Terima kasih kerana mengundi BN
Sabtu, 7 Julai 2012
Skandal Talam : Tindakan Saman Bukti Kerajaan Negeri Tidak Telus!
Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) tidak menolak kemungkinan hasrat kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menyaman MCA seolah-olah satu cubaan untuk menutup mulut pelbagai pihak daripada terus mempersoalkan dakwaan penyelewengan hampir RM1 bilion di sebalik pengambilalihan hutang dan aset Talam Corporation Bhd. (Talam), dua tahun lalu.
Pengerusinya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, meskipun kerajaan negeri berhak untuk berbuat demikian, namun ia dilihat tidak menggambarkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang kononnya diamalkan dalam pentadbiran mereka.
Katanya, jika kerajaan negeri mengamalkan dua prinsip tersebut, mereka sepatutnya mendedahkan butiran terperinci mengenai transaksi pengambilalihan hutang dan aset syarikat tersebut sebagai menjawab segala dakwaan serta persoalan yang dilemparkan mengenai isu tersebut kepada rakyat negeri ini.
"Sebaliknya, kerajaan negeri mengambil tindakan saman sekali gus memutuskan tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai dakwaan penyelewengan itu termasuklah tidak mendedahkan transaksi terperinci pengambilalihan hutang dan aset Talam pada masa ini.
"Sebenarnya rakyat Selangor ingin tahu dan kerajaan negeri sepatutnya menjawab setiap persoalan membabitkan dakwaan itu, bukannya mengambil tindakan saman yang seolah-olah tidak mahu ada pihak mempersoal dan membuat dakwaan mengenai pengambilalihan hutang dan aset Talam yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini.
"Tindakan saman itu juga dilihat tidak menjawab apa-apa persoalan yang telah dibangkitkan mengenai isu tersebut yang membabitkan penggunaan wang rakyat dalam jumlah yang besar. Jika kerajaan negeri merasakan dakwaan itu tidak benar, kenapa mereka harus takut, dedahkan sahaja butiran mengenai perkara itu biar rakyat Selangor tahu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang memutuskan tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung dakwaan penyelewengan hampir RM1 bilion yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam pengambilalihan hutang dan aset Talam seperti mana yang didedahkan oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong, kelmarin.
Sambil menafikan dakwaan tersebut, Abdul Khalid turut menyatakan kerajaan negeri akan mengambil tindakan saman terhadap MCA termasuk mana-mana pihak lain yang turut membuat dakwaan tersebut dalam tempoh terdekat ini.
Dalam pada itu, Budiman turut mempertikaikan sikap Menteri Besar yang dikatakan jarang menjawab sebarang permasalahan rakyat di negeri ini secara telus sebaliknya melalui Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.
"Sebagai Menteri Besar, beliau harus bertanggungjawab dan memberi penjelasan dalam setiap permasalahan yang dihadapi rakyat. Rakyat mahu mendengar daripada Menteri Besar sendiri, bukannya Setiausaha Politik.
"Golongan belia di Selangor ini sebenarnya telah muak dengan sikap kerajaan negeri serta Menteri Besar dalam menguruskan pentadbiran yang seolah-olah 'cakap tak serupa bikin'," ujarnya.
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan