Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 29 April 2010

P212 Sibu : Bakal ada pertarungan hebat di Sibu!

Bandar Sibu akan mengalami suasana kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 8-16 Mei ini.

ADAKAH kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor boleh dijadikan alasan untuk yakin menang di PRK Parlimen Sibu pula?

Walaupun ramai pemimpin BN yakin Sibu merupakan satu kesinambungan untuk parti kerajaan terus mempertahankan kerusi Parlimen itu, namun ia merupakan satu perjuangan yang sukar. Ini kerana jumlah pengundi Cina di Sibu mewakili 66.7 peratus daripada 54,695 pengundi berdaftar.

Jika kejayaan di Hulu Selangor diambil kira, dengan 30 peratus pengundi Cina menyokong calon BN dan kaum itu bukan mewakili kaum majoriti di kawasan Parlimen tersebut, ia telah memberi mesej bahaya kepada BN. Daripada sudut ini juga jika sikap pengundi Cina di Hulu Selangor dibawa ke Sibu, ia menunjukkan BN akan berdepan dengan kesukaran.

Namun adakah pengundi Cina di Sibu boleh disamakan dengan pengundi Cina di Semenanjung?
Berdasarkan trend di Sarawak, beberapa bandar besar di negeri ini menunjukkan kemerosotan sokongan pengundi Cina terhadap BN dalam beberapa siri pilihan raya umum.

Misalnya di Miri, pada Pilihan Raya Umum ke-12, majoriti yang diperolehi oleh BN ialah 5,216 undi dengan pengundi Cina ialah 61 peratus. Pada Pilihan Raya Umum ke-11, BN menang tanpa bertanding di Parlimen Miri. Manakala di Sarikei pula BN menang tipis dengan majoriti undi sebanyak 51 undi berbanding 13,818 undi pada Pilihan Raya Umum ke-11. Kaum Cina mewakili 70 peratus pengundi di kawasan Parlimen itu.

Kerusi Parlimen Stampin dengan 76 peratus pengundi Cina memberi majoriti sebanyak 3,070 undi berbanding 7,731 undi pada pilihan raya umum sebelumnya. Calon BN memenangi kerusi tersebut. Di Parlimen Kuching pula, DAP meningkatkan majoritinya daripada 2,041 undi pada Pilihan Raya Umum ke-11 kepada 9,952 undi pada Pilihan Raya Umum ke-12.

Pada PRK Parlimen Sibu kali ini, BN meletakkan Robert Lau Hui Yew, 45, seorang peguam dan Penolong Bendahari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Sibu. Hui Yew, saudara dua pupu kepada bekas Ahli Parlimen Sibu, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew akan berdepan dengan Wong Ho Leng, seorang peguam dan Pengerusi DAP Sarawak.

Pertarungan mereka boleh disifatkan sangat hebat memandangkan Sibu adalah medan pertarungan tradisi antara DAP dan BN yang menyaksikan parti pembangkang itu menang pada tahun 1982. DAP tentu mahu memastikan kejayaan itu berulang manakala BN mahu mengekalkan kemenangan serta membuktikan pengundi Cina di Sarawak adalah berbeza dengan pengundi Cina di Semenanjung.

Kemenangan BN akan memberi kesan kepada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan memberi petunjuk bahawa pengundi Cina bukan lagi satu masalah.
Jika DAP menang, ia akan menyebabkan mereka bertambah yakin bahawa pengundi Cina menyokong mereka.

Oleh sebab itu, Penganalisis Politik, Dr. Jeniri Amir melihat PRK Parlimen Sibu memberi risiko yang besar kepada masa depan politik BN bukan sahaja di Sarawak khasnya, tetapi di Malaysia umumnya. Namun beliau percaya, SUPP mampu mencatatkan kemenangan kerana melalui beberapa siri PRK di negeri ini, jelas menunjukkan pengundi masih memihak kepada kerajaan.

''Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengundi Cina mahukan BN menang dan salah satunya mereka mahukan Bandar Sibu dijadikan bandar raya dan mahukan wakil rakyat mereka menjadi Timbalan Ketua Menteri," katanya.

Selain itu pengaruh kekayaan keluarga Hui Yew akan memastikan sekurang-kurangnya sebanyak 3,000 undi berpihak kepada BN kerana mereka memiliki kilang dan syarikat media, tambahnya. Utusan Malaysia pula difahamkan DAP akan membangkitkan isu kekayaan ekonomi yang disifatkan tidak adil dan dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu tanpa pengagihan yang sama rata.

Turut menjadi perhatian ialah ketidakpuasan hati pengundi minoriti bumiputera seperti kaum Melanau, Iban dan Melayu. Mereka mendakwa pada pilihan raya umum lalu, BN terlalu mementingkan kaum Cina tanpa mengambil kira kepentingan mereka yang sama-sama membantu membangunkan Sibu.

Utusan Malaysia difahamkan pada pilihan raya umum lalu, undi kaum minoriti itu telah menurun disebabkan undi protes kerana terasa tidak diberi perhatian lagi. Oleh itu, SUPP kini menggalas tugas yang berat untuk memastikan Parlimen Sibu kekal pada tangan mereka dan juga untuk menunjukkan imej dan kedudukan parti komponen BN itu masih boleh diterima oleh kaum bukan Cina.

Jika kejayaan Hulu Selangor ingin diterjemahkan di Sibu, jentera BN yang bergerak di kawasan pengundi kaum Cina perlu memikirkan strategi baru. BN perlu mengambil iktibar daripada kesilapan strategi kempen di Hulu Selangor bagi memastikan hati pengundi Cina di Sibu masih bersama kerajaan. Seperti kata Jeniri : ''Jangan fikir pengundi Cina dapat dipujuk dengan pengumuman projek pada saat akhir pengundian.

''Jangan fikir mereka akan mudah terpengaruh dengan ancaman propaganda dan juga serangan peribadi terhadap calon pembangkang." Jangan nanti pengundi menjadi simpati dan menghasilkan keputusan di luar jangkaan. Dalam politik, segalanya boleh berlaku.

Wasabi Oyabun

Rabu, 28 April 2010

Nizar Talibarut Bintang 3 Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum!



TUDUHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH NIZAR JAMALUDDIN DALAM VIDEO TERSEBUT ADALAH SANGAT MERBAHAYA DAN BOLEH DIANGGAP SEBAGAI BERBAU HASUTAN . IANYA DI KHUATIRI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN DAN HURU HARA DIDALAM NEGARA.

NIZAR MENDAKWA BAHAWA DATUK SERI NAJIB PERNAH BERKATA:

" KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA "
" KITA MESTI BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR DENGAN DARAH CINA "

DI MINTA PIHAK KESELAMATAN DAN KDN DAPAT BERTINDAK DENGAN KADAR SEGERA TERHADAP MANUSIA YANG GILA TALAK JAWATAN MB INI.

JANGAN SAMPAI ADA PERGADUHAN ANTARA KAUM TERCETUS AKIBAT TINDAKAN TIDAK BERMORAL NIZAR JAMALUDIN YANG MENYENTUH ISU YANG SANGAT SENSITIF TERHADAP ORANG CINA DEMI UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK.

TANGKAP SEBELUM TERLAMBAT....!
JIKA DIBIARKAN, ORANG CINA DI SIBU JUGA AKAN TERPENGARUH LALU MEMBENCI BARISAN NASIONAL KERANA FITNAH DAHSYAT INI.

WASABI OYABUN

Selasa, 27 April 2010

Adakah Pengundi Cina Masih Merajuk!

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh Barisan Nasional (BN).

Setelah kehilangan kerusi Parlimen di P.94 Hulu Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, BN bersama tiga parti komponen utamanya iaitu UMNO, MCA dan MIC bekerja keras sehingga saat akhir bagi memastikan pengundi yang dahulunya menyokong pakatan pembangkang kembali ke pangkuan BN.

Justeru, apabila berjaya, ia merupakan hadiah paling bermakna buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berjaya merampas kerusi tersebut daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi BN bertanding dalam negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Di sebalik kejayaan itu, timbul satu perkara yang merimaskan BN apabila analisis menunjukkan pengundi Cina masih tegar hati mereka untuk terus memberikan sokongan kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Analisis yang dilakukan mendapati hanya 30 peratus pengundi Cina menyokong calon BN, P. Kamalanathan.

Kenapa hal ini berlaku, sedangkan jentera BN bekerja keras mendekati pengundi Cina termasuk menjawab segala fitnah dan tohmahan tidak berasas yang dilontarkan oleh pakatan pembangkang khususnya PKR.

Apakah ini menunjukkan keyakinan pengundi Cina terhadap BN semakin merosot atau ia seolah-olah memberi isyarat bahawa kepimpinan baru MCA yang diterajui oleh Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tidak diterima. Sebab itulah, mereka membulatkan hati memilih Zaid, apatah lagi pemilihan Zaid sebagai calon diputuskan oleh DAP.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjelaskan bahawa krisis dalaman parti itu yang masih bersisa membuatkan pengundi Cina tidak mahu memilih BN pada pilihan raya kecil tersebut. Jelasnya, ia mungkin juga disebabkan oleh keyakinan mereka terhadap MCA belum pulih sepenuhnya.

Selain itu, katanya, perbezaan kepimpinan antara bekas Pengerusi MCA Hulu Selangor, Datuk Ch'ng Toh Eng dan penyandang sekarang, Wong Koon Mun sedikit sebanyak turut menjejaskan sokongan terhadap BN. "Bahkan pertikaian itu juga menyebabkan ahli-ahli akar umbi MCA dan penduduk Cina di Hulu Selangor mengambil tindakan memboikot parti.

"Ia merupakan satu isyarat, jika mereka (pemimpin MCA Hulu Selangor) masih berbeza pendapat, maka MCA akan terus menjadi bakul sampah politik," katanya ketika dihubungi, semalam. Selain itu, khabar angin bertiup kencang dengan mengatakan ahli-ahli MCA di peringkat akar umbi di Hulu Selangor merupakan penyokong kuat bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting.

Disebabkan itu, ahli-ahli parti tidak mengundi calon BN bagi memberi isyarat bahawa mereka tidak akan memberi sokongan penuh kepada penyandang nombor satu sekarang, Soi Lek. Walau bagaimanapun, penjelasan Soi Lek mengenai kira-kira 70 peratus pengundi Cina memboikot MCA dan enggan mengundi calon BN disebabkan perselisihan dalaman parti tersebut dilihat tidak kukuh.

Penganalisis Politik, Datuk Cheah See Kian menafikan kecenderungan pengundi Cina terhadap parti pembangkang disebabkan penduduk bosan terhadap MCA yang dilanda krisis dalaman. Jelasnya, selepas PRU Ke-12 sehingga hari ini, MCA dilihat tidak berubah serta tidak memajukan diri untuk kebaikan masyarakat Cina. Ini menyebabkan masyarakat Cina berasa kecewa terhadap MCA.

Beliau mendakwa, kaum Cina kini kurang berminat bercakap mengenai isu perkauman atau agama, sebaliknya mereka lebih mementingkan parti dan berharap parti mempunyai pandangan tegas terhadap isu yang lebih besar berkaitan negara. "Kaum Cina kini lebih mementingkan isu negara seperti perkembangan ekonomi, pembasmian rasuah, ketelusan dan kehakiman yang adil. "Kaum Cina mahu pemimpin yang boleh membantu pembangunan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup kaum itu," katanya kepada pemberita.

See Kian berkata, walaupun Perdana Menteri sering mewar-warkan gagasan 1Malaysia, namun masyarakat Cina masih tidak merasakan ada perubahan. Dalam pada itu, beliau mendakwa, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menjadi penghalang untuk mencapai gagasan 1Malaysia.

"Perkasa dilihat menghalang kejayaan gagasan 1Malaysia dan menyebabkan masyarakat Cina berfikir kerajaan (BN) kekal seperti dahulu," katanya. Sementara itu, Presiden Southern Kolej, Thock Kiah Wah berkata, kaum Cina hilang keyakinan terhadap MCA kerana parti itu gagal menyelesaikan masalah masyarakat Cina dengan baik.

Bahkan, katanya, MCA tidak mempertahankan pendapat dan tegas dalam menangani isu-isu negara. "Pandangan kaum Cina kini tidak lagi dihadkan kepada sesebuah parti yang mewakili masyarakat Cina untuk mempertahankan keperluan asas mereka. "Parti yang disukai adalah parti yang layak mewakili Malaysia dan mempertahankan ketelusan serta keadilan di negara ini. Ini antara ciri-ciri yang tidak ada pada MCA," katanya.

Beliau berkata, jika BN mahu memenangi semula keyakinan masyarakat Cina, mereka perlu mewujudkan sebuah kerajaan yang seimbang, adil tanpa mengutamakan kaum-kaum tertentu sahaja.

Wasabi Oyabun

Isnin, 26 April 2010

Rumah dah siap, pahat masih berbunyi : Zaid heret BN ke mahkamah!

ZAID Ibrahim kemungkinan akan membantah keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berakhir semalam di mahkamah. Ini berikutan berlakunya rasuah secara meluas dalam pilihan raya berkenaan.

Antara bentuk rasuah dilakukan selain pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat semasa proses pilihan raya berlaku ialah pemberian wang ringgit melalui agen-agen BN.

Maklumat sedang dikumpul seberapa banyak yang boleh berhubung dakwaan berkenaan. Zaid juga dijangka akan membuat sidang akhbar esok berhubung tindakan yang akan diambil. Dalam pilihan itu Zaid kalah ditangan Kamalanantha dengan kekurangan undi sebanyak 1,725. Beliau mendapat 23,272 undi manakala Kamalanathan mendapat 24,997. Sebanyak 731 undi yang ditolak.

Sehubungan itu juga satu panel terdiri dari kalangan penguam terkemuka akan dibentuk untuk merangka satu memorandum untuk dihantar NGO hak asasi manusia dan pencinta demokrasi tulen di seluruh dunia. Memorandum itu menjelaskan kepincangan berhubung proses perjalanan pilihan raya di negara ini yang dikatakan berat sebelah, tidak ada dan memperalatkan jentera kerajaan.

Memorandum ini bakal menjadi dokumen baru untuk digunakan oleh para pendokong demokrasi tulen bagi mengkritik perjalanan pilihan raya di negara ini. Ia juga nanti akan digunakan oleh Bersih - sebuah badan bertindak dan memperjuangkan pilihan raya bersih dan telus yang pernah berarak menggegarkan negara beberapa tahun lalu.

Sekiranya memoranum ini menjadi kenyataan inilah tindakan pertama secara profesional diambil bagi mempersoalkan kepincangan perjalanan pilihan raya dan demokrasi di negara ini yang dikatakan pincang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang.

Petiysen ke atas pilihan raya Hulu Selangor itu dan memorandum itu dilihat bakal memberi tekanan baru kepada kerajaan agar berlaku telus dan adil dalam setiap pilihan raya.

Komen : BN kalah 5 negeri sebelum ini tak ada pula nak bawa kes ke mahkamah..Entah apa-apa la Zaid mabuk ni.!.kalau dah katak tu katak jugak lah..!!!

Sementara itu : BN tidak beli undi di Hulu Selangor - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.

Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini.

Wasabi Oyabun

Sabtu, 24 April 2010

P94 Hulu Selangor : Pembangkang sanggup guna taktik kotor!

Akibat tertekan dengan sambutan kurang menyengat ke atas kempen mereka, pakatan pembangkang sanggup menggunakan taktik kotor bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) sehari sebelum pengundian esok.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau kecewa dengan tindakan pembangkang yang sanggup menipu rakyat demi meraih sokongan. Katanya, pembangkang sanggup menggantung sepanduk yang memberi maklumat palsu mengenai perdebatan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Katanya, sepanduk tersebut banyak digantung di tempat-tempat awam bagi menarik seramai mungkin rakyat di Hulu Selangor untuk hadir ke Stadium Kuala Kubu Bharu iaitu tempat berlangsungnya ceramah besar pakatan pembangkang hari ini. Menurut beliau, taktik itu akan membuatkan orang ramai kecewa kerana apabila mereka hadir ke stadium itu, mereka akan dapati Perdana Menteri tidak berada di sana.

"Maka pihak pembangkang akan katakan Najib tidak berani berdepan sehingga membuatkan rakyat marah. "Saya sudah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya semalam meminta sepanduk itu diturunkan. "Ia jelas satu taktik kotor yang tidak bertanggungjawab dan saya minta pengundi tidak terpengaruh dengan pembohongan itu," katanya.

Selain itu katanya, beliau turut menerima laporan mengatakan terdapat beberapa individu yang menerima surat mengatakan UMNO akan memberi sumbangan wang kepada orang ramai di bilik-bilik gerakan Barisan Nasional sempena pilihan raya ini.

Sementara itu : Saya suka jumpa rakyat dari berdebat dengan pembangkang - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau lebih suka berjumpa rakyat daripada memikirkan mengenai cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang. Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.

"Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya. "Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Taman Bungaraya, Bukit Beruntung malam tadi.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohammad, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin,Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan calon BN, P. Kamalanathan.

Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Baru (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini Kuala Kubu Baru pukul 9 malam ini.

Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dilibatkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.

"Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini,”katanya.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional (BN).

Wasabi Oyabun


Jumaat, 23 April 2010

P94 Hulu Selangor : Pembangkang ingkari Sultan!

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Masjid Manbaeil Uloom di Taman Cheras Jaya, Batu 11 Cheras, Hulu Langat, 23 April.

Kerana ghairah berpolitik, pembangkang sanggup mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid dan surau di Selangor tidak digunakan untuk berkempen.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali didakwa menyampaikan khutbah Jumaat berbaur politik di Masjid Bukit Sentosa dan perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Malah terdapat laporan yang mendakwa, Hassan juga terlupa membaca selawat yang merupakan salah satu rukun khutbah.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.

Oleh kerana tidak meyakini barisan Pakatan Pembangkang, seramai 20 ahli Pas Kawasan Hulu Selangor mengumumkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Kebetulan penulis pun bersembahyang Jumaat di masjid tersebut semalam. Agak terkilan dengan sikap PAS yang masih berdegil menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik sempit. Kedua-dua penceramah takzirah dan juga khatib ( Dr.Hassan Ali ) tanpa segan silu memberi ceramah mereka yang berbaur politik tanpa mengendahkan arahan Sultan! Masjid itu seolah-olah mereka yang punya tanpa memikirkan jemaah yang lain yang datang bersembahyang ke situ.

Keghairahan pembangkang menjadikan masjid sebagai medan berpolitik walaupun berulang kali ditegah pihak berkuasa menerima natijahnya dan ia bermula apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang bertindak sebagai khatib semasa membaca 'khutbah' politik di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa terlupa membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang merupakan rukun khutbah solat Jumaat.

Akibatnya, kira-kira 3,000 jemaah yang hadir ke masjid itu bagi menunaikan solat Jumaat yang merupakan kewajipan bagi lelaki Islam bertukar kepada hanya sembahyang Zuhur sahaja kerana 'khatib' tidak menuruti rukun solat Jumaat. Bagaimanapun, jemaah hanya bersembahyang dua rakaat sebagaimana solat Jumaat biasa.

Hassan dalam khutbah politiknya itu menyeru pengundi di Hulu Selangor supaya tidak mudah terkeliru dengan fahaman politik Barisan Nasional (BN) yang dakwanya cenderung menyokong kuasa Barat. Dakwanya, banyak kesilapan dilakukan oleh kerajaan BN yang hanya bertindak mengejar keduniaan dan bukannya mengikut sunah Rasulullah.

"Rakyat kini berada di persimpangan jalan, mereka perlu memilih satu jalan selamat iaitu laluan hijau yang masih suci bersih. "Manakala jalan membawa perubahan sejak 52 tahun kemerdekaan negara perlu ditinggalkan demi mendapat keberkatan Allah kepada umatnya.
"Kemajuan pembangunan di bawah Kerajaan Pusat hanya mengundang bala dan maksiat besar termasuk peningkatan kadar anak luar nikah," katanya di sini semalam.

Tambah Hassan, pengundi perlu memilih barisan kepimpinan Pas yang dakwanya diberkati Allah dan perlu menolak jalan berliku yang penuh noda serta dosa di bawah kepimpinan Kerajaan Pusat.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik. Baginda juga melarang institusi tersebut dijadikan tempat bagi mengadakan demonstrasi negatif. Menurut baginda, masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat, serta mengeratkan silaturahim dan bukannya berpolitik.

Sementara itu, Dewan Muslimat Pas turut mengambil peluang menyebarkan pelbagai risalah dan video cekera padat (VCD) yang kononnya didakwa sebagai fatwa tokoh ulama terkemuka, Dr. Yusuf Al-Qaradawi di masjid yang sama. Semua risalah itu diselit di cermin kereta para jemaah sama ada yang diletakkan di dalam pekarangan masjid mahu pun di luar masjid.

Dipintu masuk masjid bersepah dengan gerai-gerai yang didirikan oleh penyokong-penyokong PAS sehingga menganggu lalu lintas. Mereka berniaga tanpa permit dan kawasan persekitaran masjid seolah-olah macam 'pasar malam'!

Wallahuallam.

Wasabi oyabun

Rabu, 21 April 2010

P94 HS : Khalid tertekan - 'Galak' pemimpin, ahli PKR keluar parti!

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan lebih ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu jika mendapatinya tidak sesuai lagi.

Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri bagaimanapun mendakwa, pihaknya tidak bimbang kerana jika ada yang keluar, masih ramai yang ingin masuk parti itu. "Baguslah mereka nak keluar PKR... kalau di Klang pun tak apa, kita boleh cari orang lain di Klang untuk masuk PKR. Kalau ada pemimpin atau ahli PKR Kuala Selangor pun nak keluar, saya galakkan.

"Saya harap mereka yang keluar parti dapat menggunakan kesempatan itu untuk 'mengiklankan' diri mereka," katanya secara sinis kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, sebab itu pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya ada lagi pemimpin atau ahli yang ingin meninggalkan parti kerana mereka bebas untuk membuat pilihan sendiri.

"Pada pandangan saya, keluar masuk parti itu satu kebebasan. Oleh sebab itu boleh (bagi mereka untuk keluar parti). "Tapi mereka yang ingin menyertai sesebuah parti, saya harap mereka perlu faham prinsip parti berkenaan terlebih dahulu supaya mereka lebih mantap," katanya.

Beliau menganggap tindakan keluar parti oleh beberapa pemimpin dan ahli PKR secara berterusan sebagai satu perkara biasa. Abdul Khalid juga diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin PKR meninggalkan parti itu termasuk mereka yang rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat meninggalkan PKR setelah menyedari parti pembangkang itu tidak memperjuangkan rakyat tetapi lebih cenderung untuk kepentingan peribadi pemimpinnya.

Keputusan Dr. Halili yang merupakan antara pengasas PKR dilihat menjejaki langkah beberapa rakan akrab dan orang kanan Anwar yang lebih dahulu meninggalkan parti berkenaan seperti Dr. Chandra Muzaffar, Datuk S. Nalakaruppan dan Ezam Mohd. Noor.

Ditanya mengenai kemungkinan lebih ramai pemimpin dan ahli PKR akan mengikut jejak langkah Dr. Halili, Abdul Khalid memberitahu, beliau tidak ada masalah dengan keadaan sedemikian.

Sebaliknya, beliau menyindir dengan mengatakan mereka yang bercadang untuk keluar PKR boleh memanfaatkan waktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor untuk menonjolkan diri bagi tujuan tertentu.

Pak Khalid dah lupa ke yang beliau adalah MB Selangor yang di tolak oleh ahli PKR kawasan sendiri!

Adakah Khalid Ibrahim tahu yang beliau tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kuala Selangor kerana beliau adalah calon 'payung terjun' yang dibawa masuk Penasihat PKR, Anwar Ibrahim ke cabang itu.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, sehubungan itu tidak hairanlah sekiranya 50 ahli PKR Kuala Selangor dilaporkan bertindak meninggalkan mesyuarat agung tahunan cabang itu sebelum ini.

Nazmi berkata, sebaliknya orang yang selama ini menjadi tulang belakang dan dihormati oleh ahli dan pimpinan PKR di cabang itu ialah timbalan Khalid Ibrahim, Arshad Abu Bakar. "Khalid Ibrahim daripada awal lagi tidak diterima oleh ahli PKR cabang Kuala Selangor sejak menjawat tugas itu dua tahun lalu kerana beliau telah membawa masuk orang luar dalam kepimpinan PKR Kuala Selangor.

Mengulas lanjut, Nazmi berkata, cabang PKR Kuala Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim kini dalam keadaan cacamarba dan huru-hara kerana hanya tinggal ketua dan timbalannya sahaja ekoran perletakan jawatan 13 AJK bahagian tersebut 20 Januari lalu.

Menurutnya, sehubungan itu, difahamkan Khalid Ibrahim telah melantik Abdul Rahman Talib seorang guru pencen berusia 69 tahun dari Kajang sebagai Setiausaha Cabang. "Begitulah sikap Khalid Ibrahim yang tidak mahu memberi kepercayaan kepada pemimpin tempatan anak jati Kuala Selangor memegang jawatan penting.

"Inilah kegagalan kepimpinan yang dimiliki oleh Khalid Ibrahim. Bagaimanakah beliau mampu mentadbir sebuah kerajaan negeri dengan berkesan sekiranya 'rumah' sendiri tidak dijaga dan diuruskan dengan baik," katanya. Malah katanya, dalam struktur di peringkat negeri iaitu Perhubungan PKR Selangor juga Khalid Ibrahim menghadapi masalah dengan ramai ketua-ketua cabang yang semakin menyampah dengan kepimpinan Menteri Besar itu.

Menurutnya, dengan keadaan cabang PKR Kuala Selangor yang kini sudah terumbang-ambing ke arah untuk 'dikuburkan', maka kredibiliti kepimpinan Khalid Ibrahim dalam parti sudah berjaya dicemarkan. "Tidak mustahil ada usaha-usaha dalaman yang mahu mentalkinkan nyawa politik Khalid Ibrahim," katanya.

Nasihat buat Pak Khalid : Lain kali kalau nak mengukur baju, ukurlah di badan sendiri! Jangan ukur baju pada badan orang lain?

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional ( BN )

Wasabi Oyabun

Selasa, 20 April 2010

P94 Hulu Selangor : Anwar jaja fitnah terbesar kerana tutup pekung diri!

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim nampaknya tidak berputus asa menjaja isu firma perunding Apco Worldwide (Apco).

Setelah tidak laku di Dewan Rakyat, Anwar meneruskannya pula dalam siri-siri kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang. Firma perunding komunikasi yang dilantik bagi menasihati kerajaan dalam hal menyampaikan maklumat kepada orang awam terus dicanang mempunyai kaitan dengan Israel.

Walaupun kerajaan dan Apco sendiri telah membuat penjelasan terperinci, Anwar sengaja memekakkan telinganya dan semakin galak menjaja fitnah terbesar ini. Kita boleh melihat muslihat sebenar Anwar dalam isu ini. Anwar berbuat demikian kerana mahu mengalihkan perhatian masyarakat terhadap pelbagai isu termasuk isu moral yang sedang mencengkam kehidupan beliau dan keluarga.

Kes dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari banyak mendedahkan pekung moral dan akhlak sebenar Anwar. Kes liwat yang sedang dihadapinya itu sesuatu yang sangat 'merosakkan' imej beliau lebih-lebih lagi imej Islam yang cuba ditonjolkan selama ini.

Hubungannya yang berstatus 'sudah terang lagi bersuluh' dengan tokoh-tokoh Zionis dunia termasuk bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz menambahkan lagi kerosakan pada dirinya. Anwar tahu hubungannya dengan Wolfowitz - arkitek kepada pembunuhan rakyat Iraq dan kemusnahan sebuah negara kaya di Teluk itu mula memakan diri.

Orang Melayu yang selama ini menyokong Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula menjauhkan diri. Rakan-rakan politik dalam pakatan pembangkang khususnya Pas juga sudah mula memasang curiga.

Menyedari sudah tersepit, Anwar perlu berbuat sesuatu bagi mengembalikan sokongan dan membetulkan persepsi orang Melayu terhadapnya. Beliau sangat bijak dalam mengalihkan kesalahan diri sendiri kepada orang lain. Itulah kepakaran Ketua Pembangkang ini.

Beliau menjadikan Apco, firma perunding yang tidak terlibat langsung dalam penggubalan dasar 1Malaysia sebagai 'kambing hitam.' Kerajaan diserang habis-habisan kononnya melantik sebuah firma Israel sedangkan hakikatnya Anwar sendiri sudah bergelumang dengan Zionis sejurus selepas dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Hubungan kerajaan dengan Apco jelas atas nama perniagaan semata-mata demi kepentingan Malaysia. Ia tidak ada kena mengena dengan Israel. Atas dasar itu juga, kerajaan pada bila-bila masa boleh menamatkan kontrak jika firma ini tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Malah sebenarnya tidak ada isu pun jika dibandingkan penglibatan Anwar dengan para pemimpin Yahudi yang bukan sahaja anti-Islam malah terlibat dalam pembunuhan orang Islam dan kemusnahan besar-besaran Palestin dan Iraq.

Anwar memperbesarkan isu Apco bagi menimbus segala dosanya pada orang Melayu, Islam dan rakyat negara ini. Tetapi bak kata pepatah, 'bangkai gajah tak dapat ditutup dengan nyiru!'

Wasabi Oyabun

P94 : Kisah Pembohongan Dan Kezaliman PR di Selangor!


Berikut adalah diantara tawaran-tawaran ataupun janji-janji manis yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat semasa PRU ke 12 yang lalu. Setelah 2 tahun lebih memerintah negeri Selangor Darul Ehsan, maka inilah hasil-hasil yang telah dijanjikan oleh mereka! Janji memang mudah, nak melaksanakan amat sukar sekali - Janji hanya tinggal janji sahaja!

Perkara : Antara Janji-janji PRu ke 12 yang tak terlaksana

Amat mudah menabur janji sebelum berkuasa dan selepas berkuasa janji hanya tinggal janji. Kata-kata tidak dikotakan. Adakah di PRK P94 Hulu Selangor ini Pakatan Rakyat bakal menghidangkan atau menaburkan janji-janji baru selepas gagal melaksanakan janji-janji terdahulu semata-mata untuk mendapatkan undi!

Sekurang-kurangnya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang sudah kerajaan negeri Selangor telah lakukan terhadap mereka selama 2 tahun lebih. Walaupun BN kalah dan hilang kuasa di negeri Selangor, namun soal kebajikan rakyatnya tidak pernah dilupakan.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN ).

Wasabi Oyabun

Isnin, 19 April 2010

P94 Hulu Selangor : Panas..Pakatan Rakyat Sabotaj Ceramah BN!

Malam semalam bertempat di Taman Sentosa iaitu berdekatan dengan Bukit Beruntung telah berlangsung satu ceramah BN yang di ketuai oleh Ketua Menteri Melaka, YB Dato' Ali Rustam. Turut hadir sama adalah Dato' Noh Omar dan juga beberapa pemidato BN yang lain. Ceramah bermula tepat jam 9.00 malam dan agak menarik kerana ditempat yang sama iaitu dengan jarak lebih kurang 50 meter berlangsung juga ceramah dari Pakatan Rakyat.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa tiba-tiba Pakatan Rakyat mendirikan khemah dan pentas ceramah di kawasan berdekatan dengan BN, padahal sehingga pukul 6.00 petang tiada kelihatan pentas ataupun khemah Pakatan Rakyat di kawasan berkenaan. Adakah PR terdesak sekarang dengan cuba mensabotaj ceramah-ceramah BN!
Bayangkanlah dengan jarak lebih kurang 50 meter dengan sound sistem yang kuat seolah-olah berlaku " perang mulut " malam tadi. Memang nampak ketara niat sebenar mereka hendak membuat ' gangguan' tetapi alhamdulillah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Dato' Noh Omar dengan suara lantang sedang memberi ucapan

Antara pemidato BN yang hadir sama termasuk Dato' Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka

Hadirin yang hadir untuk mendengar ceramah BN

Pentas ceramah Pakatan Rakyat berada di sebelah kiri dari pentas ceramah BN iaitu dengan jarak lebih kurang 50 meter.

Walaupun di sabotaj, mungkin menjadi kelebihan malam tadi apabila Dato' Noh Omar tidak berganjak malah mengambil kesempatan untuk menerangkan dengan nada suara yang lantang akan tentang kepincangan Pakatan Rakyat dan kebodohan PAS yang menyokong Anwar Ibrahim secara membabi-buta dan ini membuatkan sebahagian penyokong-penyokong Pakatan Rakyat beralih tumpuan mendengar ucapan yang ' panas' oleh Dato' Noh Omar.
Hidup UMNO! Hidup BN!

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional (BN).
Wasabi Oyabun

Sabtu, 17 April 2010

P94 Hulu Selangor : Zaid Pernah Menuduh PAS Parti Ganas!

Berikut adalah sedutan ucapan Zaid Ibrahim ketika mewakili UMNO Kelantan pada Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 2002. Ucapannya itu pernah disiarkan oleh media termasuk Utusan Malaysia.

Renungkanlah.

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pas adalah sebuah parti yang banyak berdosa kerana mengganggu tugas UMNO untuk mengubah sikap orang Melayu yang beragama Islam menjadi kaum yang berjaya.

Wakil Kelantan, Zaid Ibrahim berkata, UMNO tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk melakukan revolusi mental kerana terpaksa menangkis dakyah Pas yang membuat pelbagai tafsiran baru demi kepentingan politik mereka. ‘‘Kita banyak kerja dan tidak boleh setiap masa untuk menjawab apa yang Pas kata atau memberi penerangan mengenai Islam sebenar kepada orang ramai.

‘‘Soal siapa yang mengamalkan Islam sebenar tidak harus timbul lagi kerana orang Melayu sudah memeluk Islam 1,000 tahun dahulu,” ujarnya ketika membahaskan usul agama dan sosial di sini. Beliau berkata, Pas juga adalah parti yang ganas dan ini terbukti apabila ia menuduh orang Islam lain sebagai kafir dan menggubal rang undang-undang hudud yang menekan wanita.
‘‘Sikap Pas ini sama dengan parti-parti bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia. ‘‘Pas juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.

‘‘Orang Kelantan yang memilih Pas kerana hendak mencuba kepimpinan ulama kini sudah faham benar mengenai sikap pemimpin Pas yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak,” katanya. Menurut beliau, kerajaan perlu mengubah dasarnya yang kini agak berlembut dan berhati-hati dengan Pas.

‘‘Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap Pas kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam,” katanya. Beliau berkata, cara terbaik untuk berhadapan dengan Pas ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu.

‘‘Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan Pas, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah,” ujarnya.

Sama-samalah kita fikirkan 'wajah sebenar' Zaid Ibrahim.

Wasabi Oyabun

Jumaat, 16 April 2010

Cabaran DEBAT Buzz Azam vs Zaid Ibrahim !


Shamsul Iskandar Memeluk Buzz Azam.
Seorang anak Melayu yang dikenali dengan nama pena Buzz Azam telah dengan lantang mencabar Zaid Ibrahim utuk berdebat dalam isu Melayu dalam tempoh pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini di adakan.
MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
Penasihat Undang-undang
Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN)
D/A Lot Parkir Restoran Ada,
Taman Seri,
Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan

Tarikh : 16 hb April 2010

Y.BHG DATO’ ZAID BIN IBRAHIM
Calon Pilihanraya P94
Parlimen Hulu Selangor
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
SEGERA SERAHAN TANGAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Y.Bhg Dato’,

Per : JEMPUTAN UNTUK BERDEBAT ISU KETUANAN MELAYU

Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. Pada 31 hb Oktober 2008, sempena persidangan LawAsia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Dato’ telah menyampaikan ucapan bertajuk “Malaysia-A Lost Democracy?”. (Lampiran 1)

Dalam ucapan Dato’ berkenaan, Dato’ antara lainnya telah memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan Dato’ secara terbuka telah menyatakan konsep Ketuanan Melayu ini tidak lagi sesuai di amalkan pada hari ini, menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa selepas Dato’, yang merupakan produk Dasar Ekonomi Baru, telah berjaya melepasi belenggu kemiskinan keluarga Dato’ di Kelantan dan kini Dato’ sekeluarga berkemampuan untuk berdomisil di kawasan perumahan elit Tropicana.

Dato juga memperlekehkan Dasar Ekonomi Baru dengan menyatakan bahawa :-

Affirmative action and special status become a matter of privilege by reference to race rather than of need and questioning of this new status quo was not to be tolerated.”

Saya percaya, kenyataan Dato itu pastinya di sorak gembira dan di sambut ceria oleh puak-puak chauvinis pelampau yang rasis daripada kaum bukan Melayu dan mereka semestinya mengangkat Dato sebagai wira mereka kerana jelas, nada prinsip Dato yang anti Ketuanan Melayu adalah aset untuk memudahkan laluan mereka menganggu status sosial dalam negara ini.
Secara peribadi, saya menyifatkan ucapan Dato’ tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab, umpama kacang lupakan kulit, bak melepaskan anjing tersepit.

Samada Y.Bhg Dato’ sengaja menafikan hakikat, bahawa orang Melayu masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan amat bergantung kepada kepatuhan Kontrak Sosial demi keamanan dan kestabilan sosial di dalam negara, maka jelas ucapan Y.Bhg Dato tersebut saya labelkan sebagai tidak mengenang budi. Jika tidak kerana Dasar Ekonomi Baru, saya percaya Dato’ bukanlah sebagaimana diri Dato pada hari ini.

Ucapan Dato’ yang anti KETUANAN MELAYU tersebut adalah satu ancaman terhadap survival orang Melayu yang majoritinya kini masih terkial-kial mencari & menambah pendapatan keluarga, walaupun secara metaforanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tersebut masih belum di mansuhkan.
Bayangkan keadaan orang Melayu jika Perkara 153 Perlembagaan tersebut terus di hapuskan oleh Dato’ dan rakan-rakan politik Dato’ yang mungkin berpotensi membentuk kerajaan Persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang. Apa jaminan Dato terhadap survival orang Melayu nanti? Atau Dato hanya menyeru kami berdoa yang terbaik untuk keluarga kami ketika perut kami lapar?

Bertitik tolak daripada luahan perasaan saya di atas, pada 11 hb November 2008, telah mengutus surat jemputan Debat Ketuanan Melayu kepada Dato. (Lampiran 2).

Surat jemputan tersebut telah di serahkan ke pejabat Dato dan akhbar Utusan malaysia pada 15 hb November 2008, di halaman berita utamanya telah turut menyiarkan tentang cabaran debat tersebut (Lampiran 3). Namun pada tarikh debat berkenaan iaitu pada 26 hb November 2008, Dato langsung tidak muncul di lokasi tanpa khabar berita.

Maka saya dengan ini, sempena Pilihanraya Kecil P94 Parlimen Hulu Selangor, saya mengulangi cabaran debat KETUANAN MELAYU tersebut dan menjemput Dato’ dan rakyat Hulu Selangor untuk hadir seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 23 hb April 2010

Masa : Antara jam 9.00 malam-3.00 pagi

Tempat : Perkarangan Parkir, Restoran Ada, Batang Kali
(bersebelahan dengan Petronas Batang Kali 2)

Tajuk : KETUANAN MELAYU-Masih Relevan?

Saya menyedari bahawa Dato sedang sibuk berkempen pada tarikh berkenaan. Sebab itulah saya dan rakyat memperuntukkan masa yang panjang untuk menanti kemunculan Dato. Dato boleh berucap selama 1 minit atau 1 jam, terpulang kepada kelapangan masa Dato pada malam tersebut.
Tarikh dalam tempoh berkempen tersebut juga di pilih bagi membenarkan Dato secara tidak langsung berkempen dan meraih undi daripada rakyat Hulu Selangor yang akan hadir pada malam tersebut. Tarikh berkenaan juga penting kerana ia adalah 24 jam sebelum Dato berjaya atau tidak menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Parlimen adalah tempat menggubal dan memansuhkan undang-undang. Jadi sebelum Dato menjadi sebahagian daripada institusi Parlimen Malaysia, saya dan rakyat Hulu Selangor inginkan penjelasan pendirian Dato terhadap konsep KETUANAN MELAYU tersebut.

Saya dan rakyat akan menunggu Dato pada malam tersebut. Saya juga telah melancarkan Fanpage Facebook ”Kami Sokong Debat Buzze Azam vs Zaid Ibrahim” yang selepas 24 jam di lancarkan setakat 16/4/10 jam 9.30 pagi berjaya mengumpul 54 orang peminat.

Sila Y.Bhg Dato menghubungi saya di talian 012-9770412 untuk pengesahan kehadiran.
Sekian dan terima kasih.

HIDUP MELAYU!
ALLAHUAKBAR!

Yang berani kerana benar,
MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
770509-06-5757
Wasabi Oyabun

Khamis, 15 April 2010

PRK P94 - Hulu Selangor : Wakil rakyat PKR sendiri bantah pemilihan Zaid!

Usaha pembangkang mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor bakal berdepan tugas sukar apabila pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon yang akan menggalas cabaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditentang oleh ahli parti itu sendiri.

Wakil rakyat PKR yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Zaid tidak mungkin dapat memahami kehendak pengundi Hulu Selangor kerana beliau bukan pemimpin tempatan dan ditambah pula dengan gaya hidup elit serta liberal yang diamalkannya.

"Jika menang sekali pun, pembaharuan yang mungkin dibawa oleh Zaid di Hulu Selangor ialah lebih banyak pusat hiburan bakal diwujudkan dan bukannya kemajuan seperti yang dikehendaki rakyat,'' katanya sinis ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan PKR menamakan Zaid sebagai calon yang sekali gus, mengetepikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud. Selain itu, pemilihan tersebut turut mengetepikan Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Md. Akin dan Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat yang sebelum ini turut disebut-sebut berpotensi sebagai calon.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan calon PKR berkata, Zaid dipilih kerana parti itu mahu calon yang sudah teruji dalam politik. Selain itu, pemilihan Zaid dibuat kerana beliau mempunyai keistimewaan tersendiri kerana sanggup meletakkan jawatan sebagai menteri demi mempertahankan hak rakyat.

Mengulas lanjut, Choo Keong berkata, pemilihan Zaid juga bermakna PKR tidak mempunyai ruang untuk menyerang Barisan Nasional (BN) seperti yang menjadi kebiasaan setiap kali kempen pilihan raya sebaliknya parti itu pula yang perlu bersifat defensif. "Inilah yang bakal terjadi jika kita memilih calon yang mempunyai gaya hidup terlalu moden untuk bertanding di kawasan pinggir bandar yang majoritinya pengundi Melayu beragama Islam,'' jelasnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, pemilihan Zaid membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu tunduk kepada DAP hanya semata-mata untuk mengejar undi bukan Melayu di Hulu Selangor. Katanya, Anwar tidak mempedulikan perasaan Pas yang tidak selesa dengan Zaid ekoran amalan gaya hidup moden selain bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan berhubung pelaksanaan hukum hudud suatu ketika dahulu.

"Anwar akan menonjolkan Zaid sebagai hero kepada kaum bukan Melayu di Hulu Selangor kerana pembangkang menyasarkan untuk memperoleh 90 peratus undi kaum Cina dan India memandangkan pengundi Melayu kini lebih condong kepada kerajaan. "Zaid akan dicanang sebagai pemimpin yang kononnya bakal membela nasib bukan Melayu khususnya kaum Cina dengan mengambil contoh penentangan bekas menteri itu semasa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),'' kata Anuar.

Sementara itu : Pemilihan Zaid 'bonus' kepada BN

Pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dilihat sebagai satu 'bonus' kepada Barisan Nasional (BN).
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ini disebabkan pemilihan Zaid akan memudahkan jentera parti untuk menerangkan mengenai rekod calon PKR kerana Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu pernah bersama UMNO dan Kabinet.

''BN Perak tidak terkejut bila PKR meletakkan Zaid sebagai calon parti itu menentang BN pada pilihan raya kecil 25 April ini. ''Sebaliknya kita agak seronok apabila beliau (Zaid) yang dipilih menjadi calon kerana dia pernah bersama BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Teluk Intan dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau yakin, pemilihan Zaid bukannya suatu jaminan untuk PKR mempertahankan kerusi Parlimen tersebut. Malah Zambry yang juga Menteri Besar berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga merupakan calon luar sedangkan para pengundi mendesak mahukan calon anak tempatan.

''Saya tahu pengundi Hulu Selangor sudah matang untuk memilih calon terbaik sebagai wakil rakyat mereka dengan mengambil kira kedudukan dan latar belakang. ''Pengalaman memilih calon bagi pilihan raya umum lalu sudah cukup untuk membuktikan mereka mahukan anak tempatan kali ini," katanya.

Wasabi Oyabun

Rabu, 14 April 2010

PRK P94 - HULU SELANGOR : Panas..Panas..Mugilan berdepan kemungkinan dipecat!

Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam ini. Dalam sidang akhbar ringkas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.

"Sesiapa pun daripada parti kita yang mempermainkan parti, mereka yang ambil tindakan sendiri untuk menghancurkan parti, kita sudah putuskan ambil tindakan tatatertib mengikut undang undang," katanya..Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan, Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja.

Muligan adalah yang teratas dalam senarai. "Ditanya apakah Mugilan akan dipecat, beliau menjawab: "Kita telah memutuskan untuk menunggu hingga esok. Kami mahu siasat lebih lanjut."Kita telah putuskan mengenai Muligan. Kita mahu tunggu hingga jam 10 pagi esok," katanya sambil menambah mereka akan menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada Muligan dipilih sebagai calon, Samy Vellu jawab: "Saya tidak mahu kata apa apa mengenainya." Sementara itu, difahamkan sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan jam 10 pagi esok selepas Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan memberitahu kemudiannya bahawa Samy Vellu dijadualkan menemui Muhyiddin di Putrajaya pagi esok."Kita akan keluarkan maklumat (mengenai calon) selepas jam 10 pagi esok," katanya. Bagaimanapun, Kamalanathan menambah, parti itu hanya akan mengiktiraf timbalan presidennya, Datuk G Palanivel sebagai calon.
Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah Mugilan.

Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata-dua

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mencalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini. Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K.Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika tuntutan mereka agar Palnivel dicalonkan ditolak."Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan."Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya. Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”

Wasabi Oyabun

Isnin, 12 April 2010

Siapa Sebenarnya Karpal Singh dan Mengapa Anwar Ibrahim Mempertahankannya!


DAP apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, Perak ( sebelum ) dan Selangor dengan pertolongan Pas dan PKR dalam PRU ke-12 yang lalu, mereka telah mula menunjukkan belang mereka bilamana pengerusinya Karpal Singh telah berani dengan angkuhnya mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Sehingga kini masih lagi dengan keputusannya tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Perak dan juga Agong walaupun didesak oleh ramai pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk membuat lapuran polis, Karpal Singh masih tetap dengan pendiriannya mengatakan dia tidak bersalah.

Tun Dr. Mahathir pernah menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya dan saya fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Sebab itu sampai sekarang Karpal Singh masih berdendam dengan Tun Dr.

Mahathir dan terbaru Karpal Singh telah membuat lapuran polis terhadap Tun Dr. Mahathir berikutan kes perlantikan hakim. Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.

Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas. Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.

PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh ( dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang ) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?

Saya berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini.

Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.

Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.

Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!!

Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia. Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir.

Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Terbaru DAP menggunakan Hindraf untuk menekan kerajaan BN. Ramai pemimpin Hindraf adalah ahli DAP dan Anwar sendiri menyokong Hindraf.

Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.

Anwar yang sememangnya gilakan populariti pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP.

Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Tidak hairanlah kenapa Anwar Ibrahim begitu mempertahankan Karpal Singh dalam kes biadapnya di negeri Perak. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

Sabtu, 10 April 2010

PRK P94 - HULU SELANGOR : Mereka tahu Anwar...!

Tertarik dengan permohonan maaf Ezam Mohd. Nor secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana pernah membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya.

''Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu. Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar," kata Ezam, Rabu lalu.

Ezam merujuk kepada kes liwat pertama Anwar. Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kini Anwar menghadapi tuduhan sama iaitu didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Sejarah berulang kembali.

Ezam mendakwa beliau mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam perbuatan itu dan sedia mendedahkannya jika dicabar. ''Dia (Anwar) tahu apa yang saya tahu," katanya lagi.
Sehari kemudian, bekas Naib Presiden PKR, Saidatu Badru Tun Said Keruak menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan lain yang telah meninggalkan PKR lebih tahu cerita dalaman Anwar, Wan Azizah dan Azmin. ''Kebanyakan mereka yang masih dalam PKR belum cukup kenal Anwar," kata beliau.

Kelmarin, bekas sahabat baik Anwar, S. Nallakaruppan turut mendedahkan bahawa Anwar mempunyai banyak rancangan 'gila' yang orang tidak buat semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

Antaranya kata beliau ialah rancangan 16 September mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong dan terbaru, usaha menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pilihan raya negeri.
Nalla juga bersedia membuat lebih banyak pendedahan tentang salah laku Anwar selain apa yang beliau sifatkan sebagai kedayusan Azmin.

Berpuluh-puluh bekas pemimpin dan sahabat Anwar sudah tidak dapat bersabar dengan hipokrasi dan manipulasi Anwar. Mereka tahu beliau seorang putar alam dan licik terutama ketika terdesak, lebih-lebih lagi situasi sekarang.

Mesejnya, sudah ramai pemimpin dalam PKR hilang kepercayaan kepada Anwar terutama dalam soal moral. Kepada yang masih mempertahankan beliau, renungkanlah. Jangan pertahankan apa yang kita tidak tahu kerana ia hanya akan menutup pintu kebenaran.

Kepada pengundi-pengundi P94 - Hulu Selangor, adakah kita perlu menyokong Pemimpin parti yang tidak ada moral seperti Anwar! Fikir-fikirkanlah demi kebaikan dan masa depan kita semua. UNDI LAH BN. ANDA AKAN SELAMAT. InsyaAllah.

Wasabi Oyabun

Khamis, 8 April 2010

Saya Rakyat Malaysia Yang Setia - Anwar!

Siasat sajalah - Kata Anwar

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh meneruskan siasatan berhubung dakwaan beliau kononnya pasukan keselamatan itu bekerjasama dengan perisik Israel.

Katanya, Tan Sri Musa Hassan diminta meneliti semula hansard ucapannya ketika membuat dakwaan itu di dalam Dewan Rakyat berhubung kerjasama dengan Israel yang turut mempunyai kaitan dengan firma perunding antarabangsa, Apco Worldwide.
''Siasat sajalah. Nak tanya banyak-banyak soalan apa lagi. Ini jawapan saya kepada Ketua Polis Negara dan saya harap beliau boleh sambung semula siasatan berdasarkan laporan polis pada 2008 tapi agak terbantut. Saya mengambil inisiatif untuk memberi semua maklumat yang saya ada.
''Terpulang kepada mereka (polis) kalau nak saya tolong, saya akan lakukan tugas saya sebagai rakyat Malaysia yang setia supaya UMNO dan media UMNO tidak memanipulasi dan menutup isu pencerobohan keselamatan negara yang serius ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara semalam yang mencabarnya supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh polis di dalam Dewan Rakyat kononnya ada perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman.
Musa turut menggesa Ketua Pembangkang itu mengemukakan bukti dengan segera berhubung dakwaannya itu agar siasatan segera dapat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut ditanya tentang kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Anwar menjawab ringkas:"Kalau ada bukti tunjukkanlah".
Kepada pembaca terpulanglah untuk menilai apa yang diperkatakan oleh Anwar bahawa beliau adalah Rakyat Malaysia yang setia? Mengapa setiap kali apabila Anwar berhadapan dengan masalah, setiap kali itulah bantuan segera akan datang dari negara Uncle Sam dan juga Yahudi menghulur tangan untuk membantu?
Tidak kah pelik semasa Anwar dituduh dalam kes liwat 2, Duta Malaysia di Washington di panggil mengadap White House? Apa makna semuanya ini. Adakah Anwar sebenarnya RAKYAT AMERIKA ataupun SPY Uncle Sam dinegara ini?
Sama-samalah kita fikirkan SIAPA sebenarnya ANWAR A/L IBRAHIM ini?
Wasabi Oyabun

Rabu, 7 April 2010

Zahrain: Anwar arah YB Zul kaitkan PM, isteri dengan Altantuya!

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mendakwa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Berita Harian online melaporkan Zahrain turut mendakwa bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri."Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya.dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di Kepala Batas, malam semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).

Zulkifli ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, baru-baru ini mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Zulkifli yang pada pertengahan tahun lalu menarik diri menjadi peguam bela kepada Azilah, dilapokan berkata beliau juga diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes itu.

Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan Nadim, dengan kes pembunuhan Darren.

Pendedahan Zulkifli itu menggemparkan kerana ia dilakukan seminggu selepas bekas rakan partinya, Zahrain memecahkan tembelang Anwar berhubung rancangan mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Berikutan itu, polis akan memanggil kedua-dua wakil rakyat bebas berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pendedahan mereka. Zahrain yang keluar PKR selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu, Mac lalu, berkata negara akan hancur jika Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memerintah Kerajaan Pusat.

"Anwar ini adalah seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai cita-cita menjadi perdana menteri termasuk menafikan hak Bumiputera. Guan Eng pula tidak layak kerana sikap diktator, cauvinis dan berfikiran seperti komunis."Saya menyeru supaya rakyat negara ini menolak mereka ini bagi mengelakkan negara mengalami kehancuran. Saya sendiri akan berusaha untuk pastikan Guan Eng keluar dari negeri ini," katanya.

Sementara itu dalam majlis yang sama : Maafkan saya – Ezam

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya. Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.

“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu. “Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.

Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Wasabi Oyabun

Isnin, 5 April 2010

Bahana akibat terpengaruh dengan 'gula-gula' pembangkang!

Pada 8 Mac 2008, seramai 3,796,464 pengundi telah membuat keputusan untuk memilih calon-calon daripada pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Daripada jumlah pengundi tersebut, kesemua mereka bertanggungjawab menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor serta BN terus menjadi pembangkang di Kelantan.

Sebahagian besar pengundi bertindak demikian pada masa itu bukan sahaja kerana tidak puas hati dengan kerajaan BN malah ada di antara mereka terpengaruh dengan 'gula- gula' yang ditawarkan oleh pembangkang.

Tambahan pula, dalam kempen sepanjang pilihan raya umum dijalankan pembangkang menjanjikan bulan dan bintang serta memaparkan bahawa parti mereka paling terbaik di muka bumi Allah ini.

Oleh itu mereka berkempen habis-habisan supaya rakyat menumbangkan BN dan memberi peluang kepada mereka untuk memerintah, kononnya mereka boleh membawa harapan baru. Tetapi setelah dua tahun, mungkin sebahagian besar pengundi yang sudah pasti ada antara mereka yang merajuk kepada BN ketika pilihan raya umum lalu kini menyesal dengan keputusan melontarkan undi kepada pembangkang.

Bagi kelompok penyokong tegar pembangkang, mereka mungkin tidak mempunyai apa- apa perasaan tetapi bagaimana dengan pengundi atas pagar yang memberikan undi kepada kelompok berkenaan atas dasar 'protes'? Apa yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang sepanjang tempoh dua tahun ini seharusnya memberi pengajaran kepada pengundi atas pagar atau mana-mana juga pengundi supaya tidak mengikut perasaan dalam membuat keputusan.

Sehelai kertas undi yang mereka pangkah boleh menentukan sama ada, negara akan berada dalam kesejahteraan atau 'dihuru-harakan' oleh gelagat pemimpin-pemimpin pembangkang. Perilaku yang ditunjukkan pembangkang di Dewan Rakyat dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak minggu lalu sudah menjadi bukti bahawa pakatan berkenaan sepatutnya tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat.

Mereka 'mengubah wajah' Dewan Rakyat dengan berselindung di sebalik imuniti sebagai ahli dewan untuk melemparkan fitnah, tohmahan dan dakyah kepada kerajaan. Sepanjang persidangan berlangsung ada sahaja isu yang dibangkitkan dengan tujuan untuk mencemarkan imej pemimpin-pemimpin utama kerajaan. Persoalan sama ada apa yang mereka bangkitkan itu benar atau tidak, ia soal kedua apa yang penting bagi mereka ialah mencetuskan persepsi - satu strategi yang digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

Di DUN Perak pula, mereka yang kehilangan kuasa pemerintahan kerajaan negeri berikutan ada ahli parti mereka menjadi wakil rakyat bebas, bertindak bagaikan kanak-kanak kehilangan gula-gulanya. Bagaikan kelompok 'gila talak', mereka terpekik terlolong di dalam dewan dan cuba melakukan provokasi supaya dewan tidak mampu bersidang dengan tenang bagi membincangkan soal kesejahteraan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga 'menyerang' institusi-institusi tertentu dengan sewenang-wenangnya, ia termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mana-mana juga pihak yang 'tidak sebulu' dengan mereka, biarpun bertindak benar akan dikecam habis-habisan.

Inilah bahana atau balasan yang harus diterima oleh pengundi-pengundi yang pada pilihan raya umum lalu ada antara mereka terlalu teruja untuk menyebelahi pembangkang. Kini mereka harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan ketika pilihan raya lalu sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara.

Wakil rakyat pembangkang yang diharapkan memainkan peranan sebagai pembangkang berhemah kepada kerajaan sebaliknya bertindak membangkang sepanjang masa. Bagi mereka, tidak ada satu pun yang kerajaan lakukan adalah baik. Sebab itulah, apa juga dasar dan langkah yang dilakukan oleh kerajaan yang dilihat mendapat sokongan rakyat akan cuba diburuk-burukkan.

Ini termasuklah gagasan 1Malaysia yang berlandaskan kepada slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Apabila pembangkang melihat ia semakin diterima oleh rakyat maka mula mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan. Tetapi dalam kesibukan mereka terlalu ingin memburukkan kerajaan dalam masa yang sama pekung mereka juga terdedah. Satu demi satu keburukan mereka dipaparkan kepada rakyat.

Pendedahan itu bukan dilakukan orang lain tetapi di kalangan bekas pemimpin mereka sendiri yang sebelum ini setia dengan parti. Melalui pendedahan tersebut, pengundi-pengundi yang memilih pembangkang pada pilihan raya umum lalu atas apa alasan sekali pun akan mengenali itulah wajah sebenar calon yang mereka pilih sebagai wakil rakyat.

Jika sebelum ini pembangkang menggambarkan kerajaan BN buruk dalam segala-galanya tetapi hakikatnya mereka lebih buruk daripada apa yang mereka dakwa. Politik yang berasaskan matlamat menghalalkan cara menjadi 'senjata utama' kepada pembangkang dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat. Pengundi yang terpedaya dengan lakonan pembangkang dalam pilihan rakyat umum lalu perlu bertanggungjawab menamatkan segala kecelaruan yang berlaku.

Perhatikanlah dengan fikiran yang terbuka dan hati yang tenang, kemudian nilailah, apakah parti pembangkang yang mereka pilih sudah benar-benar memenuhi apa yang mereka hajati selama ini. Kelebihan kerusi di Parlimen mahupun di DUN, bukannya digunakan untuk menjadi pembangkang atau pentadbir yang terbaik, sebaliknya dipenuhi dengan adegan-adegan bermotifkan politik yang memualkan.

Kegilaan pembangkang dalam keghairahan mereka merasakan pakatan itu sudah kuat harus diletakkan noktah. Cukuplah dalam tempoh dua tahun dan sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang, negara 'dikucar-kacirkan' oleh permainan politik tidak berkesudahan pembangkang.

Negara perlu bergerak ke hadapan, banyak lagi langkah dan program yang harus dilakukan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat yang perlu diberi tumpuan dan bukannya melayan kerenah pembangkang yang tiada berkesudahan. Sememangnya dalam sebuah negara demokrasi, Malaysia memerlukan pembangkang tetapi biarlah barisan pembangkang yang benar- benar bertanggungjawab dan bukannya hanya gilakan kuasa. - UM

Wasabi Oyabun

Sabtu, 3 April 2010

Karpal Singh sebenarnya tidak bersungguh bela Anwar !

Foto bukti Saiful 'budak pembancuh kopi Anwar. Sebelum ini Anwar menafikan beliau intim dengan Saiful, tetapi apabila terdedah foto ini membuktikan Saiful mampu keluar masuk ke dalam rumah kediaman Anwar, hatta ke ruang dapur.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan sebutan kes perbicaraan liwat Anwar ditunda kepada 10 Mei. Sebenarnya Karpal Singh masih belum berpuas hati dengan tarikh itu kerana dianggap terlalu awal, Karpal mencadangkan bulan Julai.

Sepatutnya Karpal mengambil kesempatan menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari pagi ini, tetapi Karpal tidak berbuat demikian kerana memberi alasan pada masa ini beliau dan anak guamnya (Anwar Ibrahim) sibuk dengan urusan parlimen.

Oleh yang demikian hakim mencadangkan tarikh baru iaitu sepanjang bulan Mei sebagai tarikh perbicaraan baru, tetapi dibantah oleh Karpal dengan alasan pada bulan Mei, jadualnya padat dengan kes-kes lain.Karpal juga turut berhujah pada bulan Jun juga tidak sesuai kerana persidangan Dewan Rakyat kembali bermula dan beliau dan anak guamnya amat sibuk dengan urusan parlimen.

Hujah Karpal, anak guamnya adalah Ketua Pembangkang di parlimen dan bertanggungjawab membangkitkan isu-isu penting negara. Jadi tarikh yang paling sesuai untuk mereka adalah sekitar bulan Jun. Sebenarnya hujah Karpal ini adalah alasan untuk mengelakkan diri dari meneruskan perbicaraan atau memilih pendekatan untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Ini bukan kali pertama, Karpal menggunakan taktik ini, bahkan pernah digunakan berkali-kali hingga kes ini meleret-leret tanpa kesudahan hingga ke hari ini.

Untuk mengatakan Anwar seorang yang berdisiplin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, hujah ini tidak kukuh, kerana Anwar pernah ponteng menghadiri sidang parlimen semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi dari luar negara. Ketika sidang dewan sedang dilangsungkan baru-baru ini, Anwar melarikan diri ke London berjumpa dengan Al Gore, Marry Robinson dan James Wolfensohn dan selepas itu ke Baharain menghadiri sidang mesyuarat yang boleh menjana kewangan kepada dirinya.

Ekoran daripada permintaan Karpal mahukan perbicaraan pada bulan Julai itu, hakim terpaksa menangguhkan prosiding dan berbincang dalam kamar dengan kedua-dua pihak (pendakwa dan peguam bela) berkenaan dengan tarikh yang paling sesuai.Akhirnya hakim membuat keputusan, setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, tarik baru sebutan kes adalah 10 hingga 14 Mei, 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.

Tentulah keputusan hakim itu sangat menggembirakan Karpal dan Anwar kerana memang dari awal lagi Karpal memasang niat untuk menangguhkan kes. Anwar mempunyai masa lebih dari sebulan untuk menyusun strategi mempengaruhi minda rakyat melalui 'mahkamah rakyat' dan dalam masa sama menyusun jadual ke luar negara untuk meminta sokongan kuasa-kuasa asing agar campurtangan ke atas negara Malaysia.

Persoalannya sekarang, di mana kehebatan Karpal Singh sebagai orang yang didewakan sebagai peguam bela terhandal di Malaysia, jika sikapnya acuh tidak acuh dan mengambil pendekatan untuk melarikan diri daripada membicarakan kes ini ?Untuk memberi alasan sibuk, sebagai ahli parlimen dan peguam, kesibukan akan sentiasa membelenggukan dirinya. Kalau sudah tahu sibuk, kenapa bersedia ambil kes ini ?

Kenapa tidak serahkan kes ini kepada Raja Aziz Adruse yang tidak sibuk dengan urusan parlimen ?Ini sekaligus membenarkan gosip-gosip liar yang pernah berlegar sebelum ini, bahawa Karpal Singh mengambil kes Anwar bukan berasaskan 'faktor perundangan', tetapi berasaskan 'faktor politik'. Karpal sendiri sudah tahu kes ini sukar dimenangi oleh Anwar kerana bukti-buktinya amat kuat dan yang tinggal kepadanya hanyalah strategi untuk melengah-lengahkan kes.

Tujuan sebenar Karpal mengambil kes ini untuk mengaut sokongan saki baki ahli-ahli PKR (terutamanya Cina), selepas Anwar dipenjarakan, DAP boleh dakwa mereka telah berjuang bermati-matian untuk menyokong Anwar. Buktinya Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri dihantar menjadi Ketua Peguam Bela Anwar. Jadi apabila Anwar sudah tiada, maka sokonglah DAP.

Kalau Karpal tidak mengambil faktor politik sebagai pertimbangan menjadi peguam Anwar, sudah tentu Karpal juga menarik diri daripada menjadi peguam Anwar seperti yang pernah dilakukan oleh Sulaiman Abdullah atau menolak awal-awal menjadi peguam Anwar seperti yang pernah dilakukan oleh Zulkifli Noordin. - Cybertrooper

Wasabi Oyabun