Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 8 Julai 2012

Skandal Talam : Tony Pua-ka Bongkar Penyelewengan Kerajaan Selangor Terlebih Bayar RM42j?



Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mengakui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah terlebih bayar RM42 juta bagi tanah pajakan di Bestari Jaya kepada Talam Corporation Bhd. (Talam) semasa proses pemulihan hutang pada tahun 2010.

Pengakuan itu mengesahkan dakwaan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong yang sebelum ini mendedahkan kerajaan negeri Selangor membeli tanah itu dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran.

Tony bagaimanapun berkata, jumlah itu sebenarnya adalah kurang RM9.1 juta daripada keseluruhan transaksi yang melibatkan 13 jenis aset termasuk saham pemilikan tanah, bangunan dan kelab golf.

Katanya, kerajaan negeri telah menilai tanah di Bestari Jaya itu pada harga RM181 juta sementara penilai bebas profesional pula pada RM139 juta.

“Kebanyakan hartanah lain telah dijual pada harga lebih rendah daripada apa yang dinilai oleh penilai profesional. Jika kerajaan negeri mengikut penilaian profesional itu, aset-aset itu mungkin boleh dijual pada harga lebih tinggi iaitu RM685.23 juta.

“Tetapi fakta sebenar adalah aset-aset itu telah dijual kepada kerajaan negeri pada harga cuma RM676.09 juta," katanya pada satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Butiran transaksi itu termasuklah penjualan lima plot tanah pajakan, lima plot tanah pegangan bebas, hartanah komersial dan 60 peratus pegangan saham di Ulu Yam Golf and Country Club Sdn. Bhd.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen