Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 31 Ogos 2009

Apabila Anwar mahu gugurkan saman Nalla..

Sesuatu yang pelik apabila Peguam Anwar, SN Nair "mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi meminta bekas ahli PKR, Datuk K S Nallakarupan mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau bahawa Anwar menerima 60 juta dari Magnum Corporation Bhd, jika Nalla gagal mengemukakan bukti dalam tempoh 14 hari, maka pihak Anwar akan mendesak untuk menggugurkan kes".

Mahkamah Tinggi, 29 Ogos telah menerima permintaan Anwar dan meminta Dato Nalla mengemukakan bukti dalam masa 14 hari, jika tidak dapat mengemukakan bukti bermakna kes itu akan digugurkan.

Di mana peliknya ? Kes ini membabitkan Anwar saman bekas rakan baiknya, Dato Nalla, bukannya Dato Nalla saman rakan baiknya Anwar. Sepatutnya, jika Anwar saman Nalla, maka Anwar perlu menerusnya prosiding ini serta menuntut ganti rugi malu, bukannya menuntut agar kes ini digugurkan. Nampak seperti Anwar mahu mengertak Nalla di mahkamah, setelah proses mahkamah berjalan, ada usaha Anwar untuk menggunakan mahkamah semula untuk menggugurkan kes yang dibuatnya sendiri.

Sebelum ini, sudah ada cakap-cakap di belakang tabir, Anwar sentiasa menelefon Nalla untuk berunding di luar mahkamah agar kes ini ditutup. Anwar dikatakan berusaha mendekati semula Nalla dan berunding agar kes ini tidak diperbesarkan. Anwar akui kesilapannya menyaman Nalla dan bersedia menarik balik kes ini bila-bila masa jika Nalla bersedia berunding.

Sebenarnya cerita Anwar mahu menarik balik saman ke atas Nalla sudah berlegar di kalangan inner circle PKR sejak Januari 2009. Mereka menyebut, Anwar bakal menarik diri daripada kes saman itu, jika diteruskan tidak menguntungkan Anwar kerana banyak perkara negatif yang akan merosakkan reputasi Anwar sebagai ahli politik akan terbongkar.

Adakah permohonan peguam Anwar dan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah sebahagian daripada konpirasi Anwar ?

Latar belakang kes

Semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Nala mendakwa bekas sahabat baiknya,Anwar Ibrahim, pernah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd.

Kata Nalla, "Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu,"

Nalla yang merupakan Pengarah Perhubungan Awam Magnum turut memaklumkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor.

"Saya sudah buat salah dulu, saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu. Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut" katanya. Klik di sini

Dalam ceramah itu, bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dan bekas sahabat baik Anwar, Nalla membuat dakwaan bahawa Anwar pernah melakukan penyelewengan serius semasa menjadi Menteri Kewangan.

Ezam mendakwa Anwar pernah memberikan projek bernilai RM15 bilion kepada 15 rakannya dengan setiap seorang menerima RM1 bilion manakala Nallakarupan pula mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd.

Dakwaan daripada kedua-dua bekas orang kuat Anwar ini mengejutkan ramai pihak. Ibrahim Ali, bekas kawan baik Anwar turut terkejut dengan dakwaan itu dan mencadangkan agar mereka berdua membuat laporan polis dan BPR untuk mengesahkan tuduhan itu benar.

Difahamkan ekoran pendedahan itu, BPR telah mengambil keterangan daripada Nalla.
Nalla menyambut baik saman saman daripada Anwar itu. Bahkan dia sangat gembira kerana dapat bertemu Anwar di mahkamah.

“Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah. Nanti di mahkamah saya akan dedah dan buktikan semuanya mengenai wang RM60 juta itu, kata Nalla.

“Saya juga akan dedahkan mengenai lima pita rakaman yang saya simpan di luar negara mengenai Anwar”, katanya lagi. Menurut pendedahan orang yang pernah rapat dengan Anwar, ketika menjadi Menteri kewangan, Anwar memang rapat dengan taukeh-taukeh judi. Antaranya Datuk T.K. Lim, pemilik Magnum Berhad. Melalui perantara Nalla, T.K Lim melantik Nalla sebagai Pengarah Magnum Berhad, supaya hubungannya sentiasa rapat dengan Anwar.

Menurut sumber Magnum Berhad ketika itu, Anwar dianggap RAJA atau dipanggil KING di Magnum. Beliau boleh meminta atau mengarah apa saja di Magnum, kemahuannya pasti dipenuhi!

Semasa menjadi Menteri Kewangan juga, Anwar amat rapat dengan Raja Judi Genting bernama TS Lim Goh Tong (mendiang). Anwar akan menghabiskan cuti pendek atau hujung minggu bersama keluarga di Genting Highlands dengan tajaan penuh pihak Genting. Pembantu Khas TS Lim Goh Tong semasa itu, seorang lelaki berbangsa India banyak menghabiskan waktu kerjanya di pejabat Anwar. Sekarang Anwar giat membantu bekas pembantu khas TS LIm Goh Tong meneroka peluang niaga luar negara.

Anwar juga amat rapat dengan pemilik kasino di luar negara, TS Vincent Tan. Setiap kunjungan AnWAR ke luar negara, pastinya TS Vincent akan menghantar wakil khasnya mengiringi rombongan Anwar bagi menjaga 'kebajikan' AnWAR. Hingga sekarang Anwar masih punya hubungan dengan kumpulan TS Vincent. Ibu pejabat PKR di Tropicana (sebelah tol Damansara) adalah hasil 'rundingan' AnWAR dengan Datuk Danny Tan (adik TS Vincent).

Siapa Nalla ?

Nallakarupan merupakan 'rakan sepermainan tenis' Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1990-an hingga Anwar dipecat daripada UMNO pada tahun 1998. Dia merupakan bekas pengarah syarikat judi, Magnum Corporation.

Ketika Anwar dipecat, Nalla merupakan salah seorang yang ditahan polis. Ketika ditahan, polis mendapati Nalla menyimpan beberapa dokumen 'rahsia' daripada Menteri Kewangan yang tidak sepatutnya disimpan oleh orang awam. Hal ini tidak mengejutkan, kerana Anwar ketika itu Menteri Kewangan dan Nalla merupakan kawan baik Anwar. Selain itu Nalla juga menyimpan beberapa butir peluru tanpa lesen.

Nalla dikatakan sebagai 'kawan baik' yang membekalkan lelaki dan perempuan kepada Anwar untuk aktiviti seks haram. Ketika diminta polis untuk membuat pengakuan tentang kegiatannya, Nalla menolaknya kerana mahu menjaga 'persahabatan' dengan kawannya Anwar. Namun 10 tahun kemudian, pada tahun 2008, Nalla mengakui kesilapannya tidak memberi kerjasama kepada polis dan mengakui semua tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar dahulunya adalah benar.

Jadi inilah imej sebenar Anwar Ibrahim, tokoh yang dijoloki sebagai bakal Presiden PAS satu ketika dahulu.

Wasabi Oyabun

Isnin, 24 Ogos 2009

Anwar perlu serah pingat !

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyerah kembali semua anugerah pingat kebesaran diterima kerana perlakuan politiknya yang mengkhianati perpaduan orang Melayu. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Ketua Pembangkang itu juga sebenarnya sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menggunakan gelaran 'Datuk' atau 'Datuk Seri' kerana perlakuannya yang mengguris hati raja-raja Melayu.

Terbaru katanya, Anwar terus menghina institusi istana apabila dengan angkuh mengatakan rela anugerah 'Datuk' dan 'Datuk Seri' padanya ditarik balik berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat Melayu.

"Dalam krisis politik Perak sebelum ini, Anwar dilihat merestui perbuatan biadab Karpal Singh menghina Sultan Perak.

"Beberapa hari lalu, beliau sekali lagi melukai hati raja-raja Melayu apabila berkata pingat itu tidak akan diserah, sebaliknya diletakkan di pagar supaya boleh diambil balik.

"Hanya individu biadab dan mengkhianati bangsa yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu mendakwa, Anwar dalam ceramah politiknya di Permatang Janggus menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir baru-baru ini berkata bahawa beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran yang diterimanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau memberitahu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail agar tidak menyerahkan gelaran itu tetapi hanya perlu meletak di pintu pagar untuk diambil balik oleh pihak berkaitan.

Syed Ali menambah, kenyataan yang dibuat Anwar itu adalah biadab, sombong dan tidak menunjukkan beliau sebagai pemimpin bermoral.

Wasabi Oyabun

Ahad, 16 Ogos 2009

Menunggu Kerajaan PKR di Hari Wukuf !

Kalau kita teliti betul-betul sejarah Anwar, macam mana dia boleh meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemimpin ' sohor ', ini semuanya adalah disebabkan oleh ISU kontroversi. Samada ISU kontroversi ini disengajakan, kebetulan atau tak sengaja tidaklah diketahui.

Jika tidak kerana isu-isu kontroversi, penulis rasa Anwar ni sama lebih kurang standard Hishamuddin Rais dan lain-lain bekas pemimpin pelajar yang hilang ditelan zaman. Anwar dan ISU kontroversi adalah ibarat ikan dengan air. Tanpa air ikan tidak boleh hidup. Untuk meneruskan survival politik, Anwar perlukan bekalan ISU yang mencukupi untuk dia terus hidup dalam politik.

Penulis sudah menjangkakan semasa PRK Kuala Terengganu yang lepas akan ada ISU baru yang bakal dibangkitkan. Jika tidak, bagaimana Anwar mahu hidup? Benar atau tidaknya sesuatu ISU yang dibawa tidak penting bagi Anwar. Yang penting ISU tersebut mesti 'spin' dengan baik sehingga boleh 'create havoc', sekurang-kurangnya untuk kegunaan PRK KT. Setelah mendapat tahu calon erdogan di tolak dan ISU Hudud dibangkitkan, Anwar lari ke luar negara.

Dia memberi alasan ke Amerika dan semasa pulang singgah ke Turki untuk membincangkan masalah Palestin dengan " Presiden Erdogan ". Pelbagai alasan diberi untuk untuk mengelakkan darinya dari dipertanggungjawabkan dengan ISU-ISU didalam negara seperti terpaksa mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan Hudud untuk menyokong Lim Kit Siang dan Karpal Celaka padahal Anwar sememangnya telah lama menolak Hudud. Pandai sungguh Anwar berlakun?

Berikut adalah di antara kronologi isu-isu yang menyebabkan Anwar menjadi kelihatan hebat;

* Demonstrasi besar-besaran anak mati 'kebuluq' di Baling. (Confirm tipu muslihat)

* Ditahan di kem mencipta nama – ISA

* Sesudah nama jadi ' besar ' – masuk UMNO dan ambil kepimpinan dalam UMNO dengan mudah.

* Bila dalam UMNO – tukar ' modus operandi ' kepada publisiti ' image building ' melalui media.

* 1998 – Isu pemecatan. Nama terus meletup seantero dunia.

* 1998 – Isu liwat. Lahirnya simpatisan dan penyokong taksub.

* 1998 – Isu konspirasi. Wujud persepsi Anwar terlalu hebat. Semua musuh nak hapuskan dia.

Pada tahun 1998 – Isu turutan yang meyakinkan orang ramai dia dizalimi.

1) Disuntik kuman HIV atas arahan Tun Mahathir. (confirm tipu)

2) Disuap racun arsenik atas arahan Tun Mahathir. (confirm tipu)

3) Sebarkan maklumat KPN dah lumpuh, Mahathir pun lumpuh. Jadi nampaklah memang sah kena zalim. Itu sebab tuhan balas tunai pada penzalim.

4) Penyakit kronik yang sembuh sekelip mata – ' slipdisc '( Pelik bin Ajaib )

5) Penyakit tambahan – tengkuk sakit hingga terpaksa pakai ' pembelit tengkuk..!?' On the way balik rumah dari penjara terus buka. Sampai rumah pakai balik sebelum press datang. Pembelit betul!)

6) Dijatuh hukum penjara. Pantang pihak penjara lalai sikit, pihak kerajaan pasti dituduh berniat menginaya dan nak tamatkan nyawa dia.

7) Bila keluar penjara , Anwar kehabisan ISU peribadi yang boleh digunakan. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Jika dibiarkan politik akan mati. Nak guna ISU mahazalim dah out dated. Mahathir dah tak jadi PM.

Modus operandi perlu ditukar kepada ' character assassination ' para pemimpin pemerintah. Bermulalah serangan peribadi terutama kepada bakal-bakal pelapis kepimpinan UMNO. Bila bakal-bakal pelapis dah rosak imej senanglah nak tumbangkan UMNO. Antaranya:

1) Kalau jadi PM dia akan hantar Najib jadi duta ke Mongolia?

2) Liwat lagi. Orang lain yang seronok, orang lain yang jadi mangsa, orang lain pula yang dituduh konspirasi. ( Tapi tuduhan konspirasi kali ni tak berapa menjadi macam Siri Liwat 1 dulu ). Mata lebam tak berulang, jadi terpaksa tumpu lebih pada perkara-perkara teknikal seperti lapuran doctor, palitkan sikit-sikit mainan KPN, peguam negara dan apa juga yang boleh timbulkan syak wasangka rakyat terhadap pemimpin kerajaan.

3) Tuduhan pada Najib seolah-olah kerja Najib siang malam hanya nak rompak dan rompak harta kerajaan. Isu lama tak selesai lagi, Najib terus nak rompak lagi. Masa kerajaan tengah nazak pun Najib sempat lagi rompak melalui eurocopter. Macamlah Najib tu tak ada hati perut dan tak tau baca dan guna fikiran langsung.

4) Kerajaan 16 Sept. lagi satu hal. Macam-macam ' count down ' orang buat. Dari hari ke 100 sampai hari ke 1 dan 0 pun tak jadi juga. Sampai hari ke –1, -2, -3…dan seterusnya pun masih tak berlaku. Sia-sia betul.

5) Tukar tarikh sebelum Raya Haji. Malam ni wukuf di Padang Arafah pun masih tak juga berlaku.

6) Apabila Saiful membuat laporan polis yang di liwat oleh Anwar, dia lari ke kedutaan Turki untuk berlindung dan katanya ada orang yang nak membunuhnya?

7) Sebelum kes Saiful diperdengarkan, cepat-cepat Anwar membuat lapuran Polis dan BPR tentang salah kuasa KPN dan Peguam negara? mempersoalkan kewibawaan pihak Hospital?

8) Setelah kes ditetapkan, Anwar memberi alasan tanpa menhadirkan diri dengan mengatakan Pendakwaraya tidak layak mengendali kes tersebut. Padahal dia ada diIpoh untuk membantu bekas MB Perak? Maka kes ditunda lagi..

9) Untuk hearing yang akan datang Anwar membuat satu lagi laporan ( laporan ke-2 ) Polis terhadap KPN dan Peguam Negara. Masih lagi dengan kes lebam mata?
Episod seterusnya, tunggulah… apa lagi rancangan Anwar untuk menundakan lagi kes liwatnya?

Ikan yang satu ni sebenarnya takut kalau bekalan air putus, dia akan dibuat lauk dek penyokong taksub yang terus berharap dan menunggu keputusan tuhan untuk jadikan Anwar sebagai PM…

Wasabi Oyabun

Selasa, 11 Ogos 2009

Anwar, Amerika dan Bar Council ...!
















Selepas munculnya laporan polis oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 28 Jun lalu, Anwar tidak dapat tidur lena sehingga memaksa beliau berlindung di kedutaan asing. Isterinya, Wan Azizah pun turut gelabah, seperti ibu kehilangan anak, hingga terpaksa merayu-rayu kepada kerajaan agar dapat memberi jaminan keselamatan suaminya yang telah menerima ancaman bunuh (?)

Episod ancaman bunuh lenyap, sebaik sahaja, Anwar keluar dari kedutaan asing dengan keadaan tiada riak ketakutan pun kepada si pembunuhnya. Katanya dengan lantang, isu liwat sebagai usaha mengalihkan perhatian rakyat tentang hasratnya membentuk kerajaan baru. Beliau berkata semua ini 'konspirasi' untuk 'membantut' empat orang anggota parlimen BN melompat parti menyokongnya!

Misteri si pembunuh Anwar dan fatamorgana 'budak Najib'

Persoalannya, siapakah si pembunuh misteri itu yang telah mengancam nyawa Anwar seperti didakwa isterinya ? Kenapa pula selepas Anwar keluar dari Kedutaan Turki, isu pembunuh misteri lenyap begitu sahaja, hinggakan Anwar mampu berceramah di dalam dan luar negara tanpa rasa takut? Semasa pilihanraya di Permatang Pauh, tiada siapapun hendak “ mencuit “ Anwar sehingga beliau bebas berkempen dimana-mana sahaja tanpa gangguan si pembunuh?

Kenapa pula Anwar hanya sebut 4 ahli parlimen BN bakal melompat parti sedangkan sebelum ini, beliau begitu angkuh beritahu media angkanya mencukupi ( lebih 30 ahli BN )?

Selepas keluar dari tempat persembunyian, Anwar laksana dewa besar, bangkit semula menangkis dengan bersungguh-sungguh segala persoalan berkaitan laporan polis bekas pembantunya itu yang didakwa 'konspirasi' (?), dengan bukti sekeping foto bekas pembantunya bergambar bersama 'budak Najib' di pejabat TPM.

Berasaskan sekeping foto itu, jentera-jentera PKR mula menggerakkan perang sarafnya mengatakan wujud teori konspirasi. walaupun tidak dapat dibuktikan secara jelas dan Anwar pula dengan lantang mendesak kesnya digugurkan. Tetapi seperti misteri si pembunuh, cerita konspirasi dengan 'budak Najib' mula semakin sepi, apabila tersebar secara meluas di internet foto-foto Saiful bergambar dengan tokoh-tokoh politik lain, termasuk Shahril, Tok Pa dan Azalina.

Maknanya isu foto 'budak Najib' sudah tidak relevan kerana tabiat Saiful adalah bergambar dengan sesiapa sahaja yang dianggap tokoh sebagai satu koleksi peribadinya.Sehingga ke hari ini masih lagi menjadi teka-teki, adakah Saiful merakam foto-foto eksklusif bersama bekas majikannya, Anwar Ibrahim?. Mustahil Saiful tidak menyimpan walau sekeping foto, sedangkan Saiful dakwa, dia dibawa melawat oleh majikannya ke Hong Kong, Singapura dan Thailand?

Konspirasi Anwar dan Amerika Syarikat ?

Selepas keluarnya Anwar daripada kedutaan asing, maka bermulalah siri-siri serangan dari luar negara membela Anwar. Tom Casey, dari tirai Jabatan Negara Amerika, mengeluarkan kenyataan keras menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar dan mendesak kes itu digugurkan.

Kemudian diikuti dengan surat-surat sokongan daripada rakan-rakan IIIT yang bernaung di bawah Islamica Magazine, serta rangkaian Zionis yang menaungi agensi Amerika iaitu International Crisis Group (ICG), AccountAbility, National Endowment for Democracy (NED), International Replican Institute (IRI) dan National Democracy Institute (NDI).

Joseph Biden atau Joe Biden yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika pun masih sempat menghantar surat sokongan kepada Anwar. Joe Biden sokong Anwar. Agensi Amerika pun sokong Anwar. Kenapa si Zionis yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika serta rangkaian Zionis yang berselindung di sebalik agensi Amerika itu begitu perihatin kepada Anwar?

Sebenarnya Anwar pernah berkhidmat selama dua tahun di Amerika (2005-2007), sebaik sahaja dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2004. Anwar bukan sekadar pensyarah jemputan di Universiti Amerika sepertimana yang selalu diwar-warkan kepada rakyat Malaysia, tetapi pemegang jawatan dalam badan-badan yang menyokongnya itu.

Anwar sebagai Ahli lembaga penasihat dalam Islamica Magazine, Ahli Jawatankuasa kehormat ICG, Presiden Kehormat, AccountAbility dan Ahli Jawatankuasa Panel dalam NED, IRI & NDI.

Persoalannya wajarkah badan-badan yang dianggotainya menyatakan sokongan kepada dirinya sendiri? Bukankah ini menunjukkan Anwar seorang yang sering menyalahgunakan kuasa, menggunakan badan-badan yang berkaitan dengannya untuk menyokong kepentingannya ?

Kenapa semua badan yang menyatakan sokongan kepada Anwar semuanya berpaksikan Amerika dan sekutunya, mana sokongan terhadap Anwar dari negara musuh Amerika seperti China, Iran, Syria dan sebagainya? Rakyat Malaysia tertanya-tanya apa kaitan Anwar dengan Amerika, sedangkan ketika Dato Harun Idris dan Dato Mohktar Hashim dikenakan pendakwaan mahkamah, Amerika tidak pernah menunjukkan sekelumit simpati pun.

Semasa hukum Hudud sibuk diperbahaskan sebelum PRK Kuala Terengganu, mengapa Anwar sibuk-sibuk pula ke Amerika. Betapa ketika itu penyokong-penyokong PR begitu kepanasan menunggu penjelasan dari Anwar terutamanya kumpulan “ Abang Besar “ iaitu DAP berhubung dengan hukum Hudud?

Kebetulan pula ianya adalah lebih kurang sebulan sebelum bekas Presiden Bush meninggalkan White House? Anwar pergi berjumpa dengan siapa? Kenapa pula selepas itu pula ke Turki berjumpa dengan “ Erdogan “. Adakah hendak menyampaikan amanat terakhir bekas Presiden Bush kepada “ Erdogan “ ekoran tugas sebenar Anwar sebagai wakil Amerika ataupun sebagai “ orang tengah “ hubungan antara Amerika dan Turki? Dan apabila ditanya Anwar mengatakan yang beliau dan Presiden Turki serta wakil Hamas berbincang mengenai serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza? Mengapa Anwar masih lagi berdolah dalih sedangkan dunia tahu bagaimana hubungan Turki dengan Israel?

Namun begitu sokongan demi sokongan Amerika itu lebih membuka pekung siapakah Anwar di kaca mata Amerika. Kalau bukan kerana road show Anwar pertahankan dirinya (sebelum dibicarakan) serta sokongan bertalu-talu daripada tokoh-tokoh Amerika, masyarakat Malaysia tidak tahu pun bahawa Anwar mempunyai perkaitan rapat dengan negara polis dunia itu.

Persoalannya apa perkaitan Anwar dengan Amerika, sehingga beliau dibela laksana 'anak emas'?

Rakyat juga mempersoal, kenapa Anwar menggunakan kaedah pre-emptive iaitu satu strategi yang sering digunakan oleh Zionis Neo-konservatif Amerika dalam melakukan serangan ke atas dunia Islam.

Sebelum kes didakwa di mahkamah, Anwar telah memberi keterangan terbuka kepada rakyat di pentas-pentas ceramah. Sepatutnya keterangan Anwar diberikan di dalam mahkamah bukannya di pentas-pentas ceramah. Sebelum Ketua Polis dan Peguam Negara meneruskan siasatan secara telus, Anwar telah membuat dakwaan ke atas mereka, kononnya mereka berdua tidak layak menjalankan siasatan dan pendakwaan kerana mempunyai kes 10 tahun lampau?

Kenapa Anwar memfailkan dakwaan ke atas Ketua Polis dan Peguam Negara, ketika beliau menghadapi pertuduhan meliwat kali kedua ? Adakah ini cubaan beliau untuk menutup bukti? Mengapa beliau tidak memfailkan dakwaan itu ketika beliau dibebaskan dari dakwaan tuduhan salah laku seks? Mengapa sekarang?

Adakah Anwar takut dengan bayang-bayangnya sendiri? Inilah kaedah pre-emptive, yang selalu digunakan oleh Zionis, seperti Paul Wolfowitz, ( kawan baik Anwar ) menyerang Iraq terlebih dahulu, kononnya jika tidak diserang, tentera Sadam Hussein akan menyerang Amerika pula!

Kalau tiada kes, kenapa takut ?

Usaha Anwar dan Amerika menggugurkan kes terlebih awal nampaknya gagal apabila Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, 7 Ogos lalu. Anwar pula tiada pilihan lain kecuali mengaku tidak bersalah! Hakim S.M.Komathy Suppiah memutuskan Anwar wajib membayar bon peribadi sebanyak RM20,000 sebagai jaminan untuk memberi komitmen terhadap kes itu.

Perbicaran kes Anwar disambung semula pada 10 September, ketika itu pasukan peguambela Anwar, diketuai Sulaiman Abdullah meminta masa untuk menyediakan hujah-hujah kenapa kes itu tidak perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim bersetuju dan menetapkan 24 September untuk pasukan penguambela Anwar menyediakan hujah-hujahnya.

Pada 24 September, hakim masih gagal untuk membuat keputusan hingga ditangguh kepada 7 Oktober. Ibarat kata pepatah Melayu, 'pukul anak sindir menantu'. Anwar dibicara di Malaysia, tetapi yang lebih terkesannya di Amerika. Sekali lagi, pentadbiran Amerika Syarikat memanggil Timbalan Ketua Misi Malaysia di Washington, Ilango Karuppannan mendapatkan penjelasan serta memberi amaran agar kes Anwar diberi keadilan sewajarnya.

Kesemua tarikh-tarikh perbicaraan ini masih berkisar persoalan asas, iaitu perlu atau tidak kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sekyen ke Mahkamah Tinggi ?. Hampir dua bulan Mahkamah Seksyen terpaksa membuang masa mendengar isu tersebut. Nampaknya sekali lagi Anwar dan barisan peguambelanya berusaha untuk melengah-lengah perbicaraan. Kalau benar seperti dakwaan Anwar, tidak perlu melengah-lengah pendakwaan, walau di mahkamah mana sekalipun, jika sekiranya tiada kes, Anwar tidak perlu risau.

Bukti-bukti pendakwaan yang sepatutnya dikeluarkan masih belum terbuka kepada umum. Rakyat Malaysia mahu tahu benarkah wujud aktiviti liwat antara Anwar dan Saiful ? Kalau benar, apakah bukti-buktinya ? Rakyat juga mahu tahu, siapa alibi Anwar pada tarikh yang didakwa itu, apa fungsi kondomium mewah itu dan sejauh manakah laporan siasatan Hospital Besar Kuala Lumpur benar-benar membuktikan Saiful diliwat? Rakyat mahukan bukti-bukti untuk membuat keputusan sendiri, sama ada benar-benar ada kes atau hanya satu konspirasi merosakkan reputasi Anwar?

Itu yang lebih penting rakyat ingin tahu, bukannya persoalan remeh temeh seperti di mahkamah manakah sepatutnya kes itu dibicarakan! Selagi pertikaian remeh temeh persoalan tempat mahkamah yang sewajarnya diadili, masih belum selesai, selagi itu bukti-bukti pendakwaan tidak boleh dikemukakan.

Sudah nampak sesuatu tidak kena, sedangkan Anwar kata tiada kes, tetapi barisan peguambelanya pula yang berhempas pulas mempertahankan hujah agar dikekalkan di Mahkamah Seksyen. Kenapa penguambela Anwar bermati-matian mempertahankan agar dibicarakan di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta?

Nampaknya sejak dari mula pendapat Anwar berbeza dengan barisan peguamnya. Anwar kata, tiada kes, hanya konspirasi politik, tetapi barisan peguamnya kata kes ini lebih rumit daripada kes 1998. Siapa yang benar, Anwar yang hanya mahir berpolitik atau barisan peguamnya yang lebih tahu selok belok undang-undang? Kalau benar tiada kes, kenapa Anwar membayar sampai sembilan peguam untuk membelanya sedangkan pihak pendakwaraya hanya diwakili oleh lima orang sahaja?

Kalau benar-benar tiada kes, Anwar tidak perlu membazir wang hingga terpaksa menggunakan sembilan peguam, cukup hanya diwakili dua peguam peribadinya iaitu Sankara Nair dan Sivarasa Rasiah.

Imbas kembali epilog dramatik kes liwat Anwar - Saiful

Semuanya bermula dari tarikh 26 Jun 2008. Tarikh penting bagi Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh bekas majikannya. Dua hari selepas itu, 28 Jun, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari buat laporan polis, jam 5.45 petang.

Apabila mengetahui bekas pembantunya buat laporan polis (bernombor 4350/08) di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur, pada malamnya, Anwar pula melarikan diri berlindung di Kedutaan Turki.

Itu yang dipersoalkan oleh blogger penarik beca. Anwar dakwa punya alibi pada tarikh kejadian ( 26 Jun ), tetapi kenapa terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?

Persoalan Alibi 26 Jun

Menurut Saiful pada tarikh itu ( 26 Jun ), dia mendakwa diliwat oleh bekas majikannya. Kata Saiful, Anwar ( bekas majikannya ) meliwatnya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar pula secara berkias, tidak menafikan pernah pergi ke tempat yang dimaksudkan oleh Saiful itu. Menurut peguam peribadi Anwar, Sankara Nair pula, pihaknya mempunyai alibi yang jitu pada tarikh berkenaan. Katanya sekurang-kurangnya Anwar telah berjumpa dengan "kira-kira lima orang alibi".

Kalau berpandukan kenyataan peguam peribadi Anwar ini, sudah tentu Anwar tidak perlu takut, kerana mempunyai alibi. Sebab itu logik benar blogger penarik beca bertanya, 'kalau sudah mempunyai alibi, kenapa masih terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?'

Tetapi sepanjang tarikh 26 Jun hingga tarikh didakwa di mahkamah (7 Ogos), hujah Anwar bukan persoalan alibi, tetapi sebaliknya persoalan laporan Hospital Pusrawi. Sepatutnya jika persoalan alibi yang lebih kukuh, Anwar boleh menepis tanpa perlu bersusah payah menggunakan dokumen Hospital Pusrawi yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai bukti mahkamah.

Malahan Dr Osman pula dipertikaikan kepakarannya serta dipercayai rakan sekonspirasi Anwar. Bermakna jika Anwar berhujah berdasarkan laporan Hospital Pusrawi, hujah Anwar tidak lengkap, kerana terdapat satu lagi laporan berautoriti yang turut dicadangkan oleh Dr Osman sendiri iaitu Laporan Hospital Kuala Lumpur. Sehingga ke hari ini Anwar gagal memberi bukti menggunakan bukti sah Hospital Besar Kuala Lumpur itu.

Secara tidak langsung, Anwar sendiri mengakui alibinya tidak kuat sebagaimana yang didakwa oleh peguam peribadinya. Memang diragui alibi Anwar, kerana terdapat percanggahan antara kenyataan peguam Anwar dengan kenyataan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri. Peguam Anwar berkata, pada tarikh itu, Anwar berjumpa dengan sekurang-kurangnya 'lima orang', tetapi Nurul Izzah pula mengatakan Anwar berada dengan keluarganya pada ketika itu. Wan Azizah pula hanya tunduk, tidak mengiakan atau menafikan.

Kisah budak pembancuh kopi Anwar

Bermula dari 28 Jun, hampir sebulan Anwar terpaksa berhempas pulas mempertahankan dirinya. Kalau bukan report polis itu, tiada siapa kenal pun siapa Saiful Bukhari Azlan. Tiada siapa tahu pun tentang wujudnya 'pusat operasi rahsia Anwar' di Kondominium mewah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Malah tiada siapa tahu pun wujud satu jawatan khas yang diberi nama 'pembancuh kopi Anwar'. Hampir sebulan juga Anwar terpaksa membuka satu persatu rahsia dalaman berkenaan fungsi Saiful sebagai 'pembancuh kopi' yang pada awalnya cuba disasarkan sebagai 'budak Najib', tetapi kemudiannya melantung semula kepada diri Anwar umpama 'menjilat ludah ke langit, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.

Masyarakat jadi bingung, siapa sebenarnya budak 'pembancuh kopi' itu kerana Anwar menyembunyikan identiti budak itu sebagai bekas pekerjanya yang telah berkhidmat sejak Mac 2008 lagi. Siapa sebenarnya 'budak pembancuh kopi' itu? Perlukan Anwar mempunyai seorang 'pembancuh kopi khas' yang bukan setakat kerjanya membancuh kopi untuk Anwar di rumah peribadinya Bukit Segambut dalam, atau pejabatnya di Seksyen 16 ataupun di 'kondominium rahsia', di Bukit Damansara.

Turut dipersoalkan, kalau benarnya Saiful hanya sekadar 'pembancuh kopi Anwar', kenapa dia dibawa Anwar melawat ke luar negara, termasuk Hong Kong, Thailand, Singapura dan lain-lain? Istimewa sangatkah Saiful, hingga dilantik sebagai 'budak pembancuh kopi' serta mengenepikan ahli-ahli Anwar Ibrahim Club (AIC) lain yang selama ini menganggap Anwar seperti dewa?

Itulah yang diperkatakan oleh penulis buku politik terkenal, Pak Habib, Anwar hanya menjadi Ketua Umum, sudah memerlu 'pembancuh kopi' khas, kalau sudah jadi PM, apa lagi jawatan yang tidak masuk akal akan diwujudkan untuk kepentingan diri sendiri ? Walaupun Anwar cuba memperlekehkan Saiful sebagai budak pembancuh kopinya, tetapi Saiful sendiri mengakui tugasnya bukan sekadar pembancuh kopi tetapi lebih daripada itu.

Kisah di sebalik tabir penguam bela Anwar..

Pasukan peguam bela Anwar dalam kes liwat 2008, terdiri daripada Sulaiman Andullah, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheffa Koya, Mohd Razlan Jalaluddin dan Leela J Jesuthasan.

Daripada sembilan orang yang disenaraikan, tiga daripadanya adalah pemegang jawatan dan aktivis PKR, iaitu Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, Latheefa Koya, bekas Timbalan Ketua AMK PKR dan Saiful Izham Ramli, bekas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR.Hanya dua penguam bela lama Anwar dikekalkan iaitu Sulaiman Andullah dan Sankara Nair, sedangkan tujuh yang lain merupakan peguam junior.

Kenapa Anwar tidak mengambil semula peguam-peguam lama yang pernah mengendalikan kes liwat tahun 1998? Kenapa Anwar gugurkan nama peguam Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh sedangkan mereka merupakan peguam senior yang berpengalaman ? Kenapa pula Anwar tidak libatkan Karpal Singh anak beranak, sedangkan peguam itu disebut-sebut sebagai peguam bela yang handal?

Benarkan dakwaan mengatakan Karpal tidak boleh menjadi penguam bela Anwar sampai bila-bila kerana beliau telah bersikap prejudis kerana pernah menuduh Anwar mempunyai kes meliwat pada tahun 1998? Manakala tiga daripada senarai penguambela Anwar yang junior terdiri daripada aktivis Bar Council. Mereka adalah Amer Hamzah, Edmund Bon dan Latheffa Koya.

Bukankah penglibatan ramai aktivis peguam Bar Council ini menunjukkan hubungan Anwar dengan badan peguam itu sangat akrab? Sebab itu Anwar sentiasa menyokong segala tindak tanduk dan forum-forum ynag di anjurkan oleh Bar Counsil? Kenapa pula nama Zulkifli Nordin digugurkan daripada senarai peguam bela Anwar, sedangkan sebelum ini beliau merupakan salah seorang penguam bela Anwar paling setia?

Bukankah pengguguran nama Zulkifli Nordin ekoran daripada sikap peguam itu membantah Forum Memeluk Islam, anjuran Bar Council, sedangkan Anwar pula bermati-matian mempertahankan supaya forum itu diadakan. Begitu juga dengan Zainur Zakaria, Peguam Pembela Islam (PPI) menentang keras Forum Memeluk Islam dan IFC di Malaysia. Adakah disebabkan oleh faktor ini Zainur juga tidak diambil semula sebagai peguam bela Anwar ? Bukankah Bar Council dan aktivisnya termasuk Sulaiman Abdullah merupakan pengerak awal IFC di Malaysia di mana tangan-tangan Anwar tersembunyi di belakang Suruhanjaya Antara Agama-agama itu?

Bukankah semasa Sulaiman Abdullah menjadi Presiden Bar Council, beliau menganjurkan Forum 'Kebebasan Beragama? dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF serta mengadakan satu perayaan 'Festival of Rights? diadakan dengan tema Kebebasan Beragama? Bukankah mereka ini merupakan dalang penggerak IFC di Malaysia?

Makin menarik cerita liwat Anwar-saiful ini, kerana dengan cerita itu, tersingkap pula cerita lain, termasuk Anwar & Amerika, Bar Council dan tangan Anwar di belakang IFC yang sebelum ini cuba disembunyikan. Selepas peristiwa 16 September mencalar imej Anwar, rakyat sentiasa menunggu apakah episod-episod cerita menarik yang bakal dihidangkan oleh Anwar seterusnya. Sebutan Kes liwat 2 bakal di kedengaran pada September ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat?

Wasabi Oyabun

Ahad, 9 Ogos 2009

Bahaya matlamat menghalalkan cara!

Sekali lagi artikel saya dalam Mingguan Malaysia mendapat perhatian yang serius daripada akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan beberapa laman web pembangkang. Kali ini mereka mengambil beberapa bahagian tertentu dengan ada tujuan yang tersembunyi dengan menyiarkannya di muka hadapan sebagai berita utama (Nanyang Siang Pau). Beberapa isu dimanipulasi untuk menagih simpati. Terima kasih saya ucapkan. Nasib baik saya tidak melayan panggilan demi panggilan yang ajukan itu. Jika tidak, saya tidak tahu, apa lagi kenyataan saya yang akan diputarbelitkan.

Mereka turut bertanya, adakah saya dipaksa atau diupah oleh Utusan Melayu atau UMNO untuk menulis artikel ini. Saya jawab tidak. Saya sudahpun jawab dalam artikel minggu lepas. Saya tidak pasti mereka faham atau tidak tulisan saya dalam bahasa Melayu. Tulisan dan idea ini datang dari hati naluri seorang rakyat berbangsa Cina kerdil, yang amat ingin melihat umat Islam sedar, di manakah kedudukan kita sebenarnya. Malangnya, hanya kerana artikel saya diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, marahnya begitu meluap-luap sehingga emosi menguasai diri. Saya dituduh tali barut UMNO. Inilah mentaliti kelas ketiga yang sukar diubah akibat ketaksuban. Komen-komen ini langsung tidak menunjukkan kematangan dan hanya mempamerkan kebodohan diri sendiri. Inilah golongan tidak bersyukur dan ultra kiasu yang masih tidak sedar diri.

Mereka bertanya lagi, adakah saya perlu meminta maaf kepada keluarga mendiang, saya kata tidak perlu, sama sekali tidak. Jika mereka faham betul-betul bahasa Melayu, saya tidak nampak satu pun para artikel saya berniat jahat kepada keluarga mendiang, kecuali niat jahat sebenar akhbar Cina, DAP dan laman web tersebut yang sengaja memutar-belitkan isu ini menjadi perkauman untuk mencari simpati dan publisiti murahan. Siapakah yang sepatutnya meminta maaf, saya atau akhbar dan laman web rasis ini?

Saya dituduh tidak pandai menulis artikel oleh akhbar Nanyang Siang Pau. Justeru, saya pohon kepada editor Nanyang Siang Pau, sila beri tunjuk ajar. Saya juga mahu tahu betapa pandai akhbar-akhbar Cina ini menulis berita dan artikel dalam menjaga kepentingan semua kaum.

Alhamdulillah, dengan peristiwa dan artikel ini, saya lebih mengenali sifat ultra kiasu bangsa saya sendiri yang selama ini saya kaji. Saya baru sedar betapa hipokritnya segelintir bangsa saya. Mereka tidak pernah bersyukur tetapi teramat takut kalah dan mahu sentiasa menang (kiasu). Fakta dan kebenaran dikelirukan bagi menagih simpati dan agenda politik tersembunyi.

Ini budaya yang telah melingkungi pemikiran mereka walaupun kita sudah merdeka 52 tahun. Pemikiran mereka masih tidak merdeka, masih dikongkong oleh ketaksuban terhadap bangsa. Mereka menuduh UMNO rasis, mereka apa kurangnya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mereka begitu pandai berpolitik. Mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan Melayu. Jika Melayu Islam bersatu, saya tidak yakin, mereka seberani ini. Keberanian mereka disebabkan ada segelintir orang Melayu bersama mereka. Ini yang menjadikan mereka semakin besar kepala seperti kaduk naik junjung.

Saya rela menjadi tidak popular di kalangan masyarakat saya sendiri, tetapi bangunlah wahai umatku, jangan lagi kita dipermainkan oleh mereka yang licik ini. Lain di luar, lain di dalam. Saya kena bercakap kerana orang Melayu/Islam tidak berani bercakap kerana takut kehilangan kuasa politik. Saya rela dikutuk dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri, tetapi saya tidak sanggup melihat Islam merempat di bumi sendiri. Perjuangan kita tidak pernah selesai selagi hayat dikandung badan.

Kepada para pembaca, nilaikanlah idea yang dilontarkan. Jangan hanya kerana artikel ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia, kita sudah tidak nampak yang benar, yang mana salah. Saya bukan penulis upahan UMNO atau Mingguan Malaysia. Saya hanya mengatakan yang benar dan tidak ada niat langsung untuk melukakan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang telah pergi. Saya bertanggungjawab sepenuhnya apa yang ditulis.

Saya cuma mengingatkan kita agar jangan menjadi seperti kaduk naik junjung. Jagalah hati lain sama terutama hati orang Islam (Melayu) yang banyak bertolak ansur dengan kita. Mereka juga ramai yang menghadapi masalah yang sama seperti apa yang berlaku. Adakah kita mahukan kes ini menjadi precedent, yang akan menghalalkan segala perlakuan sumbang selepas ini?

Sedarkah kita beramai anak luar nikah yang telah lahir daripada hubungan yang tidak sah ini? Apakah kita mahukan ia menjadi budaya hidup kita. Apakah tujuan perkahwinan sebenarnya? Apa tujuan ada akta dan undang-undang undang-undang keluarga, perkahwinan, nikah cerai dan sebagainya diwujudkan? Jika perbuatan sumbang ini hendak dihalalkan maka tidak perlulah ada semua undang-undang dan akta ini? Apakah ini bukan rule of law?

Saya dituduh kerana cuba memasuki unsur-unsur agama dalam isu ini. Tidakkah unsur-unsur agama ini menjadi sebahagian daripada rule of law? Mereka mengatakan bahawa negara ini harus ditadbirkan rule of law. Persoalan saya, adakah undang-undang dan akta ini bukan rule of law. Apa guna kewujudan Jabatan Pendaftaran Negara jika hidup berkeluarga tidak perlu disahkan. Sila rujuk undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara, bahagian keluarga, perkahwinan, nikah dan cerai. Sila baca akta nikah dan cerai 1976 dan akta kelahiran dan kematian 1975.

Untuk mengetahui lebih lanjut isu yang dikatakan sensitif ini dan juga rule of law, sila rujuk http://www.malaysianbar.org.my/marriage.html. Bagi mendapatkan makna anak sah taraf dan anak tidak sah taraf, rujuk Undang-undang negara dalam Akta 60, Legitimacy Act 1961, juga akta Jabatan Pendaftaran Negara, http://www.jpn.gov.my/BI/4_2_kelahiran.php.

Lihat juga, http://www.thefreedictionary.com/illegitimate+child. Baca juga Non-Muslim Family Law dalam, http://www.reunite.org/edit/files/Islamic%20Resource/Malaysia%20text.pdf.

Manakala dari segi hak-hak penjagaan anak-anak tidak sah taraf ini pula, sila rujuk http://www.johorebar.org.my/CustodyGuardianship.html. Adakah ini bukan rule of Law. Saya hanya memberikan beberapa pandangan agama yang menjadi rule of law, maka saya akan dituduh kolot dan ekstremis.

Memperjuangkan

Kes yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini, apabila mereka yang memperjuangkan undang-undang syariah di negeri sendiri, dituduh oleh DAP sebagai pelampau atau ekstremis. Jemaah Islam Malaysia (JIM), sebuah pertubuhan moderat Islam, dituduhkan oleh ahli Parlimen Jelutung DAP, Jeff Ooi sebagai ekstremis atau pelampau. Manakala tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas arak yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di Shah Alam, yakni kawasan majoriti umat Islam, dihalang oleh Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan Selangor.

Saya masih ingat amanat Tunku Abdul Rahman mengenai pandangannya terhadap Bandaraya Shah Alam. Tunku pernah berpesan agar Shah Alam mesti bebas daripada arak dan kelab malam. Jika orang lain mahu melakukan perbuatan haram ini, mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur, minumlah arak dan kunjungilah kelab malam sehingga tidak sedar diri kerana mungkin agama mereka membenarkan. Jika ditakdirkan Buddha dan Nabi Isa hidup hingga ke hari ini, rasa fikir tindakan manusia pelampau DAP sebegini akan dicela dan dikutuk.

Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab dan kurang ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang menjadi agama persekutuan. Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur tangan dalam undang-undang syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia telah diisytihar sebagai sebuah Negara Islam walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum ini?

Tindakan DAP ini teramat-amat menghiris perasaan umat Islam. Saya juga mahu melihat apakah akhbar-akhbar Cina akan memaparkan berita ini di muka hadapan dan mendesak DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam seperti yang dilakukan terhadap artikel yang saya tulis? Kalau artikel yang saya ditulis diapi-apikan setiap hari, perkara yang sama hendaklah dilakukan oleh akhbar ultra kiasu ini, kerana tindakan DAP ini sudah mencabar kesucian dan kedaulatan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. Tindakan DAP ini bukan sahaja tidak sensitif, malahan dilihat cuba menghina dan merendah-rendah martabat agama Islam.

Persoalannya, adakah mereka akan meminta maaf? Apakah Pemuda DAP atau DAPSY akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti mana mereka memaksa saya meminta maaf? Ini yang selalu saya katakan, bila saya menulis perkara menyebelahi Islam Melayu, saya dituduh tidak sensitif dan dipaksa meminta maaf. Adakah DAP begitu sensitif? Inilah yang saya katakan nasib Melayu di bumi Melayu. Bila isu berkaitan bangsa Cina, akhbar-akhbar Cina mensensasikan isu tersebut, bila berkaitan dengan Islam, senyap sepi dan dianggap tidak penting.

Justeru, saya minta parti-parti politik Cina dan akhbar-akhbar Cina mesti memaksa Jeff Ooi dan Ronnie Liu minta maaf secara terbuka kepada umat Islam. Perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Apatah lagi jika matlamat hendak menghalalkan cara. ISA amat relevan untuk orang seperti ini.

DAP cuba menarik perhatian orang Cina untuk menghalalkan arak yang secara terangan diharamkan oleh Buddha, yang kini telah menjadi budaya hidup mereka, sama seperti hubungan seks luar nikah. Manakala PAS tetap dengan pendirian mengharamkan arak sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. PKR belum lagi membuat keputusan kerana cuba memenangi hati kedua belah pihak untuk mengekalkan kedudukan.

Saya ingin mengingatkan PAS supaya berhati-hati dengan DAP dan parti yang sekutu dengannya. Parti DAP sudah terkenal dengan sikap ultra kiasu sejak penubuhannya lagi selepas PAP. Mereka mahu menjadi negara ini negara sekular, tanpa identiti Islam mahupun Melayu. Sebarang percubaan untuk mengislamkan atau memelayukan identiti negara ini akan ditentang habis-habis malah Karpal pernah berkata langkah mayat beliau dulu jika PAS berniat untuk menegakkan Negara Islam.

Saya amat berharap PAS mengkaji balik pakatan mereka dengan puak ekstrem ini. Lebih baik berkawan dan berdakwah dengan UMNO bagi membincangkan agenda memperkasakan Islam dan umat Islam. Biarkan DAP berkawan dengan mereka yang ingin menghalalkan cara. Saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana berani bersuara dan mempertahankan yang hak. Ingatlah, selama-lamanya DAP tidak pernah bersetuju dengan Islam.

Sekarang terbukti, kerjasama seperti tidur sebantal, mimpi lain-lain. Lebih malang lagi, mimpi mereka saling bercakaran dan berprasangka. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada DAP dan orang Cina keseluruhannya, agama apa yang menghalalkan arak? Apa yang saya belajar daripada tidak Islam dahulunya, sampai memeluk agama Islam, tidak ada satu agamapun yang mengatakan arak itu dibenarkan. Bagaimana matlamat boleh menghalalkan.

DAP perlu diingatkan bahawa mereka tidak akan menang banyak kerusi dalam PRU 12 baru-baru ini, tanpa sokongan orang Melayu. Justeru, jangan seperti kaduk naik junjung. Pernahkah sekali kita mendengar DAP meminta maaf apabila mereka menyinggung perasaan orang lain disebabkan oleh keceluparan dan kebiadaban mereka? Sudah tentu tidak. Tetapi apabila tiba giliran orang lain seperti saya, maka melalaklah mereka meminta kita umat Islam meminta maaf. Begitu juga pendirian parti politik Cina yang lain seperti MCA dan Gerakan.

DAP dan orang Cina perlu ingat, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Agama Islam dan Melayu ibarat darah dengan daging. Pendek kata, setiap manusia memerlukan agama, sebab agama itu datang daripada Tuhan. Suka atau tidak kita dengan agama, diakhirkan nanti kita tetap kembali kepada agama. Jika tidak, maka tidak perlulah dilakukan upacara kematian mengikut agama.

Tambahan pula, kematian manusia tidak mengenal usia. Kematian boleh datang secara tiba-tiba, bila-bila masa, tidak kira tua atau muda. Cuma kita diminta bersedia untuk mati. Tujuannya, tidak lain agar bila kita pergi nanti, kita telah membuat segala persediaan secukup, termasuk terhadap mereka yang kita tinggalkan agar tidak menderita. Justeru, kita perlu melakukan yang terbaik sepanjang waktu dan ketika.

Kita selalu berhujah untuk mempertahankan keburukan yang telah dilakukan. Misalnya, apa salahnya jika bersekedudukan sebelum nikah, asalkan kita bertanggungjawab selepas itu. Persoalan saya, bagaimana jika selepas itu, si polan mengambil keputusan tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut atau meninggal teman wanitanya secara tiba-tiba? Ada yang hanya sempat berkahwin 10 hari, kemudian bercerai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Sudah tentu wanita. Justeru, bila ada rule of law, nasib wanita akan sentiasa terbela.

Saya mempunyai beberapa kenalan Cina dan Melayu yang telah terlanjur melakukan seks bebas, kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya. Apa akan terjadi dengan anak luar nikah yang dikandung?

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia - UM

Wasabi Oyabun

Isnin, 3 Ogos 2009

Rosak bangsa, cemar agama!

BUKAN sedikit kerugian yang disebabkan oleh aksi tunjuk perasaan Gerakan Mansuh ISA (GMI) Sabtu lalu. Dianggarkan sekitar RM100 juta hingga RM200 juta hangus begitu sahaja gara-gara sikap biadap penunjuk perasaan yang mengganggu periuk nasi peniaga di sekitar ibu kota.

Itu kerugian yang dapat lihat secara fizikal. Bagaimana pula impak buruk di sebaliknya?

Pernahkah kita terbayang bagaimana pandangan kaum lain terhadap bangsa Melayu daripada aksi sebegitu?

Jangan salahkan bangsa lain apabila orang Melayu hari ini dilihat sebagai bangsa yang ganas dan bersikap kurang ajar.

Orang Melayu lebih banyak memberontak dan berlebihan-lebihan dalam melempiaskan emosi tanpa mempedulikan akibatnya kepada orang lain. Banggakah kita dengan tanggapan sebegitu?

Usahlah ditambahkan lagi kehinaan kepada bangsa Melayu yang sudah ketinggalan dalam serba-serbi berbanding bangsa-bangsa lain.

Cukuplah kita selama ini dilihat sebagai kaum yang lemah dalam menguasai ekonomi. Tidak mampu bersaing dalam banyak hal dan sering dinilai sebagai orang yang kalah.

Apakah kita mahu pula dilihat sebagai bangsa yang kurang ajar, pencetus kekacauan dan berbuat sesuka hati tanpa mengambil kira kesusahan orang lain?

Paling memalukan apabila bangsa Melayu dilihat mudah dijadikan kuda tunggangan oleh pihak tertentu yang jelas mempunyai agenda lain.

Orang Melayu diperalat dalam mencapai matlamat bermotifkan politik bukan oleh bangsa lain, tetapi oleh bangsanya sendiri.

Kita mungkin tidak sedar bahawa bangsa lain ketika ini sedang bersorak menyaksikan perpecahan Melayu di dalam UMNO, PKR dan Pas.

Sepatutnya Melayu perlu bersatu bukan pada batas parti politik perkauman tetapi pada istilah kaum Melayu itu sendiri. Malangnya kita berpecah dan berkonflik sesama sendiri.

Apa yang pasti, tindak-tanduk ini akan memburukkan lagi kadar polarisasi kepartian orang Melayu. Penyokong Pas semakin taksub, penyokong PKR semakin liberal dan penyokong UMNO semakin konservatif.

Penentangan dalam banyak hal terutamanya terhadap kerajaan bukan tidak timbul di kalangan bangsa selain Melayu.

Tetapi mereka tidak perlu turun ke jalanan memperbodohkan diri dengan gelagat yang menyusahkan orang ramai.

Sebaliknya mereka menggunakan saluran yang lebih berhemah, bijaksana dan lebih bertamadun sama ada menerusi akhbar atau parti yang mewakili mereka.

Ternyata mereka mendapat lebih daripada apa yang dimahukan menerusi cara itu. Penentang ISA juga mempunyai wadah yang sama, malah lebih luas lagi.

Justeru mengapa memilih jalan yang sukar dan memalukan semata-mata untuk membolehkan suara mereka didengari. Mereka sebenarnya melakukan kesilapan besar sekiranya beranggapan kerajaan akan memberi muka selepas aksi-aksi konfrontasi sebegitu.

Protes jalanan tidak sesekali dipertimbangkan dalam membuat atau meminda sesuatu dasar, apatah lagi akta yang penting seperti ISA. Sebaliknya, penunjuk perasaan itu juga yang bakal menanggung akibat kerana tidak akan sesekali terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sesuatu yang pasti budaya tunjuk perasaan dengan mencetuskan kekacauan dan keganasan itu bukan budaya rakyat Malaysia. Malah bukan budaya mana-mana bangsa di dunia sekali pun.

Ia pada asasnya hanya satu bentuk manifestasi politik moden yang dipelopori oleh Barat dan bertunjangkan kebebasan bersuara mutlak.

Justeru penentang ISA yang sanggup berdemonstrasi sebenarnya telah terikut-ikut dengan budaya Barat dan 'dikafirkan' oleh mereka sendiri.

Demokrasi juga sebenarnya adalah alat untuk manusia mencapai matlamat politik, bukannya demokrasi itu dijadikan matlamat.

"Jika ia dijadikan matlamat, bagi perusuh orang Islam terutamanya, itu adalah sesuatu yang sangat meragukan. Malangnya dewasa ini, yang tampak sanggup mati demi mempertahankan demokrasi adalah orang berketerampilan agama. Ini adalah sesuatu yang menyedihkan," demikian pandangan pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun, Terengganu, Asri Salleh.

Golongan yang menentang ISA sepatutnya mengambil peluang daripada sikap bertolak ansur dan toleransi yang ditunjukkan kerajaan dalam isu ini. Kerajaan bukan tidak pernah mendengar. Malah tidak pernah sesekali menolak untuk meminda ISA demi kebaikan bersama.

Meskipun tidak sampai ke peringkat memansuhkan tetapi melihat kepada keperluan ISA dalam konteks hari ini, kesediaan kerajaan itu sebenarnya sudah lebih daripada memadai.

Ia sekurang-kurangnya memperlihatkan keadaan menang-menang kepada semua pihak meskipun kerajaan sebenarnya mempunyai hak untuk tidak mengambil peduli kepada tuntutan sebegini.

Bukan sukar untuk memahami kesesuaian ISA dalam konteks kemajmukan bangsa dan kebebasan bersuara di negara ini.

ISA sekurang-kurangnya mampu mengekang anasir-anasir subversif yang mengancam keselamatan negara.

Dari sudut peranan itu, tiada cacat-celanya ISA diamalkan di negara ini. Cuma barangkali pelaksanaannya sahaja yang boleh dipertingkatkan dan diperbaiki.

Itulah juga yang sedang diusahakan kerajaan dalam menjadikan ISA lebih berwibawa dan telus. Justeru, apa lagi yang dimahukan penentang ISA ini sehingga sanggup merosakkan Sabtu lalu dengan aksi-aksi yang memalukan?

Kerana itu juga penulis melihat demonstrasi itu sebenarnya bukan lagi perjuangan memansuhkan ISA. Kehadiran tokoh pembangkang yang memberi ucapan dan membakar semangat penunjuk perasaan misalnya, sangat jelas membuktikan peranan dan pengaruh mereka.

Perkara yang sama turut dikongsi oleh Asri yang tidak menolak kemungkinan pakatan pembangkang menggunakan GMI sebagai batu loncatan mencapai agenda tertentu.

"Ahli GMI hanyalah salah satu daripada 'alat' dalam percubaan mereka untuk menghasilkan kesan politik lain yang lebih besar nilainya daripada sekadar pemansuhan ISA," ujar Asri.

Sangat menyedihkan apabila melihat kelibat anak-anak kecil yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang ISA diheret untuk terbabit sama.

Anak-anak kecil ini tidak seharusnya dididik dan membesar dengan budaya penentangan yang ganas seperti itu.

Begitu juga dengan kaum wanita yang bertudung litup serta lelaki yang berkopiah dan berserban yang sangat jelas imej keislamannya.

Seharusnya mereka lebih mengetahui bahawa berdemonstrasi dan menimbulkan kekacauan kepada awam itu dilarang oleh Islam. Ia juga meninggalkan kesan yang buruk kepada agama yang mereka anuti itu sendiri.

Tidak cukupkah Islam dipandang sebagai agama keganasan oleh Barat kerana perbuatan melampau penganutnya di negara-negara lain?

Di mana asasnya kutukan kita kepada sentimen kebencian kepada Islam itu sedangkan kita sendiri sebagai orang Islam, berbangsa Melayu mempertontonkan sikap serupa?- UM

Wasabi Oyabun

Ahad, 2 Ogos 2009

Demonstrasi dan ISA















STRATEGI pembangkang untuk sentiasa mencetuskan siri drama ketegangan politik menjelang pilihan raya umum akan datang nampaknya berjalan dengan baik.

Selepas memanipulasi isu kematian Teoh Beng Hock bagi membangkitkan kebencian kepada kerajaan, pembangkang berjaya lagi dengan demonstrasi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), petang sabtu lepas.

Demonstrasi tersebut mengakibatkan Kuala Lumpur mengalami kesesakan teruk sehingga malam. Ribuan pengguna lain turut terperangkap dalam kesesakan luar biasa di terowong SMART, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Aktiviti para pelancong asing lumpuh, bas awam tergendala dan pemandu teksi berkerut dahi kerana sukar mencari rezeki dalam keadaan begitu.

Orang ramai yang mahu melakukan pelbagai urusan seperti menghadiri pengkebumian, ke majlis kenduri kahwin, melawat pesakit di hospital dan pelbagai lagi, juga menghadapi kesukaran.

Demonstrasi itu menyusahkan semua pihak dan orang ramai. Ia ternyata menjejaskan ketenteraman, produktiviti dan imej negara. Pasukan polis yang sepatutnya disokong bagi menumpukan usaha menangani jenayah terpaksa dibazirkan untuk mengawal demonstrasi. Tiada sesiapa sepatutnya dibenarkan mengadakan demonstrasi haram. Setakat memberi amaran sudah tidak memadai.

Sepatutnya pihak berkuasa melakukan langkah pencegahan lebih awal dengan menahan dalang dan pihak tertentu yang merancang mengadakan demonstrasi haram. Mengadakan sekatan lalu lintas di merata-rata tempat, tidak akan banyak membantu sebaliknya merumitkan keadaan. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Dengan apa yang berlaku ini, mungkin menuntut pemikiran semula terhadap ura-ura bahawa ISA akan dipinda tidak lama lagi oleh kerajaan atas nama pembaharuan. Ramai juga mahukan pembaharuan tetapi kita tidak harus tergesa-gesa hanya kerana merasa tertekan dan tunduk kepada golongan minoriti.

Adalah lebih baik ISA dikekalkan setidak-tidaknya untuk tempoh setahun dua ini. Apatah lagi isu pokok ialah mengurus kuasa menerusi ISA dengan bijak dan bukannya menghapuskan akta itu. Apa yang berlaku sabtu lepas membuktikan ISA itu sendiri masih diperlukan. Untuk apa takut kepada ISA jika kita di pihak yang benar dan bukan golongan yang mahu mensabotaj negara sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

Wasabi Oyabun