Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 30 Oktober 2012

Isu Selangor : Laporan audit negara menunjukkan Khalid Ibrahim 'Menteri besar yang hebat'?



Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.

Kelemahan ini telah dilaporkan secara telus oleh pihak Ketua Audit Negara namun Menteri Besar dengan angkuh cuba menafikan kredibiliti laporan tersebut dengan mempertikaikannya. Inikah sikap pemimpin yang berjiwa besar?

TAWAS

Skim TAWAS diwujudkan kononnya untuk memberi faedah kepada semua anak kelahiran Selangor. Namun begitu, skim yang bermotifkan politik ini dibuat tanpa perancangan rapi dan ini menyebabkan hasil negeri dibazirkan begitu sahaja tanpa dapat digunakan secara optimum.

Memandangkan Skim TAWAS ini dikendalikan oleh pihak Menteri Besar Incorporated (MBI), maka Menteri Besar selaku Pemegang Amanah perlu bertanggungjawab sepenuhnya.


Peruntukan untuk TAWAS juga dilihat digunakan secara tidak seimbang. Daripada RM 13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk TAWAS sebaliknya, RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan.

Ini bermaksud, pengendali TAWAS iaitu YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) membelanjakan 98% dari peruntukan RM 5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4% sahaja yang mendapat faedah darinya. Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi dari wang yang diagihkan? Kemanakah baki RM 5.5 juta lagi?

Pada masa yang sama, alasan Menteri Besar bahawa jumlah kelahiran iaitu 313,706 adalah tidak benar menunjukkan beliau tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara. Penafian Menteri Besar bahawa angka kelahiran adalah tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran TAWAS hanya 23.7%. Adakah MB mengatakan bahawa hampir 80% kelahiran lagi merupakan bukan warganegara?


Persoalan penting ialah, bagaimanakah Kerajaan Negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan TAWAS akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun? Ini kerana, sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menghasilkan pulangan yang berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar.

Bukan sahaja dari segi kewangan, segala dokumentasi dan pentadbiran juga mendapat kritikan dari Ketua Audit Negara. Ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri gagal menyediakan satu program yang baik dan dijalankan dengan telus. Kenyataan exco Dr. Xavier bahawa kos operasi TAWAS turut digunakan untuk tujuan Jom Shopping sebenarnya memakan diri.

Bagaimana mungkin peruntukan untuk tujuan lain digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan politik. Kita semua maklum bahawa program Jom Shopping merupakan agenda politik Pakatan yang dibuat secara sambil lewa dan tidak menyeluruh.

Apa yang BN janjikan? Saya tidak boleh mendedahkan secara terperinci, namun pihak Barisan Nasional telah merangka satu skim yang lebih manfaat untuk anak Selangor apabila memerintah kelak. Apa yang lebih penting, pulangan untuk anak Selangor lebih terjamin dengan skim yang bakal diperkenalkan kelak.

TUKAR SYARAT TANAH

Sejak mengambil alih pentadbiran di Selangor, Kerajaan Pakatan banyak terlibat dengan isu yang melibatkan tanah seperti tanah YBK, isu Talam yang juga dalam sektor hartanah dan isu tanah KHSB di Gombak seperti yang pernah saya dedahkan sebelum ini.

Perkara ini sebenarnya berkait dengan tadbir urut kerajaan negeri yang gagal menguruskan tukar syarat tanah dengan baik dan berkesan.


Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat banyak kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor ini. Ini termasuklah pembinaan kilang haram dan penggunaan tanah tanpa kebenaran.

Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran. Kelemahan-kelamahan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri memandang ringan soal tanah dan mengambil mudah pengurusan tanah ini.

Ini langsung tidak mencerminkan sikap integriti yang kononnya dimiliki oleh Menteri Besar. Malah, kami juga akan mendedahkan pada masa hadapan beberapa siri pembohongan Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor termasuk menggunakan Institutsi beraja bagi menutup kelemahan beliau.

PENYELENGGARAAN JALAN

Antara panggilan talefon yang diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor ialah aduan mengenai keadaan jalan negeri yang tidak diselengara dengan sempurna. Ini termasuklah jalan yang berlubang dan tidak sekata sehingga boleh menyebabkan kemalangan.


Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan Persekutuan memberikan RM 375.90 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan penyelenggaraan Jalan Negeri yang berjumlah 16,013 kilometer. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja. Iaitu 58.1% dari keseluruhan peruntukan.

Ini secara tidak langsung menyebabkan wang Kerajaan Negeri meningkat. Hakikatnya, peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan tetapi sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat.

Tidak guna jika Khalid Ibrahim berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan Negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini. Hakikatnya, Selangor yang terkenal sebagai negeri maju masih lagi mempunyai infrastruktur yang tidak sempurna di sesetengah kawasan.

PENYATA TUNAI

Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010. Selain itu, berbanding 2010, Kerajaan Negeri juga membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal. Sedangkan pada tahun 2010, tiada sebarang perbelanjaan modal dilakukan.

Untuk apakah perbelanjaan tunai yang begitu tinggi ini? Siapakah yang menerima jumlah tunai ini? Kenapakah perbelanjaan tunai adalah melebihi pendapatan tunai?


Kami percaya, kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan jangka masa hadapan untuk mengukuhkan kewangan negeri sebaliknya hanya bermain dengan angka untuk jangka masa yang singkat sahaja.

Ini terbukti apabila pihak Ketua Audit Negara mengkritik pelaburan jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri tidak memuaskan malah pulangan yang diterima juga adalah sangat rendah.

Ini amatlah berbeza dengan kenyataan exco Teresa Kok bahawa pelabur berlumba-lumba datang ke Selangor untuk melabur namun hakikatnya tidak diterjemahkan kepada realiti.

Berbanding pada tahun 2007 iaitu ketika Barisan Nasional memerintah, trend pelaburan telah menurun lebih RM10 juta malah tidak langsung menunjukkan ianya akan meningkat dalam masa terdekat ini.

Khalid Ibrahim yang kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemat sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat. Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan samada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajkan lain.

Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban.

Dato Sri’ Ir. Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

Suara Politik
Taminsari

Ahad, 28 Oktober 2012

KENYATAAN AKHBAR : ISU PENJUALAN ASET MILIK PKNS.



KENYATAAN AKHBAR

PENGERUSI BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Biro Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli . Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual.

Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ? Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ?

Dari pemerhatian, kami melihat menteri besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka.

Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor. PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di selangor.

Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu.

Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar. Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ?

Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ? Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan.

Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat selangor.

Dato Sohaimi Shahadan

Wasabi Oyabun..

Isu air di Selangor: Jawapan mudah dari Khalid Bangang - Hujan jalan penyelesaiannya?


Baru-baru ini Menteri Besar yang paling bangang dalam sejarah Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'bersuara' lagi tentang isu air di negerinya.

Jangan percaya tentang penyusutan air di empangan-empangan Selangor, katanya. Itu semua untuk menakut-nakutkan penduduk Selangor. Malah, dakwanya, takungan air di Empangan Sungai Selangor telah meningkat kepada 55.43 peratus iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini.

Benarkah dakwaannya ini? Penduduk Selangor dan Lembah Klang maklum, beberapa hari ini atau dalam seminggu dua ini kita dirahmati hujan. Namun, adakah kawasan tadahan berlaku hujan atau cuma berlingkar di 'intake'nya? Sebab itu penggunaan fakta yang salah dalam membuat perancangan bekalan air akan menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.


Penulis dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, hujan kebelakangan ini memang banyak membantu peningkatan air di empangan. Kalau mengikut fakta, pada 12 Oktober lalu, paras air di Empangan Sungai Selangor adalah 199.40 juta meter padu, tetapi masih agak jauh untuk menampung kapasiti maksimum empangan 220 juta meter padu. Tetapi kerana hujan, paras air empangan seminggu kemudiannya iaitu pada 19 Oktober melebihi kapasiti iaitu sekitar 200.85 juta meter padu.

Tetapi ini semua disebabkan hujan. Itupun kalau hujan mencurah ke 'intake' empangan. Catatan curahan hujan di Empangan Sungai Langat pada 12 Oktober, mencatat tiada hujan langsung - maknanya kering dan panas. Tetapi minggu ini, hujan kerap berlaku dengan catatan curahan 7.22 mm, sekali gus meningkatkan paras air.

Namun, takkanlah kita selamanya terpaksa bergantung kepada hujan. Dengan adanya Loji Langat 2, hujan atau tidak hujan, jaminan bekalan air tetap ada. Kerana itu, penjelasan ke peringkat akar umbi cara terbaik untuk memperjelaskan isu sebenar termasuk usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.


Sayang sekali, ketika kita meniti era kemajuan ekonomi yang pesat, kita masih lagi bertelagah untuk membina sebuah loji rawatan air. Sedangkan segala keperluan seperti reka bentuk, tapak tanah, peruntukan kewangan dan jadual pelaksanaan telah disediakan.

Kita percaya rakyat Selangor juga amat khuatir dengan pertelingkahan ini. Kedudukan rizab bekalan air bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terus merosot.

Di Selangor ketika ini, gangguan bekalan air boleh berlaku bila-bila masa sahaja disebabkan rizab air yang tipis. Jika paip utama pecah dan perlukan masa yang panjang untuk dibaik pulih, gangguan air akan berlaku kerana operator air tidak mempunyai simpanan air yang mencukupi untuk disalurkan dalam tempoh gangguan itu.

Sekarang, air yang dikeluarkan oleh 34 buah loji air hanya cukup untuk digunakan pada hari tersebut sahaja, operator air tidak mempunyai kapasiti simpanan untuk digunakan ketika berlaku gangguan.


Musim panas dan kering ini juga akan menyebabkan air sungai mudah tercemar. Jika air sungai tercemar, loji bekalan air perlu ditutup. Bila kita tutup loji, bekalan air akan terganggu mengikut tempoh masa air sungai tersebut pulih kembali.

Gangguan ini sebenarnya boleh dikurangkan jika kita mempunyai rizab kapasiti merawat air yang selesa. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengesyorkan kepada kementerian berkenaan supaya rizab air bagi sesebuah negeri perlu disediakan pada sekitar 10 hingga 15 peratus bagi memastikan tahap gangguan bekalan air dikurangkan.

Di Selangor ketika ini, tahap rizab air hanyalah pada sekitar 2 hingga 3 peratus. Sebab itulah tanda-tanda awal krisis air telah dilihat berlaku sepanjang Jun lepas. Oleh sebab itulah kita perlu bina segera Loji Langat 2. Itu untuk menambah kapasiti rizab air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sayangnya, walaupun telah banyak kali diajukan kepada Kerajaan Negeri Selangor, namun Menteri Besarnya tidak dapat menerima. Sebaliknya, beliau telah membuat macam-macam kenyataan dan cadangan sehinggakan ada yang tidak munasabah langsung seperti baru-baru ini dengan cadangan untuk mendapatkan air mentah daripada Tasik Kenyir, Terengganu.


Abdul Khalid juga mencadangkan supaya guna air lombong, air tasik dan air bawah tanah. Air daripada semua tempat ini perlu dirawat. Untuk merawat air, mereka perlu bina loji. Untuk bina loji, mereka juga perlu perbelanjaan.

Sekiranya mereka bersetuju dengan cadangan kementerian untuk bina Loji Langat 2, mereka tidak perlu keluarkan wang. Kerajaan Persekutuan telah sediakan semuanya, geran untuk pengambilan tanah, bina empangan, muka sauk dan terowong.

Pengurusan Aset Air Berhad yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan telah menyediakan peruntukan untuk bina loji, tangki-tangki utama tambahan dan paip-paip air. Kerajaan Negeri Selangor hanya perlu keluarkan Development Order, permit dan kelulusan pengambilan tanah, itu sahaja yang kita perlukan.

Tetapi sampai sekarang, semua itu tidak dikeluarkan sehingga loji ini yang sepatutnya siap pada Mac 2014 tertangguh.

Cuma disebabkan penangguhan inilah rakyat Selangor mengalami gangguan bekalan air dan terpaksa menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM606 juta untuk melegakan sedikit keadaan. Namun usaha tersebut masih tidak cukup, sama ada bina Loji Langat 2 sekarang atau keluar belanja lagi untuk melaksanakan projek bagi mendapatkan bekalan air tambahan.


Abdul Khalid juga menyebut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui tidak mahu menggunakan kuasanya untuk memaksa syarikat-syarikat konsesi bersetuju dengan cadangan beliau untuk mengambil alih syarikat-syarikat berkenaan pada kadar harga dan syarat yang ditetapkan oleh beliau.

Namun, fakta sebenar Peter Chin tidak ada kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Kalau hendak beli syarikat-syarikat tersebut, kena buatlah dengan cara yang baik. Buat tawaran yang wajar supaya pihak berkenaan bersetuju.

Kalau tidak bersetuju, tidak wajar untuk meminta Peter Chin memaksa syarikat-syarikat tersebut sebab syarikat-syarikat tersebut mempunyai konsesi yang sah dan masih berkuat kuasa.

Demikianlah juga, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menghalang untuk Abdul Khalid mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di Selangor. Masa diberikan kepada beliau dengan secukupnya. Tetapi apabila Kerajaan Negeri Selangor buat tawaran, banyak syarat dikenakan termasuk meminta Peter Chin menggunakan kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Bila syarikat-syarikat konsesi tolak, Abdul Khalid kata menteri itu tidak memberi kerjasama, enggan menggunakan kuasanya. Padahal Peter Chin telah menyatakan kepada menteri besar itu, tidak ada satu peruntukan pun di bawah Akta tersebut yang membolehkannya memaksa syarikat-syarikat tersebut menerima tawaran Kerajaan Negeri.


Dan ketika kementerian berkenaan memohon untuk dapatkan Development Order (DO) bagi membina Loji Langat 2, Abdul Khalid tidak benarkan pula DO berkenaan dikeluarkan. Syaratnya - perlu benarkan kerajaan negeri Selangor ambil alih syarikat konsesi dahulu baharulah boleh keluar DO.

Sebenarnya, Menteri Besar Selangor telah menggunakan kuasanya untuk menahan pengeluaran DO sedangkan kementerian berkenaan telah mematuhi semua keperluan pembangunan baharu seperti reka bentuk loji dan sistem agihan telah disediakan, tanah telah diambil dan peruntukan telah ada.

Abdul Khalid telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk halang pengeluaran DO, permit dan kelulusan pengambilan tanah.

Sedangkan, sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya menggunakan kuasa yang ada untuk memastikan kelancaran pengeluaran DO bukan sebaliknya. Beliau yang ada kuasa untuk membantu Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembinaan loji air untuk kebajikan rakyat.

Sekarang, kapasiti loji di Selangor tidak cukup untuk memenuhi permintaan air yang semakin naik dari tahun ke tahun. Jika mereka (kerajaan negeri) kata air cukup, sebab Menteri Besar Selangor kata cukup - katakan kepada mereka: "Itu tidak benar."

Wasabi Oyabun..

Khamis, 25 Oktober 2012

Isu Selangor : MBSA, PKNS digesa henti projek?


Penduduk di sekitar Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam mengadakan demonstrasi bagi membantah projek pembinaan jalan raya di belakang kawasan perumahan mereka, semalam.

Penduduk di sekitar Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam mendesak pihak terlibat agar memberhentikan projek pembinaan jalan raya yang sedang di laksanakan di zon penampan di belakang kawasan perumahan mereka sejak sebulan lalu.

Mereka mendesak pihak berkepentingan terhadap projek itu, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan i-City agar menghentikan serta mengkaji semula struktur pembinaan jalan sepanjang 20.12 meter itu yang mereka anggap boleh membahayakan penduduk.

Desakan itu dibuat menerusi demonstrasi aman selama sejam bagi membantah projek itu, bermula pukul 9.30 pagi di hadapan pos pengawal i-City yang disertai kira-kira 100 penduduk kawasan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 7 Plumbum, Mohd. Badrudin Othman, 56, berkata, pihaknya mahu kerja-kerja pembinaan di zon penampan itu dihentikan kerana kawasan itu diwujudkan bagi membezakan antara kawasan perumahan dan pusat komersial.

"Kami bukan menentang pembangunan, tetapi jika pembinaan jalan raya terlalu hampir dengan belakang rumah iaitu dengan jarak kurang sepuluh meter, zon penampan yang telah tertulis dalam pelan asal MBSA dan mendapat kelulusan pada Jun 2007 akan terhapus.

"Mereka harus mempertimbangkan semula dan perlu memikirkan keselamatan penduduk kerana pembinaan ini membahayakan nyawa penduduk serta pengguna jalan raya," jelasnya kepada pemberita selepas demonstrasi selesai.

Mohd. Badrudin juga memberitahu, pihaknya akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung pembinaan jalan raya itu.

Seorang penduduk, Richard How, 50, pula berkata, tindakan meluluskan pembinaan tersebut seolah-olah tidak menghormati 248 pembeli rumah di kawasan itu.

"Mereka seharusnya berbincang dan memaklumkan kepada penduduk terlebih dahulu mengenai perkara ini kerana jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini penduduk yang akan menghadapi ancaman keselamatan.

"Pernah suatu hari, ketika saya dan keluarga sedang menonton televisyen, kami berasa gegaran kesan daripada kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan," katanya.

Richard juga mendakwa pemaju melakukan kerja pembinaan sehingga lewat malam pada hari bekerja yang jelas mengganggu ketenteraman penduduk.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ahmad Ilmi Jasman pula meminta PKNS segera menangani isu tanah mendap di Jalan Plumbum yang tiada kesudahan sehingga ke hari ini.

Ini kerana, katanya, surat terakhir PKNS ada menjanjikan bahawa mereka akan memperbaiki semula rumah tersebut secara terperinci tetapi sehingga hari ini masih tidak ditunaikan walaupun telah memasuki minggu ke empat bulan Oktober.

"Saya minta PKNS segera tunaikan janji," kata beliau.

Pada 17 Februari lalu Utusan Malaysia pernah menyiarkan kejadian tanah mendap di Jalan Plumbum yang menyebabkan penduduk di situ cemas apabila bahagian hadapan dan belakang rumah mereka mendap sedalam kira-kira 0.3 meter selepas hujan lebat sehingga berlaku hakisan di kawasan sekitarnya.

Kejadian itu turut menjejaskan kira-kira 40 buah rumah teres dua tingkat di kawasan itu selain sistem saliran yang sempit dan tersumbat mengakibatkan air naik di bahagian hadapan rumah sehingga ke paras buku lali.

Wasabi Oyabun..

Salam Aidil Adha.. !



" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya buat semua rakan-rakan blogger dan juga para pembaca yang budiman. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Ikhlas Dari :

Ore-Oyabun

Isu Selangor : Cadangan Menggunakan Teknologi Membran Atasi Krisis Air, Tidak Praktikal?


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) berkata sesuatu semasa membuat tinjauan Operasi Empangan Sungai Selangor di sini, Isnin. Turut kelihatan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon (dua, kiri).

HULU LANGAT: Timbalan Perdana Menteri yang merujuk perkara itu kepada pakar-pakar air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata penggunaan teknologi tersebut yang dijangka menjangkau lebih RM3bilion di 34 loji di Selangor itu tidak dapat menjamin kualiti air.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri Selangor memberi kelulusan untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk menampung keperluan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus hingga 4.0 peratus setiap tahun.

"Saya tidak faham kenapa perlu menggunakan teknologi itu untuk menyelesaikan masalah air. Kalau kerajaan negeri yang bijaksana, mereka harus melihat penggunaan teknologi itu bukan jalan penyelesaiannya. Kalau kaji dari segi daya maju, ia tidak berdaya maju kerana daripada segi kosnya menurut pakar, ia adalah lebih tinggi.

"Saya hairan dan takjub kerajaan negeri mahu membincangkan (dengan saya)kerana ia bukan penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor di sini semalam.

Permandangan Tapak Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang sedang giat dijalankan di Hulu Langat

Muhyiddin berkata bekalan air yang disalurkan melalui 34 loji air di Selangor boleh lagi menampung keperluan industri dan penggunaan domestik namun Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menghadapi krisis air menjelang tahun 2015.

Beliau dimaklumkan bahawa beberapa pemaju perumahan tidak memperoleh sijil layak menduduki (CF) kerana pembekal utiliti tidak bersedia membekalkan air kerana ketiadaan sumber air baru.

"Ini kenyataan dan fakta, sesuatu yang serius. Menteri Besar harus menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.

Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak pernah mempolitikkan isu air seperti yang didakwa Khalid kerana ia membabitkan soal keperluan asas manusia.

"Ini soal hidup mati dan soal keperluan asas manusia. Ia tidak harus dipolitikkan. Saya menjelaskan berdasarkan fakta daripada pakar-pakar jurutera air dan ia bukan daripada saya, bahawa situasi adalah kritikal dan ia perlu diselesaikan

"Kerajaan negeri Selangor tidak boleh melengah-lengahkan dan mesti memberi kebenaran agar tiga majlis perbandaran boleh mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.


Sementara itu, Muhyiddin berkata Peguam Negera yang diminta untuk menentukan jika ada mana-mana peruntukan dalam Kanun Tanah Negara atau Akta Pengambilan Balik Tanah yang membenarkan kerajaan pusat meneruskan pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat, masih belum memberi maklum balas kepada beliau. "Walau apapun, saya keluarkan arahan dan kabinet telah setuju tawaran untuk projek ini dikeluarkan kerana kerajaan pusat serius untuk mengatasi krisis air.

Kalau ia tidak diatasi sekarang, satu krisis air serius akan berlaku," katanya.

Muhyiddin berkata 20 syarikat yang berminat telah mengambil borang tawaran tawaran tender bagi membina Langat 2 yang dikeluarkan dan proses pemberian tawaran dijangka diketahui selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

"Kalau projek pembinaan Langat 2 dapat bermula pada tahun depan, ia dijangka akan siap pada 2016 atau 2017 untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat," katanya sambil menambah bahawa projek tersebut dilaporkan sudah lewat kira-kira dua tahun.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 24 Oktober 2012

Isu Selangor : 150 lagi rakyat Selangor tuntut hak air?



Seramai 150 orang penduduk Pangsapuri Mawar di Taman Bunga Raya dekat sini mengadakan demonstrasi secara aman bagi menuntut hak air percuma sebanyak 20 meter padu daripada kerajaan negeri Selangor.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan turut hadir untuk mendengar aduan mereka yang mendesak agar kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memenuhi janji yang telah dibuat pada Pilihan Raya ke-12, empat tahun lalu.

Penduduk turut menjemput Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan bagi meminta beliau menjelaskan isu berkenaan kepada mereka. Hadir sama Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia (PVTM), Mohd. Ali Baharom untuk memberikan sokongan moral.

Kamalanathan berkata, rakyat negeri ini semakin sedar akan ketidakjujuran kerajaan negeri membantu mereka setelah memerintah selama empat tahun. Katanya, beliau akan membantu GPRS membantu menjelaskan mengenai isu air yang diputarbelitkan oleh kerajaan negeri.

Sohaimi berkata, penduduk mengundang GPRS untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

"Kami akan bantu penduduk mengemukakan saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan segera.

"Semua pihak perlu diberikan penjelasan mengenai isu ini," katanya.

Sementara itu, pengerusi persatuan penduduk pangsapuri itu, Azman Mad Zain, 42, berkata, selama 50 bulan mereka tidak pernah menikmati air percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 22 Oktober 2012

Isu Selangor : Pangsapuri Desa Ria diabaikan oleh kerajaan negeri Selangor?


Murid-murid tabika di Pangsapuri Desaria menerima kesan paling teruk kerana masalah paip kumbahan yang pecah berdekatan dengan kelas mereka.

Setiap hari, dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, kira-kira 20 orang murid tabika hanya berkurung di dalam kelas tanpa berpeluang melakukan aktiviti luar darjah. Saban hari juga, guru mereka tidak pernah membuka cermin dan pintu kelas sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

Bukannya tiada kawasan lapang, tetapi murid-murid Tabika Pangsapuri Taman Desa Ria di PJS 5 itu terpaksa berbuat demikian kerana kawasan itu tidak sesuai untuk mereka bermain.

Ini kerana pihak pentadbiran sekolah itu bimbang untuk membenarkan mereka keluar kerana kawasan permainan itu tidak disenggara dengan sempurna. Yang paling merisaukan mereka ialah terdapat saluran paip pembentungan yang bocor di situ sehingga mengeluarkan bau busuk dan berisiko mendatangkan masalah kesihatan.

Masalah yang berlarutan sejak dua minggu lalu itu tidak menemui jalan penyelesaian malah keadaan bertambah teruk apabila limpahan air najis semakin bertambah. Selain mencemarkan bahagian hadapan tabika itu, limpahan tersebut turut memberi kesan kepada seluruh penghuni enam blok pangsapuri tersebut yang didiami lebih 2,000 penduduk.

Malah, bukan sahaja masalah itu yang menghantui mereka, sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna, rumput dibiarkan panjang dan masalah longkang tersumbat juga seakan sudah sebati dengan mereka sejak empat tahun lalu.

Tambahan pula, keadaan longkang yang tersumbat itu memberi peluang kepada nyamuk Aedes membiak dan menyerang penghuni sehingga terkena jangkitan denggi.

Penduduk mendakwa, pihak-pihak berkaitan termasuk pemaju yang menguruskan pangsapuri itu serta pihak berkuasa tempatan tidak mengendahkan aduan yang dibuat mereka selama ini.

Menurut mereka, ahli majlis yang dilantik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memantau kawasan itu juga tidak pernah muncul sejak sekian lama.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 21 Oktober 2012

Isu Selangor : Nilai hartanah Talam melambung empat kali ganda?



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan siasatan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung penilaian tanah milik Talam Corporation Berhad (Talam) yang melonjak empat kali ganda daripada RM90.875 juta kepada RM391.986 juta.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu adalah satu situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, SPRM perlu memainkan peranan mereka setelah mendapat maklumat berhubung perkara tersebut dengan melakukan siasatan terhadap kerajaan Selangor.

"SPRM juga perlu cepat bertindak ke atas maklumat atau laporan yang membabitkan pakatan pembangkang, sebelum ini SPRM dilihat hanya bertindak tegas berhubung kes-kes melibatkan kerajaan sahaja, sehubungan itu mereka perlu berlaku adil dalam situasi ini.

"Abdul Khalid digesa supaya menjelaskan bagaimana harga penilaian tanah-tanah milik Talam dibuat sehinggakan melonjak empat kali ganda dan mengapa beliau menandatangani surat pengambilan hutang Talam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai harga hartanah milik Talam yang dipersoal oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Hamidzun turut mendesak supaya Abdul Khalid membeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) daripada pemiliknya dengan harga empat kali ganda seperti mana pengambilalihan hutang talam.

"Jika mampu, belilah rumah PKNS daripada pemilik sekarang yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan pinjaman dengan harga empat kali ganda seperti mana pengambilalihan hutang Talam tersebut.

"Jika mempunyai sumber kewangan yang kukuh gunalah ia untuk kesejahteraan rakyat, bantulah golongan yang memerlukan dan bukannya membantu pemilik Talam yang umum tahu sudah kaya-raya," katanya.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, 20 Oktober 2012

Khalid didesak jelaskan hubungan 'istimewa' dengan Ah Chye?



Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak memberi penjelasan tentang hubungan istimewa beliau dengan Talam Corporation Bhd. (Talam) dan Pengerusinya, Tan Sri Chan Ah Chye.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Mohamad Johari Yasin berkata, penjelasan tersebut perlu dibuat kerana beberapa tindak tanduk Abdul Khalid mustahil dapat dilakukan tanpa pertimbangan istimewa.

Transaksi pembelian tanah-tanah itu cukup menimbulkan keraguan munasabah. Bagaimana hartanah yang dinilai sebanyak RM95 juta dibayar pada harga RM391.986 juta?

Apa istimewanya Ah Chye kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kalau tiada hubungan istimewa, perkara itu tidak akan berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas hartanah Talam yang didakwa dibeli lebih empat kali ganda berbanding harga pasaran RM90 juta.

Berikutan itu, Mohamad Johari mencabar Abdul Khalid supaya memperinci transaksi tersebut seperti yang didakwa oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Mohamad Johari yang turut mempersoalkan kewibawaan Abdul Khalid dalam meluluskan transaksi tersebut tidak menolak Menteri Besar itu mahupun PKR mungkin mendapat sesuatu.

Perkara ini bukan mustahil bagi Abdul Khalid dan PKR demi politik mereka," ujarnya.

Sehubungan itu, Mohamad Johari berkata, jika Abdul Khalid boleh memberi bantuan istimewa kepada Talam, Menteri Besar Selangor itu juga didesak membantu golongan miskin dan pembeli yang tidak mampu melunaskan hutang rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor seperti bantuan yang dinikmati Ah Chye.

Tetapi, untuk memastikan golongan berkenaan mendapat bantuan yang adil seperti Ah Chye yang kaya-raya itu, saya cabar Khalid membantu membeli hartanah itu dengan nilai empat kali ganda berbanding harga pasaran, sama pengambilalihan tanah-tanah Talam.

Itu baru adil kerana rakyat miskin memang berhak dan layak untuk dibantu oleh Kerajaan Selangor dan Khalid," tegas beliau.

Wasabi Oyabun...

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kelantan pindah milik tanah 286 hektar?



Pas Kelantan didapati tidak melindungi kepentingan kerajaan negeri apabila memindah milik tanah tanpa sekatan seluas 286.72 hektar dengan nilai semasa sebanyak RM318.29 juta di tebing Sungai Kelantan kepada syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Audit 2011 yang mendapati pindah milik tanah tersebut dilakukan antara tahun 2003 hingga 2009 setelah kebenaran dibuat dalam mesyuarat kerajaan negeri yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada 2002.

Laporan itu menyebut, bagi menjamin kepentingan kerajaan negeri, pindah milik tanah sepatutnya dibuat selepas syarikat itu menyelesaikan projek terutama dalam memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri.

Menurut laporan itu, mengikut perjanjian, projek kerajaan negeri akan menyerahkan tanah tidak melebihi 400 hektar secara pajakan selama 99 tahun kepada syarikat itu untuk melaksanakan Projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan bernilai RM2 bilion.

Sebagai pulangan, syarikat itu akan memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri bernilai lebih RM350 juta.

"Antara sumbangan itu termasuklah sebuah masjid bernilai RM20 juta, sebuah jambatan di Kampung Cina-Palekbang bernilai RM150 juta, stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta dan tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah (RM15 juta).

"Pemilikan tanah tanpa sekatan kepada syarikat itu merupakan risiko kepada kerajaan sekiranya projek tersebut tidak disiapkan sebagaimana perjanjian," jelas laporan tersebut.

Dedah laporan itu, syarikat pemaju telah mencagarkan tanah seluas 5.4 hektar kepada bank untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM75 juta bagi membiayai kos projek.

Katanya, cagaran tanah untuk tujuan pinjaman itu mendatangkan risiko kepada kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

Laporan itu turut menyebut, kerajaan Persekutuan telah membayar pampasan sebanyak RM4.07 juta kepada pihak syarikat itu berikutan pengambilan balik tanah bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kelantan.

Jelas laporan itu, pembayaran pampasan tersebut sepatutnya diterima kerajaan negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.

"Pihak Audit juga mendapati tiada kajian terperinci dibuat pakar untuk menilai kemampuan syarikat itu dari segi kewangan dan prestasi selain kemampuan melaksanakan projek serta keluasan sebenar tapak projek yang akan diberi," menurut laporan itu.

Sehubungan itu, laporan tersebut mengesyorkan kerajaan negeri meneliti setiap terma dalam perjanjian usaha sama dengan terperinci supaya kepentingan kerajaan dan rakyat terjamin.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 16 Oktober 2012

MB Khalid takut beri penjelasan fakta sebenar hutang Talam?


Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak kerajaan negeri memberikan penjelasan berhubung fakta sebenar pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah RM392 juta yang didakwa bercanggah dan mengelirukan rakyat.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamad berkata, keraguan itu jelas dilihat menerusi soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri mengenai penyusunan hutang tersebut yang disahkan oleh sebuah firma audit, KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (KPMG).

Dalam penjelasan itu, katanya, kerajaan negeri menyatakan bahawa anak syarikatnya yang membeli aset Talam adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan anggaran nilai kasar berjumlah RM16.9 juta.

Selain PKNS, kata beliau, turut membeli aset Talam adalah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) masing-masing dengan anggaran nilai kasar sebanyak RM438.5 juta dan RM44.7 juta.

"Soalnya bagaimana KPMG boleh membuat rumusan bahawa KHSB membeli hutang Talam sedangkan pada 30 Julai lalu, syarikat itu menafikan mereka dipaksa untuk 'menerima' RM44.7 juta aset dari MBI (Pemerbadanan Menteri Besar). Mana satu yang benar," soalnya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di sini semalam.


Tambah Mohd. Zin, kekeliruan kedua timbul apabila penjelasan itu menyatakan soalan, sama ada kerajaan negeri berjaya mendapatkan semula hutang daripada Talam yang didakwanya bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi laporan media sebelum ini.

Kata beliau, berdasarkan laporan Bernama pada 12 Julai lalu, Menteri Besar mengumumkan MBI menerima RM302.7 juta daripada keseluruhan hutang Talam manakala dalam Laporan Tahunan Trinity (dahulu dikenali sebagai Talam), sebahagian tanah syarikat itu di Sepang yang digunakan untuk penyelesaian hutang telah dilelong dan masih dalam pertikaian mahkamah.

"Maka sebarang transaksi pemindahan tanah tersebut kepada MBI adalah masih tergantung. Persoalannya, bagaimana KPMG boleh menyimpulkan bahawa keseluruhan hutang Talam sebanyak RM392 juta telah berjaya dikumpul oleh kerajaan negeri," tegasnya.

Menurut beliau, turut menimbulkan keraguan ialah dari segi penilaian aset tanah milik Talam yang dalam penjelasan tersebut, kerajaan negeri tidak mengalami kerugian di sebalik pengambilalihan aset itu membabitkan enam lot tanah di Bukit Beruntung 2, Hulu Selangor yang dianggarkan seluas 534.9 hektar dengan nilai RM354 juta.

Penjelasan daripada kerajaan negeri itu menyebut laporan penilaian tanah tersebut telah dikemukakan kerajaan negeri dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan disokong oleh pertimbangan kasar yang telah dipersetujui MBI.

"Namun, berdasarkan laporan penilaian JPPH negeri pada Mac 2010, nilai tanah di Bukit Beruntung 2 hanya berjumlah RM113 juta. Bagaimana KPMG membuat kesimpulan bahawa pembelian dan penerimaa aset ini disokong oleh JPPH. Saya minta kerajaan negeri dan KPMG menjelaskan persoalan ini," kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Zin meminta kerajaan negeri supaya bersikap lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah bekalan air terawat serta penyusutan air mentah di empangan-empangan utama di negeri ini termasuk empangan Sungai Selangor yang menyusut kira-kira 56 peratus ketika ini.

Katanya, kaedah pembenihan awan yang dicadangkan kerajaan negeri tidak boleh dijadikan langkah penyelesaian utama untuk mengatasi masalah tersebut.

Wasabi Oyabun...

Isnin, 15 Oktober 2012

Syarikat pengendali Unisel rugi RM37.63 juta?



Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM37.63 juta pada 2010.

Syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu dilaporkan mengalami peningkatan kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus berbanding RM12.62 juta pada 2009.

Menurut laporan itu, pendapatan PIYSB pada tahun 2008, 2009 dan 2010 masing-masing berjumlah RM91.41 juta, RM89.35 juta dan RM71.82 juta.

Penurunan itu disebabkan bilangan kemasukan pelajar berkurangan.

Perbelanjaan PIYSB sepanjang tempoh sama pula meningkat daripada RM83.53 juta pada 2008 kepada RM95.78 juta pada 2009 dan RM102.87 juta pada 2010," jelas laporan itu.

Laporan berkenaan turut menyatakan liabiliti syarikat tersebut pada 2010 iaitu sebanyak RM439.17 juta meningkat berbanding RM381.58 juta pada 2009.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 14 Oktober 2012

Rakyat tuntut PKNS ambil alih hutang?

Kamarudin Ahmad (kanan) dan Rushdan Mohamed (tengah) menunjukkan writ saman dan manifesto pilihan raya kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam

Penduduk Pangsapuri Desa Mentari Jaya, Petaling Jaya mendakwa sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di kawasan itu telah dilelong pada tahun ini berikutan kegagalan para pembelinya membayar hutang rumah tersebut.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India Pangsapuri Desa Mentari Jaya, Siva Murugan, 42, berkata, penduduk juga pernah didatangi pihak luar yang mengatakan rumah mereka sudah dibeli dan mengarahkan pembeli keluar daripada kediaman mereka.

Katanya, keadaan itu mendorong seramai 100 penduduk pangsapuri mengambil keputusan mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat PKNS Laman Seri, Seksyen 13 di sini bagi menuntut PKNS menyelamatkan rumah mereka daripada dilelong.

Dalam demonstrasi itu, penduduk menyerahkan notis tuntutan kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim yang meminta perbadanan tersebut mengambil alih hutang mereka yang berjumlah RM10 juta .

Siva menjelaskan, penduduk mahu kerajaan negeri mengambil alih hutang kediaman mereka kerana kebanyakan penduduk di pangsapuri tersebut merupakan orang miskin.

Bayangkan gaji penduduk hanya RM1,500 dan kami perlu membayar hutang rumah RM350 sebulan, mahu menghantar anak-anak ke sekolah dan perbelanjaan harian lagi.

Kami mahu kerajaan negeri mengotakan janji mereka yang mengatakan akan membantu rakyat miskin tetapi sehingga sekarang janji tinggal janji dan akhirnya rakyat juga yang merana," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut di sini hari ini.

Tuntutan tersebut dibuat kerana sebelum ini Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah menggunakan PKNS untuk menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad.

Pada 1 Oktober lalu, PKNS menerima tuntutan daripada 350 pembeli rumah dari Shah Alam, Taman Datuk Harun dan Kelana Jaya dekat sini agar perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta bagi menyelamatkannya daripada dilelong.

Dua hari selepas itu, perbadanan tersebut menerima lagi tuntutan daripada 200 pembeli rumah di sekitar Shah Alam yang turut menuntut PKNS mengambil alih hutang kediaman mereka yang berjumlah RM15 juta.

Pada 5 Oktober pula, seramai 200 lagi pembeli rumah PKNS dari Kampung Lindungan dan Desa Mentari, Petaling Jaya berkumpul bagi menuntut perbadanan tersebut mengambil alih hutang rumah mereka yang berjumlah RM12 juta daripada pihak bank.

Malah, pada 8 Oktober lalu, PKNS turut menerima tuntutan 100 lagi pembeli rumah daripada Pangsapuri Permai, perumahan Sri Manja dan Taman Medan, Petaling Jaya agar perbadanan tersebut mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM10 juta.

Kelmarin, 200 lagi pembeli rumah PKNS dari Pangsapuri Seksyen 7, Seksyen 20, Rimba Jaya dan Hicom berkumpul bagi menuntut perbadanan tersebut mengambil alih hutang rumah mereka yang berjumlah RM12 juta daripada pihak bank.

Keseluruhannya, perbadanan tersebut telah menerima sebanyak 1,150 tuntutan daripada pembeli rumah PKNS sekitar sini yang berjumlah RM109 juta agar PKNS mengambil alih hutang kediaman mereka.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 12 Oktober 2012

Ketika jalan rosak teruk dan berbahaya, MB Khalid syok 'makan angin' dengan bas mewah Pakatan?



Inilah jadinya apabila MB Khalid terlalu syok 'makan angin' bersama 'bas sewa'nya sehingga tidak memperdulikan masalah yang dihadapi oleh rakyat!

Sebanyak enam persatuan penduduk kawasan Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan di sini berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan keadaan jalan yang teruk di situ dan merayu pihak berkuasa tempatan segera menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Persatuan terlibat adalah Persatuan Penduduk Taman Puncak Jalil, Persatuan Penduduk Lestari Perdana (LP) 8, Persatuan Penduduk LP 7, Persatuan Penduduk Lestari Mansions, Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Indah dan Persatuan Penduduk Equine Park.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Puncak Jalil, Zainuddin Zainal berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab menurap jalan di situ telah menjejaskan keselamatan penduduk.

Katanya, terdapat kira-kira enam buah lubang dikesan sekitar kawasan itu dan kerosakan paling teruk berlaku di Jalan Persiaran Lestari Perdana 5.

"Walaupun sudah banyak kali aduan dikemukakan penduduk, masih belum ada tanda-tanda pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mahu membaikinya,"katanya ketika ditemui di lokasi jalan itu baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini pihak MPSJ pernah membaiki jalan di situ, namun kembali rosak selepas beberapa bulan.

"Jika jalan di sini dibaiki dengan sempurna serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan kerosakan sama pasti tidak berulang," katanya.

Penduduk Taman Lestari Perdana menunjukkan keadaan jalan rosak di Jalan Persiaran Lestari Perdana 5, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk LP 8, Mohd. Afizudin Said berkata, jalan tersebut digunakan oleh penduduk 14 buah taman perumahan di kawasan itu.

Menurutnya, pihak bertanggungjawab perlu segera membaiki jalan di situ demi keselamatan dan keselesaan penduduk.

"Apa yang kami kesalkan apabila aduan mengenainya dikemukakan kepada MPSJ, pihak berkenaan memberi alasan jalan berkenaan di bawah tanggungjawab pemaju, begitu juga sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu, penduduk dari Lestari Mansions, Azhar Shabudin, 48, berkata, kemalangan melibatkan seorang warga emas seminggu lalu harus dijadikan iktibar kepada pihak bertanggungjawab.

Menurutnya, gara-gara mahu mengelakkan jalan berlubang di kawasan perumahan berhampiran warga emas itu kini masih di hospital dalam keadaan koma.

"Kami tidak mahu kejadian sama berulang. Jangan sampai ada nyawa melayang, baru mahu tindakan diambil," tegasnya.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 11 Oktober 2012

Sungai di Selangor tercemar, ancam bekalan air - Pakar?

Air sungai Langat yang keruh macam teh tarik akibat pencemaran oleh aktiviti manusia

Kebanyakan sungai di Selangor yang menjadi sumber utama bekalan air mentah didapati tercemar dan berpotensi menjadi ancaman serius kepada keperluan asas yang amat penting ini jika tidak ditangani, seorang ahli sains memberi amaran hari ini.

Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (Enforce) Universiti Putra Malaysia, Dr Hafizan Juahir, berkata bahagian air bersih di sungai-sungai ini semakin pendek akibat aktiviti guna tanah yang terlalu tinggi, terutama pembangunan kawasan perumahan.

Sebagai contoh, beliau mendedahkan panjang Sungai Langat, sungai utama di antara beberapa sungai di Selangor yang menjadi sumber air mentah ialah 149.3 km tetapi bahagian air bersih hanya tinggal 49.3km sahaja manakala selebihnya 100km sudah tercemar.

Dalam satu temuramah dengan Bernama, Hafizan berkata, pencemaran sungai dikategorikan kepada empat kelas iaitu 1 dan 2 belum tercemar, manakala 3 dan 4 tercemar secara serius.

"Sepanjang 100km Sungai Langat sudah masuk dalam kelas 3, 4. Dan jika kualiti air sungai lebih teruk daripada ini, ia sudah dikira sungai mati," katanya.

Hafizan menjelaskan data-data ini adalah terkini yang diperolehi oleh para pelajar beliau yang membuat persembahan penemuan mereka mengenai keadaan Sungai Langat hanya tiga hari lepas.


Beliau berkata di daerah Hulu Langat kini keadaan semakin meruncing dan mengancam sungai akibat terlalu banyak pembangunan terutama kondominium, rumah-rumah kedai dan peningkatan populasi yang memberi impak negatif terhadap kualiti air akibat air cucian, sisa-sisa domestik dan sampah yang masuk dalam sungai.

"Saya adalah ahli sains dan penyelidik. Saya bercakap berdasarkan fakta mengenai kualiti air. Saya lihat secara terperinci setiap parameter kualiti air atau pun trend indeks kuailiti air. Jadi kuantiti air yang bersih sahaja pun tinggal sikit sahaja," tambah beliau.

Hafizan berkata ramai orang terkeliru apabila bercakap mengenai sumber air kononnya negara yang kerap hujan untuk mengisi empangan seperti di Malaysia tidak perlu bimbang tentang sumber air.

"Empangan hanya air untuk tujuan rawatan sebelum kita bekalkan kepada pengguna akhir seperti kita semua, pengguna domestik atau perindustrian. Tetapi sumber air daripada ini tadi perlu kita teliti daripada mana datang sumber air ini. Sumber air ini datang daripada sungai.

"Kalau nak mengharapkan hujan, memang jumlah hujan kita tinggi tetapi ia jauh daripada mencukupi dengan keadaan pembangunan yang pesat, pertambahan dan peningkatan dalam populasi. Tidak dapat tidak, permintaan bekalan air bersih dan air terawat terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 10 Oktober 2012

Noh cabar MB Selangor jawab isu air susut!



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar memberikan jawapan berhubung masalah penyusutan air di Terusan Besar Sungai Sireh, Tanjong Karang yang bakal menjejaskan ribuan pesawah dan petani di kawasan Sabak Bernam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, cabaran itu dibuat kerana Abdul Khalid dan barisan Exconya sendiri sebelum ini ‘berlagak pandai’ dalam memperkatakan tentang masalah bekalan air di negeri ini seolah-olah mereka sudah berpuluh-puluh tahun memegang tampuk pentadbiran Selangor.

Sekarang berlaku masalah air di Tanjong Karang yang memberikan kesan besar kepada tanaman padi, masalahnya sama dengan tindakan kerajaan negeri cuba menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 iaitu apabila kementerian ingin melaksanakan pembinaan kolam takungan air di Sungai Haji Dorani.


Macam-macam masalah masa kita hendak memulakan projek takungan air itu sehingga kerajaan negeri mahu menyaman kementerian dengan membuat dakwaan projek itu tidak mengikut peraturan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Peringkat Parlimen Klang dan Kapar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai penyusutan air semakin serius di Terusan Besar Sungai Sireh sehingga menjejaskan ribuan petani dan pesawah di sekitar Sabak Bernam. Sila lihat di sini.

Kira-kira 30,000 penduduk Kuala Selangor dan Sabak Bernam juga mungkin terjejas ekoran Loji Rawatan Air Sungai Sireh terpaksa mengurangkan pengeluaran air bersih hingga ke tahap 50 peratus sejak semalam akibat penurunan paras air terusan itu, yang menjadi sumber air mentah.

Loji Pembersihan Air Sungai Sireh menyusut sejak seminggu lalu sehingga melebihi paras kritikal.

Noh berkata, kementerian telah membuat keputusan meneruskan projek pembinaan takungan air bernilai RM220 juta tersebut demi memastikan kepentingan pesawah di kawasan barat laut Selangor tidak terjejas jika berlaku penyusutan air di terusan tersebut.

Takungan tersebut perlu bagi melepaskan air ketika berlaku masalah kekurangan air untuk disalurkan ke sawah. Kalau kita takut-takut dengan Menteri Besar, kolam tersebut tidak boleh dibuat.

Dengan pembangkang apa pun tidak boleh buat, perkara ini akan menyebabkan negara terus jadi mundur," katanya.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 9 Oktober 2012

Kerajaan Selangor aniaya rakyat - Kunci diserah, tapi tak boleh pindah?



Perasaan gembira penduduk Kampung Berembang yang diberi kunci unit rumah masing-masing di Pangsapuri Berembang Indah hanya bersifat sementara.

Mereka masih tidak dapat berpindah masuk ke pangsapuri itu kerana masih terdapat banyak masalah di pangsapuri berkenaan.

Penduduk mendakwa, walaupun sebelum ini pemaju dan kerajaan negeri berjanji mengambil masa hanya tiga tahun untuk dipindahkan ke situ, tetapi disebabkan masalah teknikal, mereka terpaksa menunggu lagi sembilan tahun untuk dipindahkan ke pangsapuri berkenaan.


Sudahlah menunggu sejak sekian lama, apabila menerima kunci kediaman mereka daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada Ogos lalu, mereka mendapati pelbagai masalah lain pula yang tidak diselesaikan oleh pihak pemaju.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor diminta memeriksa pangsapuri itu dan memastikan semua masalah telah diselesaikan agar penduduk boleh berpindah masuk dengan senang hati.

Seorang penduduk Kampung Berembang, Shahfarin Razlan, 46, ketika ditemui berkata, pihak pemaju mengeluarkan surat kepada mereka bahawa bangunan tersebut telah siap sepenuhnya dan boleh diduduki pada bila-bila masa.

"Tetapi apabila tiba di pangsapuri ini, kami mendapati bekalan elektrik dan air masih tiada.

"Pihak pemaju seharusnya memastikan bahawa tiada masalah seumpama itu di pangsapuri ini sebelum mengeluarkan surat itu," ujarnya.


Seorang suri rumah, Laila Osman, 43, yang kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara berkata, dia terpaksa melangsaikan bayaran yang diminta pemaju walaupun ketika itu umat Islam sedang sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri.

"Bayangkan, mereka kutip duit sebelum hari raya, tetapi kami langsung tidak membantah kerana mahukan rumah yang selesa untuk keluarga. Tetapi apabila melawat ke pangsapuri ini, kami mendapati masih terdapat beberapa masalah yang tidak selesai.

"Dulu semasa tinggal di Kampung Berembang, kami dipindahkan ke PPR Beringin, tetapi disebabkan PPR tersebut mempunyai masalah kami dipindahkan ke Pangsapuri Berembang Indah pula.

"Tetapi pangsapuri baru pun menghadapi masalah," ujarnya.


Dalam nada sama, Aida Suhaida Shariff, 21 berkata, hampir setiap hari dia dan keluarga menjenguk ke pangsapuri berkenaan untuk melihat sama ada meter air dan elektrik telah dipasang.

"Setiap kali datang, pasti kami akan kecewa kerana ada sahaja masalah yang masih tidak selesai. Tiada bekalan air dan elektrik, dan pelbagai masalah lagi," katanya.

Oleh itu, dia dan penduduk lain pangsapuri itu meminta Syarikat Perspektif Masa Sdn. Bhd. (PMSB) selaku pemaju segera menyelesaikan masalah tersebut dan dalam masa yang sama kerajaan negeri Selangor juga harus menjalankan tanggungjawab memantau dan memastikan pangsapuri berkenaan telah benar-benar sedia untuk diduduki.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 8 Oktober 2012


Sebahagian penyokong PKR Cabang Batu Arang memegang sepanduk menyokong Barisan Nasional di Selayang, semalam.

Kira-kira 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Arang mengumumkan secara terbuka akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, ekoran kegagalan pemimpin parti itu menyelesaikan pelbagai masalah mereka.

Tindakan tersebut dibuat bagi menunjukkan kekecewaan mereka terhadap pimpinan parti itu yang gagal menunaikan pelbagai janji sebelum menang di Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Wakil ahli PKR terlibat, David Yap Yoon Keong pula, sejak menjadi ahli PKR, tiada satu kebaikan pun telah dilakukan oleh pemimpin parti tersebut di kawasan Batu Arang.

''Saya dari dulu menyokong PKR tetapi sejak menang pilihan raya umum lalu, pemimpin parti seolah-olah lupa dengan tanggungjawab mereka.

''Sehubungan itu, hari ini saya mengumumkan akan memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang,'' katanya ketika ditemui dalam majlis menyatakan sokongan kepada BN yang turut dihadiri Naib Pengerusi MCA Bahagian Selayang, Johnson Ooi Chin Hong di sini hari ini.

Salah seorang ahli PKR terlibat, Chin Yan Tai, 43, memberitahu, dia kecewa dengan pemimpin PKR yang hanya pandai berjanji bagi meraih undi tetapi apabila sudah menang terus menghilangkan diri.

''Pilihan raya umum nanti saya tidak akan sokong lagi calon PKR kerana kecewa dengan pemimpin kerajaan negeri sekarang.

''Saya berharap BN akan meletakkan calon yang benar-benar mampu menyelesaikan beberapa masalah di sini dan bukan sekadar berjanji kosong," katanya.

Sementara itu, Johnson Ooi yang ditemui juga berasa terkejut dan bangga dengan tindakan ahli PKR Cabang Batu Arang yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada BN.

''Ini menunjukkan rakyat semakin sedar tentang pembohongan pemimpin PKR yang selama ini yang jelas tidak mampu mentadbir negeri dengan baik," katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 7 Oktober 2012

Hapuskan PTPTN : Pelajar 'U' ditipu hidup-hidup oleh Anwar?



Idea pemansuhan PTPTN yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah menjadi topik hangat yang diperbincangkan, sehingga membawa kepada debat di antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramly.

Umum mengetahui bahawasanya PAS dan DAP telah menarik brek berkenaan isu ini, kerana dilihat memberi “political damage” kepada mereka. Anwar Ibrahim, sebelum ini telah diasak kiri dan kanan oleh sekutunya dalam satu mesyuarat Pakatan gara-gara tindakannya cuba menjadi jaguh di dalam isu ini.

Kita sedia maklum, bahawa PTPTN banyak membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana demi cita-cita melihat anak mereka berupaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Pemansuhan PTPTN hanya akan menghadkan akses kepada pengajian tinggi terutamanya di kalangan pelajar miskin.

Bukan hanya menampung kos yuran pembelajaran, PTPTN juga sebenarnya membiayai kos sara hidup pelajar. Isu yang mula didendangkan pada bulan Februari 2012 ini rupanya telah memberi kesan yang cukup besar kepada masyarakat.

Desakan pemansuhan PTPTN oleh Anwar Ibrahim dan disambut pula oleh segelintir golongan mahasiswa CGPA 2.5 dan ke bawah amatlah mendukacitakan. Kita faham kalau golongan tersebut enggan membayar balik pinjaman gara-gara keputusan peperiksaan mereka tidak melayakkan untuk PTPTN ditukar menjadi biasiswa penuh.








Namun agak mengejutkan apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar perjuangan pakatan pembangkang apabila menegaskan, pinjaman yang digunakan untuk membiayai kos pendidikan mesti ditunaikan.

Anwar menjelaskan, perkara itu tidak boleh dipertikaikan kerana kewajipan membayar hutang telah ditegaskan di dalam al-Quran.

"Saya ingin tegaskan dalam masalah pendidikan, hutang memang harus dibayar dan apabila ada perjanjian harus ditunaikan," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sebelum itu, Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) ketika mencelah sesi perbahasan tersebut meminta Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kewajipan membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu.

Kenyataan Anwar itu mengelirukan kerana selama ini, pembangkang sering berjanji kepada rakyat khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya menjadi kerajaan.

Habis siapa yang tertipu sekarang? Berapa banyak masa yang terbuang yang telah digunakan oleh pelajar-pelajar ini untuk mengikut telunjuk Anwar dengan melakukan demo sehingga menyusahkan orang ramai disekitar Kuala Lumpur!

Sampai bila Anwar harus menipu rakyat! Setelah segala-galanya rosak, tiba-tiba sahaja mengubah fikiran! Kepada pelajar-pelajar 'U' semua, siapa yang harus dipersalahkan sekarang? Adakah masih mahu menyalahkan kerajaan yang prihatin kapada anda semua. Sebagai seorang yang terpelajar sudah seharusnya anda semua dapat membezakan yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.

Ada yang mengatakan yang Anwar sudah 'buang tabiat' dan malah ada yang mengatakan yang Anwar sudah tidak siuman? Mangapa tiba-tiba U-turn 360 darjah!
Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..