ROSLAN AHMAD, 44, calon Barisan Nasional (BN) di Merlimau terus menemui pengundi tengah malam tadi. Beliau ke Ayer Merbau menemui pengundi Cina. Kehadiran sekitar 500 hingga 600 orang. Responsnya bagus, kata Roslan.
“Kita akan teruskan walkabout ini dan kita nak ‘cover’ satu dua tempat lagi, saya fikir hari ini selesailah.
“Saya tidak mahu sentuh pasal majoriti undi sebab kita tidak meletakkan apa-apa sasaran. Jika majoriti undi tinggi daripada lepas, kita bersyukur dan berterima kasih. Pengundi berhak menentukan pilihan mereka,” kata Roslan kepada wartawan Utusan Malaysia semalam.
UTUSAN: Bagaimana respons pengundi kepada BN setakat ini?
ROSLAN: Berdasarkan sambutan dan respons pengundi kepada BN dalam beberapa hari kempen ini, saya lihat memuaskan. Sebenarnya sokongan ini sejak dari dulu lagi, cuma dalam kempen pilihan raya Merlimau ini, ia lebih menyerlah.
Saudara yakin BN akan peroleh kemenangan besar?
Bukan berdasarkan terlalu yakin. Kita sentiasa sedar bahawa semuanya boleh berlaku. Namun maklum balas pengundi sendiri yang saya terima ialah mereka memang menyokong BN, Insya-Allah. Ini semua kerana prestasi BN dalam pembangunan dan menyelesaikan masalah rakyat.
Apa ‘peluru’ terakhir saudara pada hari terakhir kempen hari ini?
Kita sudah di penghujung. Dengan hari ini, sehari lagi sebelum pembuangan undi esok, saya akan lipat gandakan usaha untuk terus berjumpa dengan pengundi. Setakat ini, sudah 80 peratus pengundi sudah ditemui dan kita akan pergi lagi seberapa kerap dan sebanyak mungkin.
Bagaimana dengan baki 20-30 peratus itu?
Sejumlah 20-30 peratus ini adalah pengundi luar. Pendekatan yang akan terus kita lakukan ialah melalui Facebook yang telah saya lancarkan. Ini khususnya untuk mendekati pengundi muda dan luar Merlimau yang boleh berinteraksi terus dengan kita. Banyak juga pengundi luar hubungi saya secara terus.
Pesanan buat pengundi-pengundi di DUN Merlimau. Terjemahkanlah sokongan anda dengan mengundi Barisan Nasional ( BN )esok. Terima kasih. InsyaAllah.
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan