Terima kasih kerana mengundi BN
Ahad, 22 Julai 2012
Semua gara-gara MB degil - Dah jadi 'Macam filem Bujang Lapok' lah pulak!
PAIP di kaki lima premis perniagaan di Taman Juara Jaya, Cheras menjadi 'penyelamat' kepada sebahagian penduduk untuk membersihkan diri dan membasuh pakaian akibat ketiadaan air di rumah mereka.
Jika selama ini telatah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsudin ketika mandi pagi dalam Seniman Bujang Lapok menggeletek hati kita, ia mungkin menimbulkan kemarahan bagi penduduk Apartmen Juara Suria ketika ini.
Dalam filem itu, ketiga-tiga pelakon berkenaan terpaksa beratur panjang bersama-sama penduduk lain di sebuah penempatan rumah sewa semata-mata untuk mandi- walaupun mereka hanya mencuci muka.
Amalan penduduk di penempatan itu bersama-sama tiga watak utama itu kini dialami oleh penduduk Apartmen Jaya Suria. Semuanya gara-gara bekalan air yang sering terputus sejak beberapa minggu di daerah ini, termasuk di kawasan pangsapuri itu.
Tempat yang paling sibuk di kawasan pangsapuri itu ialah pondok pengawal terutama pada sebelah pagi apabila penduduk beratur panjang untuk menumpang mandi di situ.
Bukan itu sahaja, penduduk terpaksa mengerah keringat untuk mengangkut air dari tingkat bawah sehingga ke tingkat sembilan kerana bekalan air tidak sampai ke rumah mereka.
Ada antara mereka yang terpaksa meminta bantuan saudara-mara dan rakan-rakan untuk membantu mengangkut air kerana anak-anak masih kecil.
Seorang penduduk, Choy Leng Hong, 40, berkata, bekalan air ke rumahnya sudah terputus sejak tiga hari lalu dan ia benar-benar menganggu urusan mereka terutamanya untuk mandi dan memasak.
"Setiap pagi, saya akan turun ke pondok pengawal untuk menumpang mandi sebelum ke tempat kerja, tetapi keadaan itu susah juga kerana ramai yang mahu mandi," katanya kepada wartawan hari ini.
Seorang lagi penduduk, Muhammad Azrin Abdullah, 57, pula menjangkakan keadaan akan bertambah sukar apabila umat Islam mula berpuasa hujung minggu ini.
"Malah, ketika mengadakan kenduri di rumah pada malam Jumaat lalu, bekalan air tiba-tiba terputus sehingga menyebabkan pinggan tidak dapat dicuci. Memang sakit hati dan geram pun ada ketika itu," katanya
Baginya, dia lebih risau jika bekalan air terputus berbanding gangguan terhadap bekalan elektrik.
Bagi A. Puspa, 43, yang tinggal di rumah kedai Taman Juara Jaya, dia sekeluarga terpaksa membasuh pakaian di kaki lima bangunan tersebut kerana air tidak sampai ke rumah.
"Kedai di sini tidak beroperasi, jadi kami boleh menggunakan paip air yang berada di bawah untuk mandi dan membasuh baju," katanya yang memberitahu bekalan air ke rumahnya sudah terputus selama sebulan.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan