Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 30 Mac 2011

Anwar! Jangan marahkan nyamuk, kelambu hendak dibakar - Jawap 5 soalan ini dahulu?



Marah sungguh Anwar pada Barisan Nasional.. Najib dan Rosmah pula yang jadi mangsanya yang terbaru! Semua itu adalah kerana ceramah beliau dihalang polis sebab tidak ada permit. Takkan lah bekas menteri pun tak tahu pasal undang-undang?

Negara kita kan ada undang-undang yang perlu dipatuhi? Kalau pemimpin sendiri pun engkar, berbuat sesuka hati, macamana nak harap rakyat patuh undang-undang? Bukankah kepimpinan melalui tauladan.

Kata Anwar, "zaman bila perasuah, penjenayah, perogol dijadikan pemimpin, kita nak dijadikan penjenayah. Sebab itu lawan tetap lawan"..! Berikut adalah petikan dari ceramah beliau yang dihalang polis baru-baru ini:



Nasihat kepada Anwar sebelum nak tuduh pemimpin lain perasuah, penjenayah dan perogol, elok lihat diri sendiri dulu. Bukankah anda bekas banduan rasuah juga? Sebelum nak bercakap akhlak siapa buruk, cuba jawab lima soalan Datuk Eskay ni dulu.

1. Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
2. Siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
3. Di hotel mana Anwar menginap?
4. Apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
5. Siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

Untuk berita yang selanjutnya, sila klik disini : empayar pemuda

Jikalau Anwar rasa sukar atau tidak mahu menjawapnya, tidak mengapa kerana ada ramai lagi diluar sana dengan tangan terbuka boleh tolong jawapkan! Tunggu masa yang sesuai sahaja. Tungguuuu..!!!!

Sumber : Rajahmas

Wasabi Oyabun..

Topeng Perak a.k.a Black Metal pun lalat Chinadoll rupanya..!

Inilah blogger upahan PR Topeng Perak Unmasked yang mengendalikan Perisik Rakyat. Dia juga yang paling aktif memburuk-burukkan bekas PM, Tun Abdullah Badawi sebelum ini.

Bila meletup skandal video 'Peminpin Pembangkang' dengan chinadoll, bukan main lagi Topeng Perak memaki hamun blogger pro-kerajaan yang dedahkan berita ini. Selidik punya selidik, rupa-rupanya dia pun lalat chinadoll juga.. aduiiih...!

Bercakap soal moral kononnya lah.. Bukan main mesra lagi dengan perempuan bukan muhrim.. nampak macam lagi hebat dari ketua umumnya. Indah khabar dari rupa..! Ini agaknya hasil tarbiah ostat PAS yang bertaklikkan politik taksub kepada pemimpin..Takebir!!!

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

Tak sangka pula ada yang sudi memberitahu siapa Topeng Perak ini sebenarnya? Sila lawat kesini : Poji Black Metal... http://penembakbabi.blogspot.com/2010/05/poji-black-metal-benci-hassan-ali-dan.html...Takebir!!!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 28 Mac 2011

Wan Azizah patut tengok video untuk cari kebenaran – Prof Madya Dr Baharudin!

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail disaran agar tidak melatah berhubung skandal video seks yang didakwa melibatkan tokoh pemimpin pembangkang yang juga suami beliau.

Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Madya Dr. Baharudin Putih berkata Wan Azizah sewajarnya melihat terlebih dahulu video berkenaan dan bukannya membuat penafian berdasarkan maklumat daripada pihak lain.

Menurut beliau langkah berkenaan adalah lebih baik daripada melatah tidak tentu hala kerana ianya melibatkan maruah suami serta keluarga beliau itu sendiri yang kini telah menjadi perhatian dan cakap-cakap di warung kopi.

“Bukankah Wan Azizah itu isteri yang solehah, tetapi beliau belum tahu lagi suami beliau soleh atau sebaliknya…Kena tengok dululah video yang didakwa itu baru ambil tindakan sepatutnya seperti mencari mereka yang pakar dalam bidang berkenaan untuk menentukan kesahihan dan sebagainya.

“Lagi pun bagi saya, melihat dengan niat ikhlas untuk mencari kebenaran sama seperti seorang pengamal perubatan yang melihat alat sulit bukan kaum sejenis dengan tujuan perubatan,” katanya di sini, hari ini.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak berhasrat menonton video seks seperti yang didakwa oleh ‘Datuk T’ (Datuk Shazryl Eskay Abdullah).

“Terdapat dakwaan bahawa saya ingin menonton video itu. Saya tiada niat menontonnya kerana mengikut ajaran Islam, ia adalah haram,” katanya.

Tambah Dr Baharudin lagi, Wan Azizah seharusnya berpegang kepada prinsip kebenaran iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah.

“Bagi saya dalam soal ini, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih….Tengoklah dulu..kemudian kalau di dalam video tersebut bukan Anwar seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak, Wan Azizah bukan sahaja dapat membersihkan imej Anwar dan keluarga, malah pembangkang itu sendiri,” katanya.

Beliau seterusnya menegaskan prinsip penafian sebenarnya asam garam kepada pembangkang kerana mereka menghidupkan budaya berkenaan untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

“Cuba kita teliti betul-betul..apa sahaja yang melibatkan pemimpin mereka, penafian demi penafian akan timbul, namun jika melibatkan orang lain, berduyun-duyun mengatakan itu benar dan perlu disiasat serta diambil tindakan dan sebagainya.

“Apa pun saya penuh yakin dan percaya, lama kelamaan rakyat akan tahu budaya yang menjadi prinsip pembangkang ini dan dapat melihat kebenaran akan timbul satu hari nanti,Insyaallah,” katanya.

Oleh : Media UMNO

Wasabi Oyabun..

‘Kemenangan naikkan Proton’!

Kejayaan Lotus Renault menaiki podium buat kali pertama selepas berjaya menduduki tempat ketiga perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1), Grand Prix Australia, kelmarin berjaya menaikkan nama Proton selaku pemilik Lotus Renault menerusi anak syarikatnya Lotus Group.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kejayaan itu membolehkan Proton menaikkan nama Lotus Renault dari segi penjenamaan melalui F1.

‘‘Tahniah kepada Lotus Renault kerana mendapat tempat ketiga F1 di Melbourne. Yang penting kita mesti melihat Proton membeli saham dalam Lotus Renault yang bersaing dalam F1 dan ia lebih kepada kepentingan komersial.

‘‘Justeru kejayaan Lotus Renault sudah tentu boleh membantu Proton sebagai pemilik syarikat Lotus untuk membantu mengukuhkan jenama kereta yang mereka miliki,” katanya.

Ahmad Shabery menambah, lebih membanggakan ialah pihak Lotus Renault turut memberi peluang kepada 19 jurutera tempatan untuk bekerja di kilang mereka di United Kingdom bagi menimba pengalaman.

‘‘Kita tahu kilang Lotus Renault ini memang antara yang terhebat di dunia, ia berbeza dengan Proton yang banyak mengeluarkan kereta tetapi di sana mereka hasilkan satu kereta lumba untuk dijadikan yang terbaik.

‘‘Mereka menghasilkan kereta yang berkelajuan tinggi dari segi kelajuan, aerodinamik, suspensi dan sebagainya, inilah peluang untuk jurutera kita menimba pengalaman,” katanya.

Beliau difahamkan terdapat 500 jurutera yang bertugas di kilang tersebut dan ia mampu memberi nafas baru, bukan untuk tujuan kemenangan dalam perlumbaan semata-mata tetapi lebih bersifat inovasi.

Menurutnya, bidang permotoran amat berbeza dengan kejuruteraan automobil dan jurutera tempatan harus memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 27 Mac 2011

Karpal digesa nyatakan pendirian isu video seks!

Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa menyatakan pendiriannya berhubung pendedahan video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China baru-baru ini.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, rakyat mahu melihat sama ada Karpal yang merupakan peguam bela bagi kes liwat kedua melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaungkan kebenaran atau hanya sekadar bersuara demi kepentingan politiknya.

Beliau berkata, pihaknya juga mendesak supaya bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang merupakan salah seorang trio Datuk T agar memberikan satu salinan video seks melibatkan pemimpin pembangkang itu kepada Karpal.

"Parti KITA Kedah meminta supaya Karpal menilai sendiri sejauh mana tahap moral rakan pemimpin pembangkangnya itu melalui isu video seks tersebut.

"Adakah Karpal akan bersikap seperti harimau Jelutong atau berdiam diri seperti tikus Jelutong dalam isu ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zamil turut mencabar Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap trio Datuk T sekiranya apa yang didakwa oleh kumpulan itu bahawa beliau meminta wang pelincir selepas menyaksikan video seks tersebut adalah tidak benar.

Selain Abdul Rahim, trio Datuk T yang terlibat dalam pendedahan video seks pemimpin pembangkang itu ialah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim.

"Jika kenyataan Datuk T tidak betul maka Johari boleh saman di mahkamah. Selagi dia (Johari) tidak berbuat demikian maka kita anggap apa yang Datuk T katakan itu adalah benar," katanya.-UM

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 26 Mac 2011

Kenapa tidak mahu kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan?

Baru masuk tahun ketiga selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, negara digemparkan satu lagi isu besar. Isu yang didedah tahun 2008, sampai sekarang belum selesai kini muncul isu baru hampir sama musibahnya.

Pendedahan video seks melibatkan seorang lelaki mirip pemimpin politik pembangkang kini semakin panas bila tiga orang “Datuk T" memperkenalkan siapa diri mereka.

Pihak yang ‘menuduh’ sudah tampil mengaku mereka yang pegang rakaman video seks menggemparkan itu. Malah mereka juga berani dan yakin apabila meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan.

Tinggal sekarang, orang kena tuduh bermati-matian cuba menafikan bahawa lelaki dalam rakaman video itu bukan dirinya. Jangan lupa perkara penting bahawa pada awal pendedahan video seks itu tidak pun menyebut siapa individu yang terlibat.

Tetapi apabila nama pemimpin berkenaan menjadi sebutan dan secara psikologinya tiba-tiba beliau ‘kalut’ sehingga memanggil sidang akhbar untuk menafikan segera.

Muncullah Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu. Beliau menyifatkannya tindakan itu sebagai serangan bermotifkan politik untuk memaksa beliau keluar daripada politik nasional.

Anwar telah membuat laporan polis. Polis juga sudah memanggil untuk mengambil keterangan daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, mereka berdua yang dedah isu ini.

Nah! patutkah masyarakat tunggu sisatan polis selesai atau mahu ditubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan?

Kalau melibatkan skandal video seks Chua Soi Lek, rakaman video V.K. Lingam mengenai pelantikan hakim, kematian Ong Beng Hock – pihak parti pembangkang sepantas kilat mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan.

Tetapi dalam kes melibatkan orang kesayangan mereka, pelbagai alasan dan hujah mereka berikan – asalkan suruhanjaya itu tidak menjadi kenyataan. Janganlah bertindak memilih bulu apabila bertindak konon atas nama keadilan.

Sehingga kini, semua pihak tahu bahawa rakaman video seks itu hanya ada di tangan Shazryl dan Rahim yang kemudian ia diserahkan kepada polis. Jadi sudah tentu kita semua belum menonton pun video itu kecuali beberapa orang yang diberi peluang itu. Oleh itu usahlah kita memandai-mandai beri komentar dan hentam sahaja menuduh taktik kotor ini orang UMNO dan kerajaan Barisan Nasional yang buat.

Demi menegakkan kebenaran dan memelihara moral pemimpin Islam, Pas yang mencanangkan sebagai parti Islam sewajarnya menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan sebagai mana sokongannya kepada suruhanjaya-suruhanjaya sebelum ini.

Tetapi entahlah sama ada pemimpin Pas sendiri ‘terkejut’ kerana ‘tertipu’ dengan lakonan pemimpin itu atau memang parti itu tidak mahu ambil peduli kebenaran di sebalik pendedahan rakaman video seks itu.

Nada dan pemikiran pemimpin Pas sudah berbeza apabila sekutunya berada di pihak yang kena tuduh lagi. Dahulu Pas kata “mana boleh polis sahaja yang siasat, mesti tubuh suruhanjaya siasatan yang bebas.”

Tetapi, Hadi dan puak-puak Pas lain sudah sekata memberi alasan “memadailah kes itu diserahkan kepada polis untuk lakukan siasatan kebenarannya tanpa perlu kepada penubuhan suruhanjaya diraja.”

Terkejut juga apabila Abdul Hadi menyifatkan cadangan penubuhan suruhanjaya itu sebagai 'mengarut' selagi tiada wujud ketelusan dan keadilan berhubung dakwaan tersebut.

Dalam kes-kes sebelum ini yang dibawa kepada suruhanjaya, Pas nampak tidak memihak demi keadilan – katanya. Malah permintaan pihak pembangkang yang mendesak mahukan suruhanjaya ditubuhkan – ditunaikan juga oleh kerajaan.

Sebagaimana dicadangkan oleh beberapa pihak untuk menunjukkan ketelusan, maka dalam Suruhanjaya Siasatan itu pihak kerajaan diharap tidak terlibat langsung. Badan bebas itu hanya boleh dianggotai oleh pemimpin dari parti pembangkang, pengamal media dan badan kehakiman secara eksklusif.

Dalam isu melibatkan moral dan agama ini, alangkah baiknya jika kerajaan menubuhkan suruhanjaya ini dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik mengetuai suruhanjaya tersebut. Selain tujuannya untuk membersihkan imej Anwar yang sering dikaitkan dengan isu berkaitan seks, ia juga mencari kebenaran agar dapat menutup mulut penyebar fitnah.-UM

Wasabi Oyabun..

Khamis, 24 Mac 2011

Video seks panas : Antara sebab mengapa Anwar selalu ke Thailand!


Misteri video seks didedahkan Datuk 'T' kelmarin memasuki episod baru apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa telah melihat video itu dan menafikan 'pelakon utamanya' sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, video itu dipertontonkan kepadanya di bilik Hotel Flamingo, Ampang oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Eskay Shazril Abdullah petang kelmarin setelah dibawa ke sana oleh bapa saudaranya.

"Datuk Eskay memberitahu beliau selalu membawa Anwar ke Thailand dan club house tempat kejadian itu berlaku. Menurutnya setiap kali dia membawa Anwar ke tempat itu, bilik itulah yang akan digunakan Anwar dan dia akan menggunakan bilik bersebelahan.

Apa tujuan Datuk Eskay selalu membawa Anwar ke Thailand kalau bukan untuk berpoya-poya!!! Bukankah banyak kelab-kelab gay disana. Apa-apapun hanya Anwar sahaja yang boleh menjawapnya?

Wasabi Oyabun..

Selasa, 22 Mac 2011

YB Zulkifli pun bersependapat : Anwar cuba alih isu DNA!

Kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.

Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Zulkifli, maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.

“Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.

“Di sinilah video itu memainkan peranan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.

“Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan ‘pelakon’ video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?

“Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?” katanya.

Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’.

Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.

“Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA,” katanya.

Ada berani ke Anwar? Walau bagaimanapun kita tunggu keputusan dari mahkamah hari ini samada Anwar perlu lakukan ujian DNA bagi membantu perbicaraan liwat beliau sekarang ataupun tidak. Anwar tak perlu banyak bersandiwara dan putar belit lagi? Rakyat sebenarnya dah bosan dan agak sukar menerima seorang bekas banduan untuk menjadi pemimpin besar negara!

Anwar tidak perlu menuduh ini semua adalah komplot dari kerajaan BN untuk menjatuhkan beliau kerana sebenarnya ia adalah konspirasi dari Anwar sendiri untuk melawan hawa nafsu beliau yang membuak-buak?

Wasabi Oyabun..

Isnin, 21 Mac 2011

Video seks panas! - Adakah ini sandiwara terbaru Anwar untuk divert isu DNA?

Esok mahkamah akan membuat keputusan samada Anwar perlu serahkan DNA beliau ataupun tidak! Azmin Ali dalam satu kenyataan di Terengganu mengatakan bahawa Anwar tidak perlu serahkan DNA. Alasannya adalah takut DNA tersebut disalahgunakan untuk tujuan jahat. Tak tahulah samada Azmin pun sama-sama gementar dengan DNA Anwar itu nanti. Kalau itu DNA Anwar, mengapa pula Azmin perlu takut! Ada apa-apa ke? Hanya tuan punya badan sahaja yang boleh menjawapnya.

Yang peliknya kenapa 3 hari sebelum mahkamah memberi keputusan tentang DNA Anwar, tiba-tiba kita dikejutkan dengan isu video seks yang dikatakan dilakukan oleh seorang ketua pembangkang! Sebenarnya dinegara kita ada ramai ketua pembangkang, tetapi mengapa pula Anwar yang cepat melatah?

Kalau tak silap Oyabun, tiada siapa yang membuat tuduhan yang mengatakan lelaki didalam video tersebut adalah Anwar! Mengapa Anwar perlu buat kenyataan akhbar, walhal beliau tidak pun melihat video tersebut. Hanya setakat mendengar khabar dari wartawan yang diberi peluang untuk melihat video tersebut oleh seorang yang bernama Datuk 'T' di sebuah hotel di ibu negara, Anwar sudah membuat konklusi bahawa lelaki didalam video tersebut bukanlah beliau. Tak ke pelik namanya?

Berikut adalah kenyataan akhbar dari Anwar semalam :

" Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.

Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.


“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.

Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, sedang membalas twitter dengan penyokong.

Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 pagi dan bertarikh 21 Februari 2011.

“Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong,” katanya.

Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza dengan lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.

“Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara 21 Mac lalu.

Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.

“Motif politiknya sangat jelas, meminta saya dan Wan Azizah meletak jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan Presiden KEADILAN). Rekayasa jahat musuh politik untuk membantutkan kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan suasana politik sedemikian, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri Sarawak.

Anwar mengingatkan, rakyat Malaysia sudah cuba ditipu hampir 13 tahun sejak kes Fitnah I pada 1998 dan plot terbaru video fitnah itu, tidak mampu menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang turut hadir sidang media itu bersama pimpinan parti pula secara sinis, berkata:

“Kalau Anwar didakwa (di mahkamah) dengan lelaki, kenapa yang keluarnya sekarang video dengan perempuan."

Persoalannya disini adalah kalau Anwar rasa tak bersalah, mengapa perlu mengelabah. Tiada siapapun yang membuat tuduhan yang lelaki didalam video tersebut adalah Anwar sehinggakan Anwar terpaksa membuat kenyataan akhbar!

Apa yang Oyabun khuatirkan adalah ianya mungkin satu perangkap sahaja. Mungkin juga satu sandiwara terbaru dari Anwar untuk divert isu DNA beliau. Mereka mampu lakukan apa sahaja baik untuk membuat video palsu dan sebagainya bagi mengalih tumpuan rakyat kepada perbicaraan kes liwat sekarang bila mereka rasa terdesak! Kalau satu duniapun mereka boleh berbohong dan kelentong, inikan pula setakat untuk membuat video palsu.

Yang pasti adalah apabila mereka melihat 'ketua' mereka hampir kantoi dengan isu DNA, tiba-tiba muncul pula videoklip ini! Berkemungkinan juga ianya satu sandiwara yang direkayarsa dengan begitu teliti tidak boleh ditolak. Mereka boleh mencipta videoklip ini, dan mereka pulak nafikan! Dan disebabkan oleh itu jugalah Anwar cepat-cepat menafikan beliau terbabit walaupun tiada tuduhan dan belum lagi melihat video tersebut? Pelik, tapi benar!

Cuba bayang jikalau semua orang bercakap mengenai videoklip ini, semua suratkhabar tumpu dan buat ulasan masing-masing dan semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen bercakap mengenainya, maka hilanglah tumpuan rakyat kepada isu DNA. Mereka sekarang ini sangat tertekan dengan isu DNA. Mereka sudah tidak ada jawapan dan cara terbaik adalah memutarkan belitkan cerita DNA ini. Jadi cara terbaik yang mereka ada ialah dengan merekayarsa dan menipu dengan cara licik ini..alihkan tumpuan rakyat daripada isu DNA.

Nasihat buat Anwar : Kalau tak makan cili, tak kan berasa pedas kot! Mengapa perlu takut dengan bayang-bayang sendiri!

Wasabi Oyabun..

Video Seks: Pembangkang nafi penglibatan Anwar!

Para pemimpin pembangkang meluahkan kemarahan mereka melalui Twittermengenai klip video yang dipertontonkan kepada media hari ini, yang menunjukkan individu yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan aksi seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Sambil menafikan ketua pembangkang itu adalah individu dalam klip video tersebut, mereka berkata, tindakan tersebut merupakan satu lagi percubaan gabungan BN untuk menghalang rancangan politik mereka.

Video itu dipertontonkan hari ini di hotel Carcosa Seri Negara kepada editor dan wartawan media arus perdana dan media alternatif. Anwar tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbit untuk mendapatkan reaksinya.

Di Parlimen, naib presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian
Chua memberitahu sidang akhbar bahawa perkembangan terbaru itu menunjukkan "BN begitu terdesak" untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang menjejaskan kerajaan.

"Sekali lagi, mereka beralih daripada isu-isu utama - pilihan raya, dasar... mereka mahu kekal memerintah Sarawak. Jadi, mereka beralih kepada serangan peribadi," kata Tian.

Beliau juga mempertikaikan ketulenan klip video selama 20 minit itu, kerana parti itu tidak diberi salinan asal.

Untuk cerita selanjutnya sila klik sini dan di sini .

Habislah Anwar dan Kak Wan tak tidur lenalah hari ini. Datuk 'T' dah pun bagi amaran kepada sesiapa yang berkenaan ( kot ada yang makan cili lah) supaya meletakkan jawatan segera! Apa komen Anwar dan Kak Wan tentang " video panas " ini...adakah nanti ada orang yang akan cakap " nampak macam saya, tetapi bukan saya"..! Lantak lah labu...!!!

Wasabi Oyabun..

Ahad, 20 Mac 2011

Mungkin PAS sudah lupa, tetapi jangan fikir rakyat Sarawak lupa kepada penghinaan dari Ustaz Hadi!

Rakyat Sarawak tahu siapa PAS. Presidennya sendiri pernah menghina masyarakat Dayak kerana terlalu marah disebabkan kekalahan PKR di Batang Ai, sedangkan PAS tidak bertanding pun di situ.

Mungkin PAS sudah lupa, tetapi jangan fikir rakyat Sarawak lupa kepada penghinaan seperti ini!

“Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi yang pakai molek, undi PAS.– Petikan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ( Malaysiakini.com: 11 Julai 2009 )

Diskriminasi Pakatan Rakyat dalam percaturan politik di Sarawak. Parti Pembangkang Semenanjung seperti PKR, DAP dan PAS mendapat keutamaan mengatasi kuota yang diberikan kepada parti pembangkang tempatan.

Parti PAS daripada Kelantan pun diberikan 6 kawasan DUN di Sarawak. Mereka nak perjuangkan apa di Sarawak, kita pun tak tahu?

Mungkin ada beranggapan parti ini cuba melaksanakan Hudud di Sarawak.! Yang kita tahu PAS membantu meruntuhkan kepimpinan Islam di Negeri Sarawak. Inilah perjuangan laknat sebuah parti bernama PAS. Mereka mempergunakan Islam untuk memecah perpaduan sesama umat di mana sahaja selagi berpeluang.

Buat PAS, bercakaplah selagi boleh..! Di Semenanjung, PAS ditolak secara total.? Di Sarawak pula mengharapkan perpecahan untuk mencapai kemenangan. Bertandinglah sebanyak mana pun kerusi DUN di negeri ini, keputusannya akan tetap sama seperti di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Wallahuallam.

Sumber : Apai Ngelai - Rajahmas

Wasabi Oyabun

Jumaat, 18 Mac 2011

Harun sedia nasihat Anwar!

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bersedia memberi nasihat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu sampel asid deoksiribonukleik (DNA) jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ingin mendapatkan pandangan mengenainya.

Menurut Harun, beliau juga bersedia berbincang dengan Anwar bukan sahaja mengenai DNA, malah pelbagai isu lain termasuk fahaman pluralisme yang dicetuskan Ketua Pembangkang itu.

Bagaimanapun, jelasnya, buat masa ini beliau tidak menerima sebarang pelawaan daripada Anwar untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Saya sedia beri pandangan kepada Anwar kalau dia mahu jumpa saya. Kalau dia datang dan tanya (pandangan sama ada perlu serah sampel DNA atau sebaliknya), saya akan berikan pandangan,” katanya di sini hari ini.

Harun mengulas desakan banyak pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Anwar segera menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes liwat jika beliau betul-betul tidak bersalah.

Ahad lalu, pertubuhan bukan kerajaan, rakyat perseorangan dan pemimpin politik mengadakan siri demonstrasi di seluruh negara bagi mendesak Anwar menyerahkan DNA.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan, pandangannya nanti akan menzahirkan satu nasihat supaya Anwar perlu menyerahkan DNA kepada mahkamah, jika Penasihat PKR itu sedia berbincang.

Namun begitu, beliau berharap agar sampel DNA yang diserahkan oleh Anwar tidak disalah guna oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan Ketua Pembangkang itu ‘diperangkap’ walaupun terbukti tidak bersalah.

“Saya rasa, mungkin beliau takut kalau sampel DNA yang beliau serah kepada mahkamah akan disalah guna oleh pihak lain. Saya juga bimbang kalau itu berlaku,” jelasnya.

Apa lagi tunggu Anwar..kalau dah ada ulama kata nak bagi nasihat! Takkan tak percaya kot..! Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri. Berani kerana benar. Takut kerana salah. Lagi kuat anda menafikan pemberian DNA, maka bertambah kuatlah menunjukkan yang anda bersalah!

Wasabi Oyabun

Khamis, 17 Mac 2011

Gambar Panas Siapalah Pulak nih?



Dikatakan sudah bertebaran gambar aksi panas yang kononnya membabitkan seorang pemimpin UMNO di Gombak dimainkan oleh pihak blogger pakatan pembangkang!

Diharap agar pemilik wajah yang tertera di dalam gambar tersebut dapat tampil segera memberikan penjelasan. Jika gambar ini adalah palsu ( superimpose ), sila failkan saman dengan kadar segera kepada penyebar gambar ini yang dikeluarkan oleh blog pakatan. ( nama penyebar ada dalam gambar ).

Namun jika gambar ini benar, maka demi maruah kami dengan berbesar hati memohon agar beliau berundur terus dari politik. Kita tidak mahu disebabkan oleh 'nila setitik nanti, rosak santan sebelanga'!

Tetapi agak pelik juga jika kita lihat betul-betul gambar itu. Mengapa kepala lelaki dan badannya tak 'match'...kepala dengan badan tak balance ( kepala lebih besar dari badan )..rasa-rasanya tuan punya badan taklah secerah itu?

Sejauh mana akan kebenaran gambar tersebut tidak dapat dipastikan lagi. Samada gambar itu benar ataupun palsu, hanya tuan punya badan sahaja yang boleh mengesahkannya. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 16 Mac 2011

Kak Wan tahu hal sebenar dan perlu akhiri kemelut!

Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.

"Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.

Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.

Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.



Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.

Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini. Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.

Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.

Sementara itu : Saya yakin Wan Azizah tahu – Aminah

Wan Azizah Wan Ismail perlu menjelaskan kepada rakyat alasan suaminya enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau yakin Wan Azizah tahu sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berbuat demikian.

“Di mana letaknya maruah beliau yang setia menemani Anwar ke mahkamah kerana saya yakin beliau mengetahui kegiatan suaminya sebagaimana yang turut diketahui Karpal Singh.

“Adakah semua tindakan Wan Azizah disebabkan beliau masih lagi mempunyai impian untuk menjadi ‘wanita pertama’ walaupun ternyata lakonan dan nafsu politiknya dipandang jijik oleh semua lapisan masyarakat. Kami mohon Wan Azizah segera bertaubat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan Anwar menyerahkan DNA bagi melicinkan proses perbicaraan kes liwat beliau di mahkamah.



Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh pula berpendapat, keengganan Anwar menyerahkan DNA membuktikan konsep memperjuangkan keadilan untuk rakyat yang dibawa PKR selama ini hanyalah retorik.

Katanya, perjuangan PKR harus diperbetulkan kerana apa yang dilakukan Anwar ketika ini jelas menunjukkan keadilan yang diperjuangkan hanya untuk kepentingan sendiri.

“Mengapa perlu dipanjangkan lagi perkara ini. Sekiranya benar beliau tidak bersalah buktikan, bukannya memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

“Beliau harus sedar bahawa keadilan tidak seharusnya diperjuangkan untuk dirinya sahaja. Bagaimana pula dengan keadilan untuk Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang turut menerima tempias daripada perbicaraan yang sengaja dilewat-lewatkan,” katanya.

MACAMANA ANWAR..ADA BERANI KA?

Wasabi Oyabun..

Selasa, 15 Mac 2011

Anwar 'menggigil' sahut cabaran rakyat serah sampel DNA!

Anwar Ibrahim dilihat berterusan mengelak daripada menyahut cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi merungkai siapa identiti lelaki 'Y' yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu cuba mengalihkan tuntutan yang disuarakan rakyat Malaysia melalui demonstrasi secara aman di seluruh negara semalam, kepada isu yang tiada kaitan dengan kes liwatnya, iaitu kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu.

Malah, Anwar yang kelihatan sedikit menggigil ketika melayan asakan pemberita, cuba menjawab di luar konteks dengan mempersoal kenapa tidak didesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri Kabinetnya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyerahkan DNA terlebih dahulu.

"Hendak mempermainkan isu ini, seolah-olah ada DNA dan saya takut hendak bagi DNA...Itu hanya helah politik jahat mereka, ini fitnah, khianat dan inilah mainan mereka yang akhirnya terpaksa bergantung di dubur orang lain untuk mengekalkan kuasa.

"Tapi kalau soal tuntutan (supaya diserahkan DNA), kenapa tidak buat tuntutan supaya Perdana Menteri bagi DNA, pasal apa tidak desak Rais serah DNA atas tuduhan yang dikaitkan dengan kes rogol pembantu rumahnya," katanya di Parlimen, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta menyatakan pendirian berhubung desakan pelbagai pihak di Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor supaya menyerahkan sampel DNA bagi membolehkan mahkamah menentukan siapakah lelaki 'Y'.

Terdahulu, ketika di pekarangan Mahkamah Tinggi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga enggan memberi sebarang ulasan mengenai cabaran rakyat meskipun dikejar oleh wartawan, sebaliknya beliau menyerah 'tanggungjawab' tersebut kepada peguamnya, Karpal Singh.

Untuk rekod, Perdana Menteri pernah bersumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya (sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh Anwar sampai sekarang) dan bekas pembantu rumah Rais sendiri, yang dikaitkan dengan tuduhan rogol, juga menafikan dia dirogol.

Sementara itu, Anwar juga mengelak daripada menyahut cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menulis mengenai kegiatan seksnya dalam memoir A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua pembangkang itu memberi alasan, sudah terlalu banyak isu yang ditanya oleh pemberita pada hari ini tetapi mengakui beliau sudah berbincang dengan pasukan peguamnya berhubung kandungan buku tersebut yang mengaitkannya dengan seks terlarang bersama empat wanita.

"Itu saya jawab kemudian...Saya akan jawab kemudian. Saya sudah bincang tadi dengan pasukan peguam saya. Hari ini sudah terlalu banyak isu dan kita simpan perkara ini kemudian," katanya.

BERANI kerana BENAR. TAKUT kerana SALAH...! Nasihat buat Anwar..jangan ubah topik? Tak perlu nak kaitkan orang lain dengan kes liwat kamu. Ada faham ka!!!

Wasabi Oyabun

Isnin, 14 Mac 2011

Malang sungguh Selangor mempunyai seorang Setpol bernama Faekah Husin!

Busuk hati sungguh rupanya anakdara tua yang bernama Faekah Husin ni. Sudahlah kerajaan negeri tak mahu membantu pelajar-pelajar anak negeri Selangor yang akan kembali semula ke Mesir untuk sambung belajar, malah di buat tomahan pula kepada orang yang sanggup membantu pelajar-pelajar itu. Betapa malangnya Khalid mempunyai seorang Setpol yang rendah daya pemikirannya walaupun beliau dikatakan seorang peguam.

Sudahlah se-sen pun Pakatan Haram tak keluarkan duit untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Mesir ketika kekecohan berlaku disana, yang mereka tahu hanya buat fitnah. Apabila keadaan kembali pulih, untuk manghantar semula pelajar-pelajar ini balik kesana pun berat untuk mengeluarkan belanja sendiri berbanding dengan negeri-negeri lain yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri! Mahu tak mahu semuanya ditanggung oleh kerajaan UMNO/BN.

Apabila ada sebuah yayasan yang dikenali sebagai Yayasan Kelana Ehsan (YKE) datang untuk membantu pelajar anak Selangor yang nak balik semula ke Mesir untuk sambung belajar disana, YKE dikatakan telah menyumbang wang tunai sebanyak RM500 untuk setiap seorang pelajar. Malangnya sumbangan ikhlas YKE tu di pandang buruk oleh Setpol Faekah Husin.

Faekah mempertikaikan bagaimana sebuah yayasan boleh menyumbang sebegitu banyak wang kepada pelajar sedangkan kerajaan negeri Selangor sendiri pun tak mampu. Ini yang buat Faekah rasa tak puas hati dan dikatakan kerja ehsan yang dibuat oleh YKE itu akan di laporkan kepada SPRM untuk siasatan.

Inilah dia perangai buruk kerajaan Pakatan Haram Selangor! Sudahlah nak menolong dikatakan tidak mampu, tetapi apabila orang lain nak menolong mereka merasa irihati pula. Sedangkan MB Khalid dikatakan membelanjakan RM85,000 wang rakyat untuk membawa orang Sabah dan Sarawak datang melawat Selangor itu ada pula duit.

Persoalannya disini adalah jika Faekah mengatakan kerajaan negeri tidak ada duit bagi membantu pelajar-pelajar tersebut, kemana hilangnya wang yang ditinggalkan oleh BN sebanyak RM84 juta didalam Yayasan Selangor? Mengapa sehingga sekarang Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM14 juta? Kemana wang Yayasan Selangor telah dibelanjakan? Sila jawap Faekah Husin!

Sumber asal : Darul Ehsan Today (DET)

Wasabi Oyabun..

Khamis, 10 Mac 2011

Anwar berusaha elak DNA untuk lindungi rahsia!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim didakwa cuba melindungi profil asid deoksiribonukleik (DNA) miliknya daripada diambil pihak hospital bertujuan melindungi sesuatu yang amat besar rahsianya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan Anwar itu juga sama seperti naluri seorang bapa yang mahu melindungi anaknya tetapi persoalannya di sini siapakah anak yang cuba dilindungi tersebut.

"Anwar menyatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad terdesak untuk melindungi anaknya. Kalau bagitu mengapa Anwar terdesak melindungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin bersama DNA miliknya.

"Jika Dr. Mahathir mahu melindungi anaknya, ini adalah naluri biasa saorang bapa. Apakah Anwar terdesak mahu melindungi Azmin dan Shamsidar atas sebab naluri saorang bapa. Jika itu benar maka persoalannya pula siapakah anak yang hendak dilindungi oleh Anwar," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang berkata, Dr. Mahathir menganggapnya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga bekas Perdana Menteri itu.

"Kebimbangan akan dicabar: saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta 'bailout' bagi Mirzan (Mahathir)," tambah Anwar sebagai mengulas mengenai tulisan memoir Dr. Mahathir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilancarkan semalam.

Mengulas lanjut, Anuar meminta Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Dr. WanAzizah Wan Ismail, Shamsidar dan Azmin untuk memberi penjelasan mengenai Anwar yang didakwa mempertahankan DNA miliknya.-UM.

Anak sapa lah tu ya..!!!!

Wasabi Oyabun..

Rabu, 9 Mac 2011

Gobalakrishnan baru tahu nikmat “bebas” selepas keluar PKR!

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bangkit buat kali pertama berbahas sebagai wakil rakyat Bebas hari ini, berkata beliau berasa ”bebas” sejak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Sekarang saya bebas, bila saya bebas setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah, saya ada masa untuk buat teks (perbahasan).

“Selepas 12 tahun (dalam politik) baru saya bebas, hirup udara pun saya rasa bebas, duduk dalam dewan yang mulia ini saya rasa bebas betul-betul depan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia),” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Gobalakrishnan yang keluar dari PKR pada 29 Januari lepas juga mendedahkan sehingga kini beliau masih membayar ansuran bulanan dua buah kereta yang diguna oleh pengawal peribadi Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

“Saya boleh ada seorang pembantu yang perlu saya bayar RM2,000, tetapi saya korbankan untuk bayar kereta bodyguard supaya “bakal perdana menteri” kita selamat,” katanya.

Beliau juga mendakwa pejabat Ketua Pembangkang itu tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Gobala oh Gobala...baru anda sedar kebebasan itu hanya boleh dinikmati apabila anda keluar dari 'kandang zoo pakatan rakyat'. Yang masih duduk di dalam tu bila lagi nak nikmati kebebasan...? Tunggu apa lagi..Chow la..Pakat Keluar Ramai-ramai..!!!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 7 Mac 2011

Membocorkan rahsia kekuatan ATM umpama 'menjual' negara!

Si kecil ini begitu teruja apabila dapat memegang senapang serbu pada Perarakan sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-78, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Setiap rakyat mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan negara, terutama dalam memastikan ruang udara, perbatasan laut dan sempadan negara tidak diceroboh anasir luar yang berniat jahat.

Tanggungjawab itu adalah satu amanah yang memerlukan taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan segala rahsia berkaitan sistem pertahanan negara sama ada bajet, peralatan ketenteraan sedia ada dan akan dibeli, kekuatan anggota darat, laut dan udara, serta sistem dan teknologi yang digunakan dalam mempertahankan kedaulatan negara kekal menjadi rahsia setiap rakyat negara ini.

Seperti yang ditegaskan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Datuk Sri Azizan Ariffin dalam artikelnya yang disiarkan di muka surat 10, akhbar ini semalam, keupayaan pertahanan negara adalah rahsia negara yang perlu dipertahankan oleh setiap lapisan warga Malaysia yang mempunyai akses terhadapnya.

Penegasan itu dibuat kerana sudah ada pihak tertentu termasuk pembangkang sengaja mendedahkan rahsia pertahanan negara, misalnya dalam kes pembelian enam buah Kapal Tempur Pesisir (LCS) TLDM.

Pendedahan itu bukan berniat baik kerana ia lebih kepada mencari keuntungan politik. Mereka sedar perbuatan itu boleh membahayakan keselamatan negara tetapi masih mahu melakukannya demi meraih kepentingan politik.

Nampaknya pihak pembangkang tidak mempedulikan keselamatan negara, asalkan matlamat mereka tercapai. Mereka lebih rela mengabui mata rakyat dengan membuat pelbagai pendedahan walaupun menyedari ia boleh menjejaskan keselamatan negara. Tindakan itu boleh kita anggap sebagai 'menjual' negara sendiri kepada pihak luar.

Kita tahu jika sewenang-wenangnya rahsia kekuatan tentera negara dihebahkan kepada dunia, banyak kesan buruk bakal menanti. Pihak musuh akan menggunakan segala maklumat yang dibocorkan itu untuk membuat perancangan rapi dan persediaan yang lebih baik dalam menghadapi kekuatan pasukan tentera kita jika ditakdir meletusnya pertikaian.

Memanglah kita tidak mahu mencari nahas dengan berperang dengan negara luar, tetapi jika itulah pilihan terakhir yang ada maka mahu tidak mahu kita perlu menghadapinya demi mempertahankan maruah dan tanah air tercinta. Namun, pastinya segala maklumat yang bocor itu akan menjejaskan persediaan kita menghadapi musuh luar yang tidak dijangka.

Siapa sangka negara Thailand dan Kemboja kini berperang di sempadan bagi berebut kuil purba kurun ke-11, Preah Vihear. Itu membuktikan banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Justeru, kesiagaan dan keupayaan ATM dalam melindungi kedaulatan negara mesti berada di tahap yang tertinggi.

Kita akui negara kita sentiasa berada dalam keadaan siap siaga termasuk memperkukuhkan teknologi peralatan ketenteraan sedia ada, selain melatih anggota tentera agar sentiasa bersedia mental dan fizikal. Namun, kesiapsiagaan itu tidak ada gunanya jika rakyat negara ini membocorkan rahsia tentera kepada pihak luar.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 5 Mac 2011

PRK DUN Merlimau : Saat akhir - Pas semakin tertekan, terdesak!

ROSLAN AHMAD, 44, calon Barisan Nasional (BN) di Merlimau terus menemui pengundi tengah malam tadi. Beliau ke Ayer Merbau menemui pengundi Cina. Kehadiran sekitar 500 hingga 600 orang. Responsnya bagus, kata Roslan.

“Kita akan teruskan walkabout ini dan kita nak ‘cover’ satu dua tempat lagi, saya fikir hari ini selesailah.

“Saya tidak mahu sentuh pasal majoriti undi sebab kita tidak meletakkan apa-apa sasaran. Jika majoriti undi tinggi daripada lepas, kita bersyukur dan berterima kasih. Pengundi berhak menentukan pilihan mereka,” kata Roslan kepada wartawan Utusan Malaysia semalam.

UTUSAN: Bagaimana respons pengundi kepada BN setakat ini?

ROSLAN: Berdasarkan sambutan dan respons pengundi kepada BN dalam beberapa hari kempen ini, saya lihat memuaskan. Sebenarnya sokongan ini sejak dari dulu lagi, cuma dalam kempen pilihan raya Merlimau ini, ia lebih menyerlah.

Saudara yakin BN akan peroleh kemenangan besar?

Bukan berdasarkan terlalu yakin. Kita sentiasa sedar bahawa semuanya boleh berlaku. Namun maklum balas pengundi sendiri yang saya terima ialah mereka memang menyokong BN, Insya-Allah. Ini semua kerana prestasi BN dalam pembangunan dan menyelesaikan masalah rakyat.

Apa ‘peluru’ terakhir saudara pada hari terakhir kempen hari ini?

Kita sudah di penghujung. Dengan hari ini, sehari lagi sebelum pembuangan undi esok, saya akan lipat gandakan usaha untuk terus berjumpa dengan pengundi. Setakat ini, sudah 80 peratus pengundi sudah ditemui dan kita akan pergi lagi seberapa kerap dan sebanyak mungkin.

Bagaimana dengan baki 20-30 peratus itu?

Sejumlah 20-30 peratus ini adalah pengundi luar. Pendekatan yang akan terus kita lakukan ialah melalui Facebook yang telah saya lancarkan. Ini khususnya untuk mendekati pengundi muda dan luar Merlimau yang boleh berinteraksi terus dengan kita. Banyak juga pengundi luar hubungi saya secara terus.

Pesanan buat pengundi-pengundi di DUN Merlimau. Terjemahkanlah sokongan anda dengan mengundi Barisan Nasional ( BN )esok. Terima kasih. InsyaAllah.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 1 Mac 2011

PRK DUN Merlimau : 'Skuad kamera' pembangkang cenderung sebar fitnah!

Tindakan PAS menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan calon dan peraih undi Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau hanya mendedahkan kelemahan jentera pilihan raya parti itu yang ketandusan isu untuk dimanipulasikan.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau cuma khuatir 'skuad' berkenaan akan lebih menjurus kepada gejala menabur fitnah dan dakyah yang amat dicela oleh Islam.

"Terima kasih kerana beritahu, kita akan senyum... tapi hakikatnya kita (BN) tumpu kepada strategi sebab kalau nak 'buat cerita', macam-macam fitnah dan dakyah akan berlaku.

"Macam insiden Nik Aziz ( beri duit kepada Orang Asli pada kempen pilihan raya kecil Galas tempoh hari ), itu kita serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita ada peraturan dan saya percaya semua parti faham akan peraturan ( berkempen ) ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru kepada 586 guru besar sekolah rendah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa PAS telah menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan jentera pilihan raya BN.

Menurut Abdul Halim, gambar yang akan diambil termasuk jika wujud pergerakan elemen rasuah itu kemudian akan dicetak dan disebarkan sebagai modal kempen PAS pada saat-saat akhir pengundian Ahad ini.

Dalam pada itu mengulas tindakan isteri calon PAS, Shakila Mohamad yang juga seorang guru mengiringi suaminya, Yuhaizad Abdullah berkempen untuk meraih sokongan pengundi, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata:

"Dia ada kelayakan dari segi jawatan (guru) dan dia bebas ke mana sahaja asalkan tidak melanggar peraturan perkhidmatan awam, kerajaan tidak akan berniat jahat terhadapnya."

Rupa-rupanya PAS dah fobia dengan apa yang berlaku di PRK DUN Galas tempohari!

Wasabi Oyabun..