Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 15 Julai 2012

Adakah hatinya terluka...!!!



Agak musykil mengapa Ng Phaik Kheng iaitu bekas pembantu Lim Guan Eng yang dikaitkan menjalin hubungan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, terus berdiam. Wartawan pernah berpeluang mengasak Phaik Kheng dengan pelbagai soalan tetapi beliau tetap enggan mengulas.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa. Mungkin Phaik Kheng keliru atau jauh hati kerana beberapa sebab. Antaranya terpaksa berpindah daripada pejabat Ketua Menteri atas masalah tertentu, yang beliau sahaja tahu. Sudah tidak lagi sebumbung.

Kita percaya Phaik Kheng seorang wanita yang baik dan tidak mahu bercakap sesuatu yang melanggar prinsip kebenaran. Sehingga semalam, beliau tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada mengesahkan atau menafikannya


Selagi beliau membisu selagi itu banyak persoalan tidak berjawab. Antaranya benarkah Phaik Kheng menjalin hubungan dengan Guan Eng, benarkah Guan Eng dicederakan isterinya, Betty Chew Gek Cheng sehingga dahi bertampal plaster dan benarkah Betty mengkasari Phaik Kheng, semuanya seperti dilaporkan menerusi blog.

Isu tersebut menjadi lebih panas selepas ADUN BN (MCA), Gan Tian Loo bertanyakan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, baru-baru ini. Bagaimanapun Guan Eng dan Betty Chew memanggil sidang akhbar bersama dalam keadaan kedua-duanya kelihatan tidak mesra bagi menafikan cerita sebegitu.

Memandangkan isu tersebut menjadi perhatian ramai, kita setuju dengan gesaan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan agar Betty Chew dan Phaik Kheng tampil mengadakan sidang akhbar bersama.

Jika kedua-dua wanita itu kekok, Guan Eng boleh duduk di tengah-tengah mereka. Persoalannya apakah Betty Chew dan Phaik Kheng bersedia berbuat demikian? Nampak seakan mudah tetapi sekiranya menyentuh soal perasaan dan apatah lagi cinta, pasti lebih sukar. Lebih-lebih lagi jika ada hati yang terluka.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan