Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 21 April 2012

Warga emas kecewa sikap Anwar Ibrahim!


Seorang warga emas di sini kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa tidak mempedulikan nasib penduduk di kawasan itu.

Embun @ Bibah Kamis, 71, mendakwa, sepanjang menjadi wakil rakyat, Ketua Pembangkang itu tidak pernah melawat rumahnya dan mengambil tahu tentang hidupnya yang daif.

"Apabila hendak pilihan raya baru orang Anwar datang untuk berkempen, tetapi kesusahan rakyat di sini tidak pernah diambil tahu.

"Masalah seperti bumbung rumah bocor sejak setahun lalu dan dimasuki air setiap kali hujan, mereka tak peduli," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada program "Jom Pi Bantu" anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang turut dihadiri Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan.

Embun juga kesal dengan kesilapannya yang beberapa kali mengundi Anwar.

"Yang datang tolong ialah orang UMNO. Mereka tidak pilih 'orang itu atau orang ini' untuk dibantu," katanya yang tinggal bersama seorang anak dan dua orang cucu di rumah tersebut.

Perda menyediakan kos sebanyak RM10,825 untuk membaiki bumbung rumah warga emas itu yang siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan dengan bantuan pelajar-pelajar GiatMara.

Sementara itu, Saringat berkata, pihaknya telah membelanjakan RM600,000 hingga RM700,000 setahun untuk program peningkatan pendapatan, modal insan, bantuan makanan dan peralatan sekolah kepada golongan yang memerlukan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, program itu membabitkan antara 100 dan 150 peserta setiap tahun.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan: