Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 18 Ogos 2014

Sultan Selangor minta Khalid Ibrahim menghadap selepas baginda tiba di tanah air!


SHAH ALAM: Istana Selangor mengesahkan menerima surat permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadap Sultan bagi menjelaskan situasi politik dan kedudukannya kini.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Bagaimanapun baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.

Dalam masa yang sama Datuk Munir tidak pula memberitahu status surat permohonan yang dihantar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadap Baginda Sultan.

Azizah baru-baru ini memberitahu beliau menghantar surat memohon mengadap Sultan Selangor kali kedua, bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Terdahulu Sultan Selangor menolak permohonan menghadap Wan Azizah. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) Ahad sebulat suara bersetuju untuk hanya nama Wan Azizah dicalonkan sebagai pengganti Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas PAS bermesyuarat dan menarik balik sokongan kepada Khalid. Khalid sebelum ini enggan meletakkan jawatan beliau kerana mendakwa mendapat sokongan majoriti daripada ADUN, serta telah menghadap Sultan minggu lalu bagi menjelaskan perkembangan tersebut.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Komen