Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 7 Julai 2015

Azmin tuduh kerajaan pusat berdolah-dalih, penstrukturan air mungkin ditangguh lagi?


KUALA LUMPUR - Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor yang sepatutnya dimuktamadkan dalam masa terdekat mungkin ditangguhkan lagi, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kesulitan itu disebabkan kerajaan negeri hari ini telah menerima notis daripada Pejabat Peguam Negara menyatakan bahawa kerajaan negeri perlu menyerahkan aset tanahnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan penstrukturan itu.

"Bagaimanapun, ia telah dipersetujui sebelum ini bahawa aset-aset syarikat konsesi (CCWA) yang disenaraikan di bawah perjanjian itu tidak termasuk tanah-tanah di negeri ini," dakwa beliau ketika ditemui selepas majlis pertemuan antara anggota Parlimen pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini.

Jelas Mohamed Azmin, beliau juga telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu berkenaan namun masih gagal menemui penyelesaian.


Katanya, penangguhan itu juga disebabkan sikap Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang sering berdolak-dalih dan menukar pendirian mereka dalam menyelesaikan perkara itu.

"Saya sendiri mengambil tanggungjawab bukan saja berbincang dengan menteri tetapi bertemu dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagai jawatankuasa kabinet mengenai air. Namun belum ada satu perkembangan positif malahan kementerian masih tetap berdolak-dalih," katanya.

Sebelum ini, Mohamed Azmin mendakwa kerajaan persekutuan cuba mengambil alih keseluruhan jajaran 26,000 kilometer aset paip air termasuk tanah walaupun bercanggah dengan perjanjian utama penstrukturan semula perkhidmatan air negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 3 Julai 2015

Nenek rasis: Guan Eng diarah bayar RM500,000 kepada Jahara?

JAHARA Hamid (tengah) ditemani Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya (kiri) dan Datuk Ir. Dr Shaik Hussein Mydin menunjukkan isyarat "bagus" selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng membayar ganti sebanyak RM500,000 kerana mengelarnya 'nenek rasis', selepas mengadakan sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

PULAU PINANG - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini diarah membayar sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi kerana menggelar beliau sebagai nenek rasis.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.

Selain itu, Nordin turut mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman selepas Guan Eng pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menggelarkan Jahara sebagai ‘nenek rasis’.

Gelaran itu dibuat Guan Eng kerana Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran ‘nenek’ namun tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

Dalam saman fitnah berkenaan, Jahara yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Wasabi Oyabun..