Terima kasih kerana mengundi BN
Selasa, 10 Julai 2012
Rakyat serbu SUK bantah pentadbiran kerajaan Regim MB Khalid?
SHAH ALAM: Kira-kira 500 orang mengadakan demonstrasi aman di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini, bagi membantah pentadbiran regim Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa membenarkan penyelewengan berleluasa. Bantahan tersebut yang bermula berkumpul di Dataran Shah Alam adalah anjuran NGO, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).
Antara rasa tidak puas hati mereka, termasuk dakwaan salah tadbir urus melibatkan Universiti Industri Selangor (Unisel), Yayasan Selangor dan kemelut padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.
Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke bangunan SUK bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera “Kami Benci Pakatan Rakyat”.
Demonstrasi ini turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO lain yang turut menyertainya. Antaranya, adalah Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia, Waris Malaya, Belia 4B, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan juga beberapa kumpulan pendesak India yang mendakwa masyarakat itu terus dipinggirkan mendapati mereka berang kerana mendakwa Abdul Khalid mengetepikan nasib kaum tersebut.
Sambil melaungkan “Khalid Bodoh” mereka mengegarkan pagar SUK dan melemparkan air botol minuman ke dalam kawasan SUK. Turut hadir pada demonstrasi ini adalah ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus dan ADUN Kuala Kubu Baharu, Wong Kun Mun.
Kumpulan itu bersurai apabila pada jam 11.36 pagi, ketuanya dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada wakil pejabat menteri besar.
Wasabi Oyabun
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan