Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 23 Disember 2013

Viagra politik - Guan Eng terasa 'anunya' tak naik?


DAP menyifatkan parti komponen BN, MCA telah dimalukan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penghinaan politik itu bukan daripada kekalahan pada pilihan raya umum lalu atau penolakan daripada rakyat tetapi dari kawan baik mereka sendiri.

“Jika MCA perlukan viagra politik daripada Kementerian Kesihatan seperti dinasihatkan Najib, ia hanya membuktikan kewujudan MCA bukan kerana prinsip mereka ataupun untuk berkhidmat kepada rakyat. Tetapi semata-mata berkhidmat untuk kepentingan Umno.

“Kegagalan MCA menegur Presiden BN dan Umno untuk komen yang sebegini menunjukkan betapa patuhnya MCA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Guan Eng mempertikaikan tindakan MCA hanya membiarkan dirinya dimalukan di bangunan sendiri.


“Jika MCA tidak berani membantah apabila mereka dimalukan di bangunan mereka sendiri secara terbuka di hadapan perwakilan mereka, bagaimana rakyat boleh mengharapkan MCA melawan Umno untuk mempertahankan hak rakyat Malaysia?

“Rakyat menantikan jawapan bagaimana untuk bebas daripada penjara kemiskinan, rasuah dan hutang ekoran kegagalan pentadbiran BN,” katanya.

Tambahnya, “bolehkah viagra politik itu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sehari-hari? Atau hanya bersandar pada dasar perintah Umno yang bermain dengan isu perkauman dan pelampau agama?.

Semalam, Najib meminta MCA mengambil 'viagra politik' untuk mengembalikan semangat ahli parti yang semakin pudar.

Beliau berkata demikian setelah menyentuh soal prestasi MCA yang mengecewakan pada PRU13, baru-baru ini.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 22 Disember 2013

Haram jadah punya cinabeng...!!! Anak buah J-Star kata Umno umpama “babi yang pakai gincu”?


Tweet di diatas yang berbunyi “umno is like a pig, if it wears lipstick, it’s a pig with lipstick” dikeluarkan oleh Stevie Chan aka @YouTiup (kawan Regina Lee).

Selanjutnya sila baca di sini.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 20 Disember 2013

Selamat Menyambut Harijadi Yang ke 88.


Selamat menyambut Harijadi Tun Mahathir yang ke 88, 20 December 2013. Tun adalah idola kebanggaan rakyat dan negara. Jasa dan sumbangan Tun tidak terkira. Semoga Tun dipanjangkan umur dan terus sihat sejahtera. Amin

Wasabi Oyabun..

Sankara Nair Sudah Dipecat Jadi Peguam Anwar...!!! Kenapa ya?


Kemunculan peguam baharu mewakili Anwar Ibrahim, Tommy Thomas menimbulkan pertanyaan adakah Sankara Nair sudah dipecat daripada mewakili team guaman Ketua Pembangkang itu ?

Sebelum ini, Sankara Nair yang mewakili barisan peguam bela Anwar, sekiranya Karpal Singh tidak dapat hadir, namun perkembangan terbaru hari ini menunjukkan peranan itu telah diambil alih oleh peguam baharu, Tommy Thomas.

Nama anak Karpal Singh, Ram Karpal masih lagi disebut, namun nama Sankara Nair yang menjadi peguam Anwar sejak tahun 1998, termasuk menjadi peguam peribadi Anwar sudah tidak disebut.

Tommy Thomas merupakan peguam kanan di Majlis Peguam Malaysia yang rapat dengan DAP, malah beliau pernah dilantik oleh Lim Guan Eng untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pada tahun 2010, blog diari-anwar mendedahkan wujud politiking dalaman di antara barisan peguam Anwar.

Tommy Thomas

“Dalam rangkaian 9 peguam bela Anwar termasuk Karpal Singh, Sivarasa dan Sankara adalah peguam yang tidak sefahaman. Sivarasa mempunyai barisan orang kepercayaannya sendiri. Lathefa Koya, Amer Hamzah, Edmund James Bond antara yang condong kepadanya tetapi Sankara Nair selain dari Raja Addruce dan Dato Param Cumaraswamy, Karpal Singh juga lebih mempercayai beliau. Jika diikutkan pengalaman, Sankara dan Raja Addruce antara peguam yang masih lagi bersama Anwar selepas kes 1998.

“Dalam satu pertemuan, Sankara Nair pernah meyuarakan hasratnya untuk menarik diri sepertimana Sulaiman Abdullah dan hanya mahu kekal dalam kumpulan peguambela kes saman sahaja. Keinginan Sankara semakin jelas bila dia menelefon Dato’ Param dan menyatakan hasratnya setelah berbincang dengan Karpal Singh yang juga berura-ura untuk menarik diri.

“Dato’ Param adalah peguam yang jarang diberi perhatian tetapi kini dia telah memahami kenapa mesti Sulaiman Abdullah menarik diri. Permintaan Sankara cuma dia tidak mahu bekerjasama dengan kumpulan Sivarasa yang dianggapnya sebagai ‘bunch of idiots’ dan tidak berpengalaman dalam kes yang berprofil tinggi.

Apa yang mengejutkan Dato’ Param juga tidak sefahaman dengan Sivarasa dan enggan bekerjasama tambahan sikap bodoh Edmund James Bond yang langsung tidak digemari oleh Karpal Singh,” dedah blog itu.-AIDC

Wasabi Oyabun..

Rabu, 18 Disember 2013

Nasib para pekerja swasta yang tiada siapa pedulikan?


Ramai yang mengeluh gaji pendapatan mereka tidak setimpal dengan kenaikan kos hidup, terutamanya di bandar. Sekarang Kerajaan Pusat mengurangkan subsidi. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula menaikkan harga tarif utiliti. Menjelang 2015, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula akan diperkenalkan. Mana nak cari duit? Gaji banyak itu juga.

Kita perlu ingat bahawa sektor awam hanya menggajikan 1.2 juta penduduk negara ini. Selebihnya majikan sektor swasta. Pihak swasta pula terbahagi kepada dua - GLC dan swasta 100% yang di miliki oleh orang perseorangan yang kaya raya.

Bagi syarikat-syarikat GLC, gaji yang dibayar mereka adalah secara purata bernilai tinggi jika dibandingkan dengan harga pasaran.


Kerajaan hendak menguatkuasakan gaji minimum tetapi bantahan dari pihak swasta 100% adalah kuat dan lantang. Selain melaksanakan gaji minimum secara undang-undang, kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana perikatan kontrak pekerjaan menentukan gaji swasta adalah hak mutlak antara pihak majikan dengan pekerja itu sendiri.

Jadi apakah strategi jangka pertengahan dan panjang kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?

Untuk jangka panjang, kerajaan berusaha meningkatkan ekonomi kita kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Tetapi kalau pekerja tidak meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya, susah juga nak menjadi sebahagian daripada ekonomi ini. Ini adalah kenyataan.

Untuk jangka pertengahan, terlintas di fikiran - mungkinkah wujud suatu strategi "squeeze them till they squeal" - "picit mereka hingga mereka menjerit"?


Apa maknanya ini?

Kerajaan secara beransur akan menaikkan harga kos kehidupan (tetapi juga menurunkan sedikit peratusan cukai pendapatan dan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada yang memerlukan) sehingga pekerja-pekerja akan menuntut gaji yang lebih tinggi.

Pemangkin yang boleh memulakan putaran tuntutan ini adalah syarikat-syarikat swasta yang berani dan mampu membayar gaji yang lebih kompetitif.

Dengan cara ini, akan terdapat perpindahan pekerja-pekerja dari syarikat-syarikat yang membayar gaji rendah ke gaji yang lebih tinggi. Ini pun sudah berlaku tetapi belum berleluasa sangat.

Syarikat-syarikat yang membayar gaji kecil semakin lama akan sedar untuk membayar gaji berkompetitif kerana ia kehilangan pekerja-pekerjanya yang bijak dan berkemahiran.


Dalam tahun-tahun akan datang, ekonomi kita akan berganjak ke arah ekonomi perkhidmatan dan bukan ekonomi pembuatan. Sekarang ekonomi perkhidmatan sudah pun menyumbangkan 54% daripada KDNK negara. Kadar ini dijangka meningkat kepada 65% hingga 70% menjelang tahun 2020.

Dalam suasana ekonomi perkhidmatan, yang paling utama adalah kemahiran pekerja-pekerja itu sendiri. Maka, permintaan untuk pekerja bijak dan mahir akan semakin naik dan mungkin juga mendadak dalam beberapa bidang tertentu.

Tambah pula, dengan kenaikan harga komoditi dan barang mentah, sektor pembuatan terpaksa memanjat talian nilai dalam pembuatan barangannya. Kenalah lebih canggih. Kalau nak lebih canggih, mereka perlulah pekerja mahir. Jadi, mereka terpaksa juga celik mata, gigit jari dan membayar gaji yang lebih dari yang ada sekarang.


Hendak menaikkan gaji keseluruhan ekonomi bukan senang. Strategi picit hingga jerit ini mungkin satu-satunya cara untuk memujuk syarikat-syarikat 100% swasta supaya membayar gaji yang lebih setimpal dengan kos kehidupan.

Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Jika kita sendiri tidak menerima manfaat daripada pengorbanan ini, insya-Allah, anak cucu kita akan menikmatinya, dengan izin Allah SWT jua. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 17 Disember 2013

Malaysia rakan hati ke hati Jepun?


Keakraban hubungan antara Malaysia dan Jepun yang terjalin sejak 56 tahun lalu, tidak boleh disangkal. Ke mana-mana sahaja anda pergi di sekitar bandar raya Tokyo sama ada anda bersua orang biasa daripada pemandu teksi, pekerja hotel dan peniaga sehinggalah kepada pegawai-pegawai kerajaan, semuanya mengenali, menghormati dan sangat mengagumi Malaysia.

Sungguhpun kemajuan Jepun jauh lebih terkehadapan, namun seolah-olah rakyatnya mengenali Malaysia sebagai sebuah negara berjiran manakala pembangunan pesat di negara kita membuatkan nama Malaysia hebat dan popular. Kemajuan yang dicapai di Malaysia menjadi sebutan di sini.

Perdana Menteri, Shinzo Abe, dalam rencana tulisannya yang disiarkan secara eksklusif dalam akhbar The Japan News Jumaat lalu bersempena Sidang Kemuncak Ulang Tahun Hubungan ASEAN-Malaysia Ke-40 keesokannya, tidak tertinggal menyebut nama Malaysia sambil beliau merakamkan perasaan gembiranya berada di Malaysia, Julai lalu.

“Di Malaysia, saya ada kenangan sangat menarik apabila menerima layanan sangat baik dalam satu majlis makan malam walaupun ia berlangsung pada Ramadan," kata Abe. Rencana tulisan Abe itu disiarkan di muka 6 akhbar tersebut manakala intipatinya dijadikan berita utama muka hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di Tokyo pada pagi Khamis untuk menghadiri Sidang Kemuncak itu, diberi penghormatan oleh Abe sebagai ketua kerajaan ASEAN yang pertama untuk menemui beliau dan mengadakan mesyuarat hubungan dua hala.

Di Pejabat Perdana Menteri Jepun itu, pertemuan Najib dan Abe sangat akrab. Ia tidak hanya sekadar antara seorang ketua kerajaan dengan rakan sejawatan, sebaliknya lebih daripada itu.

Kedua-dua Perdana Menteri bergambar secara santai dan bersahaja untuk kenangan peribadi sambil masing-masing memegang sebatang pokok buluh di satu ruang terbuka di kompleks pejabat dan kediaman Abe itu.

Najib yang merakamkan gambarnya bersama Abe itu menggunakan telefon bimbitnya sendiri, turut berkongsi foto berkenaan di laman sosial Twitternya.

Tidak seperti foto biasa kita lihat pemimpin negara bergambar berdiri tegak, segak serta mengawal mimik wajah dan penampilan, sebaliknya di rimbunan pokok buluh itu, kedua-dua Perdana Menteri tersebut sama-sama menyendengkan rapat bahu mereka ke pokok buluh. Ia cerminan dan simbolik kepada hubungan peribadi mereka yang akrab, dekat dan ikhlas.


Gambar Najib-Abe itu yang turut dirakamkan jurugambar media mendapat perhatian meluas akhbar-akhbar bukan sahaja di Malaysia malah negara ASEAN lain dan Jepun, termasuk The Straits Times Singapura yang menyiarkannya hampir separuh muka, Jumaat lalu.

“Saya dan Abe memang rapat. Kami sempat merakamkan gambar kenangan peribadi di rimbunan pokok buluh itu. Itu sebenarnya melambangkan keakraban hubungan Malaysia-Jepun, bukan sekadar hubungan biasa tetapi hati ke hati," kata Najib kepada wartawan Malaysia di Tokyo.

Dalam pertemuan itu, Abe juga menyatakan perasaan simpati kerajaan Jepun dan rakyatnya terhadap kerosakan akibat kejadian banjir di Malaysia baru-baru ini.

Hubungan diplomatik Malaysia-Jepun terjalin sejak kemerdekaan negara pada 1957, iaitu 56 tahun yang lalu. Namun ia menjadi lebih utuh, mapan, berimpak dan bermakna sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur (DPT) pada 15 Februari 1982, iaitu setahun selepas beliau menyandang jawatan Perdana Menteri keempat.

Dasar tersebut yang sehingga tahun lalu iaitu 30 tahun fasa pertama dengan fokus kepada latihan dan pendidikan bagi pihak Malaysia, benar-benar menjadi pemangkin kekuatan hubungan Kuala Lumpur-Tokyo.

Jepun sehingga tahun lalu membawa masuk pelaburan bernilai AS$22.2 bilion (RM71.7 bilion) membabitkan kira-kira 1,400 syarikat dari negara matahari terbit itu, menjadikan ia negara pelabur asing terbesar di Malaysia.

Namun, selaras matlamat menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020, iaitu hanya kira-kira enam tahun dari sekarang, kerajaan melancarkan semula DPT dengan penjenamaan baharu dikenali sebagai Gelombang Kedua DPT atau DPT2.0.

Ketika pertemuan dan mesyuarat hubungan dua hala dengan Abe pada Khamis, Najib memberitahu Abe bahawa menerusi DPT2.0, Malaysia mahu Jepun tidak lagi membawa masuk pelaburan berasaskan tenaga buruh, sebaliknya teknologi tinggi dan berkarbon rendah serta pemindahan kemahiran berkaitan.

Dalam reaksinya, Abe berkata, Jepun sebagai rakan kongsi hati ke hati Malaysia, akan terus menyokong DPT2.0 malah menawarkan kepakaran syarikat-syarikatnya dalam pelbagai bidang berteknologi tinggi termasuk pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi.

Beliau mengumumkan, kerajaan Jepun akan meningkatkan penghantaran, penajaan dan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar dari seluruh ASEAN ke Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) di Kuala Lumpur, serentak dengan pengumumannya supaya MJIIT dijadikan hab pendidikan berasaskan teknologi tinggi untuk ASEAN.

Beliau mengulangi komitmen dan sokongan Tokyo kepada Kuala Lumpur untuk bekerjasama menjayakan transformasi ekonomi di Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

“Saya juga ingin menyatakan komitmen kami untuk sama-sama membantu menjayakan Gelombang Kedua Dasar Pandang Ke Timur," katanya.

Keesokannya, di hadapan kira-kira 100 ahli perniagaan dan pelabur Jepun, Najib mengumumkan fokus baharu DPT2.0 yang menggariskan enam sektor iaitu:

- Pertama, industri berteknologi terulung;

- Kedua, pembangunan kemahiran berteknologi tinggi;

- Ketiga, pembangunan perkhidmatan mewah;

- Keempat, pengurusan ekosistem dengan tenaga boleh diperbaharui, selamat dan dipercayai;

- Kelima, pemodenan perusahaan kecil dan sederhana (PKS); dan

- Keenam, bidang berkaitan warga tua.

Malaysia juga, katanya, akan meneruskan dasar-dasar mesra pelabur dan perdagangan, serta pada masa yang sama menyediakan iklim pelaburan kondusif.

“Walaupun kerajaan kami boleh merancang arah tuju DPT2.0 namun ia sebenarnya mengenai sektor swasta. Kejayaannya ditentukan oleh majlis-majlis perniagaan dan persatuan ekonomi.


“Saya menjemput anda menjadi rakan kongsi kami dalam program transformasi Malaysia, ke arah menjadikan negara kami sebagai negara maju berpendapatan tinggi pada akhir dekad ini," katanya dalam ucap utama dan merasmikan Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) dan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) Ke-32 di Hotel Imperial di Tokyo pada Jumaat.

Beberapa memorandum persefahaman (MoU) pelaburan turut dimeterai sepanjang lawatan Najib ke Tokyo, selain pernyataan komitmen daripada para pelabur.

Ini termasuk syarikat Toshiba mengesahkan lanjutan kerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menjayakan rawatan karbon ion sebagai pusat terapi rawatan kanser manakala Sekisui dan Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menandatangani MoU pembinaan kilang kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi membina rumah di bawah program rumah mampu milik PR1MA.

Ketika negara anggota ASEAN lain sedang giat memanfaatkan hubungan dengan Jepun melalui pertubuhan negara-negara Asia Tenggara itu, Malaysia bukan sahaja telah jauh terkehadapan meraih laba menerusi DPT malah melangkah setapak lagi dengan penjenamaan semula dasar itu kepada DPT2.0.

DPT dan hubungan Malaysia-Jepun tidak dapat dipisahkan. Selama 30 tahun pelaksanaannya, ia berjaya mempercepat pertumbuhan dan mengubah landskap ekonomi negara dan boleh dikaitkan dengan banyak projek mega di Malaysia termasuk pengeluaran kereta nasional Proton hasil kerjasama Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) dan Mitshubishi Corp.

Sesungguhnya, Malaysia tanpa memperkecil atau mengenepikan kepentingan negara sumber pelaburan yang lain, mempunyai sebab untuk terus menghargai dan mendekatkan hubungan dengan Jepun kerana kerajaan dan negara matahari terbit itu terbukti bukan sekadar rakan diplomatik sebaliknya rakan bilateral hati ke hati.-UMO

Wasabi Oyabun..

Ahad, 15 Disember 2013

Cerita Yang Rakyat Tidak Tahu Mengenai Tun Mahathir : Mandela hargai jasa Malaysia?


Tidak pernah terlintas di fikiran pengasas Limkokwing University of Creative Technology (LUCT), PROFESOR EMERITUS TAN SRI DR. LIM KOK WING bahawa beliau akan menjadi individu bertuah yang dapat bekerja bersama-sama ikon antiaparteid, Nelson Mandela.

Semuanya bermula apabila beliau diarahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membantu Mandela dan partinya, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) berkempen pada pilihan raya demokratik negara itu yang pertama dari penghujung 1993 sehingga awal 1994.

Dalam satu wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, Kok Wing, 67, menceritakan pengalaman pasukan Malaysia yang diketuainya berkempen di segenap ceruk negara itu selama enam bulan sehingga ANC menang dengan majoriti 62 peratus undi.

Mereka terpaksa mengambil risiko kerana pada masa itu kejadian letupan bom masih lagi berlaku. Akhirnya, hasil kerja keras pasukan kempen dan sumbangan dana dari Malaysia membolehkan Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

“Sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenar mengenai apa yang berlaku 20 tahun lalu apabila Malaysia khususnya Dr. Mahathir bersungguh-sungguh membantu Mandela atas semangat setiakawan dan antiaparteid yang cukup hebat," kata Kok Wing.

Bersama ikon perdamaian, Nelson Mandela ketika berkhidmat bersama parti ANC pada tahun 1993.

MINGGUAN: Secara ringkas, bagaimana hubungan antara Malaysia dan Afrika Selatan?

LIM KOK WING: Hubungan ini telah terjalin sekian lama malah sejak zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Namun hubungannya tidak baik kerana wujud dasar aparteid di Afrika Selatan. Malaysia antara negara yang menentang kuat dasar aparteid. Tunku Abdul Rahman ialah pemimpin pertama yang mencadangkan supaya Afrika Selatan disingkirkan daripada pertubuhan negara-negara Komanwel kerana negara itu mengamalkan dasar aparteid iaitu ketika berlangsungnya persidangan Perdana Menteri negara-negara Komanwel pada 1960.

Akhirnya pada 1961, Afrika Selatan tidak lagi menjadi anggota Komanwel dan sejak itu Malaysia telah memainkan peranan sebagai antara negara pendesak. Malaysia mahu pihak antarabangsa memberikan tekanan kepada Afrika Selatan bagi menamatkan segera dasar aparteid. Malaysia menggesa demokrasi ditegakkan di negara berkenaan. Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila Mandela dibebaskan dan ia berlaku ketika zaman pemerintahan Dr. Mahathir.

Mandela kemudiannya datang ke negara ini untuk bertemu dengan Dr. Mahathir. Ketika berkunjung ke Malaysia, saya telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir kepada Mandela. Saya telah diminta menggalas satu tugas besar iaitu membantu beliau dan partinya ANC berkempen pada pilihan raya demokratik pertama negara berkenaan. Untuk makluman semua, Mandela ialah rakan karib kepada Dr. Mahathir.


Selama ini saya bekerja rapat dengan Dr. Mahathir dan apabila beliau meminta saya membantu Mandela dan ANC, saya terus setuju. Saya berpendapat pada masa itu kita perlu membantu Afrika Selatan bagi membolehkan mereka mengecapi kebebasan selain membuktikan dasar aparteid itu adalah salah. Sebenarnya, Mandela amat mengharapkan bantuan daripada Malaysia. Beliau lebih percayakan negara ini dan tahu kita akan memberi sokongan sepenuhnya.

Selepas diberi tanggungjawab itu, apa langkah Tan Sri seterusnya?

LIM KOK WING: Saya berada di Afrika Selatan selama enam bulan dan dalam tempoh itu pelbagai cadangan telah diberikan untuk tujuan kempen. Oleh kerana ANC dipimpin bekas pejuang pembebasan yang tidak berpengalaman langsung berkempen ketika pilihan raya, mereka bergantung sepenuhnya kepada pasukan dari Malaysia untuk mengurus dan menjalankan kempen. Kita telah mencipta satu slogan khas untuk ANC bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka. Sebagai seorang yang telah lama terlibat dengan bidang pengiklanan, saya tahu bukan mudah untuk kita memperkenalkan satu slogan yang mampu menarik minat orang ramai. Pada awalnya saya cadangkan slogan A better future for all tetapi pihak ANC mahu ia diubah kepada A better life for all. Saya mencadangkan perkataan future (masa depan) kerana ia merujuk kepada satu tempoh yang panjang, manakala life merujuk pada kehidupan baik pada waktu sekarang sahaja.

Namun, akhirnya kami akur untuk menggunakan slogan A better life for all dengan merujuk kehidupan yang baik untuk semua orang secara bersama-sama. Slogan ini masih digunakan sehingga sekarang meskipun selepas 20 tahun dicipta. Untuk menjadikan slogan ini signifikan, kita telah memasukkan kanak-kanak pelbagai warna kulit dan keturunan bersama-sama dengan Mandela dan kemudian telah membentuk satu poster kempen yang amat menarik. Mesejnya cukup jelas iaitu untuk perdamaian, kesatuan dan perpaduan.

Difahamkan ANC enggan menerima poster yang memaparkan kanak-kanak berkulit putih?

LIM KOK WING: Poster kempen ini memaparkan Mandela bersama-sama kanak-kanak Afrika Selatan berusia 5 hingga 8 tahun yang mewakili kulit putih, hitam, India, Melayu Cape Town dan lain-lain etnik. Gambar ini telah dirakam oleh jurugambar dari Malaysia dan membawa maksud reconciliation (perdamaian). Kalau dilihat pada poster yang dibuat, terdapat dua kanak-kanak kulit putih bersama-sama Mandela. Saya ingin meletakkan tiga orang, tetapi ANC hanya mahu seorang sahaja kanak-kanak kulit putih. Akhirnya saya meletakkan dua orang.


Pemimpin-pemimpin ANC tidak bersetuju dan menyifatkan poster kempen yang saya buat itu seperti bijirin sarapan pagi, Kellogs dan terlalu banyak bertolak ansur dengan pihak yang telah lama menindas orang kulit hitam. Ia juga 100 peratus berbeza dengan apa yang dikehendaki oleh ANC yang mahukan poster gambar genggaman tangan sebagai tanda melawan. Saya nyatakan kepada mereka yang ANC sudah pasti mendapat undi orang kulit hitam, oleh itu tumpuan perlu dibuat bagi menarik sokongan orang kulit putih.

Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk meyakinkan pihak ANC supaya menggunakan gambar dan slogan ini. Saya bercakap dengan Mandela sendiri bagi menjelaskan idea berkenaan dan beliau faham dan bersetuju dengan saya. Beliau bersama-sama dengan saya kemudiannya memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin ANC supaya menerima idea berkenaan.

Saya masih ingat kata-kata Mandela ketika itu iaitu lelaki ini (Kok Wing) datang dari negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, jadi dia tahu bagaimana untuk membawa rakyat hidup bersama-sama. Kita mesti membawa semua rakyat kita hidup bersama-sama. Saya mengemukakan idea ini kerana merasakan salah satu tugas penting yang perlu saya laksanakan adalah memastikan semua rakyat Afrika Selatan dapat hidup bersama-sama.

Orang berkulit putih menguasai 80 peratus kekayaan negara berkenaan, sekiranya kita tidak membawa semua supaya bersatu, apa akan terjadi jika orang kulit putih berhijrah ke negara lain. Akhirnya poster ini menjadi kesukaan ramai. Penduduk mengambil dan menampalkan dalam rumah mereka, sehingga kita kehabisan poster.

Nampaknya, kumpulan Tan Sri turut berperanan mencetuskan kesedaran rakyat Afrika Selatan mengenai hak mereka sebagai pengundi?

LIM KOK WING: Kita mahu memberikan kesedaran kepada mereka betapa pentingnya sesebuah pilihan raya serta tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Cuba lihat poster ini dan cuba lihat surat yang diberikan kepada saya oleh Mandela. Di dalam surat bertarikh 12 April 1994 ini, Mandela mengucapkan penghargaan kepada saya serta kumpulan saya atas sumbangan besar kami sepanjang kempen diadakan. Sumbangan ini termasuk mendidik masyarakat mengenai pilihan raya. Untuk itu kita telah mencetak begitu banyak risalah yang tujuannya menunjukkan cara yang betul untuk mengundi. Kita mahu mereka supaya pangkah parti ANC pada hari pengundian. Kita mahu ANC menang pada pilihan raya tersebut.


Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan kempen seperti poster, risalah, papan iklan dan sepanduk kesemuanya dicetak di Malaysia dan kemudian dihantar ke Afrika Selatan menggunakan kapal. Kita mahu memastikan bahan-bahan kempen ini dapat disiapkan sepenuhnya, seterusnya diagih-agihkan ke seluruh Afrika Selatan. Sekiranya semua bahan-bahan kempen ini dicetak di Afrika Selatan, kita tidak boleh pastikan sama ada ia boleh siap atau tidak.

Dengan siapa Tan Sri bertugas sepanjang enam bulan di Afrika Selatan?

LIM KOK WING: Saya mempunyai 10 orang pembantu dari Malaysia. Saya juga mempunyai beberapa petugas tempatan berjumlah antara 20 hingga 30 orang bergantung kepada keadaan. Dalam tempoh enam bulan di Afrika Selatan saya juga bekerja dengan beberapa pemimpin kanan ANC antaranya, Thabo Mbeki (bekas Presiden Afrika Selatan); Jacob Zuma (Presiden Afrika Selatan sekarang); Cyril Ramaposa dan Dr. Popo Molefe. Kebanyakan mereka menjadi menteri selepas kemenangan besar ANC pada pilihan raya umum pertama negara itu.

Tan Sri sebenarnya sedang membawa nama Malaysia, boleh komen?

LIM KOK WING: Ya, selama di sana saya membawa nama Malaysia. Namun apa pun, yang pasti misi saya di Afrika Selatan sentiasa berhadapan dengan situasi bahaya. Ketika itu kejadian letupan bom di hotel dan lapangan terbang masih berlaku. Saya juga bekerja rapat dengan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali yang ketika itu bertugas di Kementerian Luar. Sekiranya saya lihat semula keadaan pada masa itu tidak dinafikan kerja saya amat berbahaya.

Walaupun saya sentiasa diiringi oleh pasukan keselamatan tetapi saya sukar untuk mengenali mereka kerana setiap hari bertukar orang. Saya sedar bahaya sentiasa menanti. Namun saya tiada pilihan kerana pilihan raya semakin dekat. Saya terpaksa mengambil risiko untuk memastikan kemenangan ANC dan Mandela. Isteri saya juga begitu marah kerana kejadian letupan bom masih lagi berlaku dan dia mendesak saya pulang ke tanah air.

Halim juga minta saya pulang tetapi saya kata saya perlu selesaikan tugas ini dengan sempurna. Saya perlu menyiapkan setiap tugas yang telah diamanahkan walaupun keadaan amat berbahaya ketika itu. Apa yang kita lakukan ini atas arahan Dr. Mahathir dan ia sebenarnya memberi kredit kepada Malaysia. Sekiranya tiada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada ANC, siapa lagi?. Pengalaman lain yang saya tidak dapat saya lupakan apabila kami menjelajah semua negeri di negara itu dengan menaiki helikopter yang usang.


Kami juga menaiki kenderaan yang dipandu sangat laju kerana mahu mengejar masa dan dalam masa sama atas faktor keselamatan bagi mengelak dikejar dan diserang. Sememangnya misi kita untuk membantu ANC ini merupakan satu misi besar dan ‘senyap’ (tanpa diheboh-hebohkan). Sebelum saya terlupa Molefe yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pengerusi Kempen Pilihan Raya ANC turut mengutuskan surat bertarikh 25 April 1994 kepada saya untuk mengucapkan penghargaan kerana bekerja keras membantu mereka untuk memenangi pilihan raya pertama Afrika Selatan.

Selama 20 tahun ini rakyat Malaysia langsung tidak tahu pembabitan Malaysia dalam membantu ANC?

LIM KOK WING: Memang rakyat tidak tahu sumbangan Malaysia terhadap usaha menghidupkan proses demokrasi di Afrika Selatan. Saya juga akui terdapat beberapa syarikat televisyen luar negara telah menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara ini. Inilah sumbangan Malaysia kepada Afrika Selatan. Inilah sumbangan yang Malaysia berikan kepada Mandela sekalipun Dr. Mahathir tidak pernah menceritakannya, begitu juga dengan Daim. Sebab itu saya pun mendiamkan sahaja perkara ini.

Cuma, pada Ogos lalu kita ada menganjurkan majlis penyampaian anugerah khas untuk Mandela atas sumbangannya tidak terhingga kepada keamanan dunia sejagat. Anugerah ini kita namakan sebagai Mahathir Award for Global Peace. Dr. Mahathir telah menyerahkannya kepada Zuma sebagai wakil kepada Mandela. Penyampaian anugerah tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi saya Mandela dan Afrika Selatan terlalu dekat di hati saya. Mungkin disebabkan pembabitan saya dalam kempen ANC selama enam bulan di sana, 20 tahun lalu.

Selepas kemenangan ANC, apa yang berlaku?

LIM KOK WING: Semua orang tahu siapakah Mandela. Apabila beliau menjadi Presiden semua orang menari dengan gembira. Tetapi satu perkara penting yang seharusnya diketahui terutama rakyat Malaysia adalah peranan Dr. Mahathir dan pasukan dari Malaysia yang menyokong tokoh ini di sebalik tabir sehinggalah beliau dan ANC menang. Kita dari Malaysia berada di sana untuk menghulurkan bantuan selepas Mandela yang baru beberapa tahun dibebaskan daripada penjara telah meminta bantuan daripada Dr. Mahathir kerana kagum dengan keharmonian penduduk berbilang kaum di negara ini. Tugas kempen ini memang cukup berat kerana ANC bukan sahaja berhadapan parti kulit putih, malah perlu melawan sebuah parti kulit hitam lain yang mewakili kaum Zulu.

Apa perasaan Tan Sri apabila dimaklumkan Mandela meninggal dunia?

LIM KOK WING: Apabila mendengar berita ini, perkara pertama yang terfikir dalam fikiran saya ialah Dr. Mahathir kerana beliau yang memberi panduan kepada saya mengenai apa yang perlu saya lakukan bagi membantu Mandela. Beliau selalu mengingatkan saya supaya menyelesaikan tugas berkenaan dengan sebaik mungkin. Kerana kami adalah satu-satunya pasukan yang menjalankan kempen untuk ANC. Pemergian Mandela sudah dijangkakan kerana beliau sudah tua dan sakit dalam tempoh yang cukup lama. Kita telah kehilangan seorang sahabat baik kerana dalam banyak perkara, Afrika Selatan dan Malaysia mempunyai hubungan akrab.


Saya merasa sedih kerana sangat sukar untuk mencari tokoh lain seperti Mandela yang dapat menyatukan ramai orang. Meskipun berada selama 27 tahun dalam penjara, beliau tidak berasa marah dengan orang kulit putih. Beliau juga boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.

Apakah iktibar daripada pemergian Mandela?

LIM KOK WING: Kita mesti mengambil pengajaran bahawa apabila seseorang tokoh yang sukar dicari ganti ini pergi, beliau akan pergi selama-lamanya. Berbalik kepada Dr. Mahathir, bagi saya beliau ialah tokoh hebat peringkat global dan setaraf dengan Mandela. Ketika beliau masih lagi bersama kita, saya berharap semua orang mendengar nasihat dan menghargai beliau. Kabinet mesti memberikan perhatian terhadap segala pandangan yang beliau luahkan kerana beliau bercakap daripada lubuk hatinya.

Apa yang saya kesalkan, terdapat orang kita sendiri yang mengkritik beliau secara terbuka. Kalau nak juga mengkritik lakukanlah secara tertutup dan jangan melakukannya di hadapan khalayak ramai. Sekiranya kita pergi ke Afrika, kita akan sedar bahawa Dr. Mahathir ialah seorang hero di sana. Semua orang mengenali dan menyayangi beliau. Begitu juga di negara Arab dan Asia Tengah, semua kenal beliau.

Kalau kita pergi ke negara orang Buddha seperti Vietnam dan Myanmar, beliau juga dikenali sebagai seorang hero yang hebat. Malangnya di negara sendiri, orang tidak menghargai nasihat beliau.-UMO

Wasabi Oyabun..


Sabtu, 14 Disember 2013

Walaupun apa yang terjadi, Nalla tekad tentang Anwar?


Senator Datuk S. Nallakaruppan berikrar di dalam Dewan Negara hari ini untuk terus berhadapan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga ke titisan darahnya yang terakhir.

Beliau berkata, ini berikutan Anwar sehingga kini tidak henti-henti membawa kerosakan kepada negara serta menipu rakyat semata-mata untuk memenuhi impiannya sebagai Perdana Menteri.

Nallakaruppan berkata, Malaysia perlu diselamatkan daripada diperintah oleh pemimpin sebegini dan atas sebab itu beliau bertekad menentang Anwar walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan pada satu hari nanti.

''Saya sayangkan Malaysia. Oleh itu saya mahu beritahu rakyat siapa Anwar sebenarnya. Saya amat mengenalinya sejak dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Disebabkan dia, saya disoal siasat selama 52 hari di Bukit Aman.

''Ada orang kata saya tidak akan lagi berhadapan dengan Anwar selepas saya tidak lagi menjadi Senator. Tidak, walaupun saya tidak lagi menjadi Senator saya akan tetap menentang Anwar. Ini negara saya dan darah saya hanya untuknya (negara ini)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara, hari ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan meminta kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap Anwar ekoran perbuatannya memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut terus berlaku dan sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikannya seperti mana yang pernah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Nallakaruppan menarik perhatian semua Ahli Dewan Negara apabila beliau membuat satu perumpamaan bagaimana sebiji epal boleh dikatakan sebiji oren merujuk kepada kehebatan Anwar dalam menipu rakyat.

Beliau di dalam perbahasan turut menegaskan bahawa, Anwar boleh menyamannya pada bila-bila masa dan sedia memberi keterangan di mahkamah.

Terdahulu, perbahasan Nallakaruppan terhenti beberapa kali apabila diganggu oleh Senator Izham Ramli yang tidak puas hati dengan kenyataannya mengenai Anwar.

Walau bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Zahar Ujang meminta Izham duduk dan membenarkan Nallakaruppan meneruskan perbahasan.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 13 Disember 2013

Ketakutan Anwar Kepada Shafie Jadi Persoalan?


Kegerunan Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semakin ketara apabila beliau melalui peguamnya Karpal Singh berusaha menyingkirkan peguam terkemuka itu daripada mewakili pendakwa raya dalam rayuan terhadap pembebasannya di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, lima tahun lalu

Agaknya apa yang menyebabkan Anwar gerun sangat dengan Peguam Terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah? Sehinggakan Ketua Pembangkang itu bersungguh-sungguh sangat mahu melucutkan peguam itu sebagai Pendakwa raya bagi kes rayuan liwat II Anwar?

Pihak pendakwaan pada hakikatnya mempunyai kes yang boleh menang, namun disebabkan kes yang melibatkan Anwar sama ada ke liwat I dan II, mahkamah terpaksa membebaskan ketua pembangkang itu di atas masalah teknikal.

“Baik liwat I dan II, sebenarnya mahkamah tidak menafikan, bahawa Anwar melakukan kerja liwat, namun kerana kekurangan penyusuan tatacara pendakwaan termasuk tatacara mengemukakan bukti-bukti, maka menjadi pemangkin kepada mahkamah untuk membebaskan OKT (Orang Kena Tuduh) itu secara teknikal.

“Mungkin rekod Tan Sri Muhammad Shafee, sebagai peguam bela yang senantiasa menang pada sebarang kes yang diwakilinya, maka Anwar merasa gerun, kerana kesilapan pihak pendakwaan akan diminimumkan, sehingga memungkinkan Anwar akan sabit kesalahan.

Usaha Anwar melucutkan Shafee terus berjalan, dan kini beliau merayu ke mahkamah Persekutuan, kerana di peringkat mahkamah rayuan, permohonnannya telah ditolak sebulat suara!

Wasabi Oyabun..

Khamis, 12 Disember 2013

Rafizi 'budak hingusan' tidak patut hina bekas ahli PKR?


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tidak sepatutnya menghina bekas pemimpin atau ahli yang meninggalkan parti tersebut dengan gelaran seperti najis.

Sebaliknya, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim berkata, mereka yang masih bersama parti itu yang seharusnya digelar seperti najis.

Menurutnya, Rafizi yang dianggap masih mentah dalam selok-belok politik PKR tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam parti itu.

"Kami yang lebih awal mengasaskan PKR lebih mengetahui tentang hala tuju parti itu berbanding individu-individu seperti Rafizi yang 'menaiki kereta api' kemudian.

"Sekiranya, Rafizi menganggap kami yang keluar parti sebagai najis, maka mereka yang masih bersama PKR boleh dianggap sebagai najis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menghina mereka yang meninggalkan PKR sebagai kotoran atau tidak ubah seperti najis seperti dipetik dalam portal Malaysia Today yang antara lain menyebut, Thank you for sucking away our dirt yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR, khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.

Ruslan turut menasihatkan Rafizi agar jangan berlagak angkuh dan sombong terhadap bekas-bekas pemimpin dan ahli PKR terutama mereka yang mengasaskan parti itu.

"Mereka yang masih baharu menyertai PKR termasuk Rafizi tidak sedar perjuangan parti itu kini telah tersasar daripada matlamat asalnya," ujarnya.

Namun, beliau yakin lambat-laun Rafizi akan sedar tentang kesilapannya menjadikan PKR sebagai platform untuk kerjaya politiknya.

"Rafizi dapat melihat hakikat sebenar di dalam PKR. Pesan saya kepada Rafizi, jangan sudah terhantuk, baru tengadah," katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 8 Disember 2013

Video & Gambar-Gambar Rusuhan Di Little India, Singapura?


Apa yang berlaku di Singapura malam semalam 08/12/2013 mungkin telah lama terpendam sebagai bom jangka. Video di atas mengambarkan kejadian awal yang dipercayai berlaku apabila sebuah bas telah melanggar seorang lelaki India sehingga menyebabkan penduduk di Little India bangun merusuh dengan merosakkan bas berkenaan.


Untuk video dan gambar selanjutnya, sila lawat ke sini dan di sini.

Terima kasih kepada blog Cucu Tok Selampit.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 5 Disember 2013

Cina cuba sabotaj Gardenia...!!! Pihak pengurusan perlu beri penjelasan?


Pengurusan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. yang 30 peratus dikuasai oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) diminta menjelaskan tindakannya memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid berkata, umum mengetahui pemegang saham terbesar di dalam Gardenia ialah Bernas yang dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

“Umum juga mengetahui bahawa Malaysiakini adalah portal berita propembangkang yang hanya menghentam dan mencari kesalahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional termasuk mempersoalkan fungsi Bernas.

“Apakah tujuan Gardenia menyokong Malaysiakini? Apakah sokongan ini telah mendapat persetujuan daripada Bernas? Apakah sokongan ini telah mendapat perkenan pemegang saham terbesar Gardenia?

“Oleh itu, Pemuda UMNO Cheras menuntut penjelasan Bernas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin mengenai tindakannya memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini," kata beliau dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang bertajuk Gardenia tampil sokong dana bangunan M’kini memetik Kim Shin sebagai berkata, “syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul".

Tidak dinyatakan nilai derma yang diberikan oleh Gardenia itu dalam kempen Malaysiakini memungut derma bagi pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Laporan portal berita propembangkang itu turut memetik kenyataan Kim Shin bahawa Gardenia sendiri berkongsi pengalaman sama dengan Malaysiakini - menjadi sasaran kepada kritikan secara tidak adil.

“Saya rasakan perjalanan Malaysiakini selari dengan pembangunan Gardenia. Kita sama-sama melalui perjalanan panjang dan berliku untuk sampai di tempat kita berdiri sekarang," kata Kim Shin dalam laporan itu.

Johari mempersoalkan apakah Kim Shin sedar bahawa Malaysiakini lebih memihak kepada pembangkang dan laporan-laporan berita yang ditulis seringkali diputar oleh Malaysiakini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan.

“Tidak cukupkah dengan isu bangsa Melayu ditindas dari segi ekonomi, kini hadir pula isu Gardenia yang seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan dan bangsa Melayu yang membantu syarikat Gardenia, dan ini yang dibalas oleh mereka," tegas beliau.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 2 Disember 2013

'Ustaz Kazim sudah dipecat'?


Jawapan daripada Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan kedudukan sebenar keahlian pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias, di dalam parti itu.

Tuan Ibrahim, melalui SMS, memberitahu, Mohammad Kazim sudah dipecat daripada Pas Mei lalu.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Perak, Raja Ahmad Iskandar kelmarin bahawa Umno, yang melantik Mohammad Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak menyedari Mohammad Kazim merupakan ahli Pas sejak 1998.

“Dewan Pemuda Pas Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli Pas sejak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi di Tambun (Perak),” katanya.

Mohammad Kazim dikatakan tidak pernah mengisi borang keahlian Umno.

Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam video oleh laman Agendadaily.com, Mohammad Kazim disebut sebagai berkata beliau tidak pernah keluar daripada Pas dan tidak menerima surat pemecatan.

“Ya, memang saya ahli Pas. Saya tidak pernah keluar daripada Pas walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat daripada Pas, tapi tak ada surat pemecatan atau (surat) jawatankuasa disiplin kepada saya.

“Sepatutnya Pas merasa sikit malu dengan Umno kerana boleh menjemput orang di luar Umno untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno dan Pas tidak pernah menjemput saya, apatah lagi menjadi teman yang mesra,” kata beliau dalam rakaman video sidang media itu, semalam.

Katanya, beliau masih belum memutuskan untuk menerima pelantikan sebagai ahli MT itu dan bercadang menemui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengetahui rancangan sebenar berhubung pelantikan tersebut.


Katanya, beliau ingin mendapatkan jaminan agar pelantikan itu tidak menghalang kerja dakwah yang dilakukan sehingga kini.

“Buat masa ini, saya masih berfikir sama ada mahu menerima atau tidak pelantikan tersebut. Tunggu lepas saya buat solat istikharah dulu.

“Saya tak mahu kerja-kerja dakwah saya dalam internet, Youtube dan televisyen terhalang disebabkan persepsi (iaitu) bila seorang ustaz masuk Umno, (dia) akan dihalang dan tertutup (kerja dakwah).

“Saya nak tengok jaminan adakah tangan saya terikat (dan) mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa kesalahan tanpa terikat seperti sekarang,” katanya.

Semalam abang beliau, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias memberitahu, adiknya sertai Pas 15 tahun lalu, tetapi telah keluar daripada parti itu.

Mohd Najmuddin adalah Pegawai Penerangan Agama di Pejabat Menteri Besar Perak dan bekas Adun Batu Kurau.

Seorang lagi adik Mohd Najmuddin ialah Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah, yang mewakili BN.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 26 November 2013

Batu Puteh hak Malaysia : Perkasa desak kerajaan buat rayuan di ICJ?


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan segera membuat rayuan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, mengenai kekalahan kes tuntutan Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 2007.

Pengerusi Biro Antarabangsa Perkasa, Datuk Mustapha Yacob berkata, kerajaan masih mempunyai masa selama empat tahun lagi untuk membuat sebarang rayuan di ICJ mengenai keputusan mahkamah tersebut.

"Kerajaan wajib membuat rayuan berdasarkan apa yang telah didedahkan oleh bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mat Zain Ibrahim melalui akuan bersumpahnya.

"Ini adalah hak dan maruah rakyat serta negara. Kerajaan tidak boleh memberi sebarang alasan selain tetap membuat rayuan supaya keyakinan rakyat terhadap pemimpin negara tidak terhakis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Perkasa juga mendesak kerajaan supaya membentuk sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Petugas Khas yang terdiri daripada pakar undang-undang yang berwibawa, berintegriti dan berpengalaman.

Katanya, Perkasa menaruh keyakinan tinggi terhadap tuntutan semula hak Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh sekiranya aspek sejarah dan undang-undang diteliti dengan baik.

Wasabi Oyabun..

Dewan Ulama PAS disaran tubuh Parti Baru?

Harun Taib berucap dalam Muktamar Dewan Ulama Pas di Shah Alam Khamis lalu.

Apabila kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.

Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd.Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.

Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.

Sama ada Mat Sabu menang 98 undi atau 21 undi seperti mana tahun 2011, beliau tetap pemenang dan berhak menjadi Timbalan Presiden Pas, tidak kira berapa pun jumlah undi yang diperolehi Mohd.Amar.

Bagi Mohd.Amar pula, ini merupakan kekalahan ketiga dalam usahanya untuk menduduki salah satu jawatan tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, beliau pernah mencuba sebanyak dua kali untuk kerusi Naib Presiden tetapi tewas.

Sebab itulah, ada yang melihat Mohd.Amar memasuki gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden dalam keadaan rekod yang tercalar berbanding Mat Sabu.

Harapan penyokong golongan ulama sebenarnya kepada Tuan Ibrahim tetapi beliau mengambil keputusan untuk bertanding Naib Presiden sahaja biar pun dikatakan memperolehi pencalonan lebih banyak berbanding Mohd.Amar bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara Tuan Ibrahim tidak menghadapi masalah untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden yang diumumkan, sebaliknya ramai yang tertanya-tanya apa akan berlaku kepada perjuangan ulama dalam Pas.

Ia memandangkan perwakilan dan ahli Pas ternyata mempunyai pertimbangan tersendiri dalam soal perjuangan politik parti itu.

Sebab itulah, dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pas pusat yang terpilih, kumpulan ulama tidak sampai 10 orang. Antara yang terpilih termasuklah dua bekas pemimpin Dewan Pemuda Pas pusat iaitu Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Walaupun barisan kepimpinan yang terpilih tidak akan meminggirkan golongan ulama namun apa yang menjadi persoalan ke manakah haluan golongan itu selepas ini?

Ia memandangkan mereka tidak mempunyai kekuatan politik yang begitu jitu bagi menentukan hala tuju perjuangan Pas selepas ini. Sebaliknya, agenda politik parti tersebut ini dilihat akan ditentukan sepenuhnya oleh golongan profesional atau lebih popular digelar 'Anwarinas'.

Situasi ini juga akan memungkinkan peranan Dewan Ulama dan Majlis Syura Pas dilihat tidak lebih daripada pelengkap organisasi sahaja.

Kenyataan tegas golongan ulama sebelum ini yang mahu tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikaji semula dikatakan turut menjadi punca calon golongan ulama gagal mencapai kejayaan diharapkan.


Tindakan Dewan Ulama itu dikatakan mengecewakan banyak pihak dalam Pas yang berpendapat jika mahu menawan Putrajaya mereka perlu meneruskan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut.

Malah ada antara mereka begitu bangga menganggap melalui tahaluf siyasi, Pas mampu menawan Kedah dan Perak pada tahun 2008, mempertahankan Kelantan dan berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang sehingga ke hari ini.

Selain itu, mereka juga berhujah bahawa Pas semakin diterima oleh bukan Islam kerana kerjasama tersebut, justeru kenapa golongan ulama memadai-madai mahukan ia dikaji semula?

Ternyata, biar pun dilayan seperti pak turut dan melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang, namun sebahagian ahli-ahli Pas tidak peduli, apa yang penting mereka mahu meneruskan keterujaan untuk bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Mungkin atas sebab itu jugalah, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib telah dikecam dan dicerca dalam laman-laman sosial sehingga ada ahli Pas tergamak menuduh golongan ulama 'gila kuasa'.

Golongan ulama turut dikaitkan dengan usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun Dewan Ulama sudah menegaskan bahawa seruan supaya tahaluf siyasi disemak adalah bertujuan untuk menilai apakah keuntungan secara keseluruhan terutamanya kepada Islam.

Bagaimanapun niat murni golongan ulama ini tidak dipertimbangkan dengan telus dan ia terbukti apabila dalam sesi perbahasan majoriti perwakilan seolah-olah tidak berani untuk mengkritik layanan PKR dan DAP terhadap Pas.

Sebaliknya, semua lebih selesa mahu ia diperteguhkan dengan andaian sudah banyak keuntungan politik yang Pas perolehi.

Berikutan keputusan dalam pemilihan Pas kali ini, mana-mana pihak juga tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi kepada perjuangan golongan ulama dalam parti itu.

Tambahan pula, sebelum ini usul Dewan Ulama yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamarnya pada Khamis lalu iaitu memasukkan satu fasal yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri daripada ulama, tidak mendapat sambutan mana-mana pihak dalam Pas.

Ia secara langsung memberi isyarat kepada golongan ulama bahawa suara mereka semakin terpinggir dalam parti itu biarpun golongan itulah selama ini yang bertanggungjawab memperkasakan Pas. Apa pun, kita harus menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan mengakui keterujaan ahli-ahli Pas untuk menampilkan satu barisan kepimpinan yang akan mampu memenuhi impian mereka untuk bersama-sama PKR dan DAP menawan Putrajaya.

Kalau selepas ini Pas akan terus dilayan sebagai 'penumpang' dalam pakatan pembangkang terima sahajalah kerana itu kehendak ahli-ahli parti tersebut. Oleh itu tidak keterlaluan untuk kita menyatakan tidak payahlah Pas bermimpi melaksanakan hukum hudud termasuklah di Kelantan kerana ia akhirnya akan menjadi retorik politik semata-mata dan sekadar 'hiburan' untuk berbahas di muktamar parti tersebut.

Ini kerana kita percaya dan yakin DAP serta PKR tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas untuk berbuat demikian. Setakat ini apa yang kita saksikan, hanya Pas yang ibarat 'syok sendiri' dalam soal hukum hudud dan lebih selesa untuk menuding jari kepada UMNO dan kerajaan BN jika ia tidak dapat dilaksanakan.

Dengan semakin kurangnya suara golongan ulama dalam penentu agenda politik Pas berikutan keputusan pemilihan semalam, maka apa juga agenda parti tersebut selepas ini sudah pasti memerlukan restu daripada PKR dan DAP. Tetapi tidak mengapalah kerana pemimpin, ahli dan penyokong Pas tidak mahu menerima pandangan orang di luar parti tersebut termasuklah media.

Bagi mereka, orang luar hanya bertujuan untuk mengkucar-kacirkan parti itu dan cuba memecah belahkan perpaduan pakatan pembangkang. Oleh itu, berilah peluang dan ruang kepada barisan baru kepimpinan Pas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Apa yang pasti, keputusan pemilihan kali ini sudah jelas membuktikan bahawa suara golongan ulama semakin dan akan terus 'terhakis' di dalam Pas.

Bagaimanapun sebagai salah seorang yang bertanggungjawab mencetuskan idea kepimpinan ulama dalam Pas, Mat Sabu tentulah memahami sentimen yang wujud berikutan apa yang berlaku. Tambahan pula beliau sudah berjanji, pihaknya akan meneruskan usaha mengukuhkan pakatan pembangkang berdasarkan usul-usul yang diluluskan dalam muktamar tersebut.

Dan untuk rekod, antara usul yang diluluskan tanpa bahas ialah, ''Dewan Ulama Pas Pusat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas pusat mewujudkan khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syariah dengan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU-14.''

Adakah ini akan dilaksanakan? Terserahlah kepada barisan baru kepimpinan Pas menentukannya. Yang pasti orang Melayu di luar Pas sedang memerhati dan sebahagian besar mereka percaya keputusan pemilihan kali ini memungkinkan bak kata seorang teman dalam parti itu selepas keputusan diumumkan, ''Orang Pas memilih, ahli PKR dan DAP yang bertepuk gembira.' 'Apakah maksudnya, fikirlah sendiri.

Daripada 'melukut ditepi gantang di dalam parti' alangkah baiknya jika Dewan Ulama terus mengambil pendirian untuk 'keluar dari Pas' dan bermula dengan sebuah Parti baru bagi menentukan hala tuju perjuangan yang terus memperjuangankan syiar ISLAM! Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 25 November 2013

PM selar penafian Anwar?


Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap pembangkang yang kini membuat pusingan U dengan menafikan mereka pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh cuba mengelak apabila tidak mahu mengakui membuat tuduhan itu kerana banyak sumber telah memetik ucapan Ketua Pembangkang itu termasuk turut dilaporkan oleh media milik mereka sendiri.

‘‘Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu.

‘‘Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina.

‘‘Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula,’’ katanya ketika berucap merasmikan seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.


Anwar dikatakan membuat pusingan U baru-baru ini apabila cuba menafikan pernah membuat tuduhan itu, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari mengundi.

Penafian Anwar itu dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menyelar sikap pembangkang yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mengaitkan pembaziran penggunaan elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri yang didakwa dibelanjakan sehingga RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah milik rakyat yang mempunyai bilik penganjuran sesuatu majlis demi meraikan tetamu kerajaan.

‘‘Kediaman rasmi Perdana Menteri itu rakyat punya, ada bilik majlis, kalau ketua kerajaan datang, adakah kita nak makan dalam gelap? Kalau Presiden China datang, kita nak makan secara ‘candle light dinner’, dan saya akan kata pada dia, ini romantik.

‘‘Ini milik rakyat, saya tumpang sahaja, saya penghuni ketiga, saya banyak hari duduk di rumah sendiri, maka jimat belanja rumah kediaman rasmi.

‘‘Kita boleh berjimat tetapi jangan tuduh benda tidak realistik, keterlaluan seolah-olah 1,000 kebaikan yang kita buat dilupakan, kelemahan diperbesarkan, ini bukan pertimbangan yang adil,’’ katanya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 23 November 2013

Mengembalikan jati diri Pas?

Timbalan Ketua Dewan Ulama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berucap pada Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (Pas) ke- 59 di Wisma MBSA, Shah Alam semalam.

Dalam muktamar Pas pada tahun 2011, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengubah haluan perjuangan parti itu daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Alasan yang diberikan ialah Pas kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada dalam agenda negara kebajikan. Beliau berkata, Islam wujud dalam lingkungan dan merupakan sebahagian daripada kebajikan.

Tetapi hakikat sebenarnya, Pas terpaksa mengubah haluan perjuangan daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan kerana mengikut kehendak sekutu parti itu, PKR dan DAP.

Tanpa menyedari bahawa jati diri parti itu semakin terhakis melalui tindakan tersebut, Pas tetap berbangga dan menaruh harapan agar ‘perubahan’ itu akan mampu menarik sokongan pengundi-pengundi khususnya pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Pas berkeyakinan dalam soal itu apatah lagi pemilihan barisan kepimpinan parti tersebut pada tahun berkenaan turut menyaksikan golongan ulama yang dianggap tegas memperjuangkan penegakkan Negara Islam dan hukum hudud dilihat gagal menduduki posisi-posisi kanan dalam parti.

Bagaimanapun PRU-13 menyaksikan keputusan yang boleh dianggap mendukacitakan bagi Pas. Parti itu hanya mampu memenangi 21 kerusi Parlimen sahaja berbanding 23 kerusi pada PRU-12 dan gagal mempertahankan Kedah.

Sudah pasti pihak yang mengaut keuntungan berikutan pengorbanan yang dilakukan oleh Pas ialah PKR dan DAP. PKR tidak rugi apa-apa kerana terus kekal dengan 31 kerusi manakala DAP muncul parti dominan dalam pakatan pembangkang apabila menguasai 38 kerusi.

Dalam kedudukan itu, ketika hendak menentukan ketua pembangkang di Dewan Rakyat, DAP dengan ‘murah hati’ mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Pas hanya bersetuju sahaja.

Di Pulau Pinang pula, walaupun Pas dikatakan ‘cukup berjasa’ kepada pakatan pembangkang memandangkan berjaya meyakinkan penyokong-penyokongnya untuk mengundi calon-calon PKR dan DAP, tetapi mereka dilayan bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ di negeri itu.

Paling menyedihkan di Selangor, walaupun mempunyai kelebihan kerusi berbanding PKR, tetapi Pas ‘berkorban’ lagi kononnya atas semangat setiakawan dan kerjasama apabila membenarkan PKR terus menjadi Menteri Besar.

Tetapi cuba kaji, apakah Pas mendapat layanan sewajarnya di Selangor. Adakah kerusi Exco Hal Ehwal Islam diberikan kepada parti itu? Adakah suara Pas benar-benar didengari dalam apa juga tindakan kerajaan negeri?

Malah sepanjang 2011 hingga hari ini, perjalanan politik pakatan pembangkang menyenaraikan pelbagai rentetan peristiwa yang menunjukkan Pas tidak menerima layanan sepatutnya sebagai parti yang mempunyai banyak jasa kepada pakatan itu.

Keterujaan untuk mengejar kuasa bersama PKR dan DAP dengan menawan Putrajaya telah menyebabkan Pas seolah-olah bersedia menghakiskan jati diri parti yang memperjuangkan Islam.

Kesudahannya, apa yang kita saksikan Pas lebih banyak menanggung kerugian berbanding mengaut keuntungan dalam kerjasama itu. Kehebatan Pas sebagai sebuah parti yang paling awal memerintah sesebuah negeri berbanding PKR dan DAP hilang entah ke mana, ketokohan ulama-ulama Pas ditenggelamkan dengan keterujaan pemimpin dan ahli parti itu mengutamakan pemimpin sekutu mereka dan suara Pas yang sering dilihat mampu menggerunkan lawannya bagaikan ‘tidak laku’ apabila dilontarkan dalam pakatan pembangkang.

Berikutan itu tanpa Pas sedari, sokongan orang Melayu kepada parti itu semakin merosot, tetapi Pas tidak mahu menerima hakikat ini, sebaliknya sehingga ke hari ini, mereka menyifatkan segala teguran yang dibuat adalah usaha untuk memecah belahkan kerjasama dengan pakatan pembangkang.

‘‘Sebenarnya, kita tidak minta pun Pas keluar daripada pakatan itu, yang kita mahu ialah Pas menjadi parti bermaruah dan tidak mudah tunduk dengan kehendak PKR dan DAP.

‘‘Kepimpinan atas boleh berkata dan berhujah apa sahaja tetapi di peringkat akar umbi, sudah ada perasaan tidak puas hati kerana Pas seolah-olah penumpang dalam pakatan pembangkang," kata seorang pemimpin muda Pas dari Kedah ketika kami minum pagi di Shah Alam semalam.

Pemimpin itu bersama beberapa rakannya berada di Shah Alam kerana mahu memeriahkan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 yang akan berlangsung mulai hari ini.

Muktamar itu menurut pemimpin tersebut amat penting bagi mengembalikan semula jati diri Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan meletakkan kepimpinan ulama di tempat sepatutnya.

‘‘Dulu kami selalu diperingatkan oleh kepimpinan Pas supaya jadilah ibarat ikan di dalam laut, biar pun hidup dalam air masin tetapi daging tidak masin, maksudnya kekalkan jati diri biar pun di mana dan dengan siapa pun kita kawan.

‘‘Tetapi sekarang ini, kami lihat Pas sendiri seolah-olah tenggelam punca apabila berkawan dengan PKR dan DAP. Segala-galanya mahu dikorbankan dan terlalu tunduk dengan apa juga kehendak kedua-dua parti itu," kata pemimpin muda tersebut.

Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah sentimen ini akan dikongsi oleh perwakilan yang menghadiri muktamar kali ini. Tetapi mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Pas kembali kepada jati dirinya.

Tiada gunanya, mereka berdegar-degar berbahas dan berhujah di Stadium Malawati, Shah Alam sepanjang muktamar berlangsung tetapi apabila kembali ke kawasan masing-masing, tugas mereka tidak lebih daripada ‘pak turut’ sahaja.

Muktamar kali ini adalah medan penting kepada perwakilan untuk memberi isyarat dan tekanan kepada kepimpinan parti bahawa mereka tidak sanggup lagi tunduk dengan kerenah politik PKR dan DAP.

Dalam apa juga segi, Pas sebenarnya jauh lebih hebat daripada kedua-dua parti itu. Pemimpin dan ahli Pas jauh lebih setia, komited dan teguh dalam perjuangan, malah jentera pilihan raya Pas lebih tersusun dan mantap.

Tetapi apa yang kita saksikan, kelebihan ini bukannya mengukuhkan kedudukan Pas dalam pakatan, jauh sekali untuk menjadi dominan sebaliknya, Pas bagaikan ‘pak turut’ dan dilayan bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ dalam kerjasama yang kononnya bertujuan menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, sama ada hasrat untuk melihat Pas dapat diperkasakan atau tidak dalam pakatan pembangkang hanya boleh direalisasikan berdasarkan kepada barisan kepimpinan yang akan dipilih kali ini.

‘‘Kalau barisan kepimpinan sama sahaja seperti pemilihan lalu, Pas tidak akan ke mana-mana. Suara Pas akan terus tenggelam dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

‘‘Keadaan itu berlaku kerana sudah ramai dalam kalangan pemimpin Pas yang begitu menyanjungi kerjasama dengan kedua-dua parti itu sehingga jati diri Pas terhakis sedikit demi sedikit," kata seorang lagi pemimpin Pas proulama kepada penulis ketika dihubungi.

Apa pun segala-galanya terletak kepada ahli-ahli Pas khususnya mereka yang akan menjadi perwakilan dalam muktamar kali ini untuk melakukan desakan supaya jati diri Pas dapat dikembalikan.

Jangan biarkan perjuangan Islam sekadar laungan dan slogan semata-mata dalam parti itu kerana ia dikekalkan sudah pasti tidak mustahil Pas akan terus menjadi ‘lebai malang, menang sorak kampung tergadai’ sedangkan PKR dan DAP bersorak girang. -UM

Wasabi Oyabun..

Selasa, 19 November 2013

Tun Dr. Mahathir: Kehebatannya dulu hingga sekarang?

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan sesuatu tentang Kedah sambil diperhatikan Zaini Hassan pada Karnival 7 Hari 7 Malam Muzium Padi Kedah di Alor Setar, baru-baru ini.

Khamis minggu lalu, saya berada di Alor Setar kerana diminta mengendalikan satu majlis forum bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Karnival 7 Hari 7 Malam Muzium Padi Kedah.

Saya menjadi moderator dan Tun sebagai ahli panel. Majlis itu dikenali sebagai Sembang Petang Bersama Tun. Kami membicarakan mengenai tajuk ‘Transformasi Kedah’ daripada kaca mata beliau.

Majlis itu berjalan lancar. Seperti biasa semua soalan dijawabnya dengan bijak, panjang lebar dan penuh bersemangat. Sebagai anak Kedah, beliau memberi buah fikirannya bagaimana untuk menukar Kedah menjadi negeri yang lebih hebat, sebagaimana beliau mengubah Malaysia hari ini.

Semasa mukadimah saya melontar satu hipotesis. Diandaikan Tun bukan menjadi PM Malaysia selama 22 tahun, sebaliknya menjadi MB Kedah selama 22 tahun, apakah Kedah akan berjaya diubahnya menjadi seperti Malaysia ini?

Saya juga bertanya mengenai ciri-ciri yang sepatutnya ada kepada seorang Menteri Besar di Kedah. Saya katakan kepadanya ikut sejarah MB Kedah ini rata-ratanya ada “badi" - macam-macam perkara berlaku. Dia angguk dan tersenyum.

Bagi Tun, ciri-ciri itu ialah: MB itu haruslah seorang yang rajin bekerja, merendah diri, kerap berjumpa rakyat, sering bertanya khabar rakyat. Dan yang paling penting: Jangan menganggap diri sebagai Yang Amat Berhormat.

MB yang dimaksudkan itu ialah anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir. Dan pada pandangan saya ciri-ciri itu ada pada Mukhriz dan ia harus dipertahankan.

Sebagai moderator saya sedar Tun sedikit terbatuk-batuk semasa majlis itu. Beberapa kali percakapannya terhenti. Saya risau juga dengan keadaan beliau. Forum yang sepatutnya berjalan selama dua jam, saya pendekkan ke satu setengah jam.

Sebagai anak Kedah, saya juga cukup tertarik bertanyakan soalan-soalan merangkumi negeri itu.

Apakah Kedah akan terus menjadi negeri jelapang padi, kedudukan Pulau Langkawi, kawasan industri Kulim dan Sungai Petani, sehinggalah kepada soal-soal makanan tradisi emping ringgi yang sekarang hanya dihasilkan di Kampung Pulau Timbul di Tunjang.

Tun cukup ceria di sepanjang forum itu. Dia juga kelihatan cergas. Di meja makan, beliau juga cukup ceria. Bercerita mengenai makanan yang dihidangkan.

Bercerita mengenai makanan tradisional Kedah yang menjadi kegemarannya, terutamanya kuih karaih, kuih seperti bihun goreng yang dilipat berbentuk bulan sabit seperti apom balik.

Makanan kegemarannya emping goreng turut dihidangkan. Beliau menjamah sedikit.

Di meja makan itu, kemudian beliau bercerita mengenai soal-soal lain, termasuklah mengenai soal Melayu.

Dalam satu cerita itu, beliau menggambarkan bagaimana orang Melayu itu lebih suka kepada bangsa lain lebih daripada bangsanya sendiri. Beliau mengimbau kembali semasa beliau menjadi doktor dulu.

Pada masa itu ada doktor orang putih (Inggeris) dan kakitangan orang putih, kita sebagai doktor pun orang kita tak peduli dah dengan kita, mereka memuja orang putih itu lebih daripada kita...

Mungkin itulah juga yang berlaku sekarang kepada orang Melayu. Mereka sanggup memberi apa sahaja kepada bangsa lain, waima kuasa sekali pun.

Tun dan isteri kesayangannya, Tun Siti Hasmah yang sentiasa mengiringi suaminya itu ke mana sahaja, juga kelihatan cukup ceria. Mereka adalah pasangan ideal dua sejoli, yang patut dicontohi oleh semua pasangan suami isteri.

Kelmarin, Tun dimasukkan ke Institut Jantung Negara kerana mengadu kurang sihat.

Marilah kita doakan agar Allah SWT terus memelihara kesihatannya.

Dalam usianya 88 tahun, beliau terus menerima banyak undangan dari dalam dan luar negara dan rata-rata semuanya dipenuhi oleh beliau.

Semasa kami di Alor Setar, beliau berkata beliau juga sepatutnya berada di Surabaya kerana menerima jemputan berucap. Saya difahamkan Tun telah berlepas ke Surabaya kelmarin dan terbang semula ke tanah air kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Majlis itu kemudian dibatalkan.

Tun memang hebat. Allah SWT menganugerahkan kehebatan kepada Tun, dulu dan sekarang!

Semoga Allah SWT terus melindungi beliau. Amin.

Wasabi Oyabun..

Hudud tidak semudah dirancang?


Pelaksanaan hudud di Kelantan tidak semudah dirancang memandangkan ada negara yang gagal untuk melaksanakannya.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia memerlukan syarat yang kondusif sebelum dilaksanakan.

“Saya tidak menentang hudud, tentu sekali tidak, malah saya bersetuju dengan hudud dan kita perlu melaksanakan hudud jika cukup syarat.

“Banyak perkara yang perlu dibincangkan melibatkan semua pihak dan apabila syarat kondusif kita buat, dalam jalan nak pergi ke hudud banyak perkara yang perlu diselesaikan,” katanya pada forum 'Sembang Politik' di sini, semalam.

Menurutnya, sejarah pelaksanaan hudud dalam negara moden dapat dilihat apabila Pas berani mencuba tetapi cubaan itu bukan sesuatu yang mudah.

“Contohnya, Pakistan yang sebelum ini telah melaksanakan enakmen hudud tapi tidak berjaya, begitu juga Libya, termasuk Nigeria Utara yang hanya melaksanakannya buat seketika kemudian menghentikannya apabila seorang wanita direjam kerana berzina,” katanya.

Mohd Asri berkata, setakat ini hanya Arab Saudi yang berjaya melaksanakan enakmen undang-undang Islam itu.

Beliau berkata, pelaksanaan hudud memerlukan persediaan yang rapi supaya apa yang dilaksanakan nanti tidak dipertikai oleh mana-mana pihak.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 17 November 2013

Kembalinya gerakan LGBT?

Prinsip-prinsip Yogjakarta merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. - Gambar hiasan

Pada 7 Mac 2012, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan suatu panel perbincangan berkenaan "Diskriminasi dan Keganasan berdasarkan

Orientasi Seksual dan Identiti Gender" yang berlangsung sebagai sebahagian acara tahunan sesi ke 19 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Panel tersebut telah mendapat bantahan daripada Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender (SOGI) yang asing di dalam "bahasa" dan "penerimaan nilai-nilai sejagat" berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual, serta dengan jelas menolak sebarang usaha untuk menjadikan orientasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) sebagai nilai yang sepatutnya diterima semua negara anggota PBB sebagai sebahagian dari hak-hak asasi manusia sejagat.

Percubaan panel tersebut banyak mendapat inspirasi awal dari Prinsip-prinsip Yogjakarta (Yogyakarta Principles), yang merupakan satu set prinsip berhubung orientasi seksual dan identiti jantina yang diwujudkan dengan hasrat untuk memohon piawaian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa bagi menangani penyalahgunaan kuasa hak asasi manusia golongan LGBT, dan isu-isu antara seks (intersexuality). Prinsip-prinsip tersebut telah dihasilkan pada satu mesyuarat antara Suruhanjaya Juri Antarabangsa , Perkhidmatan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia dan pakar-pakar hak asasi manusia dari seluruh dunia di Universiti Mada di Pulau Jawa pada 6 hingga 9 November 2006.


Dokumen penutup "mengandungi 29 prinsip yang didakwa diterima dengan sebulat suara oleh pakar-pakar bersama dengan cadangan kepada kerajaan, institusi-institusi antara kerajaan daerah, masyarakat awam dan PBB sendiri" dinamakan sempena Yogyakarta, wilayah paling kecil Indonesia (tidak termasuk Jakarta) yang terletak di pulau Pulau Jawa. Prinsip-prinsip ini belum diterima oleh negara-negara dalam satu perjanjian, maka secara kendiri, ia bukan bahagian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang mengikat secara sah, walaupun prinsip-prinsip tersebut bertujuan bertindak sebagai bantuan penafsiran terhadap perjanjian hak asasi manusia.

Antara 29 penandatangan prinsip-prinsip adalah Mary Robinson, Manfred Nowak, Martin Scheinin, Elizabeth Evatt, Philip Alston, Edwin Cameron, Asma Jahangir, yang kesemuanya berhasrat supaya prinsip-prinsip Yogyakarta harus diterima sebagai standard sejagat, mengesahkan standard undang-undang antarabangsa yang mengikat yang mana semua negara mesti patuhi. Walaubagaimanapun, beberapa negara anggota khususnya negara-negara OIC telah menyatakan keraguan mereka terhadap pandangan tersebut.

Prinsip-prinsip tersebut, selain dari mencetuskan Resolusi 17/19 PBB berhubung hak-hak LGBT, telah menjadi sebahagian perkara yang dinyatakan di dalam Laporan Gabungan NGO Malaysia (COMANGO) bertarikh 11 Mac 2013 yang dijadikan asas semakan rekod Hak Asasi Manusia Malaysia pada 24 Oktober 2013 yang lalu. COMANGO telah secara khusus menuntut supaya seksyen 377A Kanun Keseksaan dihapuskan, selain mengesyorkan Malaysia menurut prinsip-prinsip Yogyakarta. Kesan jangka panjang tuntutan ini, yang berselindung di sebalik istilah 'diskriminasi minoriti', ialah untuk membolehkan perkahwinan sesama jenis dijalankan di Malaysia tanpa sebarang halangan undang-undang atau kawalan moral.


Berselindung

Ternyata prinsip-prinsip Yogyakarta ini merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. Bagi negara-negara OIC khususnya, bantahan yang dinyatakan melalui surat bertarikh 14 Februari 2012 tersebut menggambarkan kegusaran yang mendalam terhadap usaha-usaha agresif untuk mengiktiraf secara terbuka hak-hak yang berlawanan dengan fitrah semulajadi manusia. Hal ini demikian oleh kerana negara-negara Islam sedar bahawa tuntutan terhadap hak-hak sedemikian melampaui garis normal kemanusiaan yang akhirnya akan membawa pada kebinasaan tamadun manusia.

Amaran Qurani yang sangat jelas seperti pembalasan yang dikenakan terhadap kaum Nabi Luth a.s yang mengingkari panduan hubungan manusia secara sejahtera menjadi peringatan yang tetap relevan hingga ke akhir zaman.

Melalui Kumpulan Negara-negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, Malaysia telah pun menyatakan undian bantahan terhadap Resolusi 17/19 berkenaan hak-hak LGBT. Malaysia sendiri menghadapi arus kempen yang kuat di dalam negara yang menunjukkan bibit-bibit sokongan terhadap hak-hak LGBT ini telah pun dipengaruhi prinsip-prinsip Yogyakarta.


Sebagai contoh, susulan pengaruh prinsip-prinsip Yogyakarta tersebut juga, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpengaruh di Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW) berhujah undang-undang anti-liwat yang berkuatkuasa di Malaysia sudah ketinggalan zaman (archaic) kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat yang kononnya melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi serta perlu diganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat. Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan prinsip-prinsip Yogyakarta, laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia

Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.

Prinsip-prinsip tersebut juga telah mula mendapat tempat dalam kalangan segelintir NGO Hak Asasi Manusia dan beberapa parti politik di Malaysia. Penganjuran Seksualiti Merdeka misalnya, jelas mendapat inspirasi dari usaha-usaha di peringkat global untuk mendapatkan "hak dan pengiktirafan" bagi golongan LGBT, atas dasar kononnya teguran atau tindakan untuk memandu golongan ini disifatkan sebagai "diskriminasi" dan "tekanan sosial' terhadap mereka. Mereka juga merasakan sepatutnya dibenarkan untuk bebas memilih orientasi seks, meskipun orientasi tersebut berlawanan dengan fitrah keagamaan dan kacamata ketamadunan manusia.

Malaysia seharusnya memimpin usaha menentang perkembangan yang sangat berbahaya ini. Sehingga kini, sebanyak 14 negara di dunia yang telah mengiktiraf dan mempunyai undang-undang perkahwinan sejenis. Seperti yang dilaporkan agensi Reuters, 13 November baru-baru ini menyaksikan Hawaii menjadi negeri terkini di dalam Amerika Syarikat yang mengiktiraf perkahwinan sejenis apabila gabenornya Neil Abercrombie menandatangani rang undang-undang untuk mengesahkan keizinan tersebut. Ternyata Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan masalah yang sangat serius yang bakal menghancurkan sisa-sisa kemanusiaan yang masih ada padanya.


Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, Malaysia perlu terus mengekalkan kedaulatannya dengan tidak tunduk terhadap tekanan antarabangsa melalui penerimaan terhadap prinsip-prinsip Yogyakarta dan lain-lain instrumen yang digunakan untuk menerbitkan hak-hak songsang mereka yang berjuang di sebalik gagasan hak asasi manusia sejagat. Peranan Islam sebagai agama negara dan tugas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam berdasarkan sumpah jawatan pada Jadual Keempat, Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan, ditambah dengan penerimaan prinsip-prinsip Rukun Negara yang jauh sekali menerima hak dan aktiviti songsang seperti yang dituntut golongan LGBT ini, sepatutnya menzahirkan keunikan dan kemampuan Malaysia untuk mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat tanpa mengorbankan nilai agama, budaya setempat dan realiti negara. Malah hal ini adalah seperti mana yang telah dipersetujui bersama melalui Persidangan Hak Asasi Manusia 1993 di Vienna berkenaan kepentingan mengambil kira faktor-faktor tersebut di dalam menuntut sesebuah negara untuk patuh dengan hak-hak asasi manusia sejagat.

Secara khususnya, pada bulan Mac depan, kerajaan Malaysia perlu tegas menolak beberapa syor negara-negara seperti Jerman, Belanda dan Austria yang mahukan Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat dan mengiktiraf hak-hak LGBT, sebagaimana yang dizahirkan di antara 232 syor-syor pada sesi UPR baru-baru ini. Malaysia perlu meneruskan sikap dan pendirian konsisten menolak pengiktirafan hak-hak LGBT sebagaimana yang telah ditegaskan ketika menolak Resolusi 17/19 PBB dan ketika menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada November tahun lepas.

Selain itu, wujud keperluan segera untuk Malaysia memulakan gerakan menghapuskan prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang sangat berbahaya terhadap kelangsungan tamadun kemanusiaan. Malah, gerakan ini sangat mendesak oleh kerana prinsip sedemikian, tanpa ramai yang menyedari, telah dimaktubkan di negara Islam terbesar di dunia, Indonesia yang juga merupakan jiran terdekat rumpun melayu-Islam dan negara anggota OIC.-UMO

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 15 November 2013

Polis buru rakan subahat?

Rakan subahat yang dikenali dengan panggilan Joemar.

Penangkapan suspek utama kes rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, di Kota Tinggi, Johor semalam membongkar penglibatan seorang lagi rakyat Indonesia yang dipercayai menjadi perancang utama kejadian pada 23 Oktober lalu itu.

Suspek pengawal keselamatan yang ditangkap di Kampung Belungkor semalam tidak bertindak seorang diri sebaliknya mempunyai seorang rakan subahat yang dikenali dengan panggilan Joemar. Sila baca di sini.

Joemar dikatakan berasal dari Indonesia yang bekerja di negara ini dan hasil siasatan mendapati, lelaki ini menjadi perancang dalam kejadian itu serta menyimpan sebahagian besar wang tunai yang dirompak suspek.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Joemar merupakan suspek yang sebelum ini tidak dapat dikesan penglibatannya dalam kes itu, namun hasil siasatan terhadap suspek utama, lelaki terbabit memainkan peranan besar dalam rompakan berkenaan.

Katanya, sehingga kini Joemar masih bebas dan polis sedang berusaha mengesan identiti dan lokasi sebenarnya.

"Kita belum dapat memastikan sama ada rakan subahatnya ini berada di dalam negara atau tidak tetapi polis sedang berusaha untuk mengesan lokasinya.

"Malah ketika suspek utama ditahan semalam, polis tidak menemukan sebarang wang tunai yang dirompak dalam kejadian pada 23 Oktober lalu dan kita percaya wang itu ada pada lelaki bernama Joemar ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di sini hari ini.

Semalam, pengawal keselamatan yang bertanggungjawab membunuh pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, ditahan polis selepas genap 19 hari bersembunyi.


Bagaimanapun ketika ditahan, polis difahamkan tidak menemui wang hasil rompakan bank itu wang rompakan RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu. Polis sebelum ini merampas wang berjumlah RM20,000 selepas menahan tiga suspek termasuk isterinya.

Mengulas tentang siasatan terhadap suspek utama yang baru ditahan semalam, Khalid memberitahu, nama sebenar lelaki itu adalah Loade Ardina Loade Rasila, berusia 35 tahun dan bukannya bernama Ardi Hamza, 37, seperti yang terdapat di dalam kad pengenalannya.

Katanya suspek juga berasal dari sebuah daerah di Sulawesi, Indonesia.

"Ketika ini polis sedang menyiasat penjualan kad pengenalan palsu itu dan menerusi maklumat daripada suspek, dia telah membeli kad itu daripada seorang lelaki Indonesia yang sememangnya berniaga kad pengenalan palsu.

"Kami juga dapati dia membeli kad itu di negara ini. Malah kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengetahui identiti sebenar suspek," katanya.

Tambah Khalid, setakat ini seramai 12 individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Wasabi Oyabun..