Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 6 Julai 2012

Dua tahun berlalu...mana janji Selangor nak bentang Kertas Putih hutang Talam!



Mana Kertas Putih dijanjikan atau kerajaan negeri ada udang di sebalik batu dalam isu transaksi kerajaan PKR Selangor dengan syarikat Talam? Itu pertanyaan Pemuda MCA Pusat sambil mencabar kerajaan Selangor mendedahkan kesemua asset syarikat itu yang dibeli, cara penilaian atau asas-asas yang digunakan untuk melakukan pembelian tersebut yang didakwa babitkan transaksi RM1 bilion.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pada Selasa berkata, pada 11 julai 2010, Selangor berjanji membentangkan kertas Putih mengenai langkah pengutipan semula hutang daripada Talam.

“Mereka menyebut kertas putih itu akan dibentangkan pada hujung tahun tetapi hingga hari ini, kita masih menunggu kertas putih tersebut.Adakah terdapat unsure-unsur udang di sebalik batu dalam isu ini menyebabkanpembentangan kertas itu ditangguh,” katanya.

Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga anak kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,berkata, kerajaan negeri mesti menerangkan kepada rakyat mengenai pembelianaset berjumlah RM676 juta dan penggunaan peruntukkan sebanyak RM392 jutamenjadikan transaksi bernilai RM1 bilion penuh tanda tanya.


Menurut beliau, Talam berhutang dengan kerajaan Selangor sebanyak RM392 juta dan bagi memperolehi semula wang itu, kerajaan negeri mendapatkelulusan Dewan Undangan Negeri pada 2009 menerusi bajet tambahan.

“Kerajaan negeri mendakwa berjaya mengutip semula hutang.Bagaimanapun, berdasarkan laporan tahunan terkini Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), kerajaan negeri masih berhutang RM115 juta,” katanya.

Pecahan hutang Talam RM392 juta babitkan anak syarikat kerajaan negeri iaitu PNSB dan Unisel sebanyak RM277 juta manakala KHSB RM115 juta.

Chua berkata, jika Unisel sudah mendapat semula hutang dari Talam, universiti itu tidak perlu mengumumkan akan menjual asset RM30 jutauntuk bantu pelajarnya yang dibekukanpinjaman PTPTN.

Selain itu katanya, daripada mahu mengutip semula hutang RM392 juta, kerajaan negeri telah membeli asset tsmbahan RM284 juta bagi membantu Talam.

“Ini jelas satu tindakan untuk menyelamatkan atau ‘bail out’syarikat Talam dengan menggunakan wang rakyat untuk membantu syarikat senaraian awam dengan membeli assert-asetnya,” tegas Chua.

Kesimpulannya kata beliau, anak syarikat kerajaan negeritidak menerima sebarang wang daripada langkah mengutip hutang RM392 juta sebaliknya kerajaan negeri telah membeli asset RM676 juta untuk menyelamatkan Talam. -Agendadaily

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan