Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 9 April 2012

PRU-13: BN sedia 'bertempur' di alam siber!


Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di alam siber kini bersiap sedia berdepan taktik pembangkang yang dijangka menjadikan media baru sebagai medium melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, BN tidak mahu terikut-ikut dengan strategi pembangkang menabur fitnah sebaliknya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa dengan menggunakan kebenaran fakta.

''Pembangkang sudah tidak ada cara lain, mereka sedang tercari-cari isu dan bila tiada, mereka akan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dalam ceramah dan alam siber dengan harapan pemimpin berkenaan tidak akan turun padang.

''Sebab itu, jentera kita melalui media-media baru perlu bersiap sedia menangkis segala tohmahan dan fitnah dengan memberi penjelasan dan maklumat serta fakta kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas program anak angkat Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Sungai Dulang, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin BN di semua peringkat juga perlu bersedia kerana pembangkang dilihat bakal menggunakan pendekatan serangan peribadi terutamanya ketika pilihan raya semakin hampir.

Menurut beliau, pembangkang semakin ketandusan isu apabila satu persatu kelemahan pentadbiran di negeri yang mereka kuasai terbongkar manakala BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus diterima rakyat.

Dalam hubungan itu, jelas beliau, pembangkang sepatutnya bersikap matang dengan mengambil langkah membaiki segala kelemahan serta menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihan raya mereka sebelum ini.

''Apabila ini tidak dapat dilakukan, pembangkang menjadikan serangan peribadi terhadap pemimpin BN sebagai modal politik untuk menutup kelemahan dan keburukan pentadbiran mereka," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, BN perlu menumpukan usaha memberi penjelasan secara berterusan terutamanya kepada golongan muda mengenai isu-isu yang sengaja diputar belit pembangkang untuk meraih sokongan.

Wasabi Oyabun..

1 ulasan:

  1. Salam 1 Malaysia..

    Blog anda sudah saya linkkan di blog saya..saya harap anda juga berbuat begitu..terima kasih

    BalasPadam