Terima kasih kerana mengundi BN
Selasa, 24 Julai 2012
Isu air di Selangor - MKN perlu bertindak?
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som menunjukkan paras bekalan air terawat yang sedikit ketika lawatan ke Tangki Imbangan air Hulu Langat ekoran beberapa kawasan di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air di Hulu Langat Cheras, awal tahun ini.
Rakyat Selangor perlu bersatu untuk menuntut kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh pakatan pembangkang menyegerakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 1 (Langat 2) di Semenyih.
Kuasa ada di tangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan Arahan Pembangunan (D.O) dan rakyat perlu mengingatkan kerajaan di bawah pakatan tersebut, bahawa kuasa itu datang dari mereka (rakyat) yang membuang undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang sudah empat tahun berlalu.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sendiri pada Julai tahun lalu meminta kerajaan negeri dan Persekutuan bekerjasama menangani masalah kemerosotan bekalan air yang semakin membimbangkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Presiden Fomca, N.Marimuthu pada masa itu dilaporkan berkata, jika sumber air yang ada tidak dipelihara mungkin kita akan mengalami masalah bekalan air lebih teruk dari 1998. Namun sehingga setahun berlalu, isu air di Lembah Klang telah menjadi bahan ugutan politik, dengan pihak yang perlu berunding, tuding-menuding jari dengan mengatakan masing-masing tidak mahu duduk berunding.
Dalam soal ini sudah jelas kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa mutlak untuk mengeluarkan D.O dan Kerajaan Persekutuan mengeluarkan bajet agar projek pengaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor dapat dilaksanakan. Justeru tuduh-menuduh hanya menyebabkan rakyat yang akan menjadi mangsa.
Menurut laman sesawang MKN dinyatakan bahawa, arahan MKN yang baru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan pada masa kini dan mendatang seperti ancaman bukan tradisional (non-traditional) antaranya hak asasi manusia, pemanasan global, ancaman ekonomi dan jenayah rentas sempadan. Bukankah mendapatkan bekalan air mencukupi sebahagian hak asasi manusia dan menyebabkan ancaman ekonomi?
Air adalah suatu keperluan yang amat penting untuk kelangsungan hidup manusia tak terkecuali bagi rakyat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Maka peranan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri amat dituntut untuk Projek Langat 2 disegerakan, dengan apa cara sekalipun waima dengan mengumumkan perintah darurat akibat kekurangan air bersih yang mengancam nyawa rakyat ke tiga-tiga lokasi terlibat.
Sekiranya MKN boleh bertindak untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kerana air terlebih melimpahi tebing hingga menenggelamkan rumah dan kilang-kilang, mengapa pula jika air semakin berkurangan, peranan MKN tidak boleh digerakkan untuk bertindak dalam kapasiti yang sama?
Kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendabik dada dengan subsidi air yang menggalakkan pembaziran air semakin berleluasa. Beliau juga dengan ego menguar-uarkan bekalan air masih mencukupi. Sedangkan air yang dimaksudkan beliau adalah air yang tidak terawat. Apa yang diperlukan adalah air mentah boleh dirawat.
Jika api di masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Namun air di masa bekalannya sedikit mahupun banyak tetap diperlukan. Dalam soal air, permintaan yang semakin meningkat menyebabkan air menjadi keperluan asas yang mendesak. Selangor khususnya amat memerlukan sumber air bagi menyokong bidang perkilangan terutama syarikat minuman air bergas.
Jika bekalan air semakin berkurang, ini bermakna banyak kilang baru dan lama tidak dapat beroperasi dan seterusnya peluang kerja untuk rakyat tempatan yang tamat belajar di institut kemahiran setiap tahun semakin tertutup.
Di negara ini, begitu banyak lulusan sekolah dan institut kemahiran seperti Sekolah Menengah Teknik, Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Kolej Komuniti yang memerlukan kerja dan ini termasuk anak-anak muda di Selangor yang gah sebagai negeri maju.
Justeru, pembinaan Projek Langat 2 berkapasiti 1,130 juta liter sehari yang merupakan komponen utama bagi projek Pemindahan Air dari Pahang ke Selangor perlu disegerakan pembinaannya. Jika tiada tekanan dikenakan terhadap pemilik tanah (kerajaan negeri Selangor) maka masalah pada masa depan bukan lagi masalah air untuk minuman tetapi air untuk menyediakan prasarana pekerjaan untuk anak-anak Selangor.
MKN perlu memainkan peranan membantu rakyat Selangor dengan membekalkan air bersih yang mencukupi dari luar negeri bergelar Darul Ehsan bila sampai masanya. Itu pun jika Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) gagal memberi tekanan kepada kerajaan Selangor yang terus berdolak-dalik dalam isu air mentah yang semakin berkurangan berbanding keperluan semasa dan pada masa depan.
Dalam keadaan ini, semua rakyat Selangor perlu bersatu menuntut kerajaan negeri menyegerakan D.O pembangunan Langat 2 sama ada dengan kempen tandatangan setiap sembilan daerah di negeri itu atau lebih baik lagi pada PRU-13, pangkah sahaja calon daripada parti yang boleh menyelesaikannya. Itu yang terbaik.-UMO
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Aduh sejak bila pula LRA Langat 2 di Semenyih?
BalasPadamSaya Husnah dan saya mengambil waktu saya keluar untuk bersaksi Ibu Amanda karena dia akhirnya menawarkan saya.
BalasPadamSaya dan suami saya masuk ke utang yang sangat besar dengan Bank dan kami mencari pinjaman dari perusahaan pinjaman yang berbeda tetapi semua datang ke sia-sia. sebaliknya mereka membawa kita ke dalam lebih banyak utang meninggalkan kami bangkrut sampai saya datang di kontak dengan Ibu Amanda, yang menawarkan pinjaman. Sekarang kita telah akhirnya menetap utang kami dan memulai bisnis baru dengan uang yang tersisa dari pinjaman. Anda dapat menghubungi dia hari ini untuk pinjaman apapun dan jumlah.
Hubungi Ibu Amanda melalui salah satu email berikut. amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com atau Anda dapat menghubungi saya melalui email saya untuk arahan lebih lanjut ikmahusnah@gmail.com