Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 28 Mac 2011

‘Kemenangan naikkan Proton’!

Kejayaan Lotus Renault menaiki podium buat kali pertama selepas berjaya menduduki tempat ketiga perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1), Grand Prix Australia, kelmarin berjaya menaikkan nama Proton selaku pemilik Lotus Renault menerusi anak syarikatnya Lotus Group.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kejayaan itu membolehkan Proton menaikkan nama Lotus Renault dari segi penjenamaan melalui F1.

‘‘Tahniah kepada Lotus Renault kerana mendapat tempat ketiga F1 di Melbourne. Yang penting kita mesti melihat Proton membeli saham dalam Lotus Renault yang bersaing dalam F1 dan ia lebih kepada kepentingan komersial.

‘‘Justeru kejayaan Lotus Renault sudah tentu boleh membantu Proton sebagai pemilik syarikat Lotus untuk membantu mengukuhkan jenama kereta yang mereka miliki,” katanya.

Ahmad Shabery menambah, lebih membanggakan ialah pihak Lotus Renault turut memberi peluang kepada 19 jurutera tempatan untuk bekerja di kilang mereka di United Kingdom bagi menimba pengalaman.

‘‘Kita tahu kilang Lotus Renault ini memang antara yang terhebat di dunia, ia berbeza dengan Proton yang banyak mengeluarkan kereta tetapi di sana mereka hasilkan satu kereta lumba untuk dijadikan yang terbaik.

‘‘Mereka menghasilkan kereta yang berkelajuan tinggi dari segi kelajuan, aerodinamik, suspensi dan sebagainya, inilah peluang untuk jurutera kita menimba pengalaman,” katanya.

Beliau difahamkan terdapat 500 jurutera yang bertugas di kilang tersebut dan ia mampu memberi nafas baru, bukan untuk tujuan kemenangan dalam perlumbaan semata-mata tetapi lebih bersifat inovasi.

Menurutnya, bidang permotoran amat berbeza dengan kejuruteraan automobil dan jurutera tempatan harus memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen