Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 1 Oktober 2012

Exco tidur Selangor nasihat Pahang, ' Jangan jaga tepi kain orang'?



Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Exconya, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak dinasihatkan supaya menjaga kepentingan rakyat di negeri itu dan jangan "sibuk" kononnya prihatin dengan rakyat Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, mereka sepatutnya sedar bahawa Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) itu mengorbankan kepentingan rakyat Pahang, selain menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Katanya, projek yang melibatkan melibatkan pembinaan Empangan Klau, Stesen Pam Sungai Semantan di Pahang menyebabkan beribu hektar Hutan Simpan Kekal Lakum terpaksa ‘ditenggelamkan’.

“Akibatnya, spesies habitat hidupan liar di sana pupus. Turut ditenggelamkan ialah beberapa tanah rancangan di Felda Mempaga dan Felda Lembah Kelau.

“Turut terkorban, perkampungan Orang Asli suku Temuan di Bentong dan Orang Asli Sungai Temir yang juga terpaksa ditenggelamkan bagi pembinaan Empangan Klau tersebut,” katanya sebagai mengulas isu projek PPAMPS yang disiarkan Sinar Harian edisi Pahang bertajuk ‘ Jangan Politikkan Isu Air’ dan ‘Kerajaan Negeri Serius Kaji Perjanjian’, bertarikh 28 September lalu.


Sebelum ini Adnan dilaporkan berkata, Kerajaan Pahang serius mengkaji perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor dan tidak teragak-agak membatalkan perjanjian itu sekiranya Kerajaan Selangor masih berdegil tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

Xavier mendakwa, beribu-ribu peneroka Felda akan hilang punca pendapatan, hasil ladang kelapa sawit mereka dalam proses pengambilan dan lebih 13,000 masyarakat Orang Asli hilang tempat tinggal dan sumber pencarian dari hutan kekal tersebut.

“Pembinaan empangan ini adalah pemusnahan alam sekitar yang dahsyat dan dikritik hebat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pencinta alam tempatan mahupun dari luar negara,” katanya.

Dalam pada itu beliau menegaskan, Selangor tidak menghadapi masalah air kritikal, sebaliknya Kerajaan Negeri berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan yang sebenarnya berada dalam keadaan ‘kritikal’ menyiapkan tiga ‘projek mega’ mereka, melibatkan Empangan Klau dan Stesen Pam Sungai Semantan di Pahang serta Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor, yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM12 bilion.

“Kita akan menulis surat dan menghantar delegasi dalam masa terdekat ke Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bagi menyampaikan notis bantahan kepada Kerajaan Jepun di atas penglibatan mereka dalam memberikan dana pinjaman sebanyak RM3 Bilion melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) bagi projek PPAMPS.

“Kita ingin jelaskan bahawa Jepun telah diberikan maklumat salah tentang keperluan projek tersebut. Projek tersebut sebenarnya bertujuan memberikan kerja kontrak dan keuntungan kepada syarikat kroni, bukannya untuk kepentingan rakyat Selangor,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan