Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 27 Jun 2010

Pakatan singkir MB hanya 'mainan wayang'!

Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menyifatkan dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar hanyalah satu 'permainan wayang' PKR.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, apa yang berlaku sebenarnya bukan berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli Parlimen terbabit terhadap tindakan Abdul Khalid melantik Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Faekah Husin untuk mengisi jawatan Setiausaha Politiknya.

Sebaliknya, menurut beliau, rancangan mendesak Abdul Khalid meletak jawatan adalah disebabkan kehendak mereka untuk mendapatkan projek tertentu di Selangor tidak dipenuhi Menteri Besar terbabit.''Itu adalah punca mereka tidak berpuas hati sehingga wujud pakatan mahu Abdul Khalid berundur.''Berkenaan pelantikan Faekah yang menimbulkan perbalahan, itu hanyalah mainan wayang.''Selangor negeri maju dan mereka seakan mahu merebut apa sahaja demi mengumpul kekayaan peribadi,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen PKR yang mahu menyingkirkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar.Pakatan itu dikatakan wujud ekoran rasa tidak puas hati atas tindakan Abdul Khalid yang melantik Faekah untuk mengisi jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar tanpa berbincang dengan Biro Politik PKR termasuk beberapa pemimpin lain dalam parti pembangkang itu.

Difahamkan, Biro Politik PKR telah mencadangkan nama individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan sebaliknya ditolak oleh Abdul Khalid lalu meletakkan Faekah untuk mengisi jawatan tersebut.Mengulas lanjut, Ramlan berkata, isu mengenai wujudnya pakatan terbabit sudah lama diketahui dan dibangkitkan oleh Reformis.

Namun, jelasnya, perkara berkenaan telah dinafikan oleh kalangan pemimpin PKR.Beliau turut mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang dilihat gagal melakukan sebarang perubahan terhadap negeri berkenaan.

Sementara itu : Ahli tolak kepimpinan MB Khalid

Kemelut dalaman PKR di Selangor sehingga wujud apa yang didakwa komplot untuk menggulingkan MB Khalid Ibrahim membuktikan kelemahan ketara pentadbiran Abdul Khalid di negeri itu. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar berkata, senario politik negeri ini yang dilihat 'semakin menarik' memberi mesej kepada MB Khalid bahawa kepimpinannya sudah di tolak bukan sahaja di kalangan pemimpin PKR tetapi juga rakyat negeri itu.

Ia sebagai satu mesej jelas kepimpinan Abdul Khalid sebenarnya telah di tolak dan Menteri Besar itu perlu mengakui hakikatnya. Banyak perkara yang diabaikan Khalid dalam memerintah Selangor yang sibuk mencampuri urusan orang lain seperti isu Kampung Baru daripada bertindak membela rakyat negeri itu.

Noh Omar juga berkata, Selangor sebenarnya di perintah oleh parti yang lemah dan sukar untuk bergabung bagi memerintah negeri Selangor.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 20 Jun 2010

Kenapa DAP beria-ria mahukan PRK Batu : Adakah DAP mahu Zaid ganti Anwar?

DAP didakwa memulakan langkah untuk mencari pemimpin baru untuk memimpin pakatan pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin akan dihukum penjara kerana kes liwat.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, calon utama yang disokong serta dipromosikan oleh DAP sebagai Ketua Pembangkang yang baru ialah Datuk Zaid Ibrahim.

Dakwa Zulkifli, ini kerana Zaid dilihat mempunyai perwatakan yang sama dengan Anwar iaitu liberal serta tidak tebal semangat Islam dan kemelayuannya. “Sebab itulah seorang pemimpin pakatan dari DAP mahukan seorang ahli Parlimen daripada parti itu mengosongkan kerusinya.

“Dalam hal ini timbullah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berpendapat Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua hilang kelayakan serta satu pilihan raya mesti diadakan.

“DAP melihat inilah peluang sekali lagi untuk menobatkan Zaid jika kerusi Parlimen Batu dikosongkan. Ini bagi memberi laluan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi ahli Parlimen,'' dakwanya dalam entri terbaru di dalam blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com.

Dakwa Zulkifli, beliau juga mendapat maklumat, jika ada ahli Parlimen yang disabit kesalahan yang boleh membatalkan kelayakan, maka eloklah kerusi itu dikosongkan.

Sebab itulah, dakwa Zulkifli lagi, Karpal mengeluarkan pendapat bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan dan kerusi Parlimen Batu mesti dikosongkan.

“Apakah Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N. Gobalakrishnan akan terpaksa mengosongkan kerusinya? Yang pastinya Gobalakrishnan juga telah dihukum dengan hukuman yang boleh membatalkan kelayakan beliau sebagai ahli Parlimen.

“Malah tersebar bisik-bisik di kalangan mereka kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid dan Khalid memberi tumpuan kepada Selangor,” dakwanya.

Beliau mendakwa, DAP membuat perkara ini memandangkan mereka sebenarnya tahu Anwar akan dihukum penjara atas pertuduhan liwat dan kali ini hukuman lebih lama dari tempoh enam tahun iaitu hukuman yang telah dijalani sebelum ini.

Dakwanya, DAP perlu menyokong Zaid memandangkan pakatan tidak mempunyai alternatif lain di mana Pas tidak boleh menerima kepimpinan Lim Kit Siang yang mempunyai paling ramai ahli Parlimen iaitu 28 orang.

Beliau turut mendakwa, DAP juga tidak boleh menerima sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Kalau adapun alternatif ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali tetapi Pas dan DAP tidak pernah terfikir pun pakatan itu akan dipimpin oleh Azmin kerana usianya yang masih muda walaupun beliau berkaliber.

“Calon yang boleh diterima oleh DAP serta Pas ialah Zaid yang merupakan anak emas kepada DAP untuk menggantikan Anwar dan kehendak parti itu mesti dituruti kerana mereka yang dominan dalam pakatan sekarang,” dakwanya.

Zulkifli juga mendakwa, memang menjadi stail kepimpinan pakatan terutama di kalangan firaun-firaun kecil yang mahu setiap masa ada isu demi survival politik dan dengan lebih banyak pilihan raya kecil lebih baik bagi mereka.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 19 Jun 2010

Apabila Karpal Kapla Pusing : Tian Chua patut digugur sebagai Ahli Parlimen!

Satu persoalan telah timbul sama ada pemimpin pembangkang, Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen Batu selepas Mahkamah Tinggi semalam mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, kerusi Parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.

Karpal berkata, mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Karpal yang juga seorang peguam memberitahu media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bahawa pada 1975, Ahli Parlimen DAP, Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu selepas dia dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Tian Chua bertegas bahawa anak guamnya masih kekal sebagai Ahli Parlimen dan hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf.

Hakim Datuk Ghazali Cha ketika mendengar rayuan Tian Chua, mengetepikan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 yang dijatuhkan Mahkamah Majistret pada Oktober tahun lepas dan menggantikannya dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata, Tian Chua mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika hukuman terdahulu dilaksanakan dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan. Amer Hamzah berkata, dalam kes Leong Yin Ming pada 1993, Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa perkataan 'tidak kurang lima tahun' bermaksud lima tahun dan sehari, dan ini boleh diguna pakai dalam kes Tian Chua.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya setelah penyandangnya disabitkan kesalahan dan denda oleh mahkamah, akan hanya diputuskan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata, perkara itu termaktub dalam Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan bahawa pejabat Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa bagi menentukan status sesebuah kerusi Parlimen berkenaan.

Perkara 53 (1) menyebut: ''Jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan, soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis Parlimen dan keputusan itu adalah muktamad.''

''SPR hanya menunggu notifikasi atau pemakluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya. Buat masa ini, SPR tidak mengambil apa-apa tindakan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA

Wasabi Oyabun

Selasa, 15 Jun 2010

Pelik tapi benar : Nik Aziz anggap Anwar layak jadi Mursyidul Am!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau akan menolak jika ada tawaran untuk berada pada jawatan tertinggi dalam teraju pakatan pembangkang.

Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak untuk berada di jawatan tersebut kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran dan 'lulus ujian'.

"Kalau saya diberi peluang, saya nak beri jawatan saya (Mursyidul Am) kepada Anwar kerana Anwar ini jenis orang yang lalui segala tahap peperiksaan. "Allahyarham Fadzil Noor telah cadang Anwar masa dia masih hidup lagi, ketika zaman Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Anwar telah lalui pelbagai dugaan fizikal dan moral.

''Beliau lepas segala cubaan ini, orang ini paling layak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11 di sebuah hotel di sini hari ini. Turut hadir, Presiden persatuan tersebut, Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff.

Simposium yang bertemakan keseimbangan biologi ke arah kelestarian hayat itu diadakan selama tiga hari bermula semalam dan disertai seramai 250 ahli akademik serta mahasiswa dari seluruh institut pengajian tinggi.

Pada Muktamar Tahunan Pas Ke-56 yang berakhir semalam, perwakilan dari Perlis, Wan Kharizal Wan Hazim mencadangkan Nik Abdul Aziz dilantik sebagai 'Mursyidul Am' bagi pakatan pembangkang kerana kewibawaan dan kejayaannya mentadbir Kelantan selama 20 tahun.

Di dalam hierarki Pas, Mursyidul Am adalah jawatan bukan eksekutif yang tertinggi, berfungsi sebagai penasihat kepada semua perjalanan atau keputusan yang diambil oleh parti itu. Menteri Besar Kelantan itu dikatakan wajar diberi kedudukan yang lebih tinggi kerana kepimpinannya diterima pelbagai pihak dalam komponen pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut menegaskan cadangan itu tidak pernah dibincangkan malah mempertikaikan laporan media kerana tersalah tafsir kenyataan Wan Kharizal.

Pelik..pelik..macamanalah Anwar yang menolak untuk menegakkan negara Islam di Malaysia boleh dijadikan rujukan oleh Nik Aziz untuk menjadi " Mursyidul Am " Pakatan Haram..!!!

Wasabi Oyabun..

Ahad, 13 Jun 2010

MB Selangor tak bimbang dokumen urus niaga pasir hilang!

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berkata kehilangan dokumen penting berkaitan urus niaga pasir di negeri itu bukan masalah besar kerana salinannya masih boleh diperolehi menerusi sistem pengkomputeran. Beliau berkata kandungan dokumen berkenaan juga boleh didapati menerusi audit secara fizikal ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), iaitu pemegang konsesi perlombongan pasir di negeri itu.

"...tak timbul masalah. Saya anggap ini (kehilangan dokumen) sebagai satu perbuatan jenayah. Kita kena buat sesuatu agar perkara itu tidak berulang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Abdul Khalid diminta mengulas laporan polis yang dibuat seorang pegawai Jabatan Tanah dan Galian semalam berkenaan kehilangan dokumen berkenaan daripada pejabatnya di tingkat empat bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pegawai terbabit sedang membuat siasatan dalaman berhubung aktiviti urus niaga pasir di negeri itu. Mengulas lanjut, Khalid berkata kehilangan dokumen juga adalah perkara biasa di mana-mana tempat kerja.

Isu urus niaga pasir di Selangor mendapat perhatian selepas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mendakwa terdapat unsur rasuah dan penyelewengan di KSSB yang juga anak syarikat kerajaan negeri.

Bagaimanapun Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang menyiasat dakwaan berkenaan tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan KSSB dengan unsur rasuah.

Komen : Agak pelik apabila seorang MB berkata kehilangan dokumen penting di pejabat SUK sendiri adalah perkara biasa? Mungkin ada sesetengah dokumen itu adalah bukti bertulis yang mana tidak boleh didapati semula melalui sistem pengkomputeran. Jika dibuat audit secara fizikal pun, adakah ia masih boleh dipercayai apabila segala bukti-bukti penting telah di musnahkan. Bagaimana Selcat boleh berkata tidak menemui sebarang bukti yang KSSB terlibat dengan unsur rasuah jika semua bukti-bukti penting sudah hilang?

Wasabi Oyabun

Selasa, 8 Jun 2010

Rumah urut berleluasa – Dasar libreal kerajaan negeri rancakan maksiat!


Kemunculan pusat urut di merata kawasan di Selangor terutama sejak dua tahun lalu yang mengeksploitasi ramai wanita warga asing mengundang persoalan mengenai apa yang sedang berlaku di negeri itu yang sudah mencapai status negeri maju.

Jumlah pusat urut begitu banyak sehingga menyebabkan ada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri tidak tahu jumlah sebenar pusat urut di kawasan masing-masing. Realitinya hanya tiga PBT iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang sanggup mendedahkan jumlah sebenar rumah urut berlesen di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan jumlah rumah urut haram, pegawai MPSp dan MPAJ enggan memberikan sebarang butiran. Itu belum dikira lagi pendedahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kewujudan kira-kira 4,500 pusat hiburan di Selangor yang ada di antaranya menawarkan khidmat urut.

Banyak pihak percaya dasar liberal kerajaan negeri dalam pengeluaran lesen pusat urut menjadi punca kegiatan tersebut berleluasa berbanding sebelum ini. Tinjauan wartawan Kosmo! di beberapa lokasi seperti Kota Damansara, Petaling Jaya, Kajang, Ampang, Selayang, Subang dan Puchong mendapati kelemahan penguatkuasaan sebagai punca utama kewujudan pusat-pusat urut baru.

Jangan terkejut jika ada pusat urut di Selangor ketika ini beroperasi seawal pukul 10 pagi dan masih menerima pelanggan sehingga pukul 12 tengah malam. Malah tinjauan di Bandar Sunway mendapati terdapat beberapa premis beroperasi sehingga pukul 3 dan 4 pagi sama seperti operasi kelab malam dan karaoke.

Lebih mengejutkan, terdapat juga rumah urut yang beroperasi tanpa papan tanda, malah cara perkhidmatannya tidak ubah seperti rumah pelacuran.- Kosmo

Sementara itu : Bendung pusat judi, urut di Selangor - Perkasa

Anggota Exco kerajaan negeri yang beragama Islam digesa bersuara dan memainkan peranan sepatutnya dalam membendung aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa di negeri ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, anggota Exco terlibat seharusnya menggunakan kelebihan yang ada untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap sebarang dasar atau keputusan membabitkan pemberian lesen pusat-pusat berkenaan.

''Exco beragama Islam yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan negeri perlu lakukan sesuatu, bukannya sekadar tunduk dan akur terhadap keputusan sebelah pihak sahaja sehingga tidak memberikan manfaat terhadap pembangunan sosial rakyat.

''Walaupun perkara seperti pusat judi, rumah urut, pusat hiburan dan penjualan arak bukan di bawah portfolio mereka, sebagai pemimpin negeri, mereka perlu bersuara dan melaksanakan tanggungjawab," katanya di sini baru-baru ini.

Tambah Abdullah, meskipun pihaknya kesal dengan sikap pentadbiran kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang yang seperti 'melepaskan batuk di tangga', pihaknya berharap Exco yang beragama Islam dapat memainkan peranan mereka.

Menurutnya, ketika ini Selangor mempunyai lebih daripada 4,500 premis perjudian dan rumah urut di serata negeri. Jumlah itu katanya, mungkin lebih besar lagi sekiranya mengambil kira premis-premis perjudian dan urut yang beroperasi secara haram.

Beliau berkata, premis-premis berkenaan turut membuka ruang khususnya kepada belia Islam untuk terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang akhirnya akan memusnahkan hidup dan masa depan mereka.


Wasabi Oyabun..

Jumaat, 4 Jun 2010

Pemuda UMNO lapor polis, Anwar sifatkan hakim ‘bahalol’!

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menghina dan membuat tuduhan jahat terhadap institusi kehakiman negara apabila menggelarkan hakim yang mengadili kes beliau sebagai ‘bahalol’.

Laporan polis itu dibuat oleh setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 4 petang ini.

Megat Firdouz berkata, laporan itu dibuat kerana pihaknya mendapati kenyataan Anwar seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 dan 31 Mei lalu adalah subjudis kepada kes beliau yang sedang dibicarakan.

“Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, Anwar tidak sepatutnya membawa sistem kehakiman sebagai bahan tohmahan di pentas politik dengan meracuni fikiran rakyat. “Saya juga percaya Anwar mempunyai niat jahat yang sengaja dilakukan untuk menghasut dan menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap sistem kehakiman negara,” katanya selepas membuat laporan tersebut di sini hari ini.

Pada 29 Mei lalu, Anwar dilaporkan membuat kenyataan mengejut dengan menggambarkan hakim yang mengadili perbicaraan tuduhan liwatnya sebagai ‘bahalol’ ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kota Bharu, Kelantan.

Anwar turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai ‘rosak dan punah’ serta masih gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak. Megat Firdouz menambah, kenyataan jahat Anwar yang merupakan seorang pemimpin atasan tidak boleh dipandang mudah oleh pihak berkuasa.

“Kami mahu pihak polis bertindak tegas terhadap laporan ini kerana bimbang orang ramai juga turut bertindak seperti Anwar selepas ini. “Jika terus dibiarkan, di mana kita hendak letak maruah institusi kehakiman selepas ini,” soal beliau.

Wasabi Oyabun..