Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 31 Oktober 2009

Satu demi satu tinggalkan PKR kerana curiga!

UMPAMA retak menanti belah. Peletakan jawatan bersiri pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengiyakan cakap-cakap tentang keretakan dalam parti itu.

Bukan saja PKR yang dilanda masalah. Rakannya Pas turut dijangkiti sindrom perpecahan. Semuanya itu kononnya berkaitan dengan agenda 'membersihkan' parti.PKR tidak mahu pemimpin yang tidak mendokong agenda parti itu. Lantas tugas wakil rakyat yang dipilih untuk berbakti kepada pengundi dialih kepada orang lain.

Tindakan itu terbukti dalam kes wakil rakyat PKR bagi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang. Badrul Hisham Abdullah keluar daripada parti itu kerana hilang keyakinan terhadap barisan pemimpin PKR. Apakan tidak, ketika mencalonkan Badrul Hisham tidak berbangkit soal masalah kekuatan otak. Namun selepas membantu PKR mendapatkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap beliau.

Adakah calon PKR semasa pilihan raya umum lalu hanya tangkap muat? Adakah mereka tidak perlu diberi mandat untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat? Sebab itu selepas menjadi wakil rakyat, pemimpin tertinggi tidak peduli. Malah mendapat khabar anak buahnya meninggalkan parti, tiada rasa kesal sebaliknya segala kelemahan yang 'dipadamkan' daripada rekod menjelang pilihan raya lalu diungkit semula.

Itu sebahagian daripada masalah di Pelabuhan Klang. Sebahagian lagi punca, kata Badrul Hisham kerana tidak gemar dengan sikap berdolak-dalik penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwatnya. Itu sandiwara dalam PKR. Sandiwara yang bermula dengan keyakinan mahu membentuk kerajaan pada 16 September tahun lalu nampaknya bertukar plot.

Sandiwara mahu menawan wakil-wakil rakyat dari negeri di bawah bayu itu kini melalui jalan cerita berbeza. Di negeri itu, krisis keyakinan terhadap barisan pemimpin PKR terserlah. Siapa sangka Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti itu. Dan bukankah gerakan yang bermula secara perlahan dan kini tidak dapat diselindungkan lagi menunjukkan bahawa PKR sememangnya bermasalah.

Sebab itu alasan mahu membersihkan parti semacam tidak mendapat tempat di kalangan ahli-ahli PKR yang kini semakin berani menoktahkan perjuangan yang masih hijau. Keengganan mengakui kelemahan serta cubaan mahu menunjukkan bahawa parti itu kukuh dengan sokongan dua lagi rakan - Pas dan DAP, menyebabkan ada yang muak.

Apatah lagi dalam keadaan ada wakil rakyatnya mula mempersoalkan isu moral pemimpinnya, sedangkan sebelum ini istilah tersebut tidak lut dalam parti itu. Mana pernah ahli-ahli parti itu mencurigai moral pemimpin mereka, biar pun yang pernah dipenjarakan kerana kesalahan menyanggah moral. Sebaliknya pemimpin itulah yang disanjung, dijunjung dan dilambung umpama 'malaikat' yang bersih daripada dosa dan noda.

Tetapi trend itu mula terhakis. Kecurigaan mula mengatasi kesetiaan kepada parti dan pemimpin menyebabkan mereka mula berani bertindak; salah satu caranya dengan meninggalkan parti. Bukan soal kekeliruan dan kejutan berikutan perubahan yang disusun dalam kepimpinan PKR mendorong tindakan meninggalkan parti atau meletakkan jawatan. Tetapi hakikatnya soal ketidakpercayaan orang kuat parti terhadap pemimpin yang diberi mandat sebelum ini menyebabkan ada rajuk yang tidak mungkin dapat dipujuk.

Lantas perubahan yang dikatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam kononnya dipersetujui sebulat suara amat diragui. Bukankah sepakat membawa berkat. Tetapi dalam kes perubahan dalam PKR, kesepakatan itu membawa kepada siri perpecahan. Pastinya ada punca tunggal kepada perkembangan terbaru itu dan mungkin juga membawa kepada berita seterusnya yang akan diledakkan tidak lama lagi.

Sepatutnya agenda mahu membersihkan parti daripada golongan 'bermasalah' dalam PKR dimulakan di peringkat nama-nama besar dalam parti itu. Ini kerana nama-nama besar itu semakin tidak mendapat tempat, hilang kepercayaan malah tidak lagi diyakini untuk menjadikan PKR terus relevan. Siapakah nama-nama itu, semua orang tahu jawapannya.- UM

Wasabi oyabun

Selasa, 27 Oktober 2009

" Bumiputra India " Tuduh Tun Mahathir Sebagai Perancang Insiden Kg.Medan 2001!

Peguam, Barua M. Manoharan berhasrat untuk membawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung insiden yang berlaku di Kampung Medan pada 2001.

Hasrat tersebut dinyatakan kepada sekumpulan media selepas tamat prosiding kes penasihat Hindraf, P. Uthayakumar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini. Ketika ditanya kenapa beliau mengaitkan mantan Perdana Menteri itu dengan insiden tersebut, Manoharan menyatakan: ''Kerana pada masa itu, beliau merupakan Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri pada masa itu dan he's orchestrated the whole incident (dia yang merancang segalanya).''

Kampung Medan di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya pernah mencetuskan ketegangan kaum pada 2001 tetapi kini berubah wajah apabila penduduknya hidup aman damai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu turut menyatakan, beliau hanya mengikut saranan Dr. Mahathir yang dinyatakan dalam blognya bahawa semua penjenayah perlu dihadapkan ke mahkamah. ''Tapi beliau (Dr. Mahathir) tidak perlu risau kerana di Mahkamah Jenayah Antarabangsa itu dia akan mendapatkan satu perbicaraan yang adil. Tidak seperti kami,'' katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya bila permohonan tersebut akan dibuat, Manoharan hanya menjawab: ''Apabila tiba masanya.''Peguam yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13 Disember 2007 itu mengulangi beberapa kali hasratnya untuk membawa Dr. Mahathir ke muka pengadilan di peringkat antarabangsa sambil mengatakan bahawa dia serius untuk berbuat demikian.

Wasabi Oyabun

Sabtu, 17 Oktober 2009

KENAPA PARTI KEADILAN TAK RELEVAN?
















* PARTI KEADILAN DIPIMPIN OLEH SEORANG WANITA YANG KECEWA DIRI DAN KELUARGANYA TELAH DICEMARI OLEH SUAMINYA YANG MENGGADAIKAN MARUAH KELUARGA UNTUK MEMUASKAN NAFSUNYA.

* WAN AZIZAH SEBENARNYA TIDAK TAHU MENAHU TENTANG BIDANG POLITIK TETAPI TERINGIN UNTUK MENJADI AHLI POLITIK.

* WAN AZIZAH PERNAH MENGAKU KERETAKAN DALAM KELUARGANYA DISEBABKAN OLEH PERBUATAN SUAMINYA.

* ANWAR IBRAHIM HANYA MEMPEROLEHI KELAS KETIGA IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DI UNIVERSITI MALAYA DAN GAGAL SEKALI DALAM SUBJEK ‘POLITIK MALAYSIA’ DAN MENGULANG SUBJEK TERSEBUT SEKALI LAGI.

* KEADILAN LAHIR UNTUK MEMPERJUANGKAN ANWAR IBRAHIM, BUKANNYA UNTUK MEMPERJUANGKAN POLITIK ORANG-ORANG MELAYU.

* PARTI KEADILAN DIHUNI OLEH KRONI-KRONI ANWAR YANG MENDAPAT BERJUTA-JUTA RINGGIT DARI KONTRAK KERAJAAN.

* PARTI KEADILAN DIPIMPINI OLEH GOLONGAN AHLI POLITIK TERPINGGIR DARI UMNO DAN DAP.

* PARTI KEADILAN TIDAK MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM DALAM SISTEM PENTADBIRAN DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

* PARTI KEADILAN MENGHAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU.

* PARTI KEADILAN MEMBAWA PERMUSUHAN DAN MELAKUKAN JENAYAH BESAR DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI RUSUHAN.

* PARTI KEADILAN DIKUASAI OLEH ORANG PROFESIONAL YANG AKAN MENJERAT ANWAR IBRAHIM SEKIRANYA DIA MENJADI PERDANA MENTERI.

* PARTI KEADILAN TIDAK PERNAH MENYUARAKAN ISU-ISU ANTARABANGSA DAN MEMBANTU NEGARA JIRAN DALAM KESUSAHAN.

* PARTI KEADILAN HANYA DITUBUHKAN UNTUK MEMUASKAN NAFSU POLITIK PERIBADI BUKANNYA MENYAMBUNG WARISAN PERJUANGAN POLITIK BANGSA.

* PARTI KEADILAN BUKAN DIKUASAI OLEH ORANG ISLAM TETAPI HANYA DILANTIK ORANG ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN SEKADAR UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT.

* PARTI KEADILAN AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA KEBEBASAN MEDIA DAN KEHAKIMAN NEGARA SEKIRANYA MEMERINTAH KERANA IA ADALAH PARTI SERPIHAN DALAM PEMBANGKANG.

* PARTI KEADILAN TIDAK PERNAH MEMPERJUANGKAN POLITIK ORANG MELAYU.

* PARTI KEADILAN MENIPU RAKYAT DENGAN ISU RACUN ARSENIK ANWAR IBRAHIM.

KENAPA RAKYAT HARUS PERCAYA KEPADA PARTI KEADILAN?

KEADILAN MANA YANG DIHARAPKAN SEKIRANYA SEMUA ANGGOTA PEMIMPIN PARTI KEADILAN TAMAK MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK DAN KEPENTINGAN DIRI MEREKA SENDIRI. SUDAHNYA MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA AKAN DITIMBANG KATI NANTI. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

Jumaat, 9 Oktober 2009

BPR siasat dakwaan Murad!

Berita Minggu, 31 Oktober 1999

SEREMBAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Kementerian Kewangan mula menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun induk bank berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.

BPR sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan. Siasatan diketuai Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris. Di SUNGAI PETANI, Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin, berkata siasatan itu penting untuk memastikan siapa yang bersalah supaya tindakan terhadap mereka dapat diambil.
Menurutnya, siasatan itu juga dapat membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan Abdul Murad terhadap Anwar yang disertakan Akuan Berkanun dengan ikrar di hadapan Persuruhjaya Sumpah.

"Surat sumpah bukan boleh main-main, saya percaya seseorang tidak akan buat surat sumpah kalau tidak ada bukti," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan dan beras kepada 388 keluarga mangsa banjir di kawasan Parlimen Merbok dekat Sungai Petani semalam, Daim berkata, jika dakwaan berkenaan tidak benar, pihak terbabit boleh mengambil tindakan terhadap Abdul Murad. Beliau juga berkata, siasatan perlu bagi memastikan semua kakitangan Bank Negara bekerja cekap, amanah, bertanggungjawab dan tidak ada penyelewengan.

Sementara itu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Husin menyifatkan setiap perenggan dalam akuan bersumpah Abdul Murad adalah maklumat mengenai rasuah. BPR menganggap pengakuan Abdul Murad tidak seperti maklumat biasa kerana dakwaannya adalah maklumat akuan bersumpah. Esok, Ahmad Zaki akan mempengerusikan mesyuarat dengan pegawainya untuk menentukan bidang tugas pasukan penyiasatan itu.

"Tindakan pertama ialah memangggil Abdul Murad bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kenyataannya dalam akuan bersumpah itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sehari BPR bersama wargatua di Rumah Seri Kenangan di sini, semalam.Khamis lalu, Abdul Murad melalui akuan bersumpahnya mendedahkan salah laku bekas Timbalan Perdana Menteri, termasuk mempunyai akaun induk berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.
Selain individu, turut dikaitkan dengan Anwar dalam akuan bersumpah itu ialah beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Ahmad Zaki mengakui bahawa berdasarkan akuan bersumpah itu, kes itu rumit kerana membabitkan banyak bank dan pengendalian akaun, termasuk akaun induk seperti yang disebutkan dalam akuan bersumpah. Selain itu, katanya ada banyak dakwaan dan ramai orang terbabit menyebabkan BPR akan membuka lebih daripada satu fail dalam siasatan itu. Walaupun rumit, katanya BPR yakin dapat mengendalikan kes itu kerana mempunyai pengalaman mengendalikan kes rasuah yang rumit sebelum ini, malah membawa kes itu ke mahkamah.

Beliau berkata, BPR akan mendapatkan bantuan pakar, termasuk dari Bank Negara dan Kementerian Kewangan untuk memberi khidmat nasihat dalam aspek siasatan. Selain itu, kerjasama daripada nama mereka yang disebut dalam akuan bersumpah itu juga penting.
Menurutnya, penyiasatan ditumpukan terhadap aspek rasuah yang terkandung dalam akuan bersumpah. "Saya fikir hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Jadi kami akan menyiasat setiap aspek itu," katanya.

Mengulas beberapa pihak yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu berada di luar negara, katanya, BPR akan mendapat kerjasama agensi terbabit di negara berkenaan.
Sebagai contoh jika di Amerika Syarikat, katanya BPR akan mendapatkan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin Polis Antarabangsa (Interpol). "Untuk tujuan bukti, BPR akan merujuk kepada Peguam Negara untuk mengaturkan bagaimana keterangan itu boleh dibawa ke mahkamah negara ini," katanya.

Sementara itu, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa BPR tidak bebas menjalankan siasatan itu. "Sejak tujuh bulan saya menjadi Ketua Pengarah, tidak ada sesiapa yang mencampuri siasatan BPR. Tidak ada masalah, tidak timbul isu menyatakan BPR tidak bebas dalam siasatan. "Saya tidak kata maklumat dalam akuan bersumpah itu maklumat betul atau palsu. Tidak tahulah betul atau tidak. BPR apabila menerima maklumat tidak mempunyai pilihan, kita akan menyiasat," katanya.

Beliau berkata, masalah sebenar yang dihadapi ialah orang ramai yang mempunyai maklumat penting tidak mahu membantu BPR menyebabkan agensi itu disangka tidak menjalankan kerja. Dalam kes Abdul Murad, katanya tidak ada siapa menyangka bekas Penolong Gabenor itu akan berbuat demikian."Mengapa tidak dulu lagi datang berjumpa kita. Kalau dari dulu pun, BPR siasat juga. Begitu juga dengan orang lain yang mempunyai maklumat, mengapa tidak datang," katanya.

Komen : Dimana hasil siasatan kes ini? Sudah hampir 10 tahun rakyat menunggu, tetapi mengapa diam membisu?

Wasabi oyabun