Terima kasih kerana mengundi BN
Rabu, 3 Oktober 2012
Mangkok jamban punya Khalid Ibrahim..?
Cukup mudah jawapan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim terhadap desakan 350 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang tidak berkempampuan supaya agensi itu mengambil alih hutang perumahan mereka - mohon bantuan zakat; bukannya mendesak hutang mereka diambil alih PKNS.
Rasional 350 orang terlibat memohon PKNS berbuat demikian atas asas bahawa mereka juga berhak mendapat pertolongan kerana agensi kerajaan negeri itu sanggup membeli hutang Talam Corporation sebanyak RM392 juta. Justeru selaku rakyat yang terdesak, mengapa mereka tidak boleh dibantu?
Selain menghalakan mereka yang terlibat kepada saluran zakat, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS menegaskan PKNS tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada Talam bagi tujuan mengambil alih syarikat itu.
Kenyataan tersebut kelihatan bercanggah dengan tindakan PKNS yang mengarahkan anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) pada tahun 2009 supaya membeli hutang Talam.
Berdasarkan beberapa perkembangan yang berkaitan sebelum ini, reaksi Abdul Kahid itu sudah dijangka. Manakah mungkin beliau sanggup mengatakan manifesto pilihan raya bukanlah satu perjanjian apabila kerajaan negeri gagal mengotakan janji pilihan raya. Nampak sangat rakyat dijadikan bola setelah berkuasa.
Semalam, Seramai 350 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta bagi menyelamatkannya daripada dilelong.
Menurut mereka jika PKNS sanggup membeli hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) sebanyak RM392 juta, mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan untuk membantu rakyat miskin.
Kesemua mereka dari Shah Alam, Taman Datuk Harun dan Kelana Jaya mengadakan demonstrasi menuntut perkara itu di hadapan bangunan PKNS hari ini dan menyerahkan surat mengenai perkara itu kepada Pengurus Komunikasi dan Korporat PKNS, Ishak Hashim.
Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin, S. Vigneswaran yang mewakili penduduk berkata, pembeli rumah PKNS yang bayarannya tertunggak bersedia membayar semula hutang itu kepada PKNS pada kadar RM500 sebulan jika hutang mereka diambil alih oleh perbadanan itu.
"Kami berharap permohonan ini diluluskan berdasarkan layanan sama rata seperti yang diberikan kepada Talam oleh kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di sini.
Pada 2009, kerajaan negeri melalui PKNS telah mengarahkan Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) iaitu anak syarikat milik penuh PKNS supaya membeli hutang Talam sebanyak RM391,986,473.
Vigneswaran berkata, sekiranya perbadanan itu bersetuju, pihaknya mencadangkan agar satu perjanjian pengesahan hutang dilakukan antara PKNS atau SIC dengan pihak bank diikuti perjanjian jual beli antara PKNS atau SIC dengan para pembeli melibatkan pembayaran RM500 sebulan.
"Ini bukannya perjanjian yang membolehkan pembayaran sebanyak RM10 sebulan dibuat sebagaimana dilakukan Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) dengan Talam," katanya sinis.
Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat dalam kalangan pembeli rumah tersebut menghadapi kes di mahkamah akibat tidak mampu membayar hutang pembelian rumah mereka.
"Jika PKNS mampu membeli hutang orang kaya seperti Talam, apakah kami rakyat Selangor yang miskin dan berpendapatan rendah tidak berhak dibantu.
"Pada masa ini, terdapat 20 pembeli dalam kalangan kami yang rumah mereka akan dilelong oleh pihak bank. Jadi, kami berharap PKNS dan kerajaan negeri dapat membantu membeli hutang tersebut bagi menyelamatkan rumah-rumah tersebut," katanya.
Sementara itu, wakil pembeli rumah PKNS dari Taman Datuk Harun, Mohamad @ Hussein Abdullah berkata, sekiranya kerajaan negeri bersikap adil dan telus, layanan sama rata seharusnya diberikan kepada semua golongan rakyat terutama mereka yang miskin.
"Kami sanggup membayar balik hutang RM500 sebulan kepada PKNS jika mereka sanggup membeli hutang rumah kami daripada bank. Jika Talam boleh membayar balik kepada SIC sebanyak RM10 sebulan, sepatutnya tiada masalah untuk PKNS mempertimbangkan permohonan kami yang mampu membayar lebih tinggi," katanya.
Fikir-fikirkan lah samada selepas ini mahu mengundi Pakatan Rakyat lagi ataupun tidak?
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam..
BalasPadamSebuah blog yang menarik dan berinformasi. Terlanjur dah singgah sini, saya jadi follower di blog ini.
Blog hebat tuan juga telah dipautkan di blog list saya..
Diharap, tuan blog dapat melakukan perkara yang sama di blog saya juga..
Terima kasih..
KLUANG Today
http://kluangtoday.blogspot.com/