Isnin, 2009 November 23

Anwar..Oh..Anwar!

Tertipu ‘lakonan’ Anwar

Tertipu dengan ‘lakonan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim antara punca utama kenapa semakin ramai wakil rakyat dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti mahu pun meletak jawatan. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, pelbagai kaedah telah digunakan oleh Penasihat PKR itu untuk meyakinkan penyokongnya sehingga sanggup menipu dengan mendakwa ada pihak yang mahu membunuhnya.

Katanya, penipuan tersebut dilakukan oleh Anwar sehari selepas bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada Jun tahun lepas bahawa beliau telah diliwat oleh ketuanya itu. “Rakyat tak perlu hairan kenapa ramai wakil rakyat dan pemimpin PKR keluar parti atau letak jawatan. “Mereka semua merasa malu dan tertipu dengan Anwar yang pandai ‘main wayang’, bukankah sehari selepas Mohd. Saiful buat laporan telah diliwat, Anwar dakwa ada orang mahu bunuhnya padahal tiada apa pun yang berlaku selepas itu,” katanya.

Anwar membuat dakwaan itu bagi menjelaskan kenapa beliau terpaksa berlindung di Kedutaan Turki selepas Mohd. Saiful Bukhari membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini. Dua hari selepas itu, Anwar kemudiannya bersetuju keluar selepas satu kenyataan jaminan keselamatan dihantar ke Kedutaan Turki oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada hari yang sama. Dalam tempoh sebulan lalu, beberapa pemimpin tertinggi dan seorang wakil rakyat PKR meletak jawatan dan keluar parti.

Senario itu menyaksikan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Christina Liew yang meletak jawatan, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar parti. Pada 23 Ogos lalu ADUN Lunas, Mohd. Radzhi Salleh juga bertindak meninggalkan PKR. Zamil berkata, para penyokong PKR perlu merenung perkembangan yang berlaku dalam parti itu kebelakangan ini dan bukannya memberi sokongan membuta tuli.

Katanya, sebagai pemimpin yang berada dalam PKR, golongan yang keluar parti atau meletak jawatan itu lebih sedar apakah yang sedang berlaku. “Tapi nampaknya penyokong ini tidak sedar-sedar termasuklah masih menganggap dakwaan Anwar bahawa nyawanya terancam adalah sesuatu yang benar,” katanya.

Anwar dakwa polis ikut telunjuk UMNO batalkan ceramahnya

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim mendakwa pihak polis mengikut telunjuk UMNO apabila ceramah yang dihadirinya di Kulai, Johor semalam terpaksa dibatalkan. Katanya, alasan pihak polis terhadap pembatalan ceramah anjuran pakatan pembangkang negeri itu tidak masuk akal. "Tidak wajar polis mengikut telunjuk UMNO dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap," katanya di dalam blog http://anwaribrahimblog.com.

Katanya lagi, ceramah yang turut dihadiri oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng terpaksa dibatalkan kerana permit yang dikeluarkan ditarik balik. Ia berikutan bantahan daripada kira-kira 30 orang ahli Pemuda UMNO. Menurutnya, beliau hanya sempat menyampaikan ceramah selama 10 minit sebelum semua yang hadir bersurai. "Nyata alasan ini tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran UMNO, maknanya ia akan dibatalkan?'' soalnya.

Anwar amal sikap double standard dalam sesuatu isu

Tempoh yang panjang diambil oleh mahkamah untuk menyelesaikan sesuatu kes dijadikan modal oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim bagi menutup sebarang isu yang dihadapinya. Tindakan saman juga merupakan senjata Anwar untuk menutup mulut sesiapa saja yang membuat tuduhan terhadapnya termasuk bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakarupan.

Beliau tahu mahkamah ambil masa panjang untuk selesai kes. Justeru, sesiapa yang buat tuduhan terhadapnya akan disaman bagi menutup sementara isu itu. Pada 16 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaan bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd. (Magnum). Antara butiran yang perlu diserahkan dalam masa 14 hari itu adalah tarikh transaksi RM60 juta dibuat, siapa yang memberikannya dan tempat duit itu diserahkan.

Tindakan Anwar juga jelas menunjukkan betapa beliau seorang yang mengamalkan sikap double standard dalam sesuatu isu. Dari satu sudut, mahkamah digunakan untuk menghalang mereka yang menuduhnya, tetapi apabila berdepan dengan tuduhan daripada Saiful Bukhari Azlan, beliau pertikai pula mahkamah dan berusaha melengahkan perbicaraan. Apa kono engkau ni Anwar!!! Betul-betullah kamu ni Raja Putar Alam..!!

Wasabi Oyabun

Ahad, 2009 November 22

Agenda Anwar di Selangor!

Apakah ada agenda di sebalik perlantikan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor?

Bagaimana pula dengan kapasiti “penasihat de facto Menteri Besar Negeri Selangor?” Apakah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan menjadi “Menteri Besar boneka” Selangor? Suatu ketika dulu, Anwar pernah mengakui didalam media perdana bahawa wujud dan berlakunya krisis dalaman di dalam PKR dan PR. Perlantikan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor dilakukan dalam keadaan PKR dan PR dilanda krisis. Krisis apa yang melanda PKR dan PR? Adakah krisis ekonomi atau krisis politik? Atau kedua-duanya sekali.

Seandainya krisis yang dialami oleh PKR dan PR adalah krisis ekonomi dan politik maka PKR dan PR akan bakal berhadapan dengan hakisan kepercayaan daripada rakyat negeri Selangor. Raja Petra Kamaruddin, juga mengakui bahawa berlaku krisis di dalam Pakatan Rakyat. Berikutan dari kemelut yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat menurut Raja Petra ialah peristiwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang tumbang di tangan Umno/BN dan kemungkinan akan bakal berulang di negeri Selangor.

Ini dikukuhkan lagi dengan ura-ura kerajaan Umno/BN yang diterajui oleh DS Najib untuk merampas semula negeri Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah diantara faktor utama yang membuatkan Khalid Ibrahim menyarankan Anwar diserap masuk untuk mempertahankan Selangor daripada terus dihentam oleh barisan jentera Umno dan Barisan Nasional. Namun, ia memerlukan lebih dari sekadar Anwar Ibrahim untuk menghalang kebangkitan suara rakyat.

Seandainya Anwar Ibrahim benar-benar berperanan sebagai penasihat de facto Menteri Besar negeri Selangor menerusi perlantikannya sebagai penasihat ekonomi maka ia boleh disifatkan sebagai satu penipuan keatas rakyat Selangor dan manipulasi yang terancang ke atas ekonomi negeri itu sendiri. Ia juga akan seterusnya membuktikan bahawa Khalid Ibrahim akan menjadi ibarat tunggul kayu apabila Anwar Ibrahim menguasai ekonomi dan mencatur perjalanan politik negeri Selangor.

Namun, kemampuan Anwar untuk menjadi penasihat ekonomi kepada negeri termaju di negara ini amatlah dipertikaikan. Walaupun Anwar diketahui telah memegang jawatan Menteri Kewangan selama hampir 8 tahun, tetapi Anwar tidak banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah melakukan “kesilapan” didalam membuat keputusan ekonomi yang menyebabkan negara hampir-hampir kecundang ke dalam perangkap ekonomi yang dicaturi oleh petualang ekonomi dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pasti amat malang jika Anwar menggunakan kaedah lama yang terbukti silap di suatu ketika dulu didalam mencaturkan ekonomi Selangor. Jadi, perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi di Selangor pastinya mempunyai agenda disebaliknya. Perlantikan ini bermakna Anwar akan mempunyai direct access didalam hal ehwal Selangor dan juga bakal merubah corak politik di negeri tersebut. Mungkin inilah yang Anwar maksudkan dengan istilah "perang" tempohari.
Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

Ahad, 2009 November 15

Anwar: Ada Orang Halang Bicara Liwat Saya!

Baru-baru ini saya singgah sebentar di blog Anwar Ibrahim, seorang manusia "retorik" yang tak bahis-habis dengan akal "busuk"nya. Setelah rayuannya berhubung kes meliwat saiful Bukhari ditolak oleh sidang Mahkamah, dengan "selamba"nya Anwar mengatakan bahawa "perbicaraan kes mahkamahnya itu dihalang oleh seseorang"! Alangkah terkejutnya saya dengan dakwaan "kaki pembelit no.1 negara" itu. "Statement" apakah ini? Apakah yang cuba disampaikan oleh "pengkhianat bangsa ini"?

Sememangnya selama ini, semua umum tahu bahawa sudah berkali-kali perbicaraan Saiful VS. Anwar ini ditangguh. Dan boleh dikatakan bahawa semua penangguhan kes liwat Anwar part II ini didalangi oleh Anwar sendiri. Pelbagai helah dan taktik digunakan. Bermula dari peristiwa "lari masuk ke dalam Kedutaan Turki", sehinggalah hari ini dengan pelbagai rayuan dikemukakan Anwar melalui peguamnya.

Perbuatan Anwar ini seakan-akan mempermainkan sistem perundangan dan kehakiman negera. Tidak dapat dinafikan bahawa Anwar sememangnya licik dalam perancangannya. Apatah lagi, Anwar sering dibantu oleh "tangan ghaib" yang sanggup membentangkan "karpet merah" padanya!

"Belit" apa yang cuba dimainkan oleh Anwar? Siapa yang cuba menghalang perbicaraan kesnya kali ini? Tun Dr. Mahathirkah? Bukankah Tun sudah kehilangan semua kuasanya? Datuk Seri Najibkah? Bukankah Datuk Seri Najib sudah memberitahu Anwar dirumahnya tempohari bahawa beliau tidak berkuasa dalam mencampuri sistem perundangan? Siapakah gerangan yang menghalang? Pendakwarayakah? Hakimkah? Bukankah selama ini Hakim sering membuat keputusan yang berpihak kepada Anwar sehingga berkali-kali meng"hadiah"kan penangguhan kes kepadanya? Atau peguamnya sendiri yang Anwar maksudkan? Sulaiman sakit dan tak dapat meneruskan kes lagikah? Bukankah Sulaiman sudah menarik diri? Pengawal keselamatan mahkamahkah yang dimaksudkan Anwar? Juri? Pentarjemah bahasa dimahkamah? Siapa yang halang kamu, Anwar? Siapa? Soros? Wilfowitz? Atau Rice?

Saiful Bukhari sudah lama menanti. Sudah "berjanggut" dia menunggu "hari kebenaran". Pelbagai rayuan yang telah diutarakan kepada Anwar untuk tidak lagi menanggih-nangguhkan kes ini. Bukan hanya dari Saiful, bahkan ada ADUN PKR sendiri yang bertindak keluar parti semata-mata kerana tidak yakin dengan status Anwar yang selalu berdolak-dalik untuk menghadapi "muka pengadilan".

ADUN Pelabuhan Klang sudah "bebas" dari belenggu "subahat" Anwar? Apa lagi yang Anwar tunggu? Apakah Anwar menunggu supaya 10 orang lagi ADUN PKR hilang sabar padanya? Semuanya sudah bersedia di pihak Saiful untuk menghadapi Anwar. Hanya menunggu sehingga Anwar "ada telur" sahaja. Itu pun kalau "Bung Anwar punya telur". Kalau "tak punya telur", sampai 2 kali pilihanraya pun belum tentu mahkamah akan bersidang!

Sudahlah Anwar! Tak payahlah Anwar menuding jari kepada sesiapa. Semua rakyat sudah bosan dengan "permainan lidah berbelit" Anwar. Orang yang dimaksudkan Anwar sebagai individu yang menghalang perbicaraan kes ini tidak lain tidak bukan ialah Anwar sendiri. Jika telahan ini salah, kita cabar Anwar supaya mendedahkan siapa "penghalang" yang dimaksudkan. Jika Anwar tidak dedahkan, maka usah beri alasan baru untuk tidak mendedahkan.

Bukankah Anwar selama ini begitu "pakar" di dalam bab "dedah mendedah" ini? Jangan mainkan minda rakyat lagi. Rakyat sudah jelak dan celik dengan "putaran lidah belit sesumpah" seperti Anwar Ibrahim. Hadapilah hakikat ini bahawa Anwar, dengan izin Allah, akan kembali ke dalam penjara dalam keadaan tua, memalukan anak isteri dan keluarga, sekaligus akan merempat sebagaimana peristiwa "mata lebam" beberapa tahun yang lampau! - myKMU

Wasabi Oyabun

Ahad, 2009 November 08

Isteri menangis, suami menggigil!

Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.

Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.

Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.

Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.

Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan.

"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.

"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim. blogspot.com/.

Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan Pas.

Katanya, beberapa tokoh parti yang dihubungi bukan sahaja tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.

Sebaliknya jelas beliau, ia sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata.

"Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi.

"Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik," katanya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, dasar tersebut umpama kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

"Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah dan kita jadikan perkara yang paling dibenci Allah ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah taat setia," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa bai'ah taat setia Pas itu tidak dibuat dalam bentuk lain seperti bersumpah laknat.

Dengan cara itu katanya, semua wakil rakyat diyakini akan berfikir banyak kali sebelum bercadang melompat parti.

"Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?

"Apakah kelak bila menjadi kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa bai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak taat kepada kerajaan," katanya.- UM

Wasabi Oyabun

Sabtu, 2009 Oktober 31

Satu demi satu tinggalkan PKR kerana curiga!

UMPAMA retak menanti belah. Peletakan jawatan bersiri pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengiyakan cakap-cakap tentang keretakan dalam parti itu.

Bukan saja PKR yang dilanda masalah. Rakannya Pas turut dijangkiti sindrom perpecahan. Semuanya itu kononnya berkaitan dengan agenda 'membersihkan' parti.PKR tidak mahu pemimpin yang tidak mendokong agenda parti itu. Lantas tugas wakil rakyat yang dipilih untuk berbakti kepada pengundi dialih kepada orang lain.

Tindakan itu terbukti dalam kes wakil rakyat PKR bagi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang. Badrul Hisham Abdullah keluar daripada parti itu kerana hilang keyakinan terhadap barisan pemimpin PKR. Apakan tidak, ketika mencalonkan Badrul Hisham tidak berbangkit soal masalah kekuatan otak. Namun selepas membantu PKR mendapatkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap beliau.

Adakah calon PKR semasa pilihan raya umum lalu hanya tangkap muat? Adakah mereka tidak perlu diberi mandat untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat? Sebab itu selepas menjadi wakil rakyat, pemimpin tertinggi tidak peduli. Malah mendapat khabar anak buahnya meninggalkan parti, tiada rasa kesal sebaliknya segala kelemahan yang 'dipadamkan' daripada rekod menjelang pilihan raya lalu diungkit semula.

Itu sebahagian daripada masalah di Pelabuhan Klang. Sebahagian lagi punca, kata Badrul Hisham kerana tidak gemar dengan sikap berdolak-dalik penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwatnya. Itu sandiwara dalam PKR. Sandiwara yang bermula dengan keyakinan mahu membentuk kerajaan pada 16 September tahun lalu nampaknya bertukar plot.

Sandiwara mahu menawan wakil-wakil rakyat dari negeri di bawah bayu itu kini melalui jalan cerita berbeza. Di negeri itu, krisis keyakinan terhadap barisan pemimpin PKR terserlah. Siapa sangka Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti itu. Dan bukankah gerakan yang bermula secara perlahan dan kini tidak dapat diselindungkan lagi menunjukkan bahawa PKR sememangnya bermasalah.

Sebab itu alasan mahu membersihkan parti semacam tidak mendapat tempat di kalangan ahli-ahli PKR yang kini semakin berani menoktahkan perjuangan yang masih hijau. Keengganan mengakui kelemahan serta cubaan mahu menunjukkan bahawa parti itu kukuh dengan sokongan dua lagi rakan - Pas dan DAP, menyebabkan ada yang muak.

Apatah lagi dalam keadaan ada wakil rakyatnya mula mempersoalkan isu moral pemimpinnya, sedangkan sebelum ini istilah tersebut tidak lut dalam parti itu. Mana pernah ahli-ahli parti itu mencurigai moral pemimpin mereka, biar pun yang pernah dipenjarakan kerana kesalahan menyanggah moral. Sebaliknya pemimpin itulah yang disanjung, dijunjung dan dilambung umpama 'malaikat' yang bersih daripada dosa dan noda.

Tetapi trend itu mula terhakis. Kecurigaan mula mengatasi kesetiaan kepada parti dan pemimpin menyebabkan mereka mula berani bertindak; salah satu caranya dengan meninggalkan parti. Bukan soal kekeliruan dan kejutan berikutan perubahan yang disusun dalam kepimpinan PKR mendorong tindakan meninggalkan parti atau meletakkan jawatan. Tetapi hakikatnya soal ketidakpercayaan orang kuat parti terhadap pemimpin yang diberi mandat sebelum ini menyebabkan ada rajuk yang tidak mungkin dapat dipujuk.

Lantas perubahan yang dikatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam kononnya dipersetujui sebulat suara amat diragui. Bukankah sepakat membawa berkat. Tetapi dalam kes perubahan dalam PKR, kesepakatan itu membawa kepada siri perpecahan. Pastinya ada punca tunggal kepada perkembangan terbaru itu dan mungkin juga membawa kepada berita seterusnya yang akan diledakkan tidak lama lagi.

Sepatutnya agenda mahu membersihkan parti daripada golongan 'bermasalah' dalam PKR dimulakan di peringkat nama-nama besar dalam parti itu. Ini kerana nama-nama besar itu semakin tidak mendapat tempat, hilang kepercayaan malah tidak lagi diyakini untuk menjadikan PKR terus relevan. Siapakah nama-nama itu, semua orang tahu jawapannya.- UM

Wasabi oyabun

Selasa, 2009 Oktober 27

" Bumiputra India " Tuduh Tun Mahathir Sebagai Perancang Insiden Kg.Medan 2001!

Peguam, Barua M. Manoharan berhasrat untuk membawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung insiden yang berlaku di Kampung Medan pada 2001.

Hasrat tersebut dinyatakan kepada sekumpulan media selepas tamat prosiding kes penasihat Hindraf, P. Uthayakumar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini. Ketika ditanya kenapa beliau mengaitkan mantan Perdana Menteri itu dengan insiden tersebut, Manoharan menyatakan: ''Kerana pada masa itu, beliau merupakan Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri pada masa itu dan he's orchestrated the whole incident (dia yang merancang segalanya).''

Kampung Medan di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya pernah mencetuskan ketegangan kaum pada 2001 tetapi kini berubah wajah apabila penduduknya hidup aman damai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu turut menyatakan, beliau hanya mengikut saranan Dr. Mahathir yang dinyatakan dalam blognya bahawa semua penjenayah perlu dihadapkan ke mahkamah. ''Tapi beliau (Dr. Mahathir) tidak perlu risau kerana di Mahkamah Jenayah Antarabangsa itu dia akan mendapatkan satu perbicaraan yang adil. Tidak seperti kami,'' katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya bila permohonan tersebut akan dibuat, Manoharan hanya menjawab: ''Apabila tiba masanya.''Peguam yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13 Disember 2007 itu mengulangi beberapa kali hasratnya untuk membawa Dr. Mahathir ke muka pengadilan di peringkat antarabangsa sambil mengatakan bahawa dia serius untuk berbuat demikian.

Wasabi Oyabun

Sabtu, 2009 Oktober 17

KENAPA PARTI KEADILAN TAK RELEVAN?
















* PARTI KEADILAN DIPIMPIN OLEH SEORANG WANITA YANG KECEWA DIRI DAN KELUARGANYA TELAH DICEMARI OLEH SUAMINYA YANG MENGGADAIKAN MARUAH KELUARGA UNTUK MEMUASKAN NAFSUNYA.

* WAN AZIZAH SEBENARNYA TIDAK TAHU MENAHU TENTANG BIDANG POLITIK TETAPI TERINGIN UNTUK MENJADI AHLI POLITIK.

* WAN AZIZAH PERNAH MENGAKU KERETAKAN DALAM KELUARGANYA DISEBABKAN OLEH PERBUATAN SUAMINYA.

* ANWAR IBRAHIM HANYA MEMPEROLEHI KELAS KETIGA IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DI UNIVERSITI MALAYA DAN GAGAL SEKALI DALAM SUBJEK ‘POLITIK MALAYSIA’ DAN MENGULANG SUBJEK TERSEBUT SEKALI LAGI.

* KEADILAN LAHIR UNTUK MEMPERJUANGKAN ANWAR IBRAHIM, BUKANNYA UNTUK MEMPERJUANGKAN POLITIK ORANG-ORANG MELAYU.

* PARTI KEADILAN DIHUNI OLEH KRONI-KRONI ANWAR YANG MENDAPAT BERJUTA-JUTA RINGGIT DARI KONTRAK KERAJAAN.

* PARTI KEADILAN DIPIMPINI OLEH GOLONGAN AHLI POLITIK TERPINGGIR DARI UMNO DAN DAP.

* PARTI KEADILAN TIDAK MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM DALAM SISTEM PENTADBIRAN DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

* PARTI KEADILAN MENGHAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU.

* PARTI KEADILAN MEMBAWA PERMUSUHAN DAN MELAKUKAN JENAYAH BESAR DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI RUSUHAN.

* PARTI KEADILAN DIKUASAI OLEH ORANG PROFESIONAL YANG AKAN MENJERAT ANWAR IBRAHIM SEKIRANYA DIA MENJADI PERDANA MENTERI.

* PARTI KEADILAN TIDAK PERNAH MENYUARAKAN ISU-ISU ANTARABANGSA DAN MEMBANTU NEGARA JIRAN DALAM KESUSAHAN.

* PARTI KEADILAN HANYA DITUBUHKAN UNTUK MEMUASKAN NAFSU POLITIK PERIBADI BUKANNYA MENYAMBUNG WARISAN PERJUANGAN POLITIK BANGSA.

* PARTI KEADILAN BUKAN DIKUASAI OLEH ORANG ISLAM TETAPI HANYA DILANTIK ORANG ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN SEKADAR UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT.

* PARTI KEADILAN AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA KEBEBASAN MEDIA DAN KEHAKIMAN NEGARA SEKIRANYA MEMERINTAH KERANA IA ADALAH PARTI SERPIHAN DALAM PEMBANGKANG.

* PARTI KEADILAN TIDAK PERNAH MEMPERJUANGKAN POLITIK ORANG MELAYU.

* PARTI KEADILAN MENIPU RAKYAT DENGAN ISU RACUN ARSENIK ANWAR IBRAHIM.

KENAPA RAKYAT HARUS PERCAYA KEPADA PARTI KEADILAN?

KEADILAN MANA YANG DIHARAPKAN SEKIRANYA SEMUA ANGGOTA PEMIMPIN PARTI KEADILAN TAMAK MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK DAN KEPENTINGAN DIRI MEREKA SENDIRI. SUDAHNYA MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA AKAN DITIMBANG KATI NANTI. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun