Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 12 Ogos 2014

Khalid Pecat Exco daripada PKR dan DAP?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya dalam kerajaan negeri Selangor," katanya.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin


Sementara itu, Anwar desak Exco PAS boikot mesyuarat esok!

PKR dan DAP menuntut Exco PAS agar memulaukan mesyuarat esok ekoran pemecatan enam Exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim petang tadi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media tergempar yang diadakan malam tadi mengesa agar semua Exco PAS tidak menghadirkan diri sebagai bantahan terhadap tindakan Abdul Khalid itu.

Manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesa PAS untuk bersama-sama menunjukkan solidariti sekiranya masih menghormati konsep kerajaan pakatan yang diperjuangan sebelum ini.

Selain Anwar Turut hadir dalam sidang akhbar tergempar itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Terdahulu, Abdul Khalid menyatakan semua Exco PKR dan DAP dipecat melalui surat yang dihantar iaitu tiga dari DAP dan dua dari PKR berkuatkuasa serta.

Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco dari Pas.

Dalam perkembangan yang sama, semua Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini akan tetap datang kerja esok selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden Pas, Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Lewat petang semalam, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel dekat Kuala Ibai di sini.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai berjaya membawa perkembangan positif.

Usaha media mendapatkan kenyataan daripada Abdul Hadi berhubung pertemuan itu bagaimanapun masih tidak berjaya sehingga kini.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan