Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 20 Julai 2012

Krisis air: NGO sifatkan Kerajaan Selangor keterlaluan!



Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM) menyifatkan tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) sebagai keterlaluan kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan rakyat di Selangor tetapi juga di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Presidennya, A. Prakash berkata, alasan kerajaan negeri untuk menstruktur semula industri air di negeri ini dan bercadang mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) juga tidak praktikal kerana ia tidak akan menyelesaikan krisis bekalan air terawat yang sedang berlaku.

"Kita (PKIM) berpandangan jika proses pengambilalihan Syabas berlaku, ia akan memakan masa yang lama. Akhirnya usaha untuk menangani krisis bekalan air terawat akan tertangguh.

"Lebih baik kerajaan negeri bekerjasama dengan syarikat itu ke arah peningkatan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada masa sama, Prakash turut mencabar kerajaan negeri mengemukakan pelan serta rancangan mereka berhubung cadangan mengambilalih pengurusan Syabas yang setakat ini belum dinyatakan oleh kerajaan negeri.

Jelasnya, pelan atau perancangan itu perlu kerana ia melibatkan kepentingan awam dan harus dikemukakan bersama-sama langkah kerajaan negeri untuk menangani krisis bekalan air terawat yang kini melanda Selangor.

"Rakyat Selangor mahukan pelan konkrit seperti projek pembinaan Langat 2 yang dijangka dapat mengatasi masalah bekalan air bersih yang dilaporkan sehingga 2025," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badrudin ketika dihubungi kesal dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah sengaja menyulitkan usaha menangani masalah bekalan air terawat di Lembah Klang dengan tidak membenarkan pembinaan Langat 2.

Katanya, krisis bekalan air terawat yang melanda kini sebenarnya mudah diselesaikan sekiranya kerajaan negeri meluluskan arahan pembangunan projek tersebut.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan