Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 9 Mei 2013

Adakah ini sandiwara terbaru PKR...!!! Azmin Ali kritik Anwar?


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara terbuka mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu pembangkang menerima realiti kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Azmin melalui laman Twitternya memberitahu bahawa rakyat sudah letih dengan politik melampau dan seharusnya pakatan pembangkang bermuhasabah diri.

Beliau juga menyifatkan tindakan mengheret rakyat dipercayai merujuk kepada perhimpunan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya malam semalam sebagai membuli, selain seolah-olah meletakkan kegagalan merampas Putrajaya di atas bahu Anwar.

Ribut yang melanda PKR sehingga membawa kepada 'pemberontakan' itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura bahawa Anwar bersetuju untuk terus mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor walaupun dibantah beliau selaku Pengerusi PKR negeri.

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat," katanya melalui Twitter.

Tindakannya itu membuatkan beberapa rakan tweetnya mempersoalkan apa motif sebenar beliau bertindak demikian.

Seterusnya Azmin berkata: "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

''Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal."

Difahamkan Azmin akan mengadakan sidang akhbar esok, dipercayai ada kaitan dengan tindakan beliau melemparkan kecaman secara terbuka serta mengenai desas-desus beliau bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Mengenai isu Menteri Besar Selangor, kini bertiup khabar angin bahawa Azmin, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan 11 lagi pemimpin kanan PKR akan bertindak keluar pakatan pembangkang jika Anwar tetap dengan keputusan untuk memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai memberi tekanan tambahan kepada Ketua Pembangkang berkenaan.

Sementara itu portal berita The Mole melaporkan Azmin juga bersedia untuk mendedahkan satu isu besar yang berlaku 15 tahun lalu untuk pengetahuan umum esok.

Selain itu, beliau juga mahu mendedahkan mengenai sesuatu rahsia yang berlaku dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 berikutan pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah bagi memberi laluan kepada suaminya Anwar bertanding di situ dan beliau menang.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan