Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 21 Mac 2011

Video seks panas! - Adakah ini sandiwara terbaru Anwar untuk divert isu DNA?

Esok mahkamah akan membuat keputusan samada Anwar perlu serahkan DNA beliau ataupun tidak! Azmin Ali dalam satu kenyataan di Terengganu mengatakan bahawa Anwar tidak perlu serahkan DNA. Alasannya adalah takut DNA tersebut disalahgunakan untuk tujuan jahat. Tak tahulah samada Azmin pun sama-sama gementar dengan DNA Anwar itu nanti. Kalau itu DNA Anwar, mengapa pula Azmin perlu takut! Ada apa-apa ke? Hanya tuan punya badan sahaja yang boleh menjawapnya.

Yang peliknya kenapa 3 hari sebelum mahkamah memberi keputusan tentang DNA Anwar, tiba-tiba kita dikejutkan dengan isu video seks yang dikatakan dilakukan oleh seorang ketua pembangkang! Sebenarnya dinegara kita ada ramai ketua pembangkang, tetapi mengapa pula Anwar yang cepat melatah?

Kalau tak silap Oyabun, tiada siapa yang membuat tuduhan yang mengatakan lelaki didalam video tersebut adalah Anwar! Mengapa Anwar perlu buat kenyataan akhbar, walhal beliau tidak pun melihat video tersebut. Hanya setakat mendengar khabar dari wartawan yang diberi peluang untuk melihat video tersebut oleh seorang yang bernama Datuk 'T' di sebuah hotel di ibu negara, Anwar sudah membuat konklusi bahawa lelaki didalam video tersebut bukanlah beliau. Tak ke pelik namanya?

Berikut adalah kenyataan akhbar dari Anwar semalam :

" Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.

Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.


“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.

Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, sedang membalas twitter dengan penyokong.

Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 pagi dan bertarikh 21 Februari 2011.

“Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong,” katanya.

Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza dengan lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.

“Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara 21 Mac lalu.

Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.

“Motif politiknya sangat jelas, meminta saya dan Wan Azizah meletak jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan Presiden KEADILAN). Rekayasa jahat musuh politik untuk membantutkan kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan suasana politik sedemikian, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri Sarawak.

Anwar mengingatkan, rakyat Malaysia sudah cuba ditipu hampir 13 tahun sejak kes Fitnah I pada 1998 dan plot terbaru video fitnah itu, tidak mampu menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang turut hadir sidang media itu bersama pimpinan parti pula secara sinis, berkata:

“Kalau Anwar didakwa (di mahkamah) dengan lelaki, kenapa yang keluarnya sekarang video dengan perempuan."

Persoalannya disini adalah kalau Anwar rasa tak bersalah, mengapa perlu mengelabah. Tiada siapapun yang membuat tuduhan yang lelaki didalam video tersebut adalah Anwar sehinggakan Anwar terpaksa membuat kenyataan akhbar!

Apa yang Oyabun khuatirkan adalah ianya mungkin satu perangkap sahaja. Mungkin juga satu sandiwara terbaru dari Anwar untuk divert isu DNA beliau. Mereka mampu lakukan apa sahaja baik untuk membuat video palsu dan sebagainya bagi mengalih tumpuan rakyat kepada perbicaraan kes liwat sekarang bila mereka rasa terdesak! Kalau satu duniapun mereka boleh berbohong dan kelentong, inikan pula setakat untuk membuat video palsu.

Yang pasti adalah apabila mereka melihat 'ketua' mereka hampir kantoi dengan isu DNA, tiba-tiba muncul pula videoklip ini! Berkemungkinan juga ianya satu sandiwara yang direkayarsa dengan begitu teliti tidak boleh ditolak. Mereka boleh mencipta videoklip ini, dan mereka pulak nafikan! Dan disebabkan oleh itu jugalah Anwar cepat-cepat menafikan beliau terbabit walaupun tiada tuduhan dan belum lagi melihat video tersebut? Pelik, tapi benar!

Cuba bayang jikalau semua orang bercakap mengenai videoklip ini, semua suratkhabar tumpu dan buat ulasan masing-masing dan semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen bercakap mengenainya, maka hilanglah tumpuan rakyat kepada isu DNA. Mereka sekarang ini sangat tertekan dengan isu DNA. Mereka sudah tidak ada jawapan dan cara terbaik adalah memutarkan belitkan cerita DNA ini. Jadi cara terbaik yang mereka ada ialah dengan merekayarsa dan menipu dengan cara licik ini..alihkan tumpuan rakyat daripada isu DNA.

Nasihat buat Anwar : Kalau tak makan cili, tak kan berasa pedas kot! Mengapa perlu takut dengan bayang-bayang sendiri!

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan