Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 6 Oktober 2012

MB Khalid buat tak kesah...!!! Air Empangan Sg. Selangor sudah mula susut?



Operasi Loji Rawatan Air Rasa dan Bukit Badong di sini dikhuatiri terjejas ekoran penyusutan paras air di Empangan Sungai Selangor yang turut membekalkan air mentah ke loji berkenaan sejak Mei lalu.

Kedua-dua loji berkenaan membekalkan sebanyak 60 peratus air yang telah diproses bagi keperluan penduduk Lembah Klang iaitu Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur serta 40 peratus kepada penduduk di kawasan Rawang.

Dibimbangi, pengurangan air di empangan itu akan menjadi petanda awal berlakunya krisis air di Selangor dengan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilihat sebagai jalan penyelesaiannya.

Tinjauan hari ini mendapati empangan tersebut yang dikatakan mampu menakung kapasiti air sebanyak 235 juta meter kini menyusut kira-kira 40 peratus.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh di Pusat Info empangan itu, Empangan Sungai Selangor berfungsi sebagai empangan pengawal dan akan membekalkan air mentah ke loji berkenaan mengikut keperluan semasa.

Wartawan juga mendapati Sungai Luit yang merupakan salah satu sumber takungan Empangan Sungai Selangor menunjukkan aliran air yang rendah berbanding aliran normal.

Sekiranya kejadian itu terus berlaku, ia boleh menjejaskan bekalan air mentah dan mengganggu operasi kedua-dua loji tersebut.

Difahamkan, penyusutan air di empangan merupakan perkara biasa yang berlaku pada setiap tahun namun bukan dalam tempoh yang panjang seperti sekarang.

Empangan itu dibina di bawah Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSF3) pada tahun 2000 berikutan krisis air yang menjejaskan pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 1998.

SSF3 juga dikenal pasti sebagai penyelesaian yang mampu dilaksanakan untuk memenuhi permintaan bekalan air yang semakin meningkat.


Sungai Selangor adalah sumber air terakhir yang sesuai dibangunkan bagi memenuhi permintaan yang meningkat dan selepas itu air mentah perlu diimport dari Pahang menerusi pemindahan air antara negeri.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Ahmat Indar Arifin, 61, berkata, dia hairan dengan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang boleh menyusut meskipun sentiasa hujan.

Kerajaan negeri perlu bertindak segera bagi melaksanakan projek Langat 2," katanya.

Seorang lagi penduduk, Khairi Abdullah, 51, berkata, kerajaan Selangor perlu membenarkan pembinaan projek Langat 2 demi kebajikan rakyat.

Loji rawatan itu perlu diteruskan kerana jumlah penduduk semakin bertambah dan permintaan terhadap air terus meningkat yang memerlukan sebuah loji rawatan baru dibina," ujarnya.

Bagi Mohd. Yunus Isa, 66, air merupakan keperluan asas yang perlu disediakan oleh pihak berkuasa dan mereka perlu bertindak segera sebelum krisis air berlaku.

Kita perlu merancang dari sekarang, jangan tunggu apabila sudah berlaku masalah baru mahu bertindak," jelasnya.-UMO

Wasabi Oyabun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan