Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 25 Ogos 2014

Dua ADUN Pas Selangor patut dipecat?


Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang mendahului keputusan kepimpinan apabila memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor perlu dipecat daripada parti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedua-dua ADUN berkenaan iaitu ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin melanggar disiplin jemaah parti dan mendahului arahan pemimpin Pas.


“Perbuatan dua ADUN ini walau atas apa alasan sekalipun telah melanggar disiplin jemaah, disiplin organisasi dan tiada seorang pun patut mendahului parti. Bukan setakat Pas, tetapi mana-mana organisasi.

“Pada pandangan peribadi saya, hukuman sesuai adalah pecat tetapi saya tiada kuasa, saya hanya bagi pandangan saya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan