Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 31 Januari 2013

Perghh!!! 'Bila Terjaga, Seluar Saya Terlondeh, Baju Terselak'?



Niat dua remaja perempuan 13 tahun melarikan diri dari pusat perlindungan swasta untuk minum minuman keras dengan tiga rakan lelaki membawa padah apabila mereka dipercayai dicabul dan hampir menjadi mangsa rogol di sebuah hotel di sini, selepas mabuk.

Dalam kejadian pada jam 5 pagi, 13 Januari lalu, seorang daripada remaja itu melihat dua daripada tiga lelaki itu menanggalkan pakaian rakannya yang mabuk sebelum dia menjerit meminta tolong. Mangsa dikenali sebagai Moi, 13, berkata, sebelum kejadian, dia bersama rakan seusia dikenali sebagai Lam serta 13 penghuni pusat perlindungan itu melawat sebuah sekolah di daerah ini.

Bagaimanapun, katanya, dia dan Lam mengambil keputusan keluar minum minuman keras bersama rakan lelaki dikenali sebagai R. Katanya, mereka minum di sebuah kedai di Kampung Abdullah sebelum R serta dua rakan lelaki berusia 20-an tiba dan minum bersama.

“Tidak lama kemudian R beredar meninggalkan kami berempat terus minum minuman keras dan akibatnya, saya dan Lam mabuk. Kami dibawa ke sebuah hotel di Jalan Genuang, di sini.

“Saya tidak sedarkan diri dan apabila terjaga pada jam 5 pagi, saya dapati seluar panjang tiada manakala baju terselak menyebabkan saya mengesyaki dicabul dua lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia mengajak Lam meninggalkan hotel itu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. Sementara itu, Lam berkata dia tidak begitu mabuk kerana tidak banyak minum seperti Moi dan ketika di bilik hotel, dia masih sedar serta berpura-pura tidur.

“Saya nampak dua lelaki itu membuka baju dan seluar Moi. “Melihat keadaan itu, saya menegur perbuatan mereka, namun tidak dipedulikan dua lelaki berkenaan, saya mengejutkan Moi mengajaknya keluar dari bilik itu dan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, penjaga Pusat Perlindungan Pelajar swasta yang diduduki mangsa dikenali sebagai Low, 40-an, berkata, pengurusan membawa 15 pelajar pusat itu melawat sebuah sekolah di daerah ini sebagai aktiviti harian mereka.

“Kami beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu dan setiap pagi menghantar semua 15 pelajar kurang berkemampuan di pusat kami ke beberapa sekolah bukan kerajaan.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian dua pelajar itu tiada di lokasi ketika pemandu van menjemput mereka menyebabkan dia mengambil keputusan menghantar 13 pelajar lain pulang ke asrama. “Pada tengah hari 17 Januari lalu, dua pelajar berkenaan pulang ke asrama dan menceritakan kejadian berlaku,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod mendapati dua pelajar itu mendaftar masuk ke pusat berkenaan awal 2012 dan ibu seorang daripada mereka dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kurang berkemampuan. Sementara itu, Jurucakap Penguatkuasaan Bahagian Taska dan Pusat Perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor berkata, semua Taska dan pusat perlindungan perlu berdaftar dan memaklumkan kepada JKM.

Menurutnya, pengurusan perlu mengikut garis panduan ditetapkan bukannya mengikut peraturan sendiri hingga membahayakan keselamatan penghuni.

“Kami menyiasat sama ada pusat berkenaan berdaftar dengan JKM atau tidak sebelum mengambil tindakan.
“Kami memandang serius kejadian itu kerana remaja berkenaan hilang melebihi 24 jam, namun tiada tindakan dilakukan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Hanafi Daud mengesahkan laporan dibuat mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. Katanya, bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang suspek tiga hari lalu yang direman bagi membantu siasatan.

Wasabi Oyabun..

Panass!!! Cheongsam Berdarah Hidung Diharamkan di Kedah Pada Tahun Baru Cina?



Kerajaan Negeri Kedah yang flip flop dengan keputusan mereka berkenaan garis panduan pemakaian pada sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini mungkin telah membuat pertimbangan yang waras setelah melihat fesyen-fesyen cheongsam dibawah ini!

Mak aii! Berderau darah Pak Lebai PAS, patut pun dikenakan garis panduan!




Wasabi Oyabun..

Rabu, 30 Januari 2013

Edisi Dewasa 18SX : BONGKAR Penang Memang Syurga Pencari Keseronokan.?



Kasian juga kepada pihak polis! Asyik buat serbuan dan tangkapan tetapi kerajaan DAPig Pulau Pinang langsung tak nak tolong tutup premis pelacuran ni. Lesen premis perniagaan di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Cuba tengok kadar langganan yang diletakkan, terlalu murah RM50 untuk seks dan tambahan RM10 untuk lain-lain.

*Baik betul DAP dengan premis 'hiburan' seperti ini. Kalau rumah / gerai orang Melayu atau India, dah lama kena roboh. Ada syer ke?

Pembongkaran oleh: aflam-muusiiiiiiiiiiiiiic

Wasabi Oyabun..

Ahad, 27 Januari 2013

Najib balik sebagai seorang pahlawan negara!



Pagi tadi negara menyaksikan kepulangan seorang pahlawan negara bernama Najib Tun Abdul Razak. Lebih terharu apabila Ayahanda Tun Mahathir turut hadir menyambut kepulangan pahlawan Najib.

Misi Najib ke Gaza mengingatkan kita tentang kehebatan Tun Mahathir yang banyak membantu tentera Bosnia menentang kezaliman Serbia yang mendapat sokongan dan bantuan Zionis. Malah Tun sendiri pernah ditembak di medan perang.

Isteri Tun juga pernah mempertaruhkan nyawanya dalam misi bantuan ke Iraq sewaktu perang teluk.

Kini tibalah masa dan ketika Najib juga membuktikan kehebatan beliau menjadi pendamai antara Hamas dan Fatah. Najib juga telah berjaya membantu umat islam di Selatan Filipina.

Sekembalinya dari misi pelaburan di Davos Najib sekali lagi pulang dengan kejayaan.


Apa lagi yang hendak dicemuh oleh pembangkan, segalanya sudah terbukti bahawa Najib merupakan pemimpin yang telah membawa satu anjakan dalam kemajuan negara. Cita-cita beliau kini ialah untuk menjadikan setiap warganegara sebagai rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Misi dan visi Tun Mahathir terus didokong kemas oleh Najib. Beliau juga mahukan rakyat hidup dalam keadaan aman damai, hormat menghormati satu sama lain. Tidak menyakiti sesiapa walaupun musuh yang pernah mendoakan bala ke atas dirinya.

Ayoh! Rakyat Malaysia, pasangkan cita-cita dan harapan untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh kemakmuran untuk masa depan generasi kita.

Jom undi BN, tinggalkan Pas yang kluk klek dalam isu Kalimah Allah, tinggalkan PKR yang penuh hasad dengki, tinggalkan Dap yang penuh dengan tipu daya dan pembohongan.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 25 Januari 2013

Melayu jangan takut, tolak pembangkang - Hasan Ali?



"Orang Melayu perlu tolak Pas kerana mereka bersekongkol dengan Lim Guan Eng dan Karpal Sing (pemimpin tertinggi DAP) yang membantah idea dan penubuhan negara Islam.

"Juga tolak (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana menolak hudud serta dasar membangunkan ekonomi orang Melayu.

"Oleh sebab itu, dua bulan dari sekarang (ramalan Pilihan Raya Umum Ke-13) amat kritikal bagi orang Melayu Pulau Pinang. Tolak Pas. DAP, PKR," kata Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang juga bekas Naib Presiden Pas.

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul di sini hari ini.

Hasan memberitahu, kandungan Buku Jingga juga sudah cukup untuk memperlihatkan perancangan pembangkang dalam tempoh 10 tahun akan datang yang tidak memperjuangkan konsep negara Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 24 Januari 2013

Nasrudin Tantawi gila meroyan tak dapat ikut Ustaz Nasha ke Gaza bersama PM?



Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.

Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.

Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.

Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.

"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.


"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.

Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.

Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."

Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.

Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".

Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."

Wasabi Oyabun..

Selasa, 22 Januari 2013

SYABAS : Fakta sebenar krisis air di Selangor?



Berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, Syabas telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.

DAKWAAN 1

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan pada 9 Januari 2013 mendakwa SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala (sebulan sekali) yang dilakukan sendiri kakitangan SYABAS. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Malah jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

DAKWAAN 2

YAB Menteri Besar Selangor turut menyebut bahawa insiden pump tripped bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ianya merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD. Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem yang beroperasi melepasi kapasiti (overload), VSD tidak boleh dihidupkan.

DAKWAAN 3

YAB Menteri Besar Selangor turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan courier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.

Ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan. Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa 2 ½ bulan untuk diterima.


DAKWAAN 4

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.

Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ianya beroperasi dalam keadaan overload dalam tempoh yang lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik. SYABAS mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam, termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Salinan dokumen ini telah diserahkan kepada SPAN yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut. Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD.

Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut. Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan overload.

Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan telah mengambil masa yang lama. Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam tersebut masih mengeluarkan air melebihi seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.

DAKWAAN 5

YAB Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).

SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa menteri besar.

DAKWAAN 6

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.

DAKWAAN 7

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong pada awal tahun ini.

Dakwaan ini tidak benar kerana cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun 2009 diikuti dengan cadangan yang sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010, namun tiada respon atau maklumbalas diterima sehingga bulan Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Dari bulan Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan ini oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.

DAKWAAN 8

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya, bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.

SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan menteri besar sendiri. Sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30% dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, kami amat mengalu-alukannya.


DAKWAAN 9

Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataannya di Sinar Harian mengatakan bahawa kerajaan negeri mengganggap kelalaian SYABAS merupakan pure negligence dan criminal in nature dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan rekacipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor. Menurutnya, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.

Sementara itu Adun Teratai, YB Janice Lee, mendakwa isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ianya adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:
= Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa.

= Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan diketahui umum serta menjadi tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Kerajaan negeri sendiri telah memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khushrin Munawi sejak bulan Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan rekacipta SYABAS.

= Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator-operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

= Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis ini tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna.

SYABAS juga mempunyai rekod dan statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.

DAKWAAN 10

YB Xavier juga mengatakan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi dan kerajaan negeri sedia jadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:

= Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif digazetkan kerajaan.

= Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerjaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana kerajaan negeri mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

= Dari aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak tahun 2008. Ini bermakna kerajaan negeri telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.

= Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri. SYABAS bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi dari pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.

= Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30% ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dari meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti ataupembangunan baru (Program CAPEX) seperti dicadangkan oleh SYABAS.


DAKWAAN 11

YB Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air daripada luar.

= SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu di mana SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan tersebut adalah tidak benar.

= Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, SYABAS telah maklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kerajaan negeri menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas 6 hari kejadian berlaku.

Berikutnya pada 7 Januari 2013, 3 buah lori, 8 Januari 4 buah, 9 Januari 4 buah, 10 Januari 2 buah, 11 Januari 10 buah, 12 Januari 13 buah, 13 Januari 10 buah dan 14 Januari 2 buah lori. Penghantaran lori-lori tangki ini tidak tetap kerana ada hari-hari yang tiada lori dihantar.

Selain daripada itu, bantuan yang dihantar oleh kerajaan negeri juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah-rumah pengguna. Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor, sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori-lori tangki dapat disediakan.

Malahan sebahagian lori-lori yang digunakan juga didapati tidak menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji, barulah air tersebut boleh digunakan.

DAKWAAN 12

Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin, mendakwa SYABAS tidak mengambilkira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naiktaraf, pemantauan berkala, sistem sokongan lebih efektif dan pengurusan berwibawa.

SYABAS menafikan dakwaan ini dan ianya tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS.

Manakala laporan status kerja-kerja penyenggaraan dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya. Bagi kerja kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ianya dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak bulan Julai 2008. SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN.

Dalam keadaan keadaan seperti ini, SYABAS seolah olah 'terikat tangannya' dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini. Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.


DAKWAAN 13

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara overload dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan.

Kegagalan rumah pam berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.

DAKWAAN 14

Dalam keadaan yang sama, Adun Teratai, YB Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa menteri besar dan kerajaan negeri telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5% setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi.

Sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuk. Keadaan bertambah buruk apabila rezab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang 1% sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi dilantik kerajaan negeri bagi merawat dan membekal air kepada SYABAS.

Kerosakan pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya diselenggara secara berjadual sepanjang masa.

Keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap overload untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Selain itu, dakwaan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap overload sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.


DAKWAAN 15

YB Zuraidah dalam kenyataannya mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.

Dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana back-up bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rezab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rezab kapasiti bekalan hanya sekitar 1%, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20%).

Tanggungjawab bagi menyediakan rezab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh di elakkan jika bekalan air terawat mempunyai rezab kapasiti yang mencukupi.

SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. Namun dalam keadaan keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna. Sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna. Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS membersihkan sungai dari tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Sangat tidak adil meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS kerana krisis air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya. Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30% saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata mata.

Semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan SYABAS pada 29 Disember 2012 jam 8:00 pagi. Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.

Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trips (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Bagaimanapun, keupayaan pelan Tindakan Kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).


KESIMPULAN

Belum pernah terjadi sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat. Kerajaan negeri perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan meluluskan program-program yang dicadangkan SYABAS untuk kebaikan rakyat.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya umpama ‘baling batu sembunyi tangan’. Tindakan kerajaan negeri menghalang program-program menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek-projek baru sistem agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sangat tidak wajar.

SYABAS berharap kerajaan negeri yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini.

SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 21 Januari 2013

Khidmat bakti terbaik BN!


Najib Tun Razak ditemu bual oleh penyampai SelangorBN.fm, Kavimani Muthayam (kanan) sambil diperhatikan oleh para pemimpin BN Selangor termasuk Noh Omar dan Mohd. Zin Mohamed semasa Majlis Pelancaran radio SelangorBN.fm di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam, baru-baru ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan memberi khidmat bakti yang jauh lebih baik berbanding pakatan pembangkang jika diberi mandat mentadbir semula Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, jaminan itu dibuat bukan kerana parti tersebut mahu kuasa semata-mata tetapi atas keyakinan dan kepercayaan BN memiliki segala keupayaan untuk memberi khidmat bakti terbaik, berbanding pembangkang yang menghidangkan pelbagai masalah kepada rakyat.

Menurutnya, pelbagai masalah dalam tempoh sepenggal Selangor ditadbir pakatan pembangkang yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk terbaru isu masalah air, sudah cukup untuk menyedarkan para pengundi bahawa hanya BN sahaja mampu memenuhi hasrat serta aspirasi mereka.

Pada masa sama, Najib berkata, selaku pemimpin nombor satu negara, beliau akan memastikan Selangor tidak ketinggalan dalam arus pembangunan pesat negara kerana negeri itu terlalu strategik dan bagi tujuan tersebut kepimpinan negeri mesti selari dengan pentadbiran Pusat.

"Kita merayu pengundi beri peluang kepada BN sebab negeri ini terlalu strategik untuk negara. Penting wujud keselarasan antara kerajaan negeri dan Pusat. Kalau tidak rakyat akan susah kerana pasti berlaku pelbagai masalah berbangkit yang akhirnya bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi merugikan negara.

"Kebelakangan ini terlalu banyak masalah terutama kegagalan pembangkang menunaikan janji. Mereka mungkir janji dan saya pantang orang mungkir janji. Saya percaya rakyat Selangor pun sama," katanya ketika ditemu bual semasa merasmikan pelancaran radio SelangorBN.fm di sini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed.

SelangorBN.fm yang merupakan radio dalam talian dan mula beroperasi sejak November 2012 diwujudkan sebagai medium terbaru BN Selangor untuk mendekati rakyat negeri tersebut khususnya golongan muda selain menjadi platform bagi mendapat maklum balas daripada rakyat.

Mengulas mengenai pelancaran radio tersebut, Perdana Menteri berkata, perkara itu merupakan satu perkembangan sangat baik dan membuktikan kepada rakyat bahawa BN Selangor bukan sebuah parti yang statik, sebaliknya berjaya memikirkan banyak idea-idea baru dalam mendekati rakyat.

Najib yang gembira dengan langkah proaktif BN Selangor itu menambah, sejak dikejutkan tsunami politik pada 2008 sehingga menyaksikan Selangor terlepas ke tangan pembangkang, banyak perubahan komprehensif dilakukan parti tersebut dalam mendekati dan merasai sendiri denyut nadi rakyat.

"Radio ini merupakan medium yang sangat baik untuk kita menyampaikan mesej BN dan di samping itu mendapat maklum balas dari rakyat yang mana ia akan dijadikan landasan untuk BN memberi khidmat bakti lebih baik dan berkesan kepada rakyat Selangor," katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 20 Januari 2013

Kottapan mahu fail saman malu terhadap Xavier?



Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, S. Kottapan mahu memfailkan saman malu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang didakwa bertindak samseng dengan memukul serta menendang beliau pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja, September 2010.

Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh terdekat ini.

Kottapan mendakwa Xavier yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri melakukan perbuatan tersebut di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bukit Naga di sini.

Katanya, beliau menerusi peguamnya telah menghantar notis tindakan saman kepada pihak terlibat termasuk kepada pihak polis.

"Saya hanya menuntut keadilan dan saya akan failkan saman malu terhadap Xavier di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh dua atau tiga hari ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kehadirannya ke IPD berkenaan, beliau memberitahu telah diminta oleh polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut susulan daripada laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

Katanya, keterangan tersebut merupakan kali keenam dibuatnya kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Pada 29 September 2010, Kottapan mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang oleh Xavier pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja kerana ADUN tersebut dikatakan berang dengan tindakannya mengoyakkan sehelai kertas undi sebagai membantah sesi pemilihan cabang parti itu.

Beliau yang ketika itu mencabar Xavier bagi pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Kota Raja turut mendakwa sekumpulan samseng dipercayai diupah oleh ADUN tersebut telah memukul dan mencederakannya semasa kekecohan selepas peristiwa mengoyakkan kertas undi itu berlaku.

Selain beliau, kumpulan samseng tersebut didakwa turut mencederakan dua anaknya, Kavendran, 20, dan Yukenthiran, 13, serta beberapa ahli PKR Cabang Kota Raja yang cuba membantunya semasa kejadian tersebut.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 19 Januari 2013

Dasar pakatan 'politik diutamakan rakyat dipinggirkan'?



Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempunyai penasihat ekonomi, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang.

Dalam rakyat Selangor kalut mengangkat air dengan baldi hingga ke tingkat lapan pihak pembangkang masih dengan agenda politik yang tidak sudah-sudah seolah-olah kuasa politik lebih penting daripada membantu rakyat Selangor yang terputus bekalan air.

Di Stadium Merdeka penyokong pembangkang berpuluh-puluh ribu berkumpul untuk mendengar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya 'dibelasah' hingga lembik dengan ucapan berapi-api, namun bak kata orang anjing menyalak bukit tak ada maknanya jika hati rakyat semakin sangsi dengan perjuangan pembangkang yang tidak berpijak di bumi yang nyata.


Kemelut antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mana mereka mempunyai saham di dalamnya menjelaskan satu perkara kepada rakyat. Jika Syabas bermasalah ini bermakna kerajaan negeri turut mempunyai saham ada masalah yang sama.

Sepatutnya kerajaan negeri Selangor berterima kasih kepada Syabas kerana membenarkan mereka berhutang duit subsidi air (jika masih ada yang tertunggak) yang diberikan 20 meter padu kepada setiap rumah yang ada meter individu.

Kerajaan negeri Selangor sepatutnya membantu Syabas dan rakyat membuat migrasi dari meter pukal ke meter individu bukannya menyalahkan Syabas dalam soal ini. Jika bantuan sedemikian telah diberi tidaklah rakyat yang merasa diri mereka tertipu dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaman kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar dan Syabas sekali gus.

Rakyat Selangor tidak meminta banyak kepada kerajaan negeri, jika benar komited ingin menjadi kerajaan - berlaku adil lah kepada rakyat tanpa mengira parti dan kelompok tertentu.


Sepatutnya tempoh lima tahun diberi mandat soal kebajikan rakyat dan air, pungutan sampah dan jalan raya telah diselesaikan bukannya memberi pelbagai alasan dalaman yang tidak relevan dengan rakyat itu sendiri.

Isu air dan kemungkinan bekalannya tergganggu telah kedengaran hampir 20 tahun lalu. Ini disebabkan negeri seperti Selangor ibarat semut menghurung gula. Di mana rakyat Malaysia bertumpu di negeri ini untuk mencari sesuap nasi.

Soal air tidak boleh dikompromi kerana ia mencakupi semua aspek kehidupan dari kelahiran, pekerjaan hingga ke proses kematian. Walaupun ketiadaan air disebabkan masalah pam kenyataannya kerosakan pam disumbang oleh tekanan air yang amat rendah kerana kolam takungan air di Semenyih berada pada paras sederhana.

Justeru, pemimpin seperti peringkat exco dan Menteri Besar Selangor sendiri perlu sedar kepentingan mengatasi masalah air dengan pembinaan Langat 2 yang mampu menampung keperluan bagi jangkamasa panjang.


Ulasan intelek dan akademik telah diperdengarkan, dan ternyata Langat 2 adalah jawapan bagi menampung segala kekurangan air. Biarlah air berlebih dari tidak cukup kerana kurang hujan atau fenomena El-Nino yang entah bila akan muncul kembali.

Namun dalam rakyat mengeluh ketiadaan air di beberapa tempat di Cheras dan Ampang mereka diajak pula ke Stadium Merdeka untuk bangkit menentang Kerajaan BN seolah-olah kerajaan yang ada menindas rakyat tahap maksimum. Apa yang menyedihkan duit rakyat yang hadir dikerjakan oleh pemimpin pembangkang yang bersenang-lenang menaiki kenderaan canggih di darat dan di udara, untuk kononnya membayar sewa stadium.

Persoalan yang ingin dilontarkan dan perlu dijawab oleh pemimpin pembangkang siapa yang menindas siapa dalam soal air di Selangor. Syabas adalah sebuah syarikat umpama timun dan kerajaan negeri Selangor sebagai durian yang besar merupakan entiti yang ada suara dalam Syabas. Jika timun menggelek durian ibarat mereka mencari nahas.

Namun jika durian menggelek timun maka timun tak mampu berbuat apa-apa. Buktinya, disebabkan kerajaan negeri mempunyai kuasa, mereka tidak mengeluarkan Arahan Pembangunan (DO) pembinaan Langat 2 dan Syabas tidak mampu untuk mempengaruhi keputusan tersebut.

Secara kesimpulan Kerajaan Negeri Selangor lebih mengutamakan politik dari menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit akibat air tidak dapat meleleh keluar dari lubang paip.


Ini dibuktikan dengan perhimpunan di Stadium Merdeka yang hanya memfokuskan kepada agenda politik walaupun ada yang hadir dengan bau ketiak masam kerana tidak mandi asal mereka dapat menumbangkan kerajaan dengan budaya politik enau dalam belukar langsung tidak mempedulikan pihak lain asal ia dapat melepaskan pucuknya.

Masanya telah tiba untuk rakyat memilih semula kerajaan BN yang mengutamakan rakyat dan kebajikan mereka. Kepada Syabas, anda telah melakukan yang terbaik sebagai sebuah syarikat yang diberi amanah untuk membekalkan air.

Benarlah kata pepatah, orang yang sentiasa berada dalam kerugian adalah orang yang tidak menggunakan masa dengan bermanfaat demi agama, bangsa dan negara. Baru dengar guruh di langit air di tempayan menjadi korban dibuang ke tanah begitu sahaja. Lima tahun yang penuh demonstrasi dan hipokrasi.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 18 Januari 2013

Tanah di Selangor : Tindakan kerajaan PKR kenakan premium tinggi tak bertanggungjawab!



Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengenakan kadar premium tanah kediaman yang tinggi kepada rakyat di negeri itu disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Malah, bayaran RM1,000 yang dikenakan di bawah Skim Pemilikan Kediaman Persendirian (SPKP) sejak Jun lalu juga tidak menguntungkan rakyat apabila mereka tidak berhak sepenuhnya ke atas tanah berkenaan sekiranya keseluruhan premium tidak dibayar.

Sebelum ini, PKR telah menguar-uarkan membantu untuk mengurangkan beban rakyat dengan mengenakan premium tanah yang rendah namun, semua itu hanyalah janji palsu. Kadar premium tanah yang ditetapkan oleh kerajaan PKR itu meliputi seluruh Selangor. Dua pilihan diberikan sama ada, membayar premium mengikut formula yang ditetapkan oleh kerajaan PKR atau bayaran RM1,000 menerusi SPKP.

Bagaimanapun, di bawah skim berkenaan, pemilik tidak boleh membuat pinjaman menerusi bank selagi tidak menjelaskan premium tanah manakala pindah milik tanah hanya boleh ditukarkan kepada warisnya!

Sebelum ini, kerajaan PKR Selangor telah memperkenalkan SPKP yang mula dilaksanakan awal Jun lalu bertujuan memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel. Bagaimanapun, kita mendapati rakyat perlu menjelaskan bayaran premium yang tinggi untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah sebelum sah menjadi pemilik hartanah.

Ini berbeza dengan apa yang ditetapkan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang jauh lebih rendah, PKR ternyata lebih mementingkan keuntungan.

Sebagai contoh, premium untuk tempoh pegangan selama 60 tahun yang ditetapkan kerajaan BN hanya RM2,500 bagi keluasan tanah 464 meter persegi berbanding RM75,000 yang ditetapkan kerajaan PKR. Bagi tempoh pegangan 99 tahun pula premium yang ditetapkan BN sebanyak RM12,500 manakala PKR menetapkan sebanyak RM123,750!

Pembohongan yang dilakukan kerajaan PKR perlu didedahkan agar semua rakyat tidak terpedaya dengan taktik kotor mereka. Mereka dilihat beria-ia menyediakan pilihan kedua kepada rakyat dengan mengenakan bayaran RM1,000 tetapi tidak pula menjelaskan syarat-syarat yang terkandung.

Justeru, ramai rakyat tidak tahu mereka sebenarnya diperdaya dengan taktik pemilikan tanah melalui bayaran SPKP namun, hakikatnya mereka tidak berhak ke atas tanah tersebut! Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 16 Januari 2013

Anwar diminta jelas pendedahan akuan berkanun!





Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sebelum ini meminta Ketua Pembangkang itu memberi penjelasan terhadap akuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun induknya.

Sekiranya dakwaan yang terdapat dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu tidak benar, Anuar mempersoalkan mengapa Anwar sehingga kini belum memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Murad.

Beliau berkata, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999 yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion.

"Kita minta Anwar jelaskan adakah semua akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan," katanya dalam satu kenyataan di sini!

Wasabi Oyabun..

Selasa, 15 Januari 2013

Nizar Lambai dan HaramkahDaily kantoi...!!! Kerajaan tidak pernah terima pampasan RM207 bilion?



Kerajaan Malaysia tidak pernah menerima bayaran pampasan sebanyak RM207 bilion daripada kerajaan Jepun untuk diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api dari Thailand ke Myanmar semasa Perang Dunia Kedua.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini menjelaskan, dakwaan yang dikatakan berpunca daripada memo bertarikh 29 Mac 2011 oleh kementerian itu adalah palsu.

Menurut kenyataan itu, memo tersebut dipalsukan dan satu laporan polis telah dibuat pada 26 September tahun lalu.

MEMO yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berhubung bayaran pampasan kepada buruh binaan kereta api Perang Dunia II bertarikh 29 Mac 2011. Bagaimanapun, kementerian mengesahkan memo tersebut adalah palsu. - Gambar: Blog Anak Sungai Derhaka

"Kedutaan Jepun juga telah menulis surat kepada kementerian pada 9 Januari lalu bagi meminta penjelasan tentang perkara ini kerana mereka tidak pernah membayar sebanyak RM207 bilion.

"Ini membuktikan ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin memburuk-burukkan dan menjatuhkan imej serta kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan Kementerian Kewangan,’’ kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, portal berita milik Pas, Harakahdaily melaporkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Jamaluddin `mendedahkan’ beberapa dokumen yang didakwa menunjukkan kerajaan Malaysia menerima wang pampasan tersebut.

Salinan memo Kementerian Kewangan kepada Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma 1942-1946 bertarikh 29 Mac 2011 merupakan salah satu dokumen yang didedahkan Mohammad Nizar. - UMO

Wasabi Oyabun..

Isnin, 14 Januari 2013

Kalimah ALLAH: MB Khalid akur, tetapi Anwar pertikai titah Sultan?



Selangor akur dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kalimah ALLAH yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penggunaan kalimah ALLAH itu mengikut kepada tetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri pada 18 Februari 2010.

"Mengikut warta kerajaan, lafaz kalimah ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan membangkitkan semula isu kalimah ALLAH melalui laman blognya dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.


Berikutan gesaan itu, Sultan Selangor melalui Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohd Misri Idris mengeluarkan satu kenyataan semalam dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah diwartakan.

Sultan Selangor turut menitahkan Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoal atau memperlekeh fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor.

Mengenai pendirian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH, Abdul Khalid enggan mengulas dan berkata pendirian kerajaan negeri mengikut apa yang telah diwartakan.

"Di Selangor, kalimah ALLAH dijaga di bawah Enakmen Kerajaan Negeri supaya tiada unsur penghinaan dan penyalahgunaan berlaku dan kita mengikut apa yang telah kita wartakan," katanya. - Bernama

Wasabi Oyabun..

Anwar memang cukup takut kepada Nallakaruppan!




Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebenarnya takut kepada Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan kerana bekas sahabatnya itu menyimpan pelbagai rahsia kotor sepanjang perkenalan mereka.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menegaskan, Anwar tidak akan berani membuta tuli menyaman Nallakaruppan yang dikatakan mempunyai bukti berbentuk video mengenai skandal seks beliau dengan isteri orang.

"Anwar mungkin berani saman Nallakaruppan RM100 juta, tetapi dakwaan yang lebih menjijikkan iaitu mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang pula, Anwar hanya menyepi.

"Bagaimana hendak saman andainya ada bukti rakaman video? Itulah sebab mengapa Anwar hanya berdiam diri, dia takut Nallakaruppan akan membocorkan semua rahsianya itu," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 9 Januari 2013

MB Khalid Saudagar Mimpi Guna Jampi Isu Air Selangor!



Kurang beberapa bulan dari sekarang kerajaan baru akan memerintah Malaysia. Ini bermakna kini sudah masuk musim pilihanraya di mana setiap pihak yang berhajat memerintah akan membuat pelbagai ikrar dan janji untuk meyakinkan pengundi bahawa mereka paling layak diberi amanah mengurus negara.

Ini juga bermakna sudah tiba musim menguji kematangan pemilih. Apakah mereka mudah termakan ikrar dan janji ahli politik atau langsung hilang selera mengambil bahagian dalam proses pemilihan wakil-wakil rakyat. Ini semua banyak bergantung pada mutu maklumat yang mereka terima.

Menjelang pilihanraya umum, pelbagai idea dan tawaran dibuat pada rakyat. Ada yang munasabah dan banyak juga hampir mustahil dilaksanakan. Ada yang sekadar menanam tebu di pinggir bibir untuk memaniskan janji politik masing-masing.

Ini masanya untuk rakyat menyemak rekod prestasi parti-parti yang bertanding serta mutu perkhidmatan wakil-wakil parti yang dipilih sebelum ini. Misalnya, jika krisis kekurangan bekalan air terawat akan berlaku pada 2014, adakah sempat untuk kerajaan Selangor menanganinya dalam tempoh kurang dua tahun?


Soal bekalan air tidak begitu sukar ditangani. Bak kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, ia boleh diperolehi daripada tasik air terbesar di Semenanjung iaitu Tasik Kenyir. Entah bila kerajaan Terengganu berunding dengan beliau dan pada kadar mana pembelian dipersetujui, tidak pula beliau nyatakan.

Jawapan dan penjelasan Khalid memang amat simplistik. Dapatkan air dari Terengganu dan bina loji rawatan air sendiri. Kosnya lebih rendah daripada melaksanakan projek Loji Langat 2 untuk mendapat bekalan air dari Pahang dan bina Loji rawatan air baru. Malah selepas dikutuk, diperkenalkan pula sumber air dari process membrane!

Khalid berani berkata demikian kerana dia mahu menaikkan semangat dan keyakinan penyokong khasnya dan rakyat Selangor, amnya. Beliau Menteri Besar serba tahu. Dia orang korporat. Dia percaya dia ada formula untuk berniaga masa depan dengan kualiti hidup rakyat.

Pendekatan Khalid ialah mentaliti seorang penjudi. Dalam permainan pakau misalnya, seseorang itu harus berani memberi gambaran dia mempunyai daun terup kemenangan. Dia harus beri gambaran dia yakin kerana memiliki daun keramat boleh menang. Dia berharap keyakinan yang dipamerkan akan menggentarkan saingan.

Itu memang tabiat dan silat politik Khalid. Gertak menggertak dan menggerunkan musuh. Cuma kali ini taktik ini sudah mudah dibaca rakyat jelata. Dulu sebaik sahaja memegang jawatan Menteri Besar, Khalid cuba melebarkan sayap dan kemahiran korporatnya dengan mengumumkan projek RM 50 bilion untuk merawat Sungai Kelang untuk jadi paksi ekonomi baru bagi Selangor.


HamPAS. Hampir tamat pemerintahannya, tiada apa pun dilakukan untuk Sungai Kelang terutama dalam mengotakan janji mewujudkan berpuluh ribu pekerjaan baru. Bayangkan beliau berani mengacah kesetiaan rakyat Selangor dengan projek berbilion ringgit. Rizab negeri sepanjang empat tahun pemerintahannya tidak sampai dua bilion ringgit.

Memang dasar orang korporat yang kurang integriti. Amat mudah menabur janji. Walau dia tahu itu tidak akan dipenuhi. Sebelum menjaja mimpi Sungai Kelang akan boleh dibuat mandi, Khalid dan partinya memberi pengakuan bahawa jika menang di Selangor, setiap keluarga nelayan dan petani akan dipastikan memperolehi pendapatan minimum RM 1,200 sebulan.

Sampai hari ini tiada skim khususpun dilancarkan untuk menjadikan janji itu satu kenyataan. Kononnya dengan menggunakan konsep mengagihkan ekonomi negeri secara adil kepada setiap rakyat dari saat kelahiran sampai kematian, kerajaan pimpinannya akan menyediakan sandaran kewangan di setiap peringkat kehidupan.

Setelah ditertawakan oleh umum betapa janji untuk membantu membiayai warga Selangor di peringkat Taska dan Tadika dalam debat Khairy-Rafizi barulah kerajaan Selangor mengumumkan akan membayar RM50 sebulan bagi setiap rakyat berusia 5 dan 6 tahun. Itupun untuk 3,000 warga cilik Selangor yang terpilih sahaja.


Bila ditanya mengapa pada tahun kelima pemerintahan baru mahu menunaikan janji, Khalid tanpa segan silu menyatakan bahawa setiap perbelanjaan wang rakyat mesti dibuat dengan teliti. Bunyi macam ikhlas tetapi hakikatnya, peruntukan 4 tahun untuk kira-kira 20,000 pelajar Taska setahun sudah disorokkan hanya untuk mempamerkan rekod rizab negeri ada RM 2 bilion. Memang dasar orang korporat – kejuruteraan kewangan.

Kini Khalid menjual mimpi baru. Kehebatannya mengurus soal air negeri dan Lembah Kelang akan menyaksikan tarif air lebih rendah dan bekalan yang cukup dan menanam keyakinan pelabur akan terus berniaga di Selangor. Hakikatnya, lebih 30,000 peluang pekerjaan di Selangor lebur kerana penanam modal khuatir Selangor kekurangan air selepas 24 bulan kerana Khalid cuba bermain poker dengan masa depan rakyat Selangor.

Memang itu sahaja modal Khalid. Air digunakan sebagai jampi untuk memukau rakyat Selangor supaya tidak nampak betapa air Sungai Kelang masih kotor dan bukan dia yang akan menyelesaikan isu air terawat di Selangor.

Lepas pilihanraya dia mungkin tidak lagi jadi Menteri Besar. Masalah itu adalah beban orang lain. Yang penting Khalid mahu kelihatan tangkas memberi alasan dan jawapan kepada masalah rakyat jelata. Menjelang pilihanraya, Khalid cuba menganyam mimpi baru – berasaskan air lagi. Kali ini untuk bina loji rawatan air. Pun dia tahu bukan dia yang akan melaksanakan formula mimpinya.









Wasabi Oyabun...

Isnin, 7 Januari 2013

Benarkah PAS dan Anwar pejuang Islam tulin!



Tulis sajalah buku bantai kerajaan, hentam DS Najib, puja Nik Aziz, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan.

Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita 'half truth', 'zero truth' dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional (BN) pasti seronok baca.

Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular.

Kenapa Raja Petra jadi sangat popular kalau bukan kerana berani, bukan kerana tunjuk berani dan bersikap 'anti establishment? Banyak majalah-majalah dan buku-buku seperti ini yang bahan-bahannya diambil dari e-mail-e-mail dan laman-laman web tertentu yang entah betul entah tidak ceritanya.

Anda tidak perlu terkejut kerana inilah laman-laman web yang paling popular dan paling ramai di kunjungi oleh mereka yang mudah termakan hasutan pihak-pihak yang sengaja mahu memfitnah menghina, mencaci dan memburukkan kerajaan sendiri. Sesiapa juga boleh menulis dan menyampaikan apa yang dirasakan menerusi Internet ini. Mereka fikir politik ini satu benda yang boleh kita seronok macam membaca majalah hiburan?

Akhirnya tulisan semacam ini samalah macam mempercayai cakap-cakap di kedai kopi. Bukankah e-mail dan Internet itu satu bentuk kedai kopi alaf baru? Hairan, pelik dan ajaib tapi benar. Bayangkan kalau bantai Anwar, biarpun apa yang ditulis itu adalah fakta yang betul, argumen yang munasabah dan masuk akal, namun bagi sesetengah mereka yang bergelar intelek sekalipun, sukar untuk mempercayainya terutama mengenai Anwar yang didakwa meliwat Saiful Bokhari walaupun Saiful sudah bersumpah di dalam masjid.

Mereka menjadi kurang rasional seperti ketika Anwar terlantar di dalam penjara. Mereka yang menyimpan gambar Anwar yang lebam mata dalam bilik tidur, bilik tamu, bilik dapur dan bilik mandi macam gambar Shah Rukh Khan dan Siti Norhaliza akan bersimpati yang amat sangat terhadap Anwar yang menjadi idola yang didewa-dewakan.

Mereka kecewa kerana kononnya Anwar adalah merupakan pejuang Islam yang sudah disingkirkan dan teraniaya. Bagi mereka seolah-olah Anwar itu maha suci, maha bersih. Anwar sudah dijadikan macam Imam Mahadi. Nabi Musa buat dosa tumbuk orang sampai mati, begitu juga Nabi Ibrahim yang kata berhala besar yang pecahkan berhala kecil.

Betulkah Anwar ini seorang pejuang Islam yang tulin? Setahunya jika seorang pejuang Islam tidak akan membuat kerja mengarut, mencaci dan menghina dan menghasut rakyat agar membenci pemimpin kerajaan tak kira didalam dan diluar negeri! Ibnu Taimiah di dalam bukunya Pentadbiran Politik Islam menjelaskan: "Bahawa urusan pemerintahan (politik) adalah merupakan salah satu kewajipan yang paling penting dan ulama dalam agama Islam".

Malah tidak ada agama tanpa pemerintahan (politik) kehidupan manusia tidak akan sempurna tanpa wujudnya masyarakat kerana fitrah mereka yang saling memerlukan antara satu sama yang lain. Oleh yang demikian mereka harus mempunyai pemerintahan. Berdasarkan kata-kata ulama Islam ini, kita terpaksa bertanya apakah perbuatan Anwar dan kuncu-kuncunya itu berlunaskan prinsip-prinsip politik dalam Islam? Takkanlah benda macam ini pun Anwar tak tahu. Kata rapat dengan para ulama Islam. Mana pergi Hassan Albana, Syed Kutub, Yusuf Qardawi?

Itu baru disentuh sedikit perihal kepimpinan dalam Islam. Belum lagi kita bercakap pasal "KEADILAN".

Bila kita sentuh sedikit pasal "keadilan" ini, bila menyebut pasal "adil" dan "tak adil", apakah mereka terlupa bahawa Anwar yang sudah jadi raja banduan menerima layanan yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa sebelum ini, termasuk Allahyarham Dato' Harun Idris dan Dato' Mokhtar Hashim. Adilkah ini namanya? Sejak bila pula Jabatan Penjara Malaysia memperkenalkan sistem kelas-kelas di dalam penjara?



Apakah mereka juga terlupa bahawa Anwar telah diberikan kesempatan untuk membela dirinya di mahkamah terbuka? Patut ke disebabkan Anwar dan para peguamnya gagal untuk membuktikan yang dia tidak bersalah maka kita salahkan pula sistem kehakiman dan kerajaan? Kalau mereka boleh menerima keputusan-keputusan yang dibuat oleh mahkamah, mengapa tidak Anwar dan para penyokong beliau?

Apakah keistimewaan Anwar sehinggakan keputusan yang dibuat oleh mahkamah perlu dicabar akan kewibawaannya ketika itu atau apakah kes Anwar ini perlu di bawa ke mahkamah khas? Pulau Pinang tak ada raja. Anwar nak jadi kerabat siapa? Mentang-mentang dia pernah disebut sebagai Subramaniam, nama dewa Hindu maka dia perlu disembah dan dipuja macam tuhan? Macam mana nak tegakkan keadilan kalau Anwar saja yang dianggap betul dan orang lain terutamanya yang tidak berpihak kepada Anwar dianggap salah?

Macam mana nak tegakkan keadilan menerusi parti bernama "KEADILAN RAKYAT" kalau makna "keadilan" yang paling asas pun tidak dapat difahami akibat dipengaruhi oleh emosi?

Ini yang menjadi persoalan dan yang lebih pelik lagi ialah apabila PAS sanggup bersubahat dengan orang-orang yang kufur nikmat semacam ini dan sedia pula menerima amanah untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mempengaruhi ahli Parlimen untuk mendapatkan majoriti walaupun perjuangan politik Anwar sudah tergelincir jauh dari landasan prinsip politik, kepimpinan dan kenegaraan Islam.

Hati-hatilah 'sikit brader', ini bukannya sekadar tergelincir rel keretapi. Tergelincir rel keretapi tak sama dengan terpijak kulit pisang. Tergelincir politik Melayu jadi hamba abadi dalam negerinya sendiri.

Bolehkah kita bersekongkol dengan pemimpin Melayu yang sanggup jual Melayu sebab nak jadi Perdana Menteri. Tan Sri Khalid Ibrahim yang nak buka UiTM pada orang bukan Melayu tu dari parti mana? Kenapa Anwar tak kutuk Majlis Peguam kerana mahu menganjurkan Forum yang tajuknya seolah-olah menghina Islam?

Islam adalah 'a complete way of life', cara hidup yang paling sempurna. Kalau terlibat dengan liwat, rasuah dan segala macam kemungkaran, sempurna ke? Islam adalah juga faktor dan Islam adalah matlamat yang tidak boleh dipisahkan dari politik Melayu, baik oleh PAS mahupun UMNO. Islam merupakan potensi kekuatan bangsa Melayu.


Islam tidak menganjurkan permusuhan dan perpecahan sesama sendiri. Sikap angkuh, sombong dan mendabik dada yang ditunjukkan oleh sesetengah pemimpin PAS dan PKR adalah juga dilarang keras oleh Islam. Kita mesti mempunyai sikap toleransi, tolak ansur dan mesti menghormati undang-undang. Ikut suara majoriti.

Macam mana kalau Pakatan Rakyat memerintah nanti, orang tidak hendak ikut undang-undang kerajaan Pakatan? Kita memerangi sikap negatif bukan institusi. Islam tidak menyuruh kita menolak politik dan aspek-aspek kehidupan yang lain. Malah Islam menganjurkan segala kebaikan.

Kebaikan yang dianjurkan dalam Islam itu bermula di peringkat individu. Jika individunya baik, maka barulah pentadbirannya baik. Bila pentadbirannya baik barulah negaranya menjadi baik. Tapi individu yang jadi idola sudah dibicarakan atas tuduhan meliwat dan 'terlepas' kerana kesilapan teknikal! Malah peguam beliau sendiri mengatakan 'liwat' berlaku secara suka sama suka?

'Baik' di sini bukan bermaksud menunjukkan perangai yang baik atau mempamerkan pakaian-pakaian yang baik yang bercirikan Islam. Tapi otak juga mahu baik. Kalau tak ada otak yang baik macam mana nak memperkembangkan agama Islam? Macam mana nak majukan negara? Macam mana nak pastikan setiap rakyat dapat hidup dengan sempurna?

Kalau sekadar perangai sahaja nampak baik dan setakat pakaian sahaja baik di mata Islam tapi otak tak sebaik mana, tak usahlah berangan-angan nak jadi pemimpin politik. Jadi ulama ajar fardu ain, tauhid dan Al-Quran adalah lebih bermanfaat, mendapat ganjaran pahala yang besar dan terlepas dari persoalan tanggungjawab kerana gagal memimpin ummah.

Ingatlah, nak jaga, nak beri makan 27 juta rakyat, nak memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka, satu kerja yang senang ke? Tidak dinafikan bahawa terdapatnya perbezaan pendapat, cara dan pendekatan adalah dibenarkan oleh Islam. Pertembungan antara PAS dan UMNO, UMNO dan PKR ialah pertembungan antara kaedah dan cara yang saling berbeza.

Perbezaan pendapat dan cara diizinkan. Ini bukan masalah usul (umbi, utama) tetapi masalah furu' (cabang). Pendekatan menuduh dan menafikan kesahihan aqidah dan keimanan pihak lain kerana perbezaan pendapat adalah satu kezaliman dan kemungkaran yang merosakkan perpaduan ummah.

Dalam hal kafir mengkafir ini cuba kita baca satu pandangan pakar pengkaji Islam, Bernard Lewis yang merupakan seorang Profesor Emeritus di Princeton University, Amerika Syarikat dalam buku beliau The Political Language of Islam.

Katanya: Al-Ghazali (d.1111), in an essay on the criteria of' distinction between Islam and heterodoxy, speaks with contempt of those "who would constrict the vast mercy of God to his servants and make paradise the preserve of a small clique of theologians." It is a common practice of theologians, he notes, to use takfir - denouncing someone as a kafir - against their rivals and opponents. This he strongly disapproves. A Muslim, he observes, who becomes a kafir is an apostate, and apostasy is a criminal offense under the law, with severe legal consequences. Such charges should not, therefore, be lightly made.



Tidakkah kita merasa amat sedih dulu kisah amalan 'kafir mengkafir' masih lagi berlaku, hari ini 'maki memaki' dan mencarut pemimpin masih lagi menjadi amalan pembangkang. Patutnya PAS membantu menyeru umat Islam di Malaysia ini agar memberi perhatian kepada soal perpaduan ummah, penguasaan ilmu sains dan teknologi, pencapaian ekonomi dan persediaan tercanggih dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa mengintai peluang untuk melemahkan mereka.

Kalau nak memilih pemimpin untuk jadi Perdana Menteri, janganlah pilih Anwar Ibrahim. Bagi mereka ini dicadangkan agar mereka baca balik Al-Quran dan tafsirannya mengenai "keadilan". Tapi janganlah menterjemahkan Al-Quran untuk kepentingan puak dan peribadi sendiri saja. Ini tak adil. Kalau dah baca, baca sekali lagi, fahamkan betul-betul. Jangan biarkan emosi mempengaruhi fikiran. Kalau sukar juga nak faham, bertafakur, beristiharah, bermeditasi serta minta hidayah daripada Allah swt.

Sebelum Anwar dipecat, ramai penyokong-penyokong Anwar termasuk Anwar sendiri yang mengaku bahawa Mahathir hebat dan bijak serta berjasa. Kritik terhadap Pak Lah yang disuarakan secara senyap-senyap pun ada juga. Dan yang memuji Pak Lah sebagai Mr. Clean pun ramai juga. Tetapi takkanlah setelah Anwar keluar dari penjara tiba-tiba sahaja sudah tidak ada kebaikan lagi yang harus dikaitkan dengan Pak Lah.

Kenapa Melayu mesti benci Melayu? Tak salah kita memperjuangkan nasib kaum lain, tapi jangan hina pemimpin Melayu yang menjadi 'institusi' negara. KeADILan cuba menimbulkan huru-hara dan kekacauan dengan mengadakan demontrasi jalanan. Kenapa Anwar mesti jadi seperti anjing tersepit? Sudah terlepas, gigit tuan. Apakah ini moral yang baik?

Ada kalanya jika kita perhati dan meneliti, kita akan dapati ramai yang terlupa hidup di atas muka bumi ini tak ubahnya sebagai satu sandiwara. Siapakah kita sebenarnya? Kita menudingkan jari ke arah orang lain, melabelkan manusia dengan berbagai-bagai gelaran, tapi kita sendiri bagaimana? Takkanlah pendapat kita saja yang betul? Telinga kita ada dua, mata kita ada dua, dengar dan pandang dari dua sudut. Baru adil namanya.

Beranikah penulis-penulis yang menjadi ahli PAS mengkritik Tok Guru, Ustaz dan ulama mereka, begitu juga dengan PKR? Kalau hebat sangat, cubalah kritik pucuk pimpinan parti sendiri pula sebelum mengkritik pemimpin Barisan Nasional. Macam ini barulah boleh dianggap berani dan bergelar wira.

Beranikah penulis-penulis yang menjadi ahli PAS, berani kritik kedua-dua belah pihak sekali. Janganlah asyik nak kritik kerajaan saja dan orang Melayu-Islam terutamanya ahli UMNO saban hari didalam lidah rasmi mereka, Harakah. Mana perginya soal ekonomi, kemasyarakatan, kenegaraan dan terutama sekali Islam bagi membantu dalam membangunkan negara ini? Boleh dikatakan peratusan kecil sahaja yang dipaparkan di dalam Harakah, itu pun syarahan dan pandangan dari Haji Hadi dan beberapa individu yang majoritinya mempunyai agenda hanya caci-maki politik dan Melayu.

Adakah PAS sesuai menjadi contoh kepada umat Islam atau hanya berselindung disebalik simbol perwatakkan alim dan jubah untuk menegakkan syiar Islam? Dalam masa yang sama semua pancaindera tidak mempamerkan keIslaman.

Ini penulis-penulis PAS dan PKR jadi lidah PAS dan PKR sahaja tapi dalam waktu yang sama mempertikaikan kebebasan akhbar milik BN. Wartawan Islam mana boleh macam itu. Kepada wartawan-wartawan ini, mereka sepatutnya mesti jadi macam lensa kamera. Jangan jadi macam laman web yang boleh ubah-ubahkan gambar sekehendak hati sendiri. Orang hitam jadi putih, orang berpakaian dibogelkan. Beranikah mereka membongkar penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan PAS Kelantan?

Roh kita berasal dari Tuhan yang satu dan kita akan kembali kepada-Nya jua. Ramai di antara kita yang mengaku kelslaman masing-masing tapi yang disembah masih juga ego diri. Yang ditakuti adalah bayang-bayang kita sendiri. Yang ditaati adalah perintah dan kemahuan nafsu kita sendiri serta kata-kata pemimpin yang kita sayang dan puja setiap hari. Kenapa?

Alangkah baiknya kalau mereka mahu bertanya: Mengapakah Allah menimpakan malapetaka ke atas manusia seperti Anwar? Kenapa dia memperjuangkan Islam tapi boleh jadi hina macam itu sekali? Dan kenapa dia tak dapat jadi PM sedangkan di zaman Mahathir dia cuma perlu jalan selangkah lagi? Apakah kita tak percaya dengan qada dan qadar? Rukun iman kita lima perkara sahaja ke?

Tahukah kita apa erti kifarah? Apa erti hukum karma? Sebesar zarah atom kebaikan yang kita buat balasannya setimpal dan begitu juga dengan kejahatan. Kalau benar-benar beriman terimalah semua ini sebagai qada dan qadar, satu ujian dan cubaan Tuhan. Tetapi kenapa ada orang yang tak dapat terima ketentuan Tuhan terhadap Anwar? Malah ada penyokong, kalau betul pun Anwar Al-Buntuti, mereka tetap mahu Anwar sebagai Perdana Menteri. Bukankah Allah swt beserta dengan orang-orang yang benar.

Kita orang Islam, kita percaya pada akhirat, kita percaya pada hari pembalasan. Kalau balasannya tak kena di dunia, di akhirat pasti kena juga. Itulah paradigma kita. Sejauh ini apa yang berlaku ke atas Anwar menampakkan satu kezaliman disebabkan beliau dibicarakan di mahkamah sivil. Tak ada empat saksi yang boleh membuktikan kes liwatnya. Tapi bila sudah nyata Anwar telah berbohong, keraguan sudah tertanam di hati orang ramai. Anwar bukan maksum, bukan wali, setakat jadi wali YB Nurul Ezzah kahwin bolehlah.. Dia cuma manusia biasa. Kalau segala-galanya telah rosak bagi Anwar, beliau harus sedar bahawa itulah jawapan kepada soalan di atas.

Sudah semakin jelas, siapakah Anwar dan apakah stand Anwar terhadap Islam serta siapakah guru-guru Anwar? Kenyataan Anwar baru-baru ini yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel mula mendapat reaksi yang berbeza dari rakyat. Kata dua yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas mula menimbulkan perbalahan antara penyokong parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat!


Guru Anwar bukan Haji Hadi atau Nik Aziz, tetapi kaum orientalis yang menetap di Amerika. Buktinya kenyataan media John L Esposito dan John O Voll yang disiarkan dalam Malaysiakini yang menyokong seratus peratus Anwar. Siapa John L Esposito dan John O Voll?

John O Voll adalah Kristian, mendapat pendidikan di Dartmouth College (1958), master dan Ph. D dalam bidang Middle Eastern Studies di Harvard University (1960-1969). Kepakaran beliau dalam bidang sejarah Islam dan pernah menjelajah ke seluruh pelusuk negara Islam untuk memahami sejarahnya. Beliau juga pernah tinggal di Cairo, Beirut,dan Sudan.

John L Esposito juga seorang Kristian, mendapat master dalam bidang agama (theology) di St Johns University. Pada 1974, menyambung PhD di Temple University, Pennsylvania, di bawah seliaan Almarhum Prof. Dr Ismail Al Faruqi (mentor Anwar dan pengasas the International Institute of Islamic Thought-IIIT)

Kepakaran Esposito dalam bidang agama khusus Islam. Kristian, Hindu dan Budhha. Di kenali sebagai 'Father Esposito' kerana kepakarannya dalam agama Kristian Katholik. Pernah menjadi pensyarah di the College of the Holy Cross (Catholic), Jesuit college di Massachusetts.

Semasa di Holy Cross, beliau menjawat the Loyola Professor of Middle East Studies position, iaitu pengerusi Jabatan Agama (the Department of Religious Studies, dan Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Georgetown Universiti. "Anwar Ibrahim of Malaysia suggests a pluralist solution that recalls the convivencia, the living-together, of Islam's golden age in Spain and Sicily, where Muslims lived as neighbors with Christians and Jews. He embraces some modernist ideas, including the "information revolution" and equal rights for women" . - Esposito

Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 6 Januari 2013

Kenapa Penafian Deepak Didiamkan Oleh Portal Pro-Pembangkang?



Semua pihak sudah sedia maklum perihal sikap pengecut dan berselindung di sebalik insan lain di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Daripada Ketua Umumnya hinggalah di kalangan ‘Anak-anak Ikan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seterusnya di peringkat bawahan, hampir kesemuanya hanya pandai melontarkan fitnah, membuat kekecohan dan kemudiannya menyorok di sebalik nama kononnya menuntut keadilan.

Macam-macam kes yang melibatkan situasi begini telah berlaku dan terbaru, isu yang mengaitkan Peniaga Karpet, Deepak Jaikishan yang kini telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak atau lebih tepat pemimpin PKR.

Bermulanya kekecohan mengenai Deepak, macam-macam kontroversi, spekulasi dan kenyataan timbul sehinggakan rakyat tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.

Apa yang lebih teruk, dek kerana sudah terbiasa dengan sindrom fitnah memfitnah antara satu sama lain, maka dalam segala isu ada sahaja idea pihak pembangkang untuk mengaitkan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kontroversi yang tercetus.

Sampaikan perlancaran buku yang berjudul ‘Black Rose’ yang entah siapa penerbitnya juga telah dijadikan medium politik PKR untuk meneruskan agenda fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Difahamkan buku berkenaan yang dilancarkan beberapa hari lalu kononnya menceritakan perihal Najib dan Rosmah mengenai kontroversi pembunuhan Altantuya.

Bukankah isu berkaitan kes Altantuya itu sudah basi, tetapi hairan, mengapa ia ditimbulkan semula oleh puak-puak jahil PKR ini. Mungkin kerana terdesak dengan pilihanraya umum yang semakin hampir, maka segala isu-isu lama mereka korek-korek semula dan cuba memutar belitkan supaya rakyat terus terkeliru.

Bercakap mengenai perlancaran buku ‘Black Rose’, dua hari lepas MalaysiaKini telah melaporkan berita yang menyatakan Deepak melancarkan buku dalam bentuk ceritera.

Rujuk sini :

“The Black Rose – satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya muncul di ruang siber. Siri pertama – Black Rose 1.0 – telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai ‘Spirit of Altantuya’.

Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.”

Berita mengenai kononnya Deepak yang menerbitkan buku itu kini telah tersebar dengan luasnya setelah puak-puak PKR melaksanakan perang saraf iaitu untuk memastikan perkara itu mendapat perhatian umum.

Perihal kekecohan berkaitan penyebaran ‘Black Rose’ yang kononnya menceritakan tentang Najib dan Rosmah selain mengaitkan Deepak, maka ahli perniagaan itu merasakan ada pihak yang sedang menjalankan operasi tertentu.

Lantas, Deepak telah menafikan pelancaran buku tersebut dikeluarkan olehnya melalui SMS kepada semua media dan meminta namanya dikeluarkan. Rujuk keratan SMS di bawah:


Tetapi apa yang peliknya adalah, sehingga kini Malaysiakini masih belum mengeluarkan kenyataan penafian Deepak serta mengeluarkan namanya. Tindakan dan kedegilan Malaysiakini ini telah mencetuskan satu tanggapan mengenai adakah media pro pembangkang itu mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah.

Apa tidaknya, sudah beberapa hari Deepak telah menghantar kiriman SMS kepada media termasuk Malaysiakini, namun sampai sekarang tidak ada apa yang berlaku. Persoalannya, dalam buku terbabit mengapa watak-watak dalam buku tersebut menggunakan nama samaran?

Jika benar ia menceritakan tentang Najib dan Rosmah dalam isu Altantuya, gunakan sahajalah nama sebenar tidak perlu berselindung menggunakan nama samaran. Mengapa takut untuk letakkan nama sebenar jika kandungannya benar?

Dokumen dalam buku tersebut sama seperti yang ditunjukkan oleh ‘Toy Boy’ Anwar, iaitu Rafizi beberapa hari lepas. Mengapa perkara itu terjadi? Sedangkan Deepak, dalam sidang medianya sebelum ini menafikan dia pernah melihat dokumen yang dipertontonkan oleh Rafizi.

Jadi, sebagai rakyat yang berfikiran matang dan rasional, kita boleh simpulkan siapa punya kerja yang keluarkan buku berkenaan.- peraktoday

Wasabi Oyabun

Jumaat, 4 Januari 2013

Isu air: Kerajaan PKR Selangor salahkan Syabas?



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ekoran gangguan bekalan air sehingga menjejaskan setengah juta pengguna di 90 kawasan di sekitar ibu kota.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuduh Syabas sebagai tidak bertanggungjawab kerana menuding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat konsesi bekalan air itu membekalkan air kepada para pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyenggara semua aset dan fasiliti pengagihan air seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Syabas.

"Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik kerajaan negeri diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh Syabas termasuk Rumah Pam Wangsa Maju. Oleh itu, tiada sebab mengapa Syabas boleh menuding jari kepada kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Laporan akhbar hari ini menyebut gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan rutin harian kira-kira setengah juta pengguna di 90 kawasan di sekitar ibu kota disebabkan oleh kerosakan sistem Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru yang berlaku serentak.


Bagaimanapun, Syabas dalam kenyataan hari ini berkata, kerosakan di dua rumah pam yang menjadi punca krisis air di ibu negara sejak 29 Disember lalu selesai diperbaiki bagi membolehkannya beroperasi semula.

Menurut Abdul Khalid, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu mendapati gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca daripada kegagalan kelima-lima pam tersebut.

"Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Maju oleh Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu dan melalui pemerhatian daripada buku log operasi pam untuk 2012, didapati pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," katanya.

Menteri Besar berkata, hasil siasatan jawatankuasa itu telah membuat kesimpulan bahawa Syabas gagal melaksanakan penyenggaraan ke atas aset-aset dan fasiliti bekalan air yang telah sepenuhnya diletakkan di bawah pengendalian syarikat itu bermula dari 1 Januari 2005.

"Syabas gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan dan kegagalan mengenal pasti kerosakan telah menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

"Syarikat itu gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut," katanya.

Beliau turut mendakwa, Syabas juga gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada kerajaan negeri sebaliknya menggunakan isu ketidakcukupan air untuk menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna.

"Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak pada siri-siri kegagalan Syabas memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.

"Sehubungan itu kerajaan negeri mendesak Kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," katanya.

Wasabi Oyabun..