Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 26 Februari 2012

Ezam sedia dedah surat Anwar pertahan Wolfowitz!

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor bersedia untuk mendedahkan kepada umum surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Etika Bank Dunia yang bertujuan menutup skandal seks rakan rapatnya yang merupakan bekas Pengerusi Bank Dunia, Paul Wolfowitz.

Katanya, ia adalah bukti bahawa kenyataan mempertahankan Israel dan menyokong Wolwofitz yang berketurunan Yahudi serta merupakan arkitek perang Iraq bukanlah sesuatu yang baharu bagi ketua pembangkang itu.

"Saya sedia untuk mendedahkan surat itu. Ia jelas menunjukkan Anwar adalah alat Yahudi Zionis yang sangat memusuhi Islam.

"Malah, ia menunjukkan sebahagian agenda besar musuh Islam yang memperalatkan 'desperado politik' seperti Anwar yang sanggup gadai segalanya untuk terus berkuasa," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa kerajaan bersedia mendedahkan kepada umum surat Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak yang menyatakan Malaysia tidak akan mempunyai hubungan dengan negara tersebut selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin.

Sebelum ini, pembangkang mendakwa Dr. Mahathir telah menulis surat kepada pemimpin Israel yang mengaitkan hubungan antara Malaysia dan Israel ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu kata Ezam, tidak perlulah kerajaan melayan desakan pembangkang agar membuktikan hubungan Malaysia dengan Israel adalah tidak benar.

"Kerajaan tidak perlu lagi layan Anwar, beliau seorang bankrap politik dan moral serta telah banyak berbohong termasuk dalam isu surat Tun Mahathir (kepada Perdana Menteri Israel).

"Anwar cuma mahu curi perhatian kerana mulai sedar semakin ramai mengenali siapa sebenarnya beliau, cukuplah saya dan rakan-rakan bekas PKR (Parti Keadilan Rakyat) sahaja yang menjawabnya," ujar beliau.-UMO

Wasabi Oyabun..

Selasa, 21 Februari 2012

Mengapa Anwar tidak akan saman WSJ?


Seperti dijangka, Anwar Ibrahim tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam semalam, beliau berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Berbanding laporan media arus perdana, beliau mendakwa kesemuanya hanya menyentuh kenyataannya mengenai sokongan untuk melindungi keselamatan Israel sahaja tanpa menyiarkan syarat yang perlu dipatuhi oleh negara zionis tersebut.

‘‘Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai contingent yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana.

‘‘Saya faham pendirian Pas dalam soal Palestin-Israel ini yang mana mereka cukup tegas dan keras. Saya juga beri penjelasan jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana perkara itu tidak harus berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipatuhi,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam bersama Nik Abdul Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di sini.

Pada pertengahan bulan ini, Nik Abdul Aziz meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman WSJ.

Desakan tersebut merupakan ketetapan yang dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di sini baru-baru ini. Nik Abdul Aziz berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

Menjawab satu soalan sama ada wujud perbezaan antara beliau dan Pas mengenai isu Palestin, Anwar mengakui terdapat sedikit perbezaan.

“Cuma sedikit sahaja iaitu dari segi penekanan. Pas sentiasa konsisten bahawa mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel sama ada dalam sudut pandangan, fikiran malah dalam bentuk rundingan sekalipun.

‘‘Saya pula menyokong keputusan yang diambil Hamas dan Fatah untuk bertegas terhadap syarat-syarat yang dikenakan dan seterusnya menyambung rundingan,’’ katanya.

Berhubung contingent yang dimaksudkannya seperti mana disiarkan oleh WSJ itu Anwar berkata, terdapat empat perkara iaitu pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab; hentikan keganasan; hentikan kepungan terhadap Gaza dan iktiraf Baitul Muqaddis.

Sementara itu Nik Abdul Aziz dalam status terbaru Facebooknya hari ini menegaskan bahawa pendirian Pas dalam isu Palestin jelas iaitu parti tersebut tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.

‘‘Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini,’’ ujarnya.

Hahaha..nampaknya sandiwara mereka berdua berjaya lagi...hamPAS!!!!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 20 Februari 2012

Benarkah VC UiTM guna kuasa beri biasiswa pada anak?

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan bahawa naib canselornya Datuk Sahol Hamid Abu Bakar telah menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.

Malah, kata penasihat undang-undang universiti itu Prof Datuk Emeritus Shad Saleem Faruqi, bukan sahaja siasatan dalaman UiTM telah membersihkan Sahol Hamid (kanan) tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu juga mendapati tiada bukti untuk mensabitkannya.

“Mereka mewawancara beberapa pegawai UiTM dan memeriksa sistem pemilihan biasiswa (universiti). Didapati tiada bukti salah guna kuasa. Tetapi mereka buat beberapa cadangan untuk menambah baik sistem untuk menjadikannya lebih telus,” kata Shad Saleem.

Pakar perlembagaan itu turut memaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga ada menjalankan siasatannya sendiri. Shad Saleem bagaimanapun tidak mendedahkan hasilnya.
Sebelum ini difahamkan BPR (ketika itu belum dinaiktaraf sebagai suruhanjaya) pada 2008 pernah menyiasat Sahol Hamid atas dakwaan salah gunakan kuasa dan kedudukan rasminya bagi memilih dua anak perempuannya di bawah skim TPM.

Menurut sumber, BPR kemudiannya menyarankan naib canselor ketika itu Tan Sri Profesor Ibrahim Abu Shah (kiri) mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu berkenaan. Sahol Hamid ketika itu bertugas sebagai timbalan naib canselor.

Difahamkan, antara yang dimaklumkan BPR kepada UiTM:

* Sahol Hamid selaku anggota Jawatankuasa Latihan Pembangunan Staf (Induk) pada Ogos 2006 didakwa bersetuju dengan laporan lembaga temuduga yang mencalonkan 411 nama selepas temuduga dan sesi mock teaching.

* Sahol Hamid selaku pengerusi jawatankuasa hal ehwal kakitangan juga didakwa memperaku keputusan tawaran TPM tetapi gagal mengisytihar kepentingan dua anaknya dari Fakulti Komunikasi dan Media serta Fakulti Kejuruteraan Awam.

* Sahol Hamid dalam jawatankuasa hal ehwal kakitangan pada Februari 2007 didakwa memaklumkan beliau tidak terlibat dengan pemilihan dan tidak mengisytiharkan dua anaknya sebagai calon.

Sumber juga mendakwa Ibrahim kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada KPT.

Dalam kenyataan balasnya baru-baru ini, Shad Saleem (kanan) berkata, siasatan UiTM yang dimulakan pada 19 Mac 2007 juga mendapati tiada pengaruh tidak wajar Sahol Hamid terhadap terhadap fakulti yang mengendalikan permohonan.

“Bagaimanapun, jawatankuasa menemui bahawa terdapat perbezaan yang tidak diingini antara fakulti dalam beberapa aspek proses pemilihan, seperti komposisi jawatankuasa pemilihan fakulti.

“Beberapa kriteria seperti 'bidang kritikal' juga terlalu subjektif' dan boleh menjurus kepada keadilan yang tidak sama rata,” kata Shad Saleem.

Manakala dari segi kelayakan pula, katanya lagi, seorang anak perempuan Sahol Hamid yang terpilih mendapat Purata Mata Gred Terkumpul (CGPA) ketiga tertinggi dalam fakultinya iaitu 3.62.

Seorang lagi anaknya pula walaupun mendapat CGPA 3.20 tetapi mendahului dalam kriteria lain seperti kemahiran sosial dan penguasaan bahasa Inggeris serta pertimbangan bidang pengajiannya yang kritikal dalam kejuruteraan jambatan.

Sementara itu, Sahul Hamid pula dalam respons ringkas melalui SMS sebelum ini menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai “palsu dan bersifat fitnah”.

Pada tahun itu, seramai 700 calon dicadangkan untuk biasiswa itu dengan 250 terdiri daripada kakitangan tetap dan 450 lagi melalui TPM. Untuk cerita selanjutnya, sila klik sini dan di sini.


Wasabi Oyabun..

Ahad, 19 Februari 2012

Anwar dah tak mengaku pulak 'berak' ditengah jalan!

Baru semalam Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel, hari ini pula mendakwa WSJ siar jawapannya yang berbeza!

Seakan tersepit dengan desakan pelbagai pihak berhubung kenyataan kontroversinya mengenai keselamatan Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mendakwa jawapannya kepada soalan Wall Street Journal (WSJ) mengenai isu itu adalah berbeza dengan apa yang disiarkan media tersebut.

"Saya ditanya (WSJ), Anwar kamu kenapa benci sangat, musuh sangat Israel, tiap-tiap kali keluar kenyataan kutuk keganasan Israel. Itu soalan daripada WSJ kepada saya.

"Saya kata, saya kecam sebab Israel ganas, zalim dan tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin. Dan dicatat di situ (laporan WSJ) Anwar sedia terima Israel," katanya pada program ceramah di Markas Pas Cawangan Kampung Mengkasar di sini malam tadi.

Laporan WSJ Asia bertarikh 26 Januari yang menyiarkan kenyataan Ketua Pembangkang itu turut boleh dibaca di http://online.wsj.com/ yang memetik:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahannya:

"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), sesuatu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin."

Dalam ceramahnya malam tadi itu, Anwar turut membidas pimpinan UMNO serta media arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan TV3 kerana dikatakan tidak memetik keseluruhan perenggan kenyataannya berhubung isu Israel yang dilaporkan dalam WSJ itu.

Selain itu, Anwar turut mengakui wujud perbezaaan pendapat di antara beliau dan Pas berhubung konflik Israel dan Palestin yang mana parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu menolak sama sekali kewujudan negara Yahudi itu.

Sedangkan, beliau melihat penyelesaian isu Palestin berdasarkan kewujudan dua negara seperti mana yang dinyatakan dalam inisiatif Pelan Damai Raja Arab Saudi, Raja Abdullah 2002 yang mana Israel mesti berundur dari wilayah Arab dan jika mereka berundur maka perlu beri hak kepada rakyat Palestin dan balasannya keselamatan Israel akan dijaga.

Jangan jadi macam burung kakak tua Al-Juburi oiiii...pandai saja bercakap, tapi tak faham apa yang dicakapkan? Dah terdesak sangat ka..!!!

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 18 Februari 2012

Pok Nik mengamuk lagi - Itu dia punya pasal lah!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 15 Februari 2012

Dasar luar negara berubah dibawah 'Perdana Menteri' Anwar Ibrahim!

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba memisahkan Pas daripada dasar luar negara yang akan dilaksanakan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau menjadi 'Perdana Menteri' kelak iaitu mengiktiraf negara Israel.

Nik Aziz menunjukkan bantahan terhadap Anwar dengan memintanya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha untuk memastikan keselamatan negara Israel dan membuktikannya 'tidak benar' dengan menyaman Wall Street Journal.

Permintaan itu tidak sukar untuk dilakukan oleh Anwar yang pernah membuat penafian terhadap keterlanjuran beliau yang lebih besar sekalipun terbukti dengan video maka apatah permintaan dibuat oleh Nik Aziz demi untuk persahabatan dengan Anwar atas dasar tegur-menegur.

Nik Aziz tentu sedar bahawa penafian Anwar kelak tidak akan menjejaskan pendirian yang telah pun diketahui oleh seluruh dunia dan terpuji di mata Israel dan Amerika Syarikat.

Pendirian Anwar telah diyakini oleh dunia sekalipun beliau mungkin akan memenuhi permintaan Pas oleh kerana masa yang diambilnya adalah terlalu lewat dan beliau berbuat demikian hanya setelah adanya tekanan dari dalam negara.

Hal ini sudah cukup untuk meyakinkan Israel bahawa Anwar adalah ejennya yang boleh dipercayainya oleh kerana sebarang penafian yang dibuatnya bukan atas hasratnya sendiri.

Rakyat Malaysia juga dapat memikirkan apa yang akan berlaku kepada dasar luar negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa.

DAP tentunya akan menyokong pendirian pluralisme yang dijuarai oleh Anwar untuk menunjukkan dasar negara yang demokratik dan di samping itu akan menyesuaikan dengan Dasar Luar Singapura sebagai benteng kepada Israel.

Pas tentunya hanya dapat bersuara di pinggiran tetapi tidak akan dapat bertindak di atas prinsipnya sekalipun tidak bersetuju. Sekarang pun telah banyak bukti yang kita lihat mengenai kejatuhan moral Pas sebagai sebuah parti Islam.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 14 Februari 2012

Penyokong PKR bidas tindakan Pas!


Kata dua yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas kepada Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel mula menimbulkan perbalahan antara penyokong parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia berikutan tindakan majlis berkenaan, semalam yang meminta Penasihat PKR itu menarik balik kenyataannya atau menyaman The Wall Street Journal, dianggap tidak wajar dan tidak melambangkan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.

Menurut sumber PKR, penyokong parti itu menganggap tindakan Majlis Syura Ulama Pas dan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan terbuka dalam memberi kata dua berkenaan boleh menjejaskan imej pakatan tersebut.

Mereka mempertikaikan kenapakah Pas tidak berunding atau membawa isu berkenaan ke mesyuarat pakatan pembangkang supaya ia boleh diselesaikan secara muafakat.

Sumber itu juga memberitahu, penyokong PKR juga bertanya, apakah Pas kini sudah tertekan kerana dianggap telah meninggalkan perjuangan Islam sehingga sanggup memberi kata dua kepada pemimpin utama pakatan sendiri.

Bagaimanapun bagi penyokong Pas, mereka menganggap tindakan Majlis Ulama itu adalah tepat kerana Anwar dilihat sudah banyak melakukan tindakan yang dilihat memberi masalah kepada pembangkang.

Malahan sumber dalaman Pas percaya, 'serangan' atau kritikan terhadap keputusan Majlis Syura Ulama tersebut adalah sebahagian tindak balas penyokong-penyokong PKR dan Anwar terhadap blog-blog pro-Pas yang mengkritik PKR berhubung isu yang berlaku di Selangor.

Sementara itu, sebuah blog pro pakatan pembangkang secara terbuka mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dan Nik Abdul Aziz.

Dalam blog suarapakatanrakyat.com, penulisnya mempertikaikan kenapa tidak ada seorang pun kepimpinan tinggi Pas yang meluangkan sedikit masa bertanyakan hal sebenar berhubung kenyataan tersebut dengan Anwar sendiri.

''Walaupun surat tersebut tidak ada signifikan dari segi Pakatan Rakyat itu sendiri tapi dari sudut moral dan politiknya, ia melambangkan kewujudan perpecahan dalaman yang serius sedang berlaku dalam Pakatan Rakyatnya,'' kata penulis berkenaan.

Selain itu, penulis itu juga menegaskan, beliau tidak nampak keperluan Pas memberikan kata dua kepada Anwar.

''Membincangkan soal Anwar di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama itu sendiri pun sudah agak keterlaluan (Anwar bukan ahli Pas), apatah lagi mengutuskan surat dan memaksa beliau untuk membuat pilihan mana yang perlu diikutinya,'' kata penulis tersebut.

Sehubungan itu, penulis tersebut mendakwa, Majlis Syura Ulama Pas dilihat 'menari' mengikut rentak putar belit yang gendangnya dipalu UMNO berhubung dengan perkara tersebut.

Malahan penulis itu yang cuba mempertahankan Anwar menegaskan, kenyataan pemimpin PKR itu perlu dilihat dari konteks yang betul, iaitu berkaitan dengan konsep Penyelesaian Dua Negara yang diterima Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri.

''Penulis sedar Pas sedang terdesak untuk turut sama bersetuju dalam hal ini dengan Anwar kerana isu Israel ini dijadikan perkara yang terlalu sensitif pada satu masa untuk menentang UMNO dan BN terutama pada dekat 80-an hingga 90 an.

'' Hakikatnya banyak perkara telah berubah sejak itu dengan lebih banyak negara Islam kini mengiktiraf kewujudan negara Yahudi tersebut,'' kata penulis blog itu lagi.

Penulis berkenaan mendakwa Nik Aziz, telah diberi maklumat yang salah berhubung kenyataan Anwar sehingga membawa kepada keputusan majlis syura itu.

''Penulis juga kesal kerana Nik Aziz tidak menggunakan pertimbangan yang betul sebelum membuat keputusan demikian, di samping masih lagi menggunakan media UMNO seperti Utusan Malaysia untuk menyatakan pendirian parti.

''Untuk dua perkara ini sahaja Nik Aziz, Majlis Syura Ulama dan Pas sendiri sudah sewajarnya diberikan surat tunjuk sebab oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

''Ada masanya penulis tidak faham kenapa Nik Aziz tidak menggunakan pendekatan biasa dalam mendapatkan penjelasan dari Anwar. Penulis rasa cukup dengan berbisik di telinga masing-masing pun semua kekeliruan dapat diurai. Tak perlulah surat-surat semua ini pun,'' kata penulis tersebut.-UMO

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 11 Februari 2012

Menjunjung tinggi keadilan sejagat!

Setelah mengeluarkan kenyataan yang amat kontroversi - beliau menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, Anwar Ibrahim membuat justifikasi bahawa pendirian berkenaan sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Kenyataan ini memang terang-terangan tidak kena sama sekali dengan perjuangan umat Palestin. Keadilan sejagatkah namanya sekiranya negara Israel tegak atas penderitaan umat Palestin? Hak mereka untuk hidup dinafikan dan tanah mereka di rampas, mereka dibunuh dan dipenjara dan mereka dinafikan untuk hidup di tanah air mereka sendiri.

Jadi, kita semua tertanya-tanya kamus politik mana yang dirujuk oleh Anwar untuk membuat justifikasi menjunjung tinggi keadilan sejagat ini? Kenyataan yang tersurat dan maksud yang tersirat menepati kias pepatah 'sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinanya'.

Mana mungkin orang yang mengikuti perjalanan hidup politik Anwar boleh memandang remeh kehadiran ejen asing yang dijadikan kawan sekian lama. Kalau itupun dikatakan suatu helah politik tetapi tidak sampai membuat kenyataan yang sangat menyinggung seolah-olah Anwar bercakap bagi pihak orang lain dan mempunyai maksud politik yang tertentu.

Umat Islam di seluruh dunia tidak akan merelakan penggadaian prinsip berlaku atas dorongan keinginan untuk sampai ke Putrajaya segera.

Bayangkan kalau itulah kenyataan yang dibuat apakah takdirnya Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia (minta dijauhkan Allah) nanti perkara yang pertama yang dilakukan adalah mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Tentera Israel sentiasa bertindak kejam terhadap penduduk Palestin termasuklah sanggup mengacukan senjata api kepada kanak-kanak yang tidak berdosa.

Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tidak mengiktiraf Israel atas asas berlaku ketidakadilan kepada perjuangan umat Palestin. Nampaknya pendirian kerajaan Malaysia jauh lebih jelas dan tegas berbanding kenyataan Anwar itu.

'Membela hak mereka yang dizalimi' memberi maksud seolah-olah selama ini Israel dan kelompok zionisnya dizalimi oleh orang-orang Palestin dan pembelaan harus dilakukan terhadap mereka. Ini adalah kenyataan songsang yang di luar akal kemanusiaan menerimanya.

Semua orang tahu dan Anwar juga tahu kelompok Hamas dan PLO sejak zaman Arafat lagi cuba melakukan rundingan damai. Tetapi apa hasilnya? Hasilnya adalah bedilan peluru yang tidak berperikemanusiaan dan penempatan baru yang merampas hal-hak orang Palestin.

Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tulang belakang mempertahankan negara Israel tahu kezaliman yang berlaku. Apa makna sebuah negara yang menjadi rujukan demokrasi dan kebebasan hak asasi manusia boleh membiarkan ia terjadi.

Jawapannya mudah. Sesiapa yang ingin menang sebagai Presiden di AS mesti mendapat dukungan pelobi zionis dengan jaminan bahawa keselamatan Israel dijamin. Penulis percaya Anwar tahu silat politik zionis ini.

Anwar cuba mengemukakan strategi 'Two State Solution' iaitu suatu gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

Apakah ini gambaran keadilan sejagat yang ingin dibawa oleh Anwar dan ingin membela yang menzalimi dan bukan dizalimi? Apakah idea itu tercetus daripada rumusan gerakan Islam seluruh dunia? Atau ia adalah corong agen asing yang Anwar jadi jurucakapnya.

Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Aziz Abughoush melihat kenyataan berkenaan sebagai 'pelik dan ganjil'.

"Kami tidak tahu siapa yang sebenarnya memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk yang mencabul undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Asia Barat", tambahnya.

Perkara yang sama diulas oleh Dr. Azzam Tamimi, Wakil Perikatan Pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London.

"Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,'' katanya.

Dr. Azzam seorang ahli gerakan Islam yang berpengaruh di dunia Islam dan di Malaysia memberikan beberapa asas hujah mempertikaikan kenyataan Anwar itu (rujuk Utusan Malaysia, 9 Februari dan blognya).

Kritikan yang serupa dibuat oleh Dr. Abdul Mu'ti, Setiausaha Pertubuhan Muhammadiyyah sebuah organisasi Islam terbesar di Indonesia dengan menyatakan bahawa kenyataan Anwar merupakan sikap politik yang tidak bijaksana dan ia merupakan kesilapan politik yang sangat serius.

Tegasnya, ia tidak saja menyakiti umat Islam bahkan tidak sesuai dengan sikap dan pandangan masyarakat Muslim di seluruh dunia. Di dalam negara pula, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak setuju dengan pandangan Anwar.

Menurutnya, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri. Oleh itu, setiap rakyat negara ini perlu menyokong perjuangan rakyat Palestin supaya akhirnya mereka dapat hidup di tanah air sendiri dengan aman".

Ia dikongsi oleh Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), suatu gerakan Islam semasa yang mengambil pendekatan wasatiyyah menyatakan bahawa ia suatu kenyataan yang "menakjubkan" seolah-olah mengiktiraf penjajahan Israel terhadap Palestin dan memandang bahawa Israel dan Palestin mempunyai hak yang sama ke atas bumi Palestin.

Polimik ini disertai sama oleh bekas sahabat baik Anwar, Ismail Mina iaitu Jawatankuasa MUAFAKAT Malaysia sebuah organisasi dakwah yang menampung orang lama ABIM dengan menyatakan bahawa kenyataan itu berbahaya dan boleh mengancam negara.

Malangnya, kepimpinan ABIM dan JIM, PKPIM dan Wadah tidak merasakan kenyataan Anwar itu relevan dengan perjuangan mereka. Pertubuhan ini kelihatan partisan atau pendukung tegar Pakatan Rakyat dan sanggup membisu seribu bahasa mengenai isu ini.

Pertubuhan ini dulunya adalah pejuang barisan depan mengenai isu umat Palestin di Malaysia. Apakah kerana partisan politik kenyataan Anwar itu tidak perlu diberikan pendirian?

Anwar seperti biasa dalam siri ceramahnya di mana-mana akan menyalahkan orang lain dan menuduh akhbar-akhbar di Malaysia memutarbelitkan kenyataannya.

Pengikut tegarnya yang tidak tahu dan taksub kepada kepimpinannya tidak akan berganjak bahawa Anwar sentiasa betul dan sejak dalam ABIM lagi terkenal sebagai tokoh memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Orang-orang yang cerdik dan mengikuti perkembangan Anwar dengan isu pluralismenya, hubungan intimnya dengan agen-agen luar dan kredibiliti moralnya yang merudum dapat membuat timbangan yang rasional.

Kalangan pengikutnya yang tegar tetap menutup pintu minda dan hati untuk tidak mahu berbincang apalagi menerima hakikat bahawa Anwar bukanlah pemimpin yang bersih atau kelihatan bersih.

Buktinya kenyataan Anwar yang terakhir di Wall Streets Journal mempunyai maksud yang tersirat. Kenyataan di BBC juga serupa.

Semakin dekat pilihan raya semakin banyak kenyataan kontroversi dibuat sekadar menggembirakan 'tuan'nya dan mempunyai kesan kepada iklim politik Malaysia masa kini dan masa depan.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 10 Februari 2012

Mengapa Pakatan Rakyat masih amal pilih bulu?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat bersikap 'pilih bulu' apabila tiada sebarang desakan dibuat ke atas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya sebelum ini.

Sambil mempersoal keputusan taklimat tertutup pakatan rakyat tiga tahun lalu yang memutuskan Elizabeth perlu meletakkan jawatan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kegagalan itu membuktikan pembangkang tidak sensitif berhubung isu moral pemimpin mereka.

Dakwanya, dalam taklimat tertutup yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang tersebut memutuskan Elizabeth perlu melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

"Dalam taklimat yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu, pucuk pimpinan PKR sebulat suara memutuskan supaya dia Elizabeth meletakkan jawatan.

"Namun sehingga hari ini, kita lihat Elizabeth masih bertugas dan perkara ini membuktikan pembangkang mengambil jalan mudah untuk berdiam diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap berdiam diri pembangkang yang tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Elizabeth semenjak penyebaran gambar separuh bogelnya.

Sementara itu, bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong pula menyifatkan Elizabeth sebagai seorang yang mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab kerana tidak tampil untuk meletak jawatan.

"Dia sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara itu dan tampil memberi penjelasan kepada rakyat kerana dia adalah pemimpin.

"Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia tidak rasa malu dengan kisah aib itu bahkan turut sama berdiam diri dan membiarkan rakyat tertanya-tanya di manakah kebenaran isu tersebut," katanya.

Tambah Lum Yong, sikap berdiam diri yang ditunjukkan pembangkang juga menunjukkan mereka masih mengamalkan konspirasi dengan hanya mencari salah pihak lain.-UMO

Wasabi Oyabun..

Khamis, 9 Februari 2012

Anwar dicabar saman 3 pihak!...Ada berani ka?


Demi membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dicabar menyaman tiga pihak untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan itu.

Bekas Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip berkata, tiga pihak itu ialah Datuk Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Mohd Ali dan akhbar berpengaruh Wall Street Journal edisi Asia.

Beliau berkata, Eskay adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan bahawa individu atau pelaku yang terlibat dalam video seks dengan ‘China Doll’ ialah Anwar, termasuk membuat sumpah di dalam sebuah masjid di Wilayah Persekutuan bagi mempertahankan kenyataannya.

"Ummi mendakwa Anwar berzina dengan kakaknya iparnya. Wall Street pula melaporkan kenyataan Anwar yang menyokong segala langkah untuk menjamin keselamatan rakyat Israel walaupun beliau menyatakan kenyataan itu tidak tepat.

"Sebagai seorang yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas ceramah.

“Dia perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengheret individu terbabit ke muka pengadilan dengan segera dengan memfailkan saman malu," katanya pada sidang media di sini petang semalam.

Kalau berani saman la ANWAR AL-JUBURI WOOOOOOIT..!!!Jangan KITA lupa hubungan Anwar dengan Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel. Juga hubungan Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia. Dan rakyat Malaysia pasti tak lupa hubungan akrab Anwar & Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang begitu biaDAP menghina Kerajaan Malaysia semasa datang sebagai tetamu Kerajaan dalam sidang APEC 1998 di Kuala Lumpur.

Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton. Dan jangan lupa juga Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anuwar terhadap stafnya Saiful.

Anwar terpaksa “berlari” ke New York “melutut” minta maaf kepada Yahudi apabila timbul isu dia mengkritik isu APCO Yahudi di Malaysia! INILAH SIKAP HIPOKRIT MANUSIA BERNAMA ANWAR AL-JUBURI, PAKAR SANDIWARA POLITIK DUA ALAM; SANA CAKAP LAIN, SINI CAKAP LAIN…TIPU MELAYU TIPU CINA TIPU INDIA...TIPU MAKCIK2 KAMPUNG TIPU PAKCIK-PAKCIK NELAYAN..KAH KAH KAH...boleh belah la lu..!!!


Wasabi Oyabun..

Rabu, 8 Februari 2012

Kematian misteri pemberi maklumat ( Whistle blower ) ada kaitan dengan skandal pasir di Selangor - RPK!



Pengendali portal berita Free Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang terjatuh dari balkoni rumahnya pada 19 November 2009, sebenarnya dibunuh.

Lebih mengejutkan, Raja Petra mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.

Katanya, ia berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir untuk disiar dalam Free Malaysia Today.

Jelas Raja Petra, beliau percaya tiga perompak bersenjata parang yang memecah masuk rumah mendiang di Bukit Bandaraya, Bangsar, adalah pembunuh yang diupah oleh pihak yang terbabit dalam penyelewengan pasir kerana bimbang isu rasuah tersebut didedahkan Patrick.

“Seorang kawan baik saya telah dibunuh dan saya ingin tahu mengapa. Sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya memiliki bukti yang akan mendedahkan cerita ‘rasmi’. Sumber dalaman memberitahu saya ia bukan rompakan, ia satu pembunuhan berkait dengan perniagaan.

“Ini kerana selepas pertemuan di United Kingdom, Patrick meminta tempoh sebulan untuk mengumpul maklumat mengenai sindiket perlombongan pasir di Selangor, bererti pada November saya boleh mula menyiarkan pendedahan itu tetapi ia tidak berlaku.

“Beberapa minggu kemudian, Patrick dibunuh. Polis kata mendiang maut kerana terjatuh tetapi laporan bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan leher (seperti dicekik),” dakwanya seperti mana dipetik dari http://www.freemalaysiatoday.com.

Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.

Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi USD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.

Dalam pada itu, sebagai memperjuangkan kematian sahabat baiknya itu, Raja Petra berikrar akan mendedahkan segala bukti rasuah dan penyelewengan pasir yang didalangi beberapa pemimpin pakatan pembangkang selepas tiga tahun beliau mengumpul maklumat.

Ujarnya, tindakan tersebut demi memberi penghormatan kepada Patrick kerana mendiang semasa hayatnya menentang aktiviti rasuah dan penyelewengan pasir di Selangor yang seolah-olah ‘dihalalkan’ walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui perkara itu.

“Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penghormatan kepada mendiang walaupun sedar dengan risiko nyawa yang terpaksa saya hadapi tetapi jika apa yang berlaku pada Patrick terjadi ke atas saya, ia mengesahkan apa yang saya kata (pembunuhan) tentang mendiang,” dakwanya.

Pyssss...Baik Anwar mahupun Khalid Ibrahim langsung tidak menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin. Begitu juga dengan portal kegemaran juak-juak pembangkang langsung tidak 'highlight' dakwaan RPK, kecuali portal Free Malaysia Today.









Wasabi Oyabun..

Selasa, 7 Februari 2012

Sokong Israel seperti hapuskan Palestin!

Dalam wawancara dengan harian terkemuka, The Wall Street Journal edisi Asia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap keamanan dan keselamatan negara Yahudi, Israel.

"Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel," kata Anwar dalam wawancara tersebut.

Wawancara yang dilakukan Januari lalu itu bukan sahaja menyebabkan rakyat Malaysia terkejut, tetapi juga umat Islam antarabangsa, termasuk di Indonesia, mereka berasa hairan dan tertanya-tanya.

Adalah amat malang untuk pemimpin seperti Anwar yang ketokohan beliau begitu dikenali di Indonesia membuat kenyataan seperti itu ketika beliau sedang giat mencari sokongan politik.

Sebagai pemerhati masalah Palestin dan Asia Barat, saya pun terkejut membaca kenyataan pemimpin pembangkang dari negara jiran tersebut di media online.

Seperti kita ketahui Palestin adalah masalah sensitif dan terus menjadi sorotan dunia antarabangsa. Berpuluh-puluh tahun (sejak 1948, bersamaan berdirinya negara Israel), bangsa Palestin ditindas dan dijajah hingga hari ini oleh Israel.

Akibat penjajahan dan penindasan itu, bangsa Palestin berpecah-belah dan menjadi pelarian di seluruh pelosok dunia. Penduduk Palestin sekitar 6 juta orang, sebahagiannya iaitu kira-kira 2.7 juta menetap di tebing barat, 1.5 juta orang menetap di Genting Gaza dan selebihnya menjadi pelarian di negara-negara Arab, Teluk dan Afrika.

Dalam sejarahnya pula, negara Israel didirikan di atas tanah yang dirampas daripada Palestin dan hingga kini terus meluaskan pembangunan pemukiman Yahudi, sehingga menyebabkan semakin sempit wilayah geografi Palestin kesan pencerobohan yang dilakukan oleh pemerintahan zionis tersebut.

Ketika melancarkan buku barunya kelmarin yang berjudul, Gilad Atzmon: Catatan Kritikal Palestina dan Masa Depan Zionisme, Ahmad Syafii Maarif menyatakan, masalah Palestin bukan masalah agama atau etnik.

"Masalah Palestin adalah masalah kemanusiaan," kata beliau.

Buku baru bekas Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiah itu adalah hasil interaksi dirinya dengan Gilad, bekas anggota tentera udara Israel, yang membelot dan kini menetap di England.

Gilad menentang keras pemerintahan rasis Israel, dan menyokong perjuangan kemanusiaan membela Palestin.

Hakikatnya, organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Liga Arab dan lain-lainnya tidak mampu membendung serta menghentikan tindakan ganas yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

PBB yang dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, selama ini lebih menyokong tindakan Israel. Sementara negara-negara Arab tidak boleh melakukan banyak tindakan kerana sebahagian besar adalah sekutu rapat AS.

Jika ada negara yang dengan tegas membantu dan menyokong Palestin, seperti Iran, pastilah akan dimusuhi AS dan Barat, dengan pelbagai alasan klasik.



Perjuangan Palestin meraih kemerdekaan dan berdiri sebagai negara yang bebas, memang sangat mencabar. AS dan Barat yang memveto cadangan kemerdekaan Palestin tidak mengambil kira kejahatan Israel yang melebihi aksi pengganas dengan membunuh ratusan ribu warga Palestin.

Ia seperti mana peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra Shatila dan aksi-aksi keji lainnya, termasuk penyerbuan ke Gaza tahun 1998 lalu.

Ia menjadi catatan penting pelanggaran serius hak asasi manusia dan pengingkaran terhadap nilai-nilai kemanusiaan oleh Israel, jelas membuktikan bahawa Israel adalah negara 'penaja' keganasan dan pengganas.

Ketika negara-negara Arab sukar bersatu, maka seharusnya penyatuan dan penggabungan dokongan terhadap perjuangan bangsa Palestin ditingkatkan.

"Bangsa Arab juga salah kerana ikut menyekat rakyat Palestin seperti di Rafah, Mesir. Tapi penyatuan kemanusiaan harus terus diperjuangkan bagi menyokong Palestin," kata bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, dalam majlis pelancaran buku Ahmad Syafii tersebut.

Meningkatkan semangat dan penyatuan kemanusiaan terhadap bangsa Palestin memang harus terus dilakukan, biar apa pun yang terjadi.

Politik bebas Indonesia setakat ini belum mampu dipraktikkan secara tegas dan nyata. Sokongan terhadap perjuangan Palestin lebih banyak sekadar seruan dan ucapan. Tindakan yang konkrit belum banyak dilakukan.

Indonesia dan juga Malaysia berpotensi menjadi pelopor perjuangan dan sokongan terhadap Palestin.

Oleh itu, tidak sepatutnya jika perjuangan kemanusiaan tersebut dirosakkan oleh individu-individu atau pemimpin Islam yang mendakwa membela dan memperjuangkan bangsa Palestin, tetapi hakikatnya turut menyokong negara zionis Israel.

Menyokong Israel sama seperti menyokong penghapusan bangsa Palestin. Jangan sampai terjadi seperti itu.

Oleh HERY SUCIPTO
(dipetik dari akhbar Rakyat Merdeka)
PENULIS ialah Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiyah Jakarta.


Wasabi Oyabun.

Isnin, 6 Februari 2012

Anwar dinasihatkan tutup mulut 'longkang'!

Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) menasihati Anwar Ibrahim agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan kerana ia boleh memecahbelahkan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbuatan ketua pembangkang itu menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah perkara tersebut menerima kritikan dan menjadi kontroversi, mengakibatkan kekeliruan kepada orang ramai.

"Kemungkinan orang yang bercakap dalam isu ini (menyokong Israel) tidak bermaksud hendak menyokong, tetapi perkataan dia itu dianggap jelas menyokong.

"Jadi nasihat saya kepada orang yang selalu mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik dia tak bercakap. Kalau meragukan atau memecahbelahkan manusia, buat apa dia bercakap," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau Ehsaniah, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongan terhadap semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menurut Fathul Bari, Islam tidak pernah memberi pengiktirafan kepada agama Yahudi dengan menyatakan sokongan mahupun melakukan perkara yang menggembirakan mereka.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 5 Februari 2012

Malaysia tidak terjamin bawah Anwar!


Seorang demi seorang rakan rapat yang satu ketika dahulu begitu memuja Anwar Ibrahim, melangkah kaki meninggalkan beliau. Ezam Mohd. Nor, Chandra Muzaffar dan Zulkifli Nordin antara beberapa nama yang bertindak demikian dengan seribu satu fakta dan kenyataan kerana tidak sanggup lagi bersekongkol dalam kemungkaran.

Salah seorang rakan baik Anwar yang juga pernah menganggapnya sebagai mentor, DATUK AIDIT GHAZALI, turut mengambil tindakan sama. Dalam pertemuan di kediamannya Rabu lalu, Aidit yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND), dengan tenang menjelaskan kenapa beliau tidak lagi sanggup bersama pemimpin pembangkang itu.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, beliau mengatakan bahawa Anwar bukan lagi seperti yang beliau kenali dahulu. Anwar baginya, bukan lagi seorang yang boleh diharapkan dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam.

Beliau yang pernah bergiat aktif di dalam ABIM satu ketika dahulu turut memberi sebab-sebab utama kenapa kini menolak untuk bersama Anwar, antaranya sifat kemaruk kuasa, kelonggaran pendirian dalam isu-isu berkaitan Islam dan beberapa lagi.

Selain itu beliau yang kini menjawat Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit turut mengungkap permasalahan perpecahan di kalangan umat Melayu/Islam, pluralisme dan gaya kepimpinan yang boleh dijadikan contoh.

MINGGUAN: Sejak zaman mahasiswa lagi Datuk amat rapat dengan pemikiran dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengapa sekarang Datuk sangat kritikal terhadap perjuangan dan pemikirannya?

AIDIT: Zaman 1970-an dan awal 80-an adalah zaman di mana tahap idealisme Islam dalam kalangan mahasiswa serta mahasiswi Muslim di seluruh dunia Islam sangat tinggi. Pelbagai faktor menyumbang kepada fenomena ini. Antara lain, kesan usaha dakwah pelbagai jemaah Islam yang muncul di hampir seluruh pelosok dunia Islam, krisis sistem ekonomi, politik dan pendidikan yang berasaskan nilai serta budaya Barat dan juga interaksi yang semakin rancak antara para pelajar kita yang dihantar belajar ke luar negara dengan rakan-rakan mereka dari negara-negara Islam yang lain.

Generasi muda di Malaysia termasuk saya tidak terpisah daripada arus positif ini. Maka secara logiknya, proses pencarian ilmu, wadah gerakan Islam serta contoh mithali berjalan dengan gigih. Saya diketemukan dengan sahabat-sahabat daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat dalam menubuhkan ABIM (United Kingdom) pada awal 1980-an. Ketika itu Anwar ialah Presiden ABIM.

Memandangkan sifat saya yang meletakkan standard tinggi pada apa yang saya buat dan pegang dalam hidup, maka Anwar ketika itu layak menjadi contoh perjuangan saya atas kewibawaan diri yang beliau tonjolkan ketika memimpin ABIM sehingga beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa pasca 1998.

Tetapi sejak beberapa tahun ini, khususnya setelah PRU-12, pendirian saya mula goyah dan penuh pertanyaan apabila saya melihat dalam percaturan Anwar berlakunya: pertama, sifat terlalu kemaruk memegang kuasa secara pintas, dengan khabar bahawa berpuluh wakil rakyat BN akan berpaling tadah selepas PRU-12 dan baru-baru ini dengan laungan untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun berlaku.

Kedua, kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan DAP yang jelas tidak mahu pada negara Islam. Ketiga, pengasingan diri ramai bekas kenalan Anwar dalam kalangan ulama, cendekiawan Islam yang saya hormati dan sahabat-sahabat karib beliau dalam pergerakan Islam.

Keempat, kelonggaran pendirian beliau berkaitan dengan isu penggunaan nama Allah, penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu, isu LGBT, isu menjaga keselamatan Israel, kefahaman pluralisme terhadap Islam dan kelima, sikap kurang tegas beliau terhadap golongan yang mencabar IMR (martabat Islam, kedudukan umat Melayu sebagai kustodian Islam di Malaysia serta pemeliharaan Institusi Raja sebagai Pelindung dan Pemayung agama Islam di Malaysia).

Sifat kompromi melampau beliau atas kepentingan politik sehingga menimbulkan kekhuatiran saya yang amat sangat bahawa masa depan Islam dan umatnya di Malaysia tidak lagi terjamin jika Anwar dan pakatan politik beliau menerajui negara.

Terhadap isu-isu moral yang didakwa disabitkan dengan beliau juga ada kesan besar kepada saya kerana sumber-sumber saya adalah daripada mereka yang mempunyai tahap integriti yang tinggi di sisi saya serta yang bukan ada kepentingan politik dan juga mereka yang satu ketika dahulu mempunyai tahap kepercayaan terhadap Anwar yang melebihi tahap saya.


Namun jiwa saya bukan jiwa menghukum. Justeru, tanpa isu-isu moral ini pun, saya sudah ada cukup asas untuk tidak lagi berpegang pada Anwar sebagai insan yang saya boleh pegang dari segi kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam beliau. Saya telah capai pada peringkat ini dalam keadaan penuh kesedihan kerana satu ketika, saya sangat sanjung kemampuan dan peribadi beliau.

Anwar dikatakan mendukung fahaman pluralisme yang kelihatan bercanggah dengan fahaman arus perdana ahli Sunah Wal Jamaah. Apa pandangan Datuk mengenai aliran fahaman sebegini dan kesannya kepada akidah umat?

AIDIT: Fahaman pluralisme yang meletakkan kesucian dan kebenaran agama Islam pada tahap sama dengan agama-agama serta kepercayaan lain adalah kefahaman yang jelas sesat. Ia boleh menggegarkan syahadah seseorang Muslim kerana ia seolah-olah mempersoalkan martabat Islam sebagai satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.

Ucapan Anwar satu ketika dahulu di United Kingdom berkaitan pluralisme kononnya di hadapan audiens yang bukan Muslim dan wajarlah kononnya beliau membawa pandangan yang melihatkan sifat keterbukaan seorang Muslim. Tetapi pada saya, ada perkara yang kita boleh kompromi dan ada perkara pokok yang kita tidak boleh langsung berkompromi, lebih-lebih lagi jika ia disabitkan hal akidah (pegangan agama Islam) dan soal Syariah yang jelas hukumnya. Jika seseorang itu sudah mula berkompromi satu hal pokok, maka kekhuatiran saya adalah ia akan sanggup melonggarkan hal-hal pokok yang lain sehingga nanti seluruh akar Islam itu tercabut dan mungkin diganti dengan baja pemikiran, benih kefahaman dan pokok pegangan yang langsung tidak ada sifat Islam.

Justeru perjuangan saya dalam agenda IMR adalah supaya jangan nanti nasi jadi bubur, jangan sehingga menangis tak berlagu tentang akibat pada Islam dan umatnya dan jangan pula saya kesal kemudian akibat berdiam diri yang tidak kena pada tempatnya. Umat Islam yang kurang faham implikasi halus yang dibawa oleh fahaman pluralisme akan mula nanti membelai sifat berkompromi dengan tuntutan agama Islam dalam hidup kita; mereka akan berjinak dengan sifat liberal dan tuntutan yang haram boleh jadi halal dan yang halal boleh ditegah, serta macam-macam lagi pemikiran yang kabur kerana pegangan kita pada agama yang satu sudah dicairkan.

Perpecahan kalangan umat Islam di Malaysia amat membimbangkan. Apakah faktor yang menyebabkan ia berlaku dan mungkin ada jalan keluar darinya?

AIDIT: Pelbagai analisis tentang perpecahan umat Islam telah dikupas oleh pihak-pihak lain. Kebanyakannya ada asasnya. Saya tidak berniat untuk mengulanginya. Tetapi faktor-faktor yang paling ketara saya yakini menjadi penyebab pada hari ini adalah lima yang utama.

Pertama, tahap ilmu dan kemahiran untuk menilai sesuatu perkara termasuk maklumat yang diterima, secara waras, bijaksana, berfikiran panjang dan menyeluruh.

Kedua, ketandusan ikon-ikon insan atau manusia-manusia yang boleh masyarakat jadikan ikutan dan rujukan yang diyakini tidak berbelah bagi dan yang bersifat adil serta membina dalam penilaian mereka.

Ketiga, masalah ketaksuban yang amat sangat dalam kalangan sebahagian masyarakat terhadap tokoh-tokoh kesayangan mereka dan wadah pilihan mereka sehinggakan ketaksuban kepada Allah dan Rasul-Nya, serta ketaksuban terhadap kebenaran telah diketepikan tanpa sedar.

Keempat, suasana yang tidak kondusif pada perpaduan akibat budaya menghasut, berdendam dan takbur bahawa diri mereka yang benar dan kelima, kurangnya alternatif atau pilihan bagi umat Islam yang kecewa dan seolah-olah hilang harapan pada wadah-wadah sedia ada. Penyelesaiannya adalah supaya kita tinjau serta kaji sedalam-dalamnya punca pada faktor-faktor ini dan kita selesaikan pada punca-punca.

Yang penting kita berusaha secara sistematik dan berterusan. Soal bila kita berjaya jangan kita jadikan desakan utama kerana itu urusan Allah. Saya juga tidak mahu terperangkap dalam membuat kerja secara gopoh sehingga mengorbankan kualiti dan berkat Allah dalam perjuangan saya.

Pada pandangan Datuk gaya kepimpinan yang bagaimana seharusnya menjadi sumber ikutan dan teladan dalam realiti masyarakat berbilang kaum dan agama?

AIDIT: Sebenarnya, jika kita memahami Islam secara menyeluruh serta kandungan al-Quran, sunah Rasulullah, sejarah hidup para ulama dan tokoh Islam serta hakikat bahawa pintu ijtihad tidak ditutup, soal masyarakat majmuk ini bukan faktor besar. Madinah yang dijadikan sebagai contoh negara Islam pertama pun bukan semua warganya beragama Islam.

Justeru, masyarakat yang sama ada keseluruhannya umat Islam atau bersifat majmuk berkehendakkan gagasan kepemimpinan yang boleh memberi mereka keyakinan, harapan, pengukuhan, bimbingan serta jawapan pada pelbagai kemelut dan cabaran. Dalam konteks ini, saya melihat bahawa belum ada seorang yang boleh sampai pada tahap itu. Yang kita perlu adalah gagasan kepemimpinan yang saling melengkapi antara satu sama lain.


Justeru jika sesebuah negara itu mempunyai seorang pemimpin utama, maka amat penting sekali mereka yang di kelilingnya mestilah mereka yang juga mencerminkan tahap kepemimpinan tinggi, khusus dari segi kemahiran, ilmu, integriti, moral, amal ibadat, niat suci, rekod prestasi, hubungan masyarakat, jiwa murabbi, rekod prestasi, pergaulan, wawasan dan gagasan mentor yang hebat. Jika budaya kita tidak menjurus ke arah formula ini, maka kita mesti bergerak ke arahnya sebelum terlambat.

Anwar dikatakan membuat kenyataan kontroversi mengenai Israel yang disiarkan dalam Wall Street Journal. Apa pandangan Datuk dalam konteks sikap politik yang diambil dan kesannya terhadap perjuangan umat Palestin?

AIDIT: Kenyataan Anwar itu memang langsung tidak boleh diterima, walau apa pun alasan beliau. Israel adalah sebuah negara yang kewujudannya dari segi Islam adalah haram. Warganya kebanyakan berjiwa Zionis yang jelas bermusuh dengan Islam.

Rekod rejim Zionis juga terkenal dengan kezaliman bersifat Firaun terhadap umat Islam di Palestin. Jadi untuk membuat kenyataan itu walau atas kepentingan apa sekalipun tidak boleh diterima. Ia ibarat mencurah air garam yang sedang menggelegak panasnya ke atas luka yang masih berdarah dengan isi badan terdedah.

Mereka yang diam seribu bahasa termasuk rakan-rakan Anwar yang sering berhujah tentang kezaliman Zionis dan memperjuangkan umat Islam Palestin mesti bersuara untuk membuat pendirian. Ini yang saya lihat adalah ujian asid sama ada taksub kita pada Allah dan kebenaran atau taksub kita pada manusia?

Pendirian kita terhadap perkara-perkara yang mencabar Islam dan umatnya seperti yang saya sebutkan awal tadi juga adalah ujian asid dari segi di mana terletak prinsip kita. Kita mesti ingat bahawa manusia tidak sempurna. Janganlah disamakan kesempurnaan Allah dengan kehebatan mana-mana manusia sehingga kita sanggup menggadai agama sendiri demi kepentingan politik duniawi dan keseronokan sementara.

Sebahagian besar penganalisis berpendapat bahawa masyarakat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan masalah persepsi. Apa pendapat Datuk terhadap perkara ini?

AIDIT: Saya amat bersetuju dengan pandangan ini. Memang kita kini dibelenggu dengan masalah persepsi. Masalah ini bersifat akumulatif, yakni telah membesar dengan peralihan masa dan tidak diatasi ketika ia masih kecil.

Antara penyebabnya adalah pengalaman buruk masyarakat dengan pihak-pihak yang berkepentingan secara tidak beretika, kawalan emosi yang diganggu dengan budaya menghasut, budaya fitnah dan budaya agresif yang bertentangan dengan nilai serta tata susila hidup kita, termasuk apa yang berlaku di sebahagian masjid, surau dan kebanyakan laman sesawang dan blog/facebook dalam Internet; ketaksuban yang pada tahap melampau terhadap tokoh dan wadah sehingga maklumat yang sahih pun ditolak jika mencemarkan tokoh dan wadah mereka; ketandusan pilihan-pilihan lain bagi mereka yang kecewa; realiti ibarat mencurah air di daun keladi dengan satu pihak ada yang membuat baik dan di satu pihak pula ada yang membuat perkara-perkara yang mencairkan usaha baik; kurang usaha turun ke akar umbi dengan penuh tawaduk dan ikhlas serta tidak bermusim; dan akhir sekali, kurang mencari berkat Allah dalam apa yang kita buat.

Namun, kita jangan pasrah. Kita mesti kuasai profil masalah persepsi ini secara lengkap dan mendalam. Sesuaikan penyelesaian pada kelompok-kelompok yang terlibat. Dekati mereka tanpa prejudis dan pasrah. Jadi contoh yang baik dari segi perlakuan kita sendiri dan yakin pada takdir Allah untuk membuka hati mereka yang Allah pilih. Pastikan ahli-ahli keluarga kita dahulu yang kita bimbing sebelum kita nak bimbing orang lain. Jangan lupa doa berterusan.

Dan akhir sekali, mesti rasa seronok buat kerja perjuangan supaya tahap pengorbanan kita bukan dijana oleh kepentingan material dan duniawi tetapi dipacu dengan sifat cinta pada agama Islam, umatnya, Institusi Raja sebagai pelindung agama Islam dan hasrat kita untuk membuktikan kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia ini bahawasanya umat Islam memang umat terbaik di sisi Allah.-UMO

Wasabi Oyabun..