Para pemimpin pembangkang meluahkan kemarahan mereka melalui Twittermengenai klip video yang dipertontonkan kepada media hari ini, yang menunjukkan individu yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan aksi seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali.
Sambil menafikan ketua pembangkang itu adalah individu dalam klip video tersebut, mereka berkata, tindakan tersebut merupakan satu lagi percubaan gabungan BN untuk menghalang rancangan politik mereka.
Video itu dipertontonkan hari ini di hotel Carcosa Seri Negara kepada editor dan wartawan media arus perdana dan media alternatif. Anwar tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbit untuk mendapatkan reaksinya.
Di Parlimen, naib presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian
Chua memberitahu sidang akhbar bahawa perkembangan terbaru itu menunjukkan "BN begitu terdesak" untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang menjejaskan kerajaan.
"Sekali lagi, mereka beralih daripada isu-isu utama - pilihan raya, dasar... mereka mahu kekal memerintah Sarawak. Jadi, mereka beralih kepada serangan peribadi," kata Tian.
Beliau juga mempertikaikan ketulenan klip video selama 20 minit itu, kerana parti itu tidak diberi salinan asal.
Untuk cerita selanjutnya sila klik sini dan di sini .
Habislah Anwar dan Kak Wan tak tidur lenalah hari ini. Datuk 'T' dah pun bagi amaran kepada sesiapa yang berkenaan ( kot ada yang makan cili lah) supaya meletakkan jawatan segera! Apa komen Anwar dan Kak Wan tentang " video panas " ini...adakah nanti ada orang yang akan cakap " nampak macam saya, tetapi bukan saya"..! Lantak lah labu...!!!
Wasabi Oyabun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan