Terima kasih kerana mengundi BN
Selasa, 14 Mei 2013
KIRAAN UNDI SEMULA BERMULA DI PERMATANG PAUH?
Jika benar berlaku penipuan Pilihanraya Umum ke-13 seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dr Mazlan Ismail mencabar Ketua Umum PKR itu membuat laporan polis dan mengira semula undian di Parlimen Permatang Pauh.
“Saya mendesak dan mencabar, kalau Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang anak jantan, you balik Permatang Pauh, you buat report polis dan kita minta SPR buka semula kertas undi, kita kira semula untuk membuktikan sama ada berlaku atau tidak election fraud (penipuan pilihanraya) yang you jaja seluruh Malaysia,” katanya kepada TV3.
Menurutnya, Anwar perlu membuktikan dakwaan itu di kawasan yang ditandinginya sendiri terlebih dahulu dan jika gagal membuktikan, Ketua Umum PKR itu perlu mengakui bahawa dakwaannya itu hanya fitnah semata-mata.
“Dia (Anwar) ni ibarat peribahasa Melayu kata, ‘marahkan nyamuk bakar kelambu’..”katanya lagi..!!
Juragan Malawati..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan