Terima kasih kerana mengundi BN
Sabtu, 25 Mei 2013
Edisi bongkar..!!! Najib 'buka mulut' pasal perjanjian sulit PRU13 dengan Anwar?
Jika bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla tidak mendedahkan tentang Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian sulitnya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya masing-masing menerima dan menghormati keputusan PRU 13, tentu tiada rakyat negara ini yang tahu.
Perdana Menteri walaupun dihentam depan belakang oleh pembangkang termasuk dituduh mencuri kemenangan tetap menyimpan rahsia perjanjian itu.
Jelaslah Najib bukan seperti Anwar yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat jadi Perdana Menteri termasuk memungkiri janji dan buat bodoh pasal sistem pilihanraya dengan mengambarkan seolah Pakatan Rakyat menang atas dasar 'undi popular'.
Hanya selepas Jusuf mendedahkan dalam interbiunya dengan Wall Street Journal Jumaat, mengenai sikap buruk Anwar yang tidak berpegang kepada janji barulah Najib ‘buka mulut’. Itu pun beliau tidak menyebut nama Anwar. Beliau hanya kata ' seorang pemimpin pembangkang'.
Berucap di perasmian Festival Belia 2013 di Putrajaya malam tadi, Najib mendedahkan tindakan seorang pemimpin pembangkang yang berjanji menerima keputusan pilihanraya tetapi tidak mengotakannya.
“Ada pemimpin pembangkang telah berjanji dan menandatangani perjanjian untut terima keputusan pilihanraya tetapi apabila keputusan tidak memihak kepada dia, dia tak terima dan menolak perjanjian yang sudah dibuat,”
“Ini bukan cara kita maknanya dalam perjuangan mesti ada prisip,” kata Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada pendedahan Jusuf mengenai sikap buruk Anwar itu.
Dalam ucapannya, Najib menegaskan, beliau boleh bertanding dengan Anwar jika ada sistem pilih undi popular bagi memilih presiden.
Bagaimanapun katanya, negara ini memilih kerajaan melalui sistem demokrasi berparlimen dengan parti yang ada kerusi lebih menang bukannya melalui undi popular.
Katanya, untuk memilih kerajaan mestilah melalui peti undi bukannya di tepi-tepi jalan melalui perhimpunan jalanan dengan cara mendesak dan menimbulkan huru hara serta keadaan tidak tenteram kepada negara.
“Sebarang tuntutan untuk membawa perubahan dalam negara ini mesti berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, “.
"Jika tidak, kita akan berakhir dengan mengikut undang-undang rimba dan ia akan memusnahkan semua yang telah dibina oleh pemimpin terdahulu," katanya.
Beliau juga mahu golongan belia berfikir secara waras umpamanya dalam menentukan sumber maklumat. Menurut Najib, bukan semua (berita) dalam internet dan media sosial adalah benar dan bukan semua yang dalam media utama propaganda kerajaan.
Katanya, amat penting bagi rakyat khususnya belia menentukan secara waras bertia-berita di blog, media dan internet sama ada ianya benar dan palsu.
Najib juga meminta rakyat jangan menolak kerajaan berdasarkan kepalsuan dan penimpuan umpamanya dakwaan Barisan Nasional (BN) mencuri kemenangan parti pembangkang.
“Itu satu kepalsuan kerana kita tidak menipu dlm pru 13. Tunjuk pada saya mana ada bangla jadi pengundi..tunjuk dan buktikan di pusat pengundi mana mereka mengundi..buktikan..tetapi sampai sekarang tak ada..mereka dakwa 40,000 mat bangla turun di airport. Tunjuk kapal terbang mana..jangan yang gelap sikit kata mat bangla,” ujarnya.
Najib berharap perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan memudahkan kerajaan mendengar suara dan hati golongan beliau untuk ditimbang.
Menurut Perdana Menteri, jika mahukan perubahan, ianya tidak semesti terlibat dalam perhimpunan atau meruntuhkan apa yang sudah ada pada hari ini.
Hadir sama di majlis itu selain Khairy ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek serta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Sumber : ROSLAN BIAN-AgendaDaily
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan