Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 27 April 2012

PTPTN dan pinjaman perumahan, apa bezanya?


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang berdemonstrasi dan berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, menyatakan bahawa mereka terpaksa mengambil pinjaman itu sebab tiada pilihan dan tidak akan mengambil pinjaman jika kerajaan menyediakan pendidikan percuma di universiti awam.

Bagi penulis kenyataan itu tiada bezanya jika ada dalam kalangan penjawat awam yang menyuarakan mereka terpaksa mengambil pinjaman perumahan kerajaan sebab tiada pilihan lain dan mereka juga tidak akan mengambil pinjaman perumahan itu jika kerajaan menyediakan rumah percuma untuk mereka.

Mustahillah tuntutan tersebut dapat ditunaikan oleh kerajaan! Berapa bilion pula wang yang terpaksa dilunaskan oleh kerajaan untuk melayan tuntutan tidak munasabah itu?


Mereka juga mendakwa bayaran balik pinjaman PTPTN memakan masa yang begitu lama. Ia juga tiada beza dengan kakitangan awam yang mengambil pinjaman perumahan kerajaan atau bank. Mereka juga terpaksa membayar pinjaman dalam tempoh yang lama hingga mencecah 25 tahun atau lebih.

Penulis sendiri masih berhutang dengan pihak bank dimana tiap-tiap bulan gaji dipotong melalui standing order untuk membayar semula pinjaman perumahan yang masih berbaki untuk 10 tahun lagi!

Justeru SMM patut bersyukur kerana dengan adanya PTPTN, maka mereka dapat meneruskan pengajian hingga ke universiti, sebagaimana juga penjawat awam atau swasta yang bersyukur kerana dapat memiliki rumah yang selesa walaupun terpaksa meminjam.

Dalam pada yang sama, penulis bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak yang mahu penambahbaikan pinjaman PTPTN, iaitu dengan mengurangkan kadar faedah bayaran balik atau menghapuskan terus faedahnya. Pelajar hanya dikehendaki membayar balik jumlah yang dipinjam sahaja.

Penulis juga bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak agar mereka yang kaya tidak perlu meminjam PTPTN untuk pembiayaan pendidikan di universiti.

Kepada mahasiswa yang mahu PTPTN ditukar kepada biasiswa, penulis rasa mereka ini lupa bahawa kaedah itu sudah lama wujud. Pelajar yang mendapat kepujian kelas pertama tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Jadi sebagai pelajar mereka sepatutnya berusaha mencapai tahap itu, bukan asyik berdemonstrasi.


Penulis tidak boleh terima 'drama padang' yang dilakonkan oleh mereka yang berkhemah di Dataran Merdeka tersebut.

Bagi penulis drama itu bukanlah ukuran kukuh untuk memansuhkan PTPTN. Perlu diingat pelajar universiti, kebanyakannya mengambil pinjaman PTPTN dapat belajar di tempat yang begitu selesa dari semua sudut.

Penulis difahamkan proses pembayaran balik tidaklah begitu ketat peraturannya. Pihak PTPTN akan menerima jumlah bayaran balik yang dianggap berpatutan, bahkan kadar bayaran serendah RM50 sebulan pun akan diterima PTPTN, jika alasan yang diberi munasabah. Yang penting bayar.

Yang menjadi masalah, ada sesetengah peminjam yang telah bekerja, lebih pentingkan pinjaman kereta daripada mendahulukan bayaran balik PTPTN. Mereka ini akan menjadikan alasan tidak mampu membayar balik pinjaman PTPTN kerana telah terikat dengan hutang membeli kenderaan. Ini suatu budaya yang tidak baik.


Pun begitu penulis amat yakin majoriti mahasiswa di menara gading tidak menyokong tindakan pihak SMM yang berdemonstrasi dan berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan PTPTN.

Ini jelas terbukti apabila hanya kurang 300 orang sahaja dapat dihimpun menyertai demonstrasi di dataran tersebut pada 14 April lalu. Anggaran awal penyertaan mahasiswa dalam demonstrasi tersebut bakal mencecah 5,000 orang begitu meleset dan amat jauh dari sasaran.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan