Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 26 Mei 2013

Kongres Nasional PKR hilang arah?


Petaling Jaya: Kongres Nasional PKR Ke-9 yang sepatutnya membincangkan hala tuju parti berkenaan semalam bertukar menjadi medan pemimpin untuk terus menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kononnya PRU-13 tidak telus.

Mereka meletakkan faktor itu kononnya sebagai asas kegagalan merampas lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menggagalkan usaha menawan Putrajaya, di sebalik pakatan menang 89 kerusi Parlimen selain mengekalkan penguasaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Ubah slogan

" Perhimpunan aman adalah milik rakyat. Penipuan itu dilakukan secara sistematik. Inilah pencabulan dalam PRu-13” Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR "


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika berucap, mengubah slogan ‘ini kalilah’ kepada ‘itu kalilah’ sebagai merujuk kepada keyakinan kononnya untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum lima tahun lagi.

“Hari ini sengaja kita pakai baju hitam sebagai membantah penipuan dilakukan oleh BN dan SPR pada PRU-13. Kita ubah daripada ‘ini kalilah’ kepada ‘itu kalilah’,” katanya di Dewan Sivik, di sini.

Kongres itu dirasmikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Terus burukkan SPR

Shamsul yang menang di Parlimen Bukit Katil pada PRU-13 dengan menewaskan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, mendakwa sepatutnya pembangkang sudah berjaya membentuk kerajaan pada PRU-13 tetapi penipuan yang didakwanya dilakukan BN dan SPR menyebabkan cita-cita itu terbantut.


Sementara itu, Azmin dalam ucapannya senada dengan Shamsul Iskandar apabila menuduh kononnya rakyat menyokong perhimpunan dicetus pembangkang kerana sudah bosan dengan apa yang didakwanya sebagai penipuan BN dan SPR.

“Rakyat menuntut pilihan raya adil dan bersih. Perhimpunan aman adalah milik rakyat. Penipuan itu dilakukan secara sistematik. Inilah pencabulan dalam PRu-13,” katanya.

Pada sidang media selepas itu, Azmin berkata, beliau tidak setuju ahli dan penyokong pembangkang berarak di jalan raya menuntut pilihan raya bersih tetapi sebaliknya harus dilakukan secara aman di lokasi mudah dikawal seperti stadium.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan