Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 3 Julai 2012

Suaram syarikat swasta, bukan NGO!


AZWANDDIN Hamzah (kiri) dan Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian menunjukkan dokumen awam SSM mengenai sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang dipercayai Suaram pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) perlu menjelaskan kedudukan sebenar pertubuhan itu kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ia merupakan syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, JMM difahamkan pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

“JMM juga difahamkan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada tahun 2009 dan RM411,226 pada tahun 2010.

“JMM mahu tahu sama ada pendapatan syarikat ini dari dalam atau luar serta apakah identiti penyumbang, motif serta niat sebenar mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung JMM, Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa serta Naib Presiden PKR, Tian Chua diminta membuat pengesahan dan memberi penjelasan kepada umum mengenai sumber sebenar pendapatan syarikat itu.

Jelas beliau, pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihaknya turut mendapati Suaram tidak berdaftar di dalam Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai NGO.

Berdasarkan semakan lanjut kepada dokumen awam SSM, Suara Inisiatif adalah sebuah organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan dengan aktiviti utamanya adalah menganjurkan kempen mengenai hak asasi kemanusiaan serta aktiviti-aktiviti berkaitan.

“Selama ini mereka cenderung kepada sesuatu pihak, saya tidak mahu tuduh tetapi mereka perlu perjelaskan sumber sebenar pendapatan mereka, lagipun mereka yang selama ini memperkatakan mengenai ketelusan.

“Mereka berlagak seperti sebuah NGO tetapi sebenarnya adalah sebuah syarikat swasta. Sumber pendapatan kira-kira RM900,000 itu adalah satu jumlah besar yang perlu diperjelaskan sama ada dari dalam atau luar negara," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim pernah mendesak Suaram mendedahkan sumber kewangan dan penaja pertubuhan itu kerana dilihat berterusan memainkan isu penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam negara Scorpene sehingga membawa kes tersebut di sebuah tribunal di Perancis.

Suaram didakwa diwujud untuk kelirukan rakyat


Kewujudan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat semata-mata mahu mengelirukan rakyat berikutan peranannya yang cenderung sebagai alat dalam penyebaran fitnah ke atas kepimpinan negara.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, agenda tersembunyi 'pertubuhan' itu terbukti apabila mereka tergamak mempengaruhi ahli pakatan pembangkang yang lain untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis.

"Ini merupakan pertama kali saya tampil mendedahkan permainan dan agenda tersembunyi Suaram.

"Selama 12 tahun berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya ibarat tali barut Suaram.

"Suaram tidak akan bertindak atas nama syarikat mereka, sebaliknya gunakan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah supaya Suaram menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati ia adalah syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 dalam tempoh 2009 dan 2010.

Ramlan mendakwa, Suaram telah mempengaruhinya untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Laporan polis bertarikh 21 Oktober 2008 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dibuat atas nama Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM).

"Antara terlibat membuat laporan pada masa itu ialah Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin; Aiman Athirah Al-Junid, Wan Mohd. Anies Wan Adham, Amin Iskandar dan saya.

"Seingat saya individu yang membuat laporan tidak dibekalkan dengan salinan laporan polis. Begitulah hebatnya rancangan Suaram untuk menjatuhkan kerajaan iaitu menerusi undang-undang dan penganjuran demonstrasi jalanan," dakwanya.

Menurut Ramlan, menerusi maklumat yang diperolehinya, sumber pendapatan terbesar syarikat itu adalah hasil pembiayaan salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.

"Saya cabar pemimpin berkenaan buat pengesahan dan beri penjelasan sumbangan sebenar pendapatan syarikat," katanya.

WAsabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen