Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 30 April 2012

Azmin dicabar jalani DNA!


Ummi Hafilda Ali mencabar abangnya, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menyerahkan darahnya dan anaknya, Farah Afifah kepada polis untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membersihkan nama mereka.

Menurutnya, tindakan itu penting bagi menjawab dakwaan bahawa isterinya, Shamsidar Taharin menjalin hubungan sulit dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau Azmin benar-benar lelaki sejati, dia patut menyerahkan darahnya untuk membersihkan semua fitnah jahat yang didakwa oleh orang ramai dengan mengatakan Farah Afifah bukan anaknya.


"Sebagai seorang bapa bertanggungjawab dan lelaki Islam sejati, Azmin kena bersihkan tuduhan itu kerana ia sangat berat," katanya di sini malam tadi.

Status Farah Afifah hangat diperkatakan di kalangan penulis blog kerana Anwar didakwa pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah mendesak Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengadakan sidang akhbar bersama Shamsidar bagi menjelaskan perkara sama.

"Kami mahu Wan Azizah bersifat jujur kepada orang ramai walaupun beliau merupakan seorang ahli politik yang suka berlakon dan hipokrit kepada ahli parti.

"Pada masa sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Farah Affifah perlu membuat penjelasan secara bersumpah dari sudut hukum syarak dengan segera berhubung perkara ini," katanya.

Aminah menegaskan beliau tidak akan berhenti mendesak Wan Azizah, Shamsidar dan Nurul Izzah sehingga kebenaran dapat ditegakkan.













Wasabi Oyabun..

Nik Aziz akui beri duit poket peserta Bersih 3.0!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan.

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi.

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara.

Ketika ditanya adakah Pas turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya.

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 27 April 2012

PTPTN dan pinjaman perumahan, apa bezanya?


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang berdemonstrasi dan berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, menyatakan bahawa mereka terpaksa mengambil pinjaman itu sebab tiada pilihan dan tidak akan mengambil pinjaman jika kerajaan menyediakan pendidikan percuma di universiti awam.

Bagi penulis kenyataan itu tiada bezanya jika ada dalam kalangan penjawat awam yang menyuarakan mereka terpaksa mengambil pinjaman perumahan kerajaan sebab tiada pilihan lain dan mereka juga tidak akan mengambil pinjaman perumahan itu jika kerajaan menyediakan rumah percuma untuk mereka.

Mustahillah tuntutan tersebut dapat ditunaikan oleh kerajaan! Berapa bilion pula wang yang terpaksa dilunaskan oleh kerajaan untuk melayan tuntutan tidak munasabah itu?


Mereka juga mendakwa bayaran balik pinjaman PTPTN memakan masa yang begitu lama. Ia juga tiada beza dengan kakitangan awam yang mengambil pinjaman perumahan kerajaan atau bank. Mereka juga terpaksa membayar pinjaman dalam tempoh yang lama hingga mencecah 25 tahun atau lebih.

Penulis sendiri masih berhutang dengan pihak bank dimana tiap-tiap bulan gaji dipotong melalui standing order untuk membayar semula pinjaman perumahan yang masih berbaki untuk 10 tahun lagi!

Justeru SMM patut bersyukur kerana dengan adanya PTPTN, maka mereka dapat meneruskan pengajian hingga ke universiti, sebagaimana juga penjawat awam atau swasta yang bersyukur kerana dapat memiliki rumah yang selesa walaupun terpaksa meminjam.

Dalam pada yang sama, penulis bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak yang mahu penambahbaikan pinjaman PTPTN, iaitu dengan mengurangkan kadar faedah bayaran balik atau menghapuskan terus faedahnya. Pelajar hanya dikehendaki membayar balik jumlah yang dipinjam sahaja.

Penulis juga bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak agar mereka yang kaya tidak perlu meminjam PTPTN untuk pembiayaan pendidikan di universiti.

Kepada mahasiswa yang mahu PTPTN ditukar kepada biasiswa, penulis rasa mereka ini lupa bahawa kaedah itu sudah lama wujud. Pelajar yang mendapat kepujian kelas pertama tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Jadi sebagai pelajar mereka sepatutnya berusaha mencapai tahap itu, bukan asyik berdemonstrasi.


Penulis tidak boleh terima 'drama padang' yang dilakonkan oleh mereka yang berkhemah di Dataran Merdeka tersebut.

Bagi penulis drama itu bukanlah ukuran kukuh untuk memansuhkan PTPTN. Perlu diingat pelajar universiti, kebanyakannya mengambil pinjaman PTPTN dapat belajar di tempat yang begitu selesa dari semua sudut.

Penulis difahamkan proses pembayaran balik tidaklah begitu ketat peraturannya. Pihak PTPTN akan menerima jumlah bayaran balik yang dianggap berpatutan, bahkan kadar bayaran serendah RM50 sebulan pun akan diterima PTPTN, jika alasan yang diberi munasabah. Yang penting bayar.

Yang menjadi masalah, ada sesetengah peminjam yang telah bekerja, lebih pentingkan pinjaman kereta daripada mendahulukan bayaran balik PTPTN. Mereka ini akan menjadikan alasan tidak mampu membayar balik pinjaman PTPTN kerana telah terikat dengan hutang membeli kenderaan. Ini suatu budaya yang tidak baik.


Pun begitu penulis amat yakin majoriti mahasiswa di menara gading tidak menyokong tindakan pihak SMM yang berdemonstrasi dan berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan PTPTN.

Ini jelas terbukti apabila hanya kurang 300 orang sahaja dapat dihimpun menyertai demonstrasi di dataran tersebut pada 14 April lalu. Anggaran awal penyertaan mahasiswa dalam demonstrasi tersebut bakal mencecah 5,000 orang begitu meleset dan amat jauh dari sasaran.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 26 April 2012

Naib Pengerusi DAP bantah Himpunan Bersih...Ajak rakyat langgar undang-undang!

Saya secara peribadi membantah tindakan BERSIH 3.0 mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini!

Biar betul....tetapi itulah yang dikatakan sendiri oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Beliau tidak setuju dengan penganjuran Himpunan BERSIH 3.0. Malah katanya beliau melihat perhimpunan yang bakal diadakan di Dataran Merdeka itu mengajak rakyat supaya melanggar undang-undang negara.

Tunku Abdul Aziz menyatakan pendirian beliau secara rasmi dalam perbahasan di Dewan Negara Khamis lalu. Ketika ditemui wartawan kemudiannya, tokoh Melayu dalam DAP itu berkata kebanyakkan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan.

"Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? beliau bertanya. Menurut beliau orang yang menganjur pula sukar dicari kemudian?

Katanya, jadi siapa yang bertanggongjawab keatas mereka yang cedera dan biasanya pihak berkuasa akan dipersalahkan kerana bertindak secara tidak adil. Tunku Abdul Aziz berkata, pandangan peribadi beliau ini adalah atas dasar prinsip. Katanya ia telah disampaikan kepada rakan-rakan lain dalam DAP.

Beliau menambah apa yang parti itu hendak buat terhadap beliau dengan kenyataan tersebut, terpulanglah pada pihak parti untuk menentukannya!

Wasabi Oyabun

Rabu, 25 April 2012

Ahad, 22 April 2012

GAPS desak Dewan Rakyat lucut jawatan Anwar!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini sebulat suara mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana didakwa terlibat dalam perbuatan tidak bermoral.

Desakan itu dinyatakan oleh Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang mendakwa bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam amalan tidak bermoral justeru, tidak melayakkannya untuk menduduki jawatan berkenaan.

Ini kerana, beliau memberikan empat alasan mengapa Anwar itu harus dilucutkan jawatan Ketua Pembangkang antaranya ialah penghakiman kes liwat pertama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Jelasnya, berdasarkan penghakiman tersebut yang dipetik menerusi Malayan Law Journal, Hakim Mahkamah Persekutuan secara jelas tidak menafikan bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual.

"Begitu juga dengan kes liwat kedua melibatkan Anwar dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mana Hakim Mahkamah Tinggi tidak menyatakan kejadian liwat tidak berlaku, cumanya bukti tercemar ketika proses siasatan. Dia (Anwar) dilepaskan atas sebab-sebab teknikal.

"Begitu juga dengan pendedahan video seks China Doll yang dikatakan membabitkan Anwar sebelum ini.

"Selain itu, kita juga merujuk kepada pendedahan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan sebelum ini yang mendakwa Anwar menjalin hubungan sulit dengan isteri orang yang membuktikan aktiviti salah laku moral Ahli Parlimen Permatang Pauh itu," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Merdeka Melayu Malaysia, Abdul Ghani Haroon dan Timbalan Presiden Kelab Perpaduan Insan Malaysia, K. Arumugam.

Pada masa sama, Hamidzun turut menyatakan bahawa Parlimen tidak sepatutnya diwakili oleh mana-mana individu yang mengamalkan seks bebas dan songsang.

"Justeru, kita mahu sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara 'dibersihkan' daripada unsur-unsur tidak bermoral ini," tegasnya.

Hamidzun turut menyatakan pendirian pihaknya termasuk NGO-NGO lain yang mahu agar Dewan Rakyat mengemukakan usul melucutkan Anwar daripada jawatan Ketua Pembangkang.

Ini kerana, usul sedemikian dilihat penting bagi memastikan keanggotaan, kredibiliti serta imej Parlimen itu dapat dipertahankan.

Wasabi Oyabun..

Memang ada cadangan dari PTPTN sendiri mahu hentikan pemberian pinjaman sebelum ini, tetapi belum muktamad!



Cadangan belum muktamad, tidak akan laksanakan jika kerajaan tolak!

Nov 2011 : Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dimasa akan datang bukan satu keputusan muktamad, kata pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata, ia adalah satu cadangan dan akan dikemukakan kepada kerajaan memandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan yang besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

" Ia juga salah satu usaha untuk mengatasi bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi perbadanan tersebut kerana ramai bilangan pemimjam yang tidak menjelaskan bayaran pinjaman mereka, bagaimanapun pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diteruskan," katanya kepada Bernama sbelum ini!

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober tahun lalu membuat cadangan supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Ismail berkata, keputusan muktamad mengenai cadangan itu hanya akan diputuskan kerajaan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

" Jika ia tidak dipersetujui, kita tidak akan melaksanakannya, malah pinjaman tersebut akan diteruskan bagi kepentingan pelajar, jadi saya berharap ibu bapa dan pelajar tidak perlu bimbang mengenai perkara itu," katanya.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga ini, sebanyak 1.87 juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.60 bilion.

Pada tahun 2012, katanya dijangkakan 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept 2011 lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik sepatutnya adalah RM6.2 bilion.

Jadi cuba bayangkan apa yang bakal berlaku jika pinjaman pembiayaan PTPTN ini diberhentikan? Bukankah ianya akan menimbulkan beban kepada mereka yang akan meneruskan pelajaran keperingkat uiversiti!

Ada juga yang mengatakan jika pinjaman tersebut diberhentikan, ianya satu bentuk penganiayaan kepada penuntut Melayu dan bumiputra yang lain. Mungkin betul apa yang diperkatakan, tetapi bagaimana jika sudah meminjam tidak tahu pula hendak membayar balik sehingga membebankan kantung peminjam malah juga memberi kesan kepada para peminjam (pelajar) baru yang hendak membuat pinjaman pembiayaan pelajaran mereka!

Kepada para pendemo yang didalangi oleh parti pembangkang baru-baru ini di Kuala Lumpur yang menuntut supaya pinjaman PTPTN dimansuhkan, adakah mereka-mereka ini sudah membayar semula pinjaman mereka?

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 21 April 2012

Warga emas kecewa sikap Anwar Ibrahim!


Seorang warga emas di sini kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa tidak mempedulikan nasib penduduk di kawasan itu.

Embun @ Bibah Kamis, 71, mendakwa, sepanjang menjadi wakil rakyat, Ketua Pembangkang itu tidak pernah melawat rumahnya dan mengambil tahu tentang hidupnya yang daif.

"Apabila hendak pilihan raya baru orang Anwar datang untuk berkempen, tetapi kesusahan rakyat di sini tidak pernah diambil tahu.

"Masalah seperti bumbung rumah bocor sejak setahun lalu dan dimasuki air setiap kali hujan, mereka tak peduli," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada program "Jom Pi Bantu" anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang turut dihadiri Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan.

Embun juga kesal dengan kesilapannya yang beberapa kali mengundi Anwar.

"Yang datang tolong ialah orang UMNO. Mereka tidak pilih 'orang itu atau orang ini' untuk dibantu," katanya yang tinggal bersama seorang anak dan dua orang cucu di rumah tersebut.

Perda menyediakan kos sebanyak RM10,825 untuk membaiki bumbung rumah warga emas itu yang siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan dengan bantuan pelajar-pelajar GiatMara.

Sementara itu, Saringat berkata, pihaknya telah membelanjakan RM600,000 hingga RM700,000 setahun untuk program peningkatan pendapatan, modal insan, bantuan makanan dan peralatan sekolah kepada golongan yang memerlukan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, program itu membabitkan antara 100 dan 150 peserta setiap tahun.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 20 April 2012

'Bersih' yang 'Kotor' : Pembangkang semakin gila kuasa!

Perhimpunan Bersih diuar-uarkan akan datang lagi, disertai parti politik pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas alasan mahukan satu sistem pilihan raya yang 'bersih'.

Pada hemat penulis perhimpunan Bersih ini hanya membuang masa, bahkan mengelirukan rakyat. Sekali gus pada masa sama menunjukkan kerakusan parti politik pembangkang yang gilakan kuasa politik untuk memerintah negara.

Disini diberikan lima sebab untuk menyokong pandangan ini:

1. Pertama, sikap pembangkang meragui kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah ibarat menjilat ludah sendiri. Ini kerana Kelantan masih diperintah Pas sejak 1990, Pas menawan Terengganu (PRU 1999) dan pembangkang menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN) di Parlimen pada PRU 2008. Selain itu pembangkang berjaya menawan Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah tahu betapa hebatnya kuasa undi mereka di dalam proses pilihan raya. Kenapa perlu diragui SPR sedangkan SPR adalah satu badan penyelaras pilihan raya?

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Apa lagi yang parti pembangkang mahukan? Rakyat Malaysia bukan bodoh macam lembu yang boleh ditarik hidung ke sana ke sini oleh pembangkang.

2. Kedua, proses pendaftaran pengundi dari dahulu hingga sekarang sentiasa dipertikaikan oleh pembangkang. Namun pada masa yang sama dalam setiap keputusan pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahu pun Parlimen ada juga calon pembangkang menang dengan majoriti di bawah 100 undi. Apa lagi pembangkang mahu? Tak bersih lagikah pilihan raya di Malaysia?

3. Ketiga, jika sistem pilihan raya di Malaysia ini diragui kebersihannya, bagaimanakah pula Kelantan masih diperintah oleh Pas sejak 1990? Pada masa yang sama dari tahun 1990 sehingga sekarang sistem pilihan raya di Malaysia menjalani pelbagai proses penambahbaikan oleh SPR, menjadikan proses pilihan raya di Malaysia lebih mudah dan lebih telus. Kalau betul SPR kuda tunggangan BN sudah semestinya Kelantan berjaya ditawan kembali oleh BN. Namun perkara ini tidak berlaku. Apa lagi pembangkang mahu?

4. Keempat, pelbagai siri Pilihan raya Kecil (PRK) selepas PRU 2008 masih menunjukkan keputusan-keputusan yang juga berpihak kepada pembangkang. Ada yang berpandangan PRK memberikan kelebihan kepada parti memerintah iaitu BN, namun ia tidak berlaku. Apa yang tidak bersihnya PRK di Malaysia?

5. Kelima, rakyat Malaysia sudah semakin mahir menggunakan kuasa undi untuk membuat keputusan siapa yang akan mereka undi di dalam pilihan raya. Keputusan PRU selepas PRU 1990 menunjukkan bagaimana transformasi politik berlaku di kalangan rakyat Malaysia yang bergelar pengundi. Mereka semakin hari semakin bijak, matang di dalam menilai yang mana kaca dan yang mana intan memilih siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka.

Kesimpulannya perhimpunan Bersih ini hanya untuk orang-orang yang taksub dengan parti politik pembangkang sahaja. Biarkan mereka yang hanyut dalam lautan idealisme retorik pembangkang sahaja yang hadir di dalam perhimpunan ini. Membuang masa sahaja bahkan membingungkan rakyat.

Proses pemilihan kepimpinan dalam parti pembangkang pun dipertikaikan oleh ahli-ahlinya, terutama yang bertanding merebut jawatan tertinggi parti. Inikan pula mahu bercakap mengenai bersihnya pilihan raya Malaysia.

Cermin dulu parti sendiri sebelum mengata orang lain. Lebih baik kita luangkan masa yang lebih berfaedah dengan keluarga tercinta atau menghadiri aktiviti masyarakat setempat di kawasan kita daripada menyertai perhimpunan sebegini.

Rakyat Malaysia bukan bodoh. Parti pembangkang jangan terlampau yakin bahawa mereka akan berjaya menawan Putrajaya. Jangan terkejut kalau pembangkang kalah teruk di dalam PRU akan datang.

Semua orang boleh bercakap dan berjanji tetapi bukan semua boleh mengotakan janjinya. Hentikanlah retorik dan janji-janji palsu wahai parti pembangkang! Kami tak mahu parti yang menanam tebu di bibir memerintah Malaysia!

Wasabi Oyabun..

Rafizi lembu akui Anwar 'langgan China Doll', tetapi tetap salahkan UMNO?


Rafizi Lembu kata Anwar Tetap Jadi PM walaupun penuh dengan krisis moral...!!!

Malam tadi setelah ditegur beberapa kali oleh AJK Surau Mujahiden dan akur dengan majlis bacaan Yasin khirnya PAS terpaksa berpindah tempat ceramah yang agak tersembunyi iaitu dihadapan rumah Teman Wanita Chang Meng Kai iaitu Azlina Adnan.

Pas mengundang Rafizi Lembu dengan harapan dapat memberikan beberapa fitnah yang boleh bagi mendatangkan persepsi buruk terhadap wanita Umno. Ramai dikalangan penyokong Pas agak kesal kerana Rafizi tidak mampu memberi apa yang mereka kehendaki tetapi lebih kepada mempromosi Anwar Ibrahim.

Dalam ceramah tersebut Rafizi berkata walau apa pun yang terjadi Anwar Ibrahim tetap akan jadi Perdana Menteri walau pun penuh dengan krisis moral.

Kata Rafizi lagi Umno sengaja memerangkap Anwar dengan membawa kepadanya pelacur cina supaya adegan seks dapat dirakam dan didedahkan kepada tontotan umum. Katanya secara berseloroh "siapa tak nak Amoi yang putih gebu" tak kan buaya nak menolak bangkai.

Tentang biseksual Rafizi kata Nallakarupan sengaja mengada-adakan cerita kononnya Anwar ada skandal dengan Samsidar sedangkan Anwar sendiri tidak berapa kenal dengan Nallakarupan.

Sambil disambut dengan takbirrrrr!!.

Hahahaha..Rafizi..Rafizi..Bekas best student di MCKK...!!! Kamu kata Anwar tak berapa kenal Nallakarupan? Budak sekolah tadika kamu boleh kelentong le Rafizi. Kamu tengah 'beringus' lagi, Anwar dan Nala sudah berkawan baik...apa cer bro...!!!

Ceramah Pas di Taman Razaki yang juga kubu kuat PKR tidak mendapat sambutan kerana Pas Kg Sungai Rokam telah menukarkan lokasi ceramah selepas kepanasan akibat mendengar bacaan yaasin daripada penduduk kg Sungai Rokam. Pekan Razaki merupakan kawasan PKR yang telah berjaya ditembusi oleh wanita Umno.

Sumber : Di sini.

Kantoi...!!!









Wasabi Oyabun..

Khamis, 19 April 2012

Pemimpin pembangkang sokong usul larang LGBT!


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mendedahkan beliau mendapat sokongan padu daripada pemimpin pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus memperjuangkan usul melarang golongan pengamal seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau tidak menyangka pemimpin parti pembangkang menyatakan secara tegas menyokong pendiriannya dan menolak sekeras-kerasnya pemimpin yang terlibat dalam masalah moral itu.

''Saya menerima banyak panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) serta sokongan melalui laman sosial Facebook dan Twitter daripada pemimpin pembangkang selepas sahaja usul saya itu ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 5 April lalu," katanya.

Menurut beliau, mereka melahirkan kebimbangan terhadap pemimpin yang terlibat dalam kelakuan LGBT dan tidak mahu terkongkong dengan individu terbabit.

''Mereka sedar orang yang terlibat dalam perkara ini tidak harus menjadi pemimpin dan mereka telah menyuarakan sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Zahrain berkata, berikutan sokongan yang diterima itu beliau akan berbincang dengan ahli-ahli Dewan Negara agar usul tersebut dapat dibentangkan dalam dewan berkenaan yang dijangka bersidang tidak lama lagi.

''Lepas ini, saya akan berbincang dengan ahli-ahli Dewan Negara untuk cuba membentangkan usul LGBT ini. Pada asasnya kita tidak setuju ada pemimpin yang mewakili rakyat terlibat dalam LGBT," ujar beliau.

Beliau juga akan terus memperjuangkan usul itu untuk dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang dengan menggunakan peraturan mesyuarat yang bersesuaian.

''Saya berterima kasih terhadap sokongan yang diterima kerana sebelum ini saya fikir isu tersebut tidak mendapat perhatian rakyat kerana Ketua Pembangkang yang terlibat tidak ditegur atau dikenakan tindakan.

''Namun, hari ini saya sedar apa yang saya fikir itu silap, ramai orang yang tidak mahu pemimpin negara ini dan wakil mereka yang duduk dalam Parlimen terlibat dengan golongan berkenaan. Ini menunjukkan perkara tersebut adalah serius," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merasa terkilan kerana pemimpin-pemimpin parti pembangkang berkenaan tidak berani mendedahkan secara terbuka pendirian mereka terhadap isu LGBT itu.

''Mereka bisik dengan saya mereka tidak berani secara terbuka, namun mereka beri saya dorongan dan sokongan untuk terus bawa perkara ini... mereka tidak mahu lihat keadaan yang terpesong terus berlaku,"

''Saya tidak mahu sebut siapa dan orang tertentu yang bercakap dengan saya. Mereka meminta saya teruskan perjuangan ini sampai dibentang dan dibahas dalam dewan," katanya.

Bagaimanapun, beliau mahu supaya pemimpin pembangkang yang terlibat tampil dan berani untuk berdepan menyatakan apa yang benar dan bertanggungjawab terhadap pendirian masing-masing.

''Kita tidak mahu wakil rakyat dalam pakatan pembangkang berselindung di bawah tuduhan fitnah, mengatakan semua yang dibawa dan kritikan terhadap mereka adalah fitnah sedangkan kalau kita tolak kebenaran, kita juga munafik," katanya. Lihat sini.









Wasabi Oyabun..

Rabu, 18 April 2012

Bekas Ketua Wanita PKR Desak, Jelaskan Hubungan Nurul Izzah Dengan Afifah!


Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendesak agar Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin untuk tampil menjelaskan segala spekulasi mengenai hubungan sebenar antara Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan Azmin Ali, Farah Afifah.

Aminah berkata, sidang media antara dua ibu itu perlu dilakukan bersama agar dapat menjawab segala persoalan orang ramai mengenai status Nurul Izzah dan Afifah dari segi hukum syarak Islam.

"Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah.

"Ini bukannya satu dakwaan, tetapi satu pertanyaan yang perlu diperjelaskan orang. Dalam PKR pun banyak yang tertanya-tanya, tapi mereka tak berani bersuara takut dipecat," katanya di sini hari ini.

Aminah yang dulu pernah berjuang dalam parti PKR pernah mendengar cerita tentang status sebenar Afifah, namun enggan mempercayai dan menganggap itu sebagai khabar angin.

"Dulu, apabila saya berjumpa dengan beberapa sahabat dalam PKR, mereka sering memperkatakan tetapi disebabkan tiada bukti kukuh, kami hanya mendiamkan diri," katanya.

Selain itu, Wan Azizah dan Shamsidar perlu menjernihkan keadaan yang semakin tegang berikutan orang ramai sudah mempunyai tanggapan PKR adalah parti seks bebas dan mengamalkan hubungan songsang iaitu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Bagi Aminah, perjuangan politik dalam PKR hanyalah satu topeng sahaja dan berlandaskan nafsu seks dikalangan pemimpin-pemimpin parti itu sahaja. Malah, PKR juga turut mempromosikan seksualiti merdeka kepada ramai pengikut-pengikut parti tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Wan Azizah dan Shamsidar masih lagi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gesaan Aminah. Gesaan supaya kedua-dua ibu itu untuk tampil menjernihkan keadaan dan memberi penjelasan mengenai isu status sebenar anak perempuan Azmin Ali dan Shamsidar, Afifah timbul setelah Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan tampil mendedahkan hubungan sulit antara Pengasas PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar.

Nallakaruppan juga turut mendakwa mempunyai simpanan bukti-bukti yang kukuh mengenai hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar. Bukti-bukti tersebut akan dibongkarkan oleh Nallakaruppan sewaktu perbicaraan yang akan berlangsung di mahkamah nanti.

Menganggap itu sebagai fitnah yang dilemparkan kepada dirinya untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin, Anwar telah bertindak memfailkan notis saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan.

Namun, sehingga kini Anwar masih lagi senyap tanpa sebarang tindakan lanjut saman terhadap bekas sahabat baiknya itu. Afifah dikatakan adalah anak perempuan Anwar hasil dari hubungan sulitnya dengan Shamsidar.

Tetapi, Azmin Ali dan Shamsidar sehingga kini hanya mendiamkan diri dan tidak membuka mulut menceritakan perkara sebenar termasuklah tidak membuat ujian DNA bagi mengesahkan status diri Afifah.

Ekoran dari tekanan dari pelbagai pihak, Wan Azizah dan Shamsidar masih lagi tidak bersua muka bersama untuk menjelaskan kedudukan perkara sebenar. Sebelum ini, Wan Azizah dan Shamsidar dikatakan bersetuju untuk mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana.

Sidang media tersebut bertujuan untuk menjernihkan keadaan tegang ekoran dari timbulnya fitnah mengenai hubungan sulit Anwar dan Shamsidar. Justeru itu, Wan Azizah dan Shamsidar menggunakan sidang media tersebut untuk menegakkan kebenaran tentang fitnah yang dilemparkan kepada suami masing-masing.

Namun, sidang media tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir kerana dikatakan terdapatnya gangguan dari beberapa pihak termasuklah dari UMNO. Ummi Hafila Ali ketika mengulas tentang sidang media yang terbatal itu berkata, adalah mustahil untuk Wan Azizah dan Shamsidar untuk duduk semeja mengadakan sidang akhbar bersama memandangkan mereka saling bermusuhan.

Ummi berkata, cerita mereka akan mengadakan sidang media tersebut hanyalah gimik semata-mata.-UMO

Wasabi Oyabun..

Selasa, 17 April 2012

Bendera DAP mula ‘berkibar’ di Kelantan!


Kira-kira 21 tahun lalu, penyokong Pas di Kelantan, pastinya tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti, bendera DAP-parti yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam diperjuangkan Pas, bakal ‘berkibar’ di bumi bertuah Cik Siti Wan Kembang ini.

Mereka juga sudah pasti tidak pernah membayangkan akan melihat pemimpin DAP bakal duduk sebaris pemimpin Pas lain, khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam pentas ceramah sama.

Malah, jauh sekali ahli-ahli Pas membayangkan pemimpin mereka termasuk Nik Abdul Aziz akan makan malam atau duduk semeja dengan pemimpin DAP dalam majlis, bagi mengumpul dana pilihan raya sebagaimana berlaku di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan (PCB) baru-baru ini.

Ahli-ahli Pas sedar dan insaf bahawa pemimpin DAP tidak akan pernah merestui perjuangan parti mereka untuk melaksanakan hudud dan menegakkan negara Islam yang diperjuangkan Pas selama ini.

Tentangan DAP itu secara terang-terangan dinyatakan oleh Pengerusinya, Karpal Singh apabila mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayat’ dia dahulu jika Pas tetap juga hendak meneruskan cita-cita politiknya itu. Wallahuallam...!!!












Wasabi Oyabun..

Jumaat, 13 April 2012

‘Bekas imam jatuhkan maruah kehakiman’!


Bekas imam, Hoslan Hussin wajar dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah kerana hukuman sedemikian keras dilihat berupaya mengembalikan maruah institusi kehakiman yang tercemar ekoran tindakannya membaling selipar ke arah panel hakim bersidang, Februari lalu.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berpendapat, perbuatan membaling objek seperti kasut ke arah individu apatah lagi terhadap hakim mahkamah tertinggi negara, merupakan tindakan yang jelik bertujuan merendah-rendahkan maruah seseorang.

Pada hemat beliau, tindakan kasar Hoslan ‘menyerang’ panel hakim bersidang semata-mata untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap keputusan yang tidak memihak kepadanya, jelas menghina kesaksamaan institusi kehakiman.

Hakim Zulkefli turut menyatakan, perbuatan seperti itu harus dihukum kerana jika dibiarkan berterusan, ia dikhuatiri mencapai tahap yang boleh melemahkan kredibiliti pengurusan mahkamah pada mata masyarakat.

‘‘Pernyataan maaf sekali pun tidak akan mengurangkan graviti kesalahan yang dilakukan kerana ia telah menghina pentadbiran sistem keadilan di negara ini,’’ ujar beliau dalam penghakiman bertulisnya ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Hoslan, 46.

Hukuman itu dijatuhkan secara sebulat suara oleh Hakim Zulkefli ketika bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaleha Zahari pada 8 Mac lalu.

Mahkamah berpuas hati bahawa bekas imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di ibu negara itu bersalah menghina mahkamah kerana membaling selipar ke arah panel bersidang yang mendengar permohonannya bagi mendapatkan kebenaran merayu pada 22 Februari lalu.

Penghakiman bertarikh 5 April lalu selanjutnya menyatakan, sebelum menjatuhkan hukuman, panel hakim bersidang turut menimbang ketidakupayaan Hoslan menahan emosi dan kemarahan yang menyebabkan dia gagal melihat sebab dan akibat perbuatannya.

Hakim Zulkefli berpandangan, hukuman penjara itu bukan dilakukan atas kepentingan peribadi hakim-hakim tetapi bertujuan memelihara dan mendokong maruah mahkamah tertinggi negara.

Menurut beliau, walaupun mahkamah bersimpati terhadap isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, dan tujuh anak mereka, undang-undang harus dilaksanakan secara adil selepas meneliti segenap sudut.

Panel itu turut berharap agar Hoslan menggunakan tempoh penjara setahun itu untuk bermuhasabah dan menilai semula perbuatan menghina yang telah dilakukannya.

Penghakiman setebal 16 muka surat itu diperoleh oleh pihak media hari ini daripada peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan pada pendengaran permohonan semakan di hadapan satu panel lain.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim bersidang menangguhkan prosiding semakan hingga Isnin depan selepas Karpal memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti penghakiman bertulis yang hanya diperoleh pada sebelah pagi.

Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Emboang, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Zainun Ali.

Hoslan memohon agar hukuman penjara setahun yang sedang dijalaninya disemak dan dikurangkan oleh panel berkenaan atas alasan Mahkamah Persekutuan terdahulu melampaui bidang kuasanya ketika menjatuhkan hukuman itu.

Ini kerana hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 228 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghina pegawai kehakiman adalah penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dia yang ditamatkan pelantikannya sebagai imam pada Oktober 2008, disabitkan menghina mahkamah di antara pukul 10.15 pagi dan 10.30 pagi, 22 Februari lalu di Mahkamah Persekutuan 1, Aras 2, Istana Kehakiman di sini.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 11 April 2012

Apa sudah jadi dengan Pas?


Apabila satu demi satu kontroversi dan masalah melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka berasa beruntung apabila Pas muncul menjadi pembela setia mereka.

Berbanding DAP yang lebih kerap berdiam diri dalam memberi sebarang ulasan terhadap isu melibatkan pemimpin PKR, pemimpin Pas jauh lebih taksub mempertahankan rakan sekutunya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, parti itu akan tetap bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Ia bermakna apa kontroversi yang dicetuskan oleh Anwar termasuk menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel, Pas tetap akan bersama Anwar.

Dan beberapa hari lalu pula, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula muncul membuat kenyataan bahawa segala tuduhan dan dakwaan ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanyalah fitnah dan mainan politik pembangkang.

Walaupun kontroversi melibatkan Anwar dan Azmin bukan sahaja disertakan dengan bukti dan cabaran namun pemimpin-pemimpin Pas mengamalkan sikap memejamkan mata sahaja. Mereka tidak mahu dalam keghairahan yang semakin memuncak untuk bersama-sama PKR dan DAP menawan Putrajaya, ia dibantutkan dengan isu yang melanda pemimpin-pemimpin PKR.

Oleh itu walaupun amat memahami bahawa tindak tanduk pemimpin-pemimpin PKR telah menghakis imej pakatan pembangkang dan mencalarkan harapan bagi melihat rakyat menyokong pakatan berkenaan dalam pilihan raya namun pemimpin Pas tidak ada pilihan.

Mereka sanggup mengetepikan soal mencari kebenaran dan menegakkan keadilan semata-mata untuk memastikan kepentingan politik mereka tidak terjejas. Sebab itulah Pas pada masa ini dilihat benar-benar sudah terhakis jati diri mereka dan sanggup bersedia berkompromi dalam apa juga perkara demi kepentingan politik.

Walaupun tindakan pemimpin-pemimpin PKR dilihat turut sama menjejaskan imej Pas, namun Pas tidak berbuat apa-apa malahan mereka terus istiqamah untuk bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Di Kota Bharu baru-baru ini, pemimpin Pas bersama-sama dengan Anwar mengadakan ceramah perdana. Pada Sabtu lalu, pemimpin-pemimpin Pas sekali lagi berada sepentas dengan pemimpin kedua-dua parti berkenaan atas nama Munajat Perdana Mempertahankan Selangor.

Tetapi semua orang tahu apa yang berlaku di negeri berkenaan, apabila Pas yang turut serta dalam pentadbiran kerajaan PKR Selangor hanya sekadar 'pak turut' sahaja. Pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali daripada Pas berikutan tindakan beliau ingin mempertahankan prinsip perjuangan parti itu sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak ada apa-apa kuasa.

Di kalangan pengikut di peringkat akar umbi mereka semakin keliru dan tertanya-tanya, apakah Pas kini sudah semakin lemah sehingga terpaksa berkorban apa sahaja demi meraih kuasa bersama kedua-dua parti berkenaan. Perasan muak dan bosan dengan keterujaan pemimpin-pemimpin Pas mempertahankan salah laku pemimpin PKR semakin ketara di kalangan ahli-ahli akar umbi.

''Susah kami hendak jelaskan kepada rakyat apabila mereka bertanya apa pendirian Pas mengenai isu-isu membabitkan pemimpin PKR,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Selain itu, mereka juga bimbang semangat untuk berjuang habis-habisan di kalangan ahli Pas semakin luntur dan terhakis kerana pembangkang dilihat sudah ketandusan isu. Keadaan itu ditambah pula dengan kerajinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang bertemu rakyat.

Langkah kedua-dua pemimpin negara itu benar-benar memberi tamparan hebat kepada pembangkang memandangkan rakyat semakin merasai siapa sebenarnya memperjuangkan nasib mereka.

''Ketika pemimpin BN semakin banyak menghabiskan masa bertemu dengan rakyat, pemimpin-pemimpin pembangkang pula termasuk Pas terpaksa menjawab pelbagai isu berkaitan kerenah pemimpin pakatan itu.

''Keadaan ini merugikan pakatan pembangkang kerana rakyat semakin mampu mendapat isyarat siapa yang lebih layak dipilih dalam pilihan raya nanti,'' kata pemimpin muda itu.

Apa pun yang lebih menjadi persoalan ialah mengenai masa depan politik Pas. Parti itu dilihat bukan sahaja semakin goyah di Kedah malahan semakin tergugat di Kelantan. Begitu juga di seluruh negara, di sesetengah negeri, Pas dilihat tidak ada harapan untuk memenangi kerusi yang banyak kerana rakyat terutamanya orang Melayu semakin meragui keupayaan parti itu.

Segala-galanya kerana Pas pada masa ini dilihat terlalu bergantung kepada PKR dan DAP serta berupaya untuk menunjukkan ketegasannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Sikap Pas yang terlalu bertolak-ansur dan tidak tegas apabila berhadapan dengan isu-isu melibatkan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP telah memungkinkan parti itu dilihat semakin tiada prinsip politik.

Lebih mengecewakan pengikut parti itu sendiri, Pas juga bersedia bersekongkol dengan mainan janji-janji pemimpin-pemimpin PKR, biar pun mereka tahu ia sukar untuk dilaksanakan.

Justeru, ramai yang berpandangan jika Pas terus bersikap dengan demikian, tidak mustahil parti itu akan mencatatkan prestasi paling buruk dalam sejarah penubuhannya dalam pilihan raya umum akan datang.

Tetapi kita percaya, Pas tidak akan mempercayai fakta berkenaan kerana mereka sudah 'dibuai mimpi indah' ke Putrajaya, biar pun semua orang tahu itu hanya sekadar satu mimpi!

Wasabi Oyabun..

Tuanku Abdul Halim selamat ditabal Yang di-Pertuan Agong Ke-14!


Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini hari ini.

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu

“Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left. Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua, Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.

Ikrar Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong

Berikut adalah ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perisytiharan bahawa Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Najib melafazkan: “BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK NEGARA MALAYSIA IAITU DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA SERI PADUKA BAGINDA DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.”

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 9 April 2012

PRU-13: BN sedia 'bertempur' di alam siber!


Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di alam siber kini bersiap sedia berdepan taktik pembangkang yang dijangka menjadikan media baru sebagai medium melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, BN tidak mahu terikut-ikut dengan strategi pembangkang menabur fitnah sebaliknya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa dengan menggunakan kebenaran fakta.

''Pembangkang sudah tidak ada cara lain, mereka sedang tercari-cari isu dan bila tiada, mereka akan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dalam ceramah dan alam siber dengan harapan pemimpin berkenaan tidak akan turun padang.

''Sebab itu, jentera kita melalui media-media baru perlu bersiap sedia menangkis segala tohmahan dan fitnah dengan memberi penjelasan dan maklumat serta fakta kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas program anak angkat Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Sungai Dulang, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin BN di semua peringkat juga perlu bersedia kerana pembangkang dilihat bakal menggunakan pendekatan serangan peribadi terutamanya ketika pilihan raya semakin hampir.

Menurut beliau, pembangkang semakin ketandusan isu apabila satu persatu kelemahan pentadbiran di negeri yang mereka kuasai terbongkar manakala BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus diterima rakyat.

Dalam hubungan itu, jelas beliau, pembangkang sepatutnya bersikap matang dengan mengambil langkah membaiki segala kelemahan serta menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya mereka sebelum ini.

''Apabila ini tidak dapat dilakukan, pembangkang menjadikan serangan peribadi terhadap pemimpin BN sebagai modal politik untuk menutup kelemahan dan keburukan pentadbiran mereka," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, BN perlu menumpukan usaha memberi penjelasan secara berterusan terutamanya kepada golongan muda mengenai isu-isu yang sengaja diputar belit pembangkang untuk meraih sokongan.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 8 April 2012

Khir pertikai, dakwa MB putuskan sendiri pelantikan kontraktor!

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mempersoalkan tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini dalam pelantikan kontraktor bagi melaksanakan projek di bawah Geran Selangorku yang didakwanya terdedah kepada unsur-unsur rasuah.

Sambil menyifatkan cara pelantikan kontraktor itu sebagai 'aneh' dan 'luar biasa', beliau berkata, unsur-unsur tersebut mungkin wujud apabila difahamkan pemberian peruntukan RM300 juta di bawah geran berkenaan diputuskan sepenuhnya oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.

"Saya mendapat butiran taklimat Khalid (Menteri Besar) kepada para Exconya yang jelas menunjukkan pemberian Geran RM300 juta ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan Menteri Besar. Jika ia berdasarkan sebut harga terendah, mengapa pula kelulusan bergantung kepada Menteri Besar.

"Berdasarkan carta aliran pemberian Geran Selangorku berjumlah RM300 juta, Khalid berkuasa secara berseorangan untuk memutuskan siapa yang akan mendapat kontrak. Apakah ini bukan bentuk 'corruption' (rasuah) yang sangat luar biasa?

"Bukankah pentadbiran Selangor sekarang sering mendakwa merupakan sebuah kerajaan negeri yang telus dan terbuka. Justeru, mengapa dalam menentukan siapa yang akan mendapat kontrak-kontrak bernilai RM300 juta itu ditentukan oleh Menteri Besar secara bersendirian," katanya menerusi laman blognya, http://www.drkhir.com.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 5 April 2012

Ada orang yang bakal gila meroyan...!!! Usul larang lesbian, gay, biseksual jadi Ahli Dewan Rakyat?


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan membawa usul di Dewan Rakyat minggu depan bagi melarang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada menjadi ahli Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

Menurut Zahrain yang mewakili Konsensus Bebas, usul itu perlu dibawa kerana gaya hidup LGBT adalah dilarang di negara ini dan aspek agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini perlu dipelihara.

"Kalau layak menjadi ahli Dewan Rakyat, ia bermakna individu itu layak menjadi Perdana Menteri, kita tidak mahu Perdana Menteri kita pusing satu dunia dengan pasangannya yang sama jenis, ini akan memberi impak buruk kepada negara.

"Saya sedang mengarang usul mengenai perkara ini dan mungkin pada Isnin depan saya akan bentangkan di dewan dengan izin daripada Speaker Dewan Rakyat," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Oyabun SOKONG 100%..!!!











Wasabi Oyabun

Isnin, 2 April 2012

Anwar : Saya nak jadi Perdana Menteri, janganlah fitnah saya lagi...!!!


Begitulah keluhan seorang bekas banduan rasuah kuasa yang bernama Anwar a/k Ibrahim dalam roadshownya yang meroyan mahu menjadi Perdana Menteri selepas PRU ke-13 nanti!

Mungkin kerana tidak tahan dengan terjahan siang dan malam oleh para penyokong Umno dan BN, Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka.

Dengan nada untuk mendapat simpati ramai, Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk menilai. Tetapi bagaimana pula dengan sandiwara Anwar yang selama ini sudah banyak menipu rakyat Malaysia!



“Saya di penjara enam tahun akibat rasuah politik, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 3,000 penyokong di Seksyen 1, Wangsa Maju, malam baru-baru ini!

Mungkin Anwar sudah lupa siapa yang memulakan politik wang di dalam UMNO sehingga beliau dapat menjatuhkan Tun Ghafar Baba? Berapa banyak wang yang telah dibelanjakan semata-mata untuk memegang tampuk kuasa dengan secara singkat! Satu jari menuding kepada orang lain, tetapi empat jari lagi menuding kearah diri sendiri! Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tetapi dia yang lebih! Menganggap diri terlampau bersih dari segala dosa, hakikatnya bontot penuh dengan najis!

Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau memberi jaminan bahawa selepas PR memenangi pilihan raya akan datang, dalam tempoh 24 jam tersebut, beliau akan mengumumkan harga minyak akan turun. Jika tidak silap semasa Pilihan Raya Umum 2008 pun Anwar membuat janji yang sama iaitu untuk menurunkan harga minyak serta-merta jika berjaya menang dalam piliharaya namun segalanya hanya tinggal janji manis sahaja walaupun mereka memenangi lima negeri di semenanjung!

Menurutnya, beliau juga turut memberi jaminan setelah menjadi Perdana Menteri, pinjaman Perbadanan Tabung Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) akan turut diumumkan batal. Adalah lebih baik lakukan di UNISEL dahulu sebelum nak buat janji baru!

Memang mudah untuk menabur janji setiap kali nak pilihanraya, tetapi apabila tidak dapat nak menunaikanya bermacam alasan pula yang diberi. Rasuah politik adalah satu amalan membabitkan mereka yang berkuasa memberi janji untuk mendapatkan sokongan agar keputusan pilihan raya memihak mereka tetapi gagal menunaikan janji-janji dibuat, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Lembu. Adakah Anwar lupa akan kata-kata Pengarah Strategi PKR yang telah menbuat kenyataan di sebuah akhbar baru-baru ini!

Pada Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang membuat pelbagai janji kepada rakyat negeri ini melibatkan ekonomi dan sosial, namun akhirnya janji hanya tinggal janji. Selepas berkuasa sekali lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negeri ini apabila menabur janji-janji baru bagi menarik sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Janji-janji tersebut hanya sebagai 'perangkap' dan helah PKR bersama sekutunya, DAP dan Pas untuk mendapatkan undi tetapi bukannya berniat untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

Pada awal tahun ini Anwar ketika mengadakan ceramah di Meru, Klang, menyatakan bahawa PKR, DAP dan Pas kononnya akan menurunkan harga minyak serta-merta sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya dan beliau menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Selain menurunkan harga minyak, Anwar turut menabur janji-janji manisnya bahawa partinya itu akan menghapuskan kadar tol di lokasi laluan yang lama termasuk pelaksanaan gaji minimum pekerja sebanyak RM1,200 sebulan. Bukankah ini dinamakan rasuah politik?

Apa sudah jadi dengan janji menyediakan perubatan percuma kepada rakyat Selangor berusia 65 tahun ke atas, sewa minimum premis perniagaan kepada belia yang berniaga serta penurunan cukai pintu masing-masing sebanyak 20 peratus bagi kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial?

Itu antara janji yang kini dipandang sepi oleh pakatan pembangkang, banyak lagi janji mereka yang tidak ditunaikan meskipun sudah empat tahun mentadbir Selangor. Kini, mereka buat janji-janji lain pula untuk pilihan raya akan datang!

Janji-janji Anwar dan parti pembangkang hanya bersifat bermusim dan mereka menampilkan sikap hipokrit apabila cukai pintu dan premis perniagaan difahamkan telah dinaikkan oleh kerajaan PKR negeri ini. Denda kelewatan bayaran cukai pintu dikatakan turut dinaikkan daripada RM2 sebelum ini kepada RM20.

Ini bukti kerajaan negeri hari ini telah menekan rakyat dengan cara menaikkan kadar cukai tersebut termasuk denda bagi mendapatkan hasil negeri. Ini satu pendekatan yang menyusahkan rakyat dan zalim.

Pada masa yang sama, kita persoalkan janji gaji minimum yang dibuat oleh Anwar sebanyak RM1,200 sebulan sedangkan sebelum ini, pakatan pembangkang menetapkan gaji minimum RM1,500 sebulan. Kita lihat janji mereka sebenarnya tidak jelas dan tidak konsisten.

Jadi kepada Rafizi, apakah pula penjelasan anda terhadap semua janji-janji politik yang telah dibuat oleh BOSS anda dan juga pemimpin Pakatan Rakyat Selangor samada sebelum ataupun sesudah berkuasa! Masih nak menegakkan benang yang basah! Bukankah ianya satu rasuah politik yang nyata!

Anwar boleh menipu ramai orang, tetapi Anwar tidak boleh menipu diri sendiri! Ingat Anwar, rakyat Malaysia tidak rela seorang 'bekas banduan' yang mempunyai 'selera misteri' untuk menjadi Perdana Menteri! Bertaubatlah sebelum terlambat..Fikir-fikirkan lah ya..!!!

Wasabi Oyabun..