter EC725 digunakan untuk menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 19 Ogos 2014

Pas cadangkan Azmin jika istana tolak Wan Azizah?



Tujuan Pas mengangkat nama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu adalah bagi memberikan pilihan kepada Sultan Selangor jika baginda tidak memberi perkenan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abd. Samad berkata, keputusan berani itu diambil kerana beberapa maklumat yang diterima parti itu mengatakan Wan Azizah tidak diterima oleh pihak istana sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita buat tindakan betul. Kita lihat dari sudut berbeza. Saya akan lakukan apa yang perlu dilakukan.

"Sebenarnya, Pas mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah, maka atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.


"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli Pas kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan Pas yang tolak, tapi sultan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, Pas menghormati keputusan Azmin yang akan mendahulukan Wan Azizah bagi jawatan berkenaan justeru mereka terpaksa menerimanya.

Semalam, mesyuarat jawatankuasa itu mengambil ketetapan mengangkat nama Wan Azizah dan Azmin untuk jawatan itu walaupun PKR sebelum ini hanya menamakan Wan Azizah.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang membuat ketetapan hanya akan menghantar nama Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk dipertimbangkan.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 18 Ogos 2014

Sultan Selangor minta Khalid Ibrahim menghadap selepas baginda tiba di tanah air!


SHAH ALAM: Istana Selangor mengesahkan menerima surat permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadap Sultan bagi menjelaskan situasi politik dan kedudukannya kini.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Bagaimanapun baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.

Dalam masa yang sama Datuk Munir tidak pula memberitahu status surat permohonan yang dihantar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadap Baginda Sultan.

Azizah baru-baru ini memberitahu beliau menghantar surat memohon mengadap Sultan Selangor kali kedua, bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Terdahulu Sultan Selangor menolak permohonan menghadap Wan Azizah. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) Ahad sebulat suara bersetuju untuk hanya nama Wan Azizah dicalonkan sebagai pengganti Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas PAS bermesyuarat dan menarik balik sokongan kepada Khalid. Khalid sebelum ini enggan meletakkan jawatan beliau kerana mendakwa mendapat sokongan majoriti daripada ADUN, serta telah menghadap Sultan minggu lalu bagi menjelaskan perkembangan tersebut.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 17 Ogos 2014

Keputusan Dewan Ulama ditolak - Perasit Pas cadang Wan Azizah, Azmin sebagai MB Selangor ?


Pas hari ini memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mengekalkan jawatan tertinggi negeri itu.

Sebaliknya, Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu memaklumkan, Pas mencadangkan dua nama bagi jawatan Menteri Besar iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurut beliau, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana Pas menganggap Abdul Khalid tidak lagi layak memegang jawatan tersebut setelah dipecat daripada PKR pada 10 Ogos lepas.

Mohamad Sabu dalam masa sama menafikan keputusan yang dibuat bertentangan dengan pendirian Majlis Syura dan menafikan Pas menolak calon wanita seperti yang dilaporkan oleh media massa sebelum ini.


"Mesyuarat telah memutuskan untuk mencalonkan dua nama ini (Wan Azizah dan Azmin) untuk menggantikan Abdul Khalid.

"Parti juga telah memutuskan untuk terus bersama pakatan pembangkang dan juga telah mengarah empat Exco yang yang ada untuk terus bertugas," jelas beliau.

Mohamad Sabu enggan mengakui partinya membuat keputusan "pusingan-U" dalam kemelut perebutan jawatan MB Selengor itu dan mendakwa, isu sokongan terhadap Abdul Khalid hanya ditimbulkan oleh media.

Dalam masa sama, beliau menyatakan, kata putus dalam soal jawatan MB Selangor terletak di tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 16 Ogos 2014

Apa pilihan yang Pas ada?


Apa pilihan yang Pas ada? Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran banyak pihak apabila Jawatankuasa Pas Pusat mengadakan mesyuarat esok bagi menentukan pendirian politik parti itu berhubung isu kemelut jawatan Menteri Besar (MB) Selangor berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kepimpinan Pas diterajui oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan melangkah masuk ke dalam dewan mesyuarat di Ibu Pejabat Pas, Kuala Lumpur untuk membuat satu keputusan yang bukan sahaja berkisar siapa lebih layak menduduki kerusi MB tetapi bakal menentukan haluan politik parti itu khususnya kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Bukanlah rahsia lagi, sepanjang kemelut politik di Selangor tercetus, Pas menjadi sasaran kritikan sekutunya, PKR dan DAP. Pendirian Pas mempertahankan Abdul Khalid biarpun dipecat oleh PKR memandangkan beliau sudah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menampakkan wajah sebenar sekutu-sekutunya.

Mereka langsung tidak menghormati hak Pas, sebaliknya Pas diberi kata dua untuk mengikut telunjuk apa yang diputuskan oleh PKR dan DAP. Malah ketika mereka mengkritik Pas kerana didakwa senada dengan UMNO dan mengingatkan Pas supaya tidak menangguk di air keruh apabila wujudnya ura-ura Abdul Khalid akan menyertai Pas, mereka tidak pula berkata apa-apa apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas ‘berpaling tadah’ menyokong Wan Azizah.

Sepatutnya, PKR dan DAP menghormati pendirian Pas untuk membuat pendirian rasmi esok serta mengelakkan mana-mana ADUN Pas mendahului keputusan parti. Tetapi seperti biasa sejak menjalin tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, Pas sentiasa sahaja ‘diarahkan’ untuk memenuhi apa juga kehendak politik kedua-dua parti itu.

Dalam bahasa mudah, "kalau mereka buat tak apa, kalau Pas buat tak boleh.’’

Persoalannya, dalam situasi sekarang apa langkah Pas? Berikut penulis paparkan antara senario yang memungkinkan Pas dilihat seolah-olah berada dalam situasi ibarat, "ditelan mati emak, diluah mati bapa’’ untuk membuat keputusan;

* Tetap menyokong Abdul Khalid, menolak Wan Azizah;

- Keputusan ini agak sukar dilakukan oleh Pas memandangkan jumlah kerusi DUN Pas biar pun pada asalnya berjumlah 15 kerusi kini berkurangan kepada 13 kerusi berikutan, dua ADUN mereka sudah pun menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

Kalaupun Pas mahu terus mempertahankan Abdul Khalid, MB Selangor itu tetap tidak akan mampu bertahan kerana jumlah ADUN yang menyokong beliau tidak mencukupi kerana hanya bergantung kepada UMNO yang memiliki 12 kerusi.

Keputusan untuk terus memihak kepada Abdul Khalid juga sekali gus bermakna Pas tidak lagi mempunyai kesepakatan dengan PKR dan DAP. Pendirian ini akan menyebabkan Pas tidak boleh lagi berada dalam pakatan pembangkang.

* Tetap menolak Wan Azizah dan mencalonkan nama lain;

- Soalnya siapakah yang Pas mahukan? Apakah calon yang hendak menggantikan Wan Azizah itu daripada PKR atau Pas? Kalaulah daripada PKR apakah calon itu diterima oleh ADUN-ADUN DAP yang sudah sepakat mahukan Wan Azizah dan pendirian ini sudah pasti akan turut disokong oleh ADUN-ADUN PKR.

Kalaulah calon Pas, apakah PKR dan DAP akan menyokong calon tersebut? Atau kalaupun hipokrit tahap tertinggi dimainkan oleh kedua-dua parti itu dengan menyatakan sokongan mereka, bolehkah MB daripada Pas tersebut bekerja dengan selesa terutamanya dalam soal mempertahan kesucian agama Islam dan hak orang Melayu?

* Menyokong Abdul Khalid untuk membubarkan DUN;

- Keputusan ini akan menyebabkan Pas ‘tidak layak’ berada dalam pakatan pembangkang kerana ia bertentangan dengan hasrat PKR dan DAP. Kedua-dua parti itu tidak mahu pembubaran DUN, yang mereka mahukan ialah Abdul Khalid disingkirkan dan digantikan dengan Wan Azizah.

Pakatan pembangkang khususnya PKR cukup sedar jika pilihan raya negeri di atas mereka belum mampu mempertahankan kerusi sedia ada, sebaliknya peluang terbuka kepada Pas, UMNO dan DAP untuk menambah kerusi.

* Menyokong Wan Azizah dan terus jadi ‘pak turut’;

- Tindakan ini akan menyebabkan maruah Pas menjadi pertaruhan. Ia memandangkan Pas sejak awal lagi menolak langkah politik yang disusun oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menempatkan isterinya sebagai Menteri Besar.

Membenarkan Wan Azizah menduduki jawatan MB samalah juga ‘hukumnya’ Pas menerima segala amalan politik tidak beretika dan melanggar prinsip-prinsip demokrasi yang disusun oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Malah ia juga akan membolehkan selepas ini, PKR dan DAP sama sekali tidak akan berasa takut dengan apa juga tindakan, kenyataan dan pendirian Pas kerana mereka tahu akhirnya Pas sememangnya sudah merelakan parti itu menjadi ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang.

Keadaan tersebut akan mengecewakan penyokong dan ahli Pas di peringkat akar umbi yang majoritinya menentang langkah politik PKR dan semakin bosan dengan sikap tidak hormat DAP terhadap Pas.

* Tidak membuat keputusan, menanti langkah politik Abdul Khalid

- Bagi mengelakkan keadaan bertambah kusut dan memandangkan Abdul Khalid masih lagi boleh mentadbir kerajaan negeri dengan bantuan empat Exco daripada Pas dan pada masa sama Wan Azizah pula mendakwa sudah mempunyai sokongan majoriti, mungkin Pas boleh sahaja menanti langkah politik yang akan dilakukan oleh Abdul Khalid.

Pas juga boleh menyatakan pendirian selepas Abdul Khalid dan Wan Azizah menghadap Sultan Selangor.

Demikian antara senario atau pilihan yang ada dalam tangan Pas bagi menangani kemelut perebutan kerusi MB Selangor.

Seperti mana kata seorang pemimpin Pas kepada penulis dalam satu pertemuan di Shah Alam, parti itu benar-benar perlu mempertimbangkan setiap keputusan dengan berhati-hati.

"Tetapi apa yang pasti, pemimpin dan ahli Pas semakin mengenali hati budi, ‘isi perut’, pemimpin-pemimpin PKR dan DAP. Oleh itu, janganlah terkejut jika ada keputusan di luar dugaan dilakukan oleh Pas,’’ kata pemimpin tersebut.

Namun apa pun keputusan yang dibuat, Pas harus memastikan ia tidak membuka ruang wujud lebih ramai kelompok yang tidak menghormati resam berjemaah, bersedia tunduk biar pun sudah dikecam oleh PKR dan DAP, mengesahkan Pas sememangnya ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang serta sanggup maruah sebagai parti Islam dipijak semata-mata mahu memburu kuasa.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 13 Ogos 2014

Luahan surat terbuka daripada admin FB Anwar Ibrahim dan Wan Azizah?


Salam Datuk Seri,

Saya perlu akui bahawa saya bukan penyokong tegar Datuk Seri selama ini. Meskipun demikian, pada PRU13 yang lalu, saya diamanahkan menjaga Facebook Datuk Seri dan juga Datuk Seri Wan Azizah, saya menjaganya dengan baik dengan hasrat membantu PR mencapai kemenangan.

Di dalam isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri perlu jelaskan matlamatkan Datuk Seri.

Adakah Datuk Seri hanya ingin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukarkan?

Atau

Datuk Seri inginkan Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar?

Kedua-dua objektif itu berbeza.

Seperti mana PRK Kajang, meskipun ada di kalangan PR tidak bersetuju dengan PRK Kajang, tapi semua turun berkempen untuk kemenangan Datuk Seri Wan Azizah, demi menjaga keutuhan PR.

Kerusi Dun Kajang adalah kerusi PKR, yang PKR boleh menentukannya siapa calon tanpa merujuk kepada Pas dan DAP.

Tapi Datuk Seri, jangan pula Datuk Seri anggap kerusi Menteri Besar Selangor sama dengan kerusi Dun Kajang.

Kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik ketiga-tiga parti – Pas, DAP dan PKR. Cuma persetujuannya ialah hanya mereka di kalangan PKR yang dipersetujui ketiga-tiga parti boleh dilantik menjawat jawatan terpenting ini.

Atas setiakawan, Pas dan DAP telah lama mengisytiharkan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor perlu dilantik dari kalangan PKR. Tiada siapa yang ingin merampas kerusi itu daripada PKR.

Itu sudah satu kejayaan bagi Datuk Seri dan PKR.

Akan tetapi, ini tidak bermakna Datuk Seri dan PKR tidak perlu mendapatkan pandangan daripada Pas dan DAP terhadap calon ganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

PR bergerak atas nama konsensus – di mana setiap parti ada kuasa vetonya.

Dalam hal pengganti Khalid, Datuk Seri tahu ada kuasa veto keempat iaitu istana Selangor, kuasa yang terbesar dalam kemelut ini.

Ramai yang sudah memberi nasihat kepada PKR bahawa pandangan istana perlu dijadikan pertimbangan dalam strategi politik PKR. Akan tetapi, sangat malang, nasihat ini telah dibawa angin.

Datuk Seri dan PKR telah mengambil langkah untuk memecat Tan Sri Khalid. Semua memahami itu satu langkah terdesak supaya Pas dan DAP memotong nama Tan Sri Khalid daripada senarai calon dari PKR yang layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Kita boleh memahami mengapa Datuk Seri inginkan isteri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, selaku Presiden PKR.

Akan tetapi, itu kehendak Datuk Seri dan PKR. Ini bukan bermakna semua akan menerimanya. Halangan pertama ialah istana – sebagaimana nasib yang dihadapi Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Saya percaya Datuk Seri juga sayangkan PR dan negeri Selangor. Dan dengan itu, Datuk Seri tidak mahu Dun dibubarkan, sebab itulah Datuk Seri cuba berjumpa dengan Sultan dan berunding dengan Pas dan DAP.

Atas dasar itu, Datuk Seri sekarang kena mempertimbangkan untuk situasi menang-menang.

Datuk Seri perlu mengalah untuk mengemukakan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Lantiklah calon lain dari PKR yang diperkenan Sultan.

Dengan ini, kerusi Menteri Besar Selangor masih akan kekal di tangan PKR dan kerajaan negeri Selangor masih kekal di tangan PR.

Selama ini pun, Tan Sri Abdul Khalid tiada jawatan besar di dalam PKR ketika menjawat Menteri Besar Selangor. Jadi, sepatutnya tiada masalah untuk mengemukakan calon lain.

Untuk PR menjadi kuat, ketiga-tiga parti perlu kuat secara sendirian. Usah lagi paksa Pas memberi jawapan, PKR akan kehilangan Selangor tanpa Pas. Pas dan DAP ada prinsip mereka sendiri. Nasib baik, kedua-duanya ada perbezaan prinsip, jika tidak, Pas dan DAP dah cukup kuota Adun untuk membentuk kerajaan tanpa PKR.

Datuk Seri sudah mendapat signal jelas dari PAS bahawa Pas ingin kekal bekerjasama dengan PR daripada kenyataan Presiden dan juga Majlis Syura Pas.

Pas dah berkali-kali tegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno. Lebih besar lagi, Pas telah membuat ketetapan tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar dari PKR.

Itu sudah satu kemenangan besar untuk Datuk Seri dan PKR. Tapi di dunia ini, you cannot win all. You gotta give some to take some.

Yang Datuk Seri dan PKR perlu lakukan sekarang ialah mencari satu nama calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid yang boleh diterima istana (selain Datuk Seri Wan Azizah), dan dengan ini, segalanya akan selesai. Asalkan Datuk Seri dapat clearkan laluan istana, semua akan menyokong tanpa syarat.

Pada ketika itu, Datuk Seri dan PKR boleh terus menerajui Negeri Selangor dengan aman dan damai tanpa Tan Sri Abdul Khalid, orang yang dituduh menjadi duri dalam daging PKR.

Dengan itu, objektif terbesar Datuk Seri dan PKR tercapai, cuma objektif kedua sedikit tersasar, tapi ia sudah cukup bagus. Kalau sekiranya objektif kedua lebih besar daripada objektif membuang Tan Sri Abdul Khalid, maaflah saya kerana tersalah anggap.

Lawan tetap lawan. Tapi lawan Datuk Seri bukanlah PasS dan DAP mahupun istana.

Akhir sekali, PR melambangkan kejayaan kareer politik Datuk Seri. Mendapat 52 peratus undi popular di PRU13 ialah satu kejayaan. Bagi saya, itulah yang Datuk Seri perlu pertahankan.

TIMMY SAY

Wasabi Oyabun..

Enam Exco yang dipecat diarah kosongkan pejabat?


Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diarah mengosongkan pejabat masing-masing ekoran pemecatan mereka mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, bagaimanapun buat masa ini tiada tempoh masa tertentu diberikan kepada kesemua Exco terlibat.

"Arahan pemecatan mereka telah diperkenankan Sultan Selangor dan mulai 12 Ogos (semalam) mereka tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan tugas.

"Buat masa ini, tiada arahan dikeluarkan bila sepatutnya mereka harus mengosongkan pejabat masing-masing, tetapi mereka dibenarkan masuk ke pejabat bagi mengemaskan barang persendirian mengikut masa mereka,"katanya.

Sultan Perkenan Pecat 5 Orang Exco.


Wasabi Oyabun..

Selasa, 12 Ogos 2014

Khalid Pecat Exco daripada PKR dan DAP?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya dalam kerajaan negeri Selangor," katanya.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin


Sementara itu, Anwar desak Exco PAS boikot mesyuarat esok!

PKR dan DAP menuntut Exco PAS agar memulaukan mesyuarat esok ekoran pemecatan enam Exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim petang tadi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media tergempar yang diadakan malam tadi mengesa agar semua Exco PAS tidak menghadirkan diri sebagai bantahan terhadap tindakan Abdul Khalid itu.

Manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesa PAS untuk bersama-sama menunjukkan solidariti sekiranya masih menghormati konsep kerajaan pakatan yang diperjuangan sebelum ini.

Selain Anwar Turut hadir dalam sidang akhbar tergempar itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Terdahulu, Abdul Khalid menyatakan semua Exco PKR dan DAP dipecat melalui surat yang dihantar iaitu tiga dari DAP dan dua dari PKR berkuatkuasa serta.

Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco dari Pas.

Dalam perkembangan yang sama, semua Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini akan tetap datang kerja esok selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden Pas, Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Lewat petang semalam, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel dekat Kuala Ibai di sini.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai berjaya membawa perkembangan positif.

Usaha media mendapatkan kenyataan daripada Abdul Hadi berhubung pertemuan itu bagaimanapun masih tidak berjaya sehingga kini.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 11 Ogos 2014

Salah Satu Punca Khalid DiPaksa Letak Jawatan Kerana Membatalkan Projek Ternakan Babi Bernilai 100 juta?


DAP mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bagi membincangkan isu MB Selangor dan telah memutuskan untuk menyokong sepenuhnya tindakan pemecatan keahlian Khalid Ibrahim dari PKR. Mereka juga telah bersetuju untuk meneruskan khidmat EXCO DAP dalam kerajaan negeri Selangor. Anwar Ibrahim pula diraikan sebelum mesyuarat bermula oleh CEC dalam satu majlis sambutan ulangtahu kelahiran beliau yang ke 67.

Tan Sri Khalid dianiaya dipaksa letak jawatan MB Selangor kerana batalkan projek DAP ternakan babi terbesar di asia RM100 juta di Sepang -akui Tony Pua DAP pada lidah rsmi pembangkang MalaysiaKini

1. Tony Pua MP Dap hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara telah memberi sebab punca utama Tan Sri Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilaiRM100 juta pada 2008.

2. Projek ternakan babi mega terbesar di asia ini pada asalnya telah diluluskan oleh Teresa Kok selaku Exco Selangor 2008 yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan.

3. Teresa Kok MP DAP kini hasil pilihan Melayu Seputeh dulu telah menempatkan lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia ini di tempat penduduk majoriti Melayu iaitu di Sepang.
Akan tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu melindungi Islam sensitiviti orang Melayu telah membatalkan projek mega RM100 juta ini.

4. Kini Hanipa Maidin MP PAS hasil pilihan Melayu Sepang antara individu yang paling lantang mengkritik tindakan Haji Hadi Awang kerana mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Kita semua sedia maklum bahawa parlimen Sepang adalah bekas lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia. Dan Hanipa Maidin MP PAS selaku peguam bela bagi kes kes syiah telah tekad mencadangkan lebih rela DAP menjadi MB Selangor.

5. Adakah Hanipa Maidin yang bersungguh sungguh mahu MB Khalid Ibrahim ditukar punya hubungkait projek ternakan babi mega terbesar Sepang dengan DAP?

Kita sedia maklum Tony Pua MP DAP hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara malam tadi mengkritik secara lantang memberitahu bahawa sebab utama MB Khalid Ibrahim perlu ditukar adalah kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008.

Bukti Tony Pua DAP mengaku punca utamaKhalid Ibrahim ditukar kerana batalkan projek ternakan babi mega terbesar: http://www.malaysiakini.com/news/270743

Bukti HanipaMaidin mahu DAP jadi Menteri Besar Selangor:

http://www.themalaysianinsider.com/.../hadi-tiada-kuasa...-
Bukti Hanipa Maidin PAS jadi peguam bela bagi syiah: http://www.malaysiakini.com/news/167279

Bukti Hanipa Maidin PAS tulis artikel diakhbar harakah puji ulama syiah Khomeini http://imagizer.imageshack.us/a/img221/1739/
Bukti Teresa Kok DAP akui selaku Exco Selangor 2008 luluskan projek ternakan babi mega terbesar di blognya sendiri.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 10 Ogos 2014

Krisis MB Selangor : Anwar tidak bermoral, cuba padam sejarah liwat?


Anwar Ibrahim didakwa sengaja mencetuskan krisis politik di Selangor bertujuan mengalih perhatian umum terhadap kes liwatnya, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, Ketua Umum PKR itu menjadikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai sasaran dengan cuba menjatuhkannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya, Anwar juga cuba memadamkan sejarah kes liwatnya yang sebelum ini menjadi cemuhan rakyat.

“Dia sengaja mencipta krisis politik di Selangor untuk memadamkan kisah moralnya yang tercalar teruk gara-gara kes meliwat,” tegasnya.

Bagaimanapun tambah beliau, rakyat tidak mudah lupa pembabitan beliau dalam kes tidak bermoral tersebut sehingga diheret ke muka pengadilan.


“Jika hendak dibandingkan Anwar dengan Khalid, moral Anwar lagi teruk dan tidak layak diangkat sebagai pemimpin,” ujarnya.

Tambah Syed Ali lagi, Khalid telah dijadikan mangsa kerakusan politik pihak yang berkepentingan dalam PKR.

“Khalid telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan baik tetapi sengaja dinafikan oleh Anwar.

Sepertimana pendirian PAS kata beliau, Khalid tidak mengkhianati amanah rakyat dan sewajarnya dipertahankan. Beliau juga mendakwa, Anwar sengaja menghuru-harakan perjanjian air kerjaaan Negeri Selangor dengan kerjaan Pusat dengan menafikan peranan Khalid selaku Menteri Besar.

“Anwar sememangnyanya pengacau dan pengkhianat kepada kestabilan negara,” ujarnya sambil mempersoalkan apakah rakyat Selangor masih belumt dapat menilai kejujuran Anwar.



Katanya, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengamalkan sikap diktator dan kuku besi bagi menghalalkan impian politiknya.

Beliau menegaskan, Ketua Pembangkang itu turut mencabuli prinsip demokrasi apabila menamakan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail sebagai bakal Menteri Besar.

“Tidak ada persetujuan kolektif sesama pakatan pembangkang, Anwar buat keputusan secara diktator,” tambahnya.

“Anwar ada strategi terancang apabila bermati-matian mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar walaupun mengetepikan istana Sultan Selangor.


Menurut beliau, kemelut poltik di Selangor semakin serius kerana Anwar menjadi dalang yang tidak memperdulikan kepentingan rakyat. Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mahu PAS bertegas dalam isu politk di Selangor dan tidak termakan pujuk rayu Anwar.

“Hari ini perang terbuka sudah berlaku antara PAS dan PKR disamping DAP cuba mengaut keuntungan,” tegasnya.

DAP katanya, sememangnya ‘seronok’ melihat orang Melayu bertelagah sesama sendiri.

Sehubungan itu katanya, PAS perlu segera menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR) daripada terus tersepit di dalam krisis tersebut.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 9 Ogos 2014

65 victims of MH17 identified, last experts home!


Dutch forensic experts have identified a total of 65 victims of downed Malaysia Airlines flight MH17, the government said on Saturday, as the last of the team investigating the crash returned from eastern Ukraine.

Forty-two more victims were identified from remains taken from the crash site of the passenger jet, where an operation to recover victims' belongings has been halted because of intensifying clashes between Ukrainian troops and pro-Russian separatists.

"Of the victims, 21 were Dutch and the other 21 another nationality," the Justice Ministry said in a statement.

"The specific nationalities of the other victims are not being revealed on the request of their countries' embassies," it added.

Forensics investigation coordinator Arie de Bruijn said on Friday that around 176 "more or less" complete bodies have arrived in the Netherlands as well as 527 body parts.


"A team of specialists are working around the clock, but again, it could still take months before each victim can be identified," the Dutch government said.

Meanwhile, the last of the Dutch, Australian and Malaysian investigators were leaving Ukraine for the Netherlands, national news agency ANP reported.

The final flight of returning police investigators were expected to land at the southern city of Eindhoven late on Saturday night, including the head of the Dutch police mission in Ukraine, Pieter-Jaap Aalbersberg.

Dutch Prime Minister Mark Rutte said on Wednesday that the search for body parts at the crash site was being suspended due to escalating violence in the area.

The Dutch government on Saturday issued a map showing the area in which the experts conducted their search.

Investigators "searched for 20 hours during a six-day period," but according to the map, covered only a small area of the sprawling crash site.


"Not all areas have been searched as experts were refused entry or the security risk was too high," the Dutch government said in a statement.

Around 800 Ukrainian recovery workers however earlier scoured many of the areas where the international team could not get to, the statement added.

"It was done more professionally than first thought and body parts and personal belongings have been found."

MH17 exploded over insurgent-held east Ukraine on July 17, killing all 298 on board, 193 of them Dutch, with the West accusing Russia-backed separatists of shooting it down.

Wasabi Oyabun..

Kenyataan akhbar PKR berhubung pemecatan Khalid Ibrahim?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan kenyataan akhbar selepas Majlis Pimpinan Pusat parti itu membuat keputusan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, berkuatkuasa serta-merta.

Berikut ialah kenyataan akhbar itu:

LEMBAGA Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

•Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

- menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;

- menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

•Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

•Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

Wasabi Oyabun..

Khamis, 7 Ogos 2014

Kit Siang diselar kerana tuduh Utusan Malaysia bersikap rasis?


Penasihat DAP, Lim Kit Siang diselar kerana menuduh Utusan Malaysia bersikap rasis kerana sengaja menyiarkan artikel berbentuk provokatif dan menghasut sehingga menyebabkan kebencian kaum dan agama.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Kit Siang sebenarnya dengan sengaja cuba menyemarakkan kebencian kaum bukan Melayu terhadap akhbar berkenaan apabila membuat tuduhan sedemikian.

"Lim Kit Siang secara halus cuba membangkitkan kegelisahan bukan Melayu dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Utusan Malaysia," katanya dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang melalui portal berita DAP, www.roketkini.com semalam yang menuduh Utusan Malaysia menyebarkan laporan yang menimbulkan kebencian antara kaum dan bermuka-muka ekoran satu artikel tulisan Pengarang Berita akhbar itu, Zulkifli Jalil sebelum ini yang mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki, Kelvin Yip yang membuat kenyataan menghina umat Islam di Facebook.


Syed Ali berkata, tuduhan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu disifatkan bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada keberanian Utusan Malaysia membela dan mendedahkan beberapa kes membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini sebelum ini.

"Mengapa Kit Siang melenting apabila Utusan Malaysia berani mempersoalkan mengapa pihak berkuasa lambat bertindak ke atas bukan Melayu yang didapati sengaja mencerca dan menghina orang Melayu dan penganut Islam.

"Saya ingatkan Kit Siang, jangan cuba bertopeng disebalik api perkauman, tengok dulu sejauh mana peranan akhbar berbahasa Cina dalam memulihara perpaduan kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata, adalah tidak wajar Kit Siang melatah dengan artikel berkenaan kerana pendedahan tersebut sememangnya berlaku dan kini menjadi isu yang diperkatakan rakyat.

"Ini bukan berita rekaan atau fantasi, kita lihat betapa anak muda Cina termasuk Ahli Parlimen DAP sendiri secara terbuka berani menghina agama Islam dan institusi raja-raja Melayu, tetapi apa hasilnya walaupun beratus laporan polis telah dibuat.

Katanya, beliau hairan mengapa Kit Siang begitu sakit hati kepada Utusan Malaysia sedangkan hakikatknya artikel yang ditulis ada asasnya kerana banyak kes yang berlaku tetapi pihak berkuasa seperti hanya memilih kes tertentu.

Syed Ali berkata, Kit Siang perlu sedar bahawa tidak semua isu boleh dipolitikkan bagi menunjukkan kononnya DAP prihatin terhadap kepentingan awam.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 6 Ogos 2014

MB Khalid terus ditekan mengenai hutang Bank Islam?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) berterusan menekan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mempersoalkan keistimewaan yang diberikan kepada Menteri Besar Selangor itu untuk tidak membayar hutangnya kepada Bank Islam.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution secara sinis menggesa Menteri Besar Selangor itu berkongsi 'formula' digunakan dengan rakyat sehingga beliau dikecualikan daripada membayar hutang tersebut.

"Apa istimewanya Tan Sri Abdul Khalid sehingga hutang puluhan juta tidak perlu dibayar? Bolehkah berkongsi formula itu dengan rakyat biasa yang sukar membayar hutang bank? Sebagaimana pemimpin yang sayangkan rakyat, yang katanya rakyatlah yang melantiknya sebagai Menteri Besar, sudah tentu tidak sukar untuk Abdul Khalid berkongsi formula penyelesaian hutang.

"Kalau ini beliau boleh lakukan, pakaran rakyat pasti menang mudah pilihan raya umum akan datang. Manakan tidak, kita membantu selesaikan hutang rakyat dengan bank melalui formula TSKI-Bank Islam," katanya melalui dua status terkini yang dikemaskini di laman Facebooknya hari ini.

Katanya, pengecualian daripada membayar hutang bank bagaimanapun tidak berlaku kepada rakyat biasa.

"Berapa ramai dalam kalangan rakyat biasa yang berhutang perniagaan, perumahan, kad kredit, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya dikejar bank angkara gagal membayar hutang. Ramai juga yang diisytihar bankrap. Ini hakikatnya," katanya.

Katanya, keadaan bertambah pelik apabila Abdul Khalid dikecualikan daripada membayar hutang berjumlah berpuluh juta ringgit.

"Apabila saya membaca circular resolution Bank Islam kepada pemegang saham bertarikh 23 April 2014 muka surat 21, lampiran 1, perkara 3 lampiran (d) jelas mengesahkan Bank Islam menggugurkan saman baki tuntut hutang ke atas Abdul Khalid.

"Jangan pula dihujah, ini hutang peribadi tiada kaitan dengan parti dan jawatan. Pada saat kita menjawat jawatan awam, hutang yang kita tanggung akan mendedahkan kita kepada konflik kepentingan. Pelbagai ikhtiar diusahakan untuk mendapat penjelasan beliau, Sehingga saat ini belum kesampaian!" katanya.

Saifuddin turut menegaskan, beliau tidak mempunyai niat untuk mendedahkan aib Abdul Khalid, sebaliknya hanya mahukan penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara lain lagi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan menteri besar itu.

"Jika tidak disebut, ditanya, apa sebab hendak berhentikan. Bila dicerita alasan, disoal lagi mengapa dedahkan aib orang. Teringat saya cerita seorang lelaki, anak dan keldainya! Saya teruskan soalan kepada Abdul Khalid, kenalkah Tan Sri Rashid Manaf? Apa peranan beliau dalam rundingan penyelesaian hutang Bank Islam? Bukankah beliau pemegang saham utama dan pengerusi Ekoworld Bhd.?

"Tidakkah beliau dianugerahkan projek membina 2,400 unit rumah mampu milik di bawah geran Selangorku bernilai RM591 juta melalui MoU pada 25 Mac 2014 ? Bukankah tanah milik kerajaan negeri 308.72 ekar kini dipindah milik dan dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf yang menguasai Ekoworld Bhd.? Bukankah projek dan tanah ini sempurna diperoleh oleh Tan Sri Rashid Manaf dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian hutang bank Islam atau ini cuma satu kebetulan?" soalnya.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR menegaskan, tidak mahu melibatkan pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah integriti Abdul Khalid.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 5 Ogos 2014

Kes Hina Agama: Tidak Timbul Isu Peguam Negara Tidak Kompeten Seperti Dilapor Akhbar - Abdul Gani?


Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dari semasa ke semasa ke atas setiap perbuatan berhubung isu menghina agama Islam, kata Peguam Negara.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata sejak Mac lepas, jabatan itu telah melaporkan setiap minggu semua kes-kes yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada perdana menteri, menteri dan ketua-ketua jabatan semua perkara berkaitan kes kepentingan awam.

Ini termasuklah kes-kes dalam siasatan dan siasatan lanjut, kes dalam prosiding mahkamah, kes digugurkan dan kes selesai, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Oleh itu, beliau menegaskan tidak timbul isu "ada laporan tetapi tiada tindakan", "Peguam Negara tidak kompeten untuk bersikap adil", atau "membuat pendakwaan terpilih" terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seperti yang dibangkitkan di media massa.

Beliau mengulas desakan yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun serta beberapa pihak lain seperti disiarkan akhbar arus perdana yang mahu jabatan itu mengambil tindakan segera dan tidak berlembut ke atas seorang pengguna laman sosial Facebook, Kelvin Yip dan beberapa individu lain kerana menghina agama Islam dan kaum.

Abdul Gani berkata dalam hal ini, agensi penguatkuasa seperti PDRM dan SKMM akan menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat apabila ada laporan polis dibuat terhadap mana-mana pihak.

Beliau berkata kertas siasatan yang telah lengkap akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, di mana jabatan itu sentiasa bekerjasama baik dengan pihak PDRM.

"Sekiranya terdapat keterangan dan bukti yang kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan, beliau akan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang bersesuaian tanpa mengira status dan latar belakang individu berkenaan.

"Walaubagaimanapun, pihak PDRM sering menghadapi kesukaran apabila pihak yang disiasat tidak mempunyai alamat 'protokol internet', identiti dan akaun e-mel palsu hingga menyukarkan mereka untuk membuat pengesahan," katanya.

Menurut Abdul Gani pihak polis juga sering menghadapi kesukaran dalam mendapatkan kerjasama pihak negara luar dalam membantu siasatan ke atas kes-kes hasutan.

Beliau bagaimanapun menegaskan jabatan itu akan meneliti segala keterangan yang dikemukakan dalam siasatan tersebut, manakala keputusan sama ada pertuduhan dibuat atau sebaliknya akan dibuat selepas keterangan atau bukti dikemukakan diteliti dan dipertimbangkan.

Berhubung status melibatkan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee, penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer dan penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee Wee atau Namewee, Abdul Gani berkata kesemua kes telah dirujuk kepada pihaknya dan tindakan susulan telah diambil.

Bagi kes Tan dan Lee, jabatan itu telah mengemukakan tiga pertuduhan dan memutuskan mengenakan pendakwaan terhadap pasangan itu, di mana waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Tan selepas gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, manakala dalam kes melibatkan Shahul Hamid jabatan telah mengarahkan PDRM untuk melengkapkan kertas siasatan mengenainya, katanya.

Beliau berkata jabatan itu juga sedang mengkaji pertuduhan yang akan dikenakan terhadap RSN Rayer berhubung ucapannya yang menghina Umno pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei lepas, manakala tindakan Namewee mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah dirujuk pada 22 Julai lepas dan jabatan mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk mendakwanya di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Lain-lain kertas siasatan melibatkan Mohd Razlan Muhammad Rafii, Sim Kwang Yung, Smallfield Benjamin dan Kelvin Yip masih dalam siasatan PDRM dan belum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.- BERNAMA

Wasabi Oyabun...

Sabtu, 2 Ogos 2014

Hadi tetap pertahan Khalid?


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi Pas bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya yang ditemui pemberita di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam Pas mahupun pihak luar, didapati majoriti rakyat Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.


Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkara mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama pakatan dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".

Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu menunjukkan Pas seolah-olah cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi perjuangan untuk rakyat.

Ditanya adakah Pas berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai parti itu, beliau berkata, pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (Pas) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

Ketika ini Pas mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15).

Wasabi Oyabun..