Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 7 Ogos 2014

Kit Siang diselar kerana tuduh Utusan Malaysia bersikap rasis?


Penasihat DAP, Lim Kit Siang diselar kerana menuduh Utusan Malaysia bersikap rasis kerana sengaja menyiarkan artikel berbentuk provokatif dan menghasut sehingga menyebabkan kebencian kaum dan agama.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Kit Siang sebenarnya dengan sengaja cuba menyemarakkan kebencian kaum bukan Melayu terhadap akhbar berkenaan apabila membuat tuduhan sedemikian.

"Lim Kit Siang secara halus cuba membangkitkan kegelisahan bukan Melayu dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Utusan Malaysia," katanya dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang melalui portal berita DAP, www.roketkini.com semalam yang menuduh Utusan Malaysia menyebarkan laporan yang menimbulkan kebencian antara kaum dan bermuka-muka ekoran satu artikel tulisan Pengarang Berita akhbar itu, Zulkifli Jalil sebelum ini yang mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki, Kelvin Yip yang membuat kenyataan menghina umat Islam di Facebook.


Syed Ali berkata, tuduhan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu disifatkan bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada keberanian Utusan Malaysia membela dan mendedahkan beberapa kes membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini sebelum ini.

"Mengapa Kit Siang melenting apabila Utusan Malaysia berani mempersoalkan mengapa pihak berkuasa lambat bertindak ke atas bukan Melayu yang didapati sengaja mencerca dan menghina orang Melayu dan penganut Islam.

"Saya ingatkan Kit Siang, jangan cuba bertopeng disebalik api perkauman, tengok dulu sejauh mana peranan akhbar berbahasa Cina dalam memulihara perpaduan kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata, adalah tidak wajar Kit Siang melatah dengan artikel berkenaan kerana pendedahan tersebut sememangnya berlaku dan kini menjadi isu yang diperkatakan rakyat.

"Ini bukan berita rekaan atau fantasi, kita lihat betapa anak muda Cina termasuk Ahli Parlimen DAP sendiri secara terbuka berani menghina agama Islam dan institusi raja-raja Melayu, tetapi apa hasilnya walaupun beratus laporan polis telah dibuat.

Katanya, beliau hairan mengapa Kit Siang begitu sakit hati kepada Utusan Malaysia sedangkan hakikatknya artikel yang ditulis ada asasnya kerana banyak kes yang berlaku tetapi pihak berkuasa seperti hanya memilih kes tertentu.

Syed Ali berkata, Kit Siang perlu sedar bahawa tidak semua isu boleh dipolitikkan bagi menunjukkan kononnya DAP prihatin terhadap kepentingan awam.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan