Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 1 Mac 2011

PRK DUN Merlimau : 'Skuad kamera' pembangkang cenderung sebar fitnah!

Tindakan PAS menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan calon dan peraih undi Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau hanya mendedahkan kelemahan jentera pilihan raya parti itu yang ketandusan isu untuk dimanipulasikan.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau cuma khuatir 'skuad' berkenaan akan lebih menjurus kepada gejala menabur fitnah dan dakyah yang amat dicela oleh Islam.

"Terima kasih kerana beritahu, kita akan senyum... tapi hakikatnya kita (BN) tumpu kepada strategi sebab kalau nak 'buat cerita', macam-macam fitnah dan dakyah akan berlaku.

"Macam insiden Nik Aziz ( beri duit kepada Orang Asli pada kempen pilihan raya kecil Galas tempoh hari ), itu kita serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita ada peraturan dan saya percaya semua parti faham akan peraturan ( berkempen ) ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru kepada 586 guru besar sekolah rendah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa PAS telah menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan jentera pilihan raya BN.

Menurut Abdul Halim, gambar yang akan diambil termasuk jika wujud pergerakan elemen rasuah itu kemudian akan dicetak dan disebarkan sebagai modal kempen PAS pada saat-saat akhir pengundian Ahad ini.

Dalam pada itu mengulas tindakan isteri calon PAS, Shakila Mohamad yang juga seorang guru mengiringi suaminya, Yuhaizad Abdullah berkempen untuk meraih sokongan pengundi, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata:

"Dia ada kelayakan dari segi jawatan (guru) dan dia bebas ke mana sahaja asalkan tidak melanggar peraturan perkhidmatan awam, kerajaan tidak akan berniat jahat terhadapnya."

Rupa-rupanya PAS dah fobia dengan apa yang berlaku di PRK DUN Galas tempohari!

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen