Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 6 Ogos 2014

MB Khalid terus ditekan mengenai hutang Bank Islam?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) berterusan menekan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mempersoalkan keistimewaan yang diberikan kepada Menteri Besar Selangor itu untuk tidak membayar hutangnya kepada Bank Islam.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution secara sinis menggesa Menteri Besar Selangor itu berkongsi 'formula' digunakan dengan rakyat sehingga beliau dikecualikan daripada membayar hutang tersebut.

"Apa istimewanya Tan Sri Abdul Khalid sehingga hutang puluhan juta tidak perlu dibayar? Bolehkah berkongsi formula itu dengan rakyat biasa yang sukar membayar hutang bank? Sebagaimana pemimpin yang sayangkan rakyat, yang katanya rakyatlah yang melantiknya sebagai Menteri Besar, sudah tentu tidak sukar untuk Abdul Khalid berkongsi formula penyelesaian hutang.

"Kalau ini beliau boleh lakukan, pakaran rakyat pasti menang mudah pilihan raya umum akan datang. Manakan tidak, kita membantu selesaikan hutang rakyat dengan bank melalui formula TSKI-Bank Islam," katanya melalui dua status terkini yang dikemaskini di laman Facebooknya hari ini.

Katanya, pengecualian daripada membayar hutang bank bagaimanapun tidak berlaku kepada rakyat biasa.

"Berapa ramai dalam kalangan rakyat biasa yang berhutang perniagaan, perumahan, kad kredit, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya dikejar bank angkara gagal membayar hutang. Ramai juga yang diisytihar bankrap. Ini hakikatnya," katanya.

Katanya, keadaan bertambah pelik apabila Abdul Khalid dikecualikan daripada membayar hutang berjumlah berpuluh juta ringgit.

"Apabila saya membaca circular resolution Bank Islam kepada pemegang saham bertarikh 23 April 2014 muka surat 21, lampiran 1, perkara 3 lampiran (d) jelas mengesahkan Bank Islam menggugurkan saman baki tuntut hutang ke atas Abdul Khalid.

"Jangan pula dihujah, ini hutang peribadi tiada kaitan dengan parti dan jawatan. Pada saat kita menjawat jawatan awam, hutang yang kita tanggung akan mendedahkan kita kepada konflik kepentingan. Pelbagai ikhtiar diusahakan untuk mendapat penjelasan beliau, Sehingga saat ini belum kesampaian!" katanya.

Saifuddin turut menegaskan, beliau tidak mempunyai niat untuk mendedahkan aib Abdul Khalid, sebaliknya hanya mahukan penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara lain lagi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan menteri besar itu.

"Jika tidak disebut, ditanya, apa sebab hendak berhentikan. Bila dicerita alasan, disoal lagi mengapa dedahkan aib orang. Teringat saya cerita seorang lelaki, anak dan keldainya! Saya teruskan soalan kepada Abdul Khalid, kenalkah Tan Sri Rashid Manaf? Apa peranan beliau dalam rundingan penyelesaian hutang Bank Islam? Bukankah beliau pemegang saham utama dan pengerusi Ekoworld Bhd.?

"Tidakkah beliau dianugerahkan projek membina 2,400 unit rumah mampu milik di bawah geran Selangorku bernilai RM591 juta melalui MoU pada 25 Mac 2014 ? Bukankah tanah milik kerajaan negeri 308.72 ekar kini dipindah milik dan dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf yang menguasai Ekoworld Bhd.? Bukankah projek dan tanah ini sempurna diperoleh oleh Tan Sri Rashid Manaf dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian hutang bank Islam atau ini cuma satu kebetulan?" soalnya.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR menegaskan, tidak mahu melibatkan pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah integriti Abdul Khalid.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan