Terima kasih kerana mengundi BN
Rabu, 15 Mei 2013
Ketua Pembangkang diminta reda ketentuan Allah!
KOTA BHARU - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim perlu reda dengan ketentuan Allah SWT setelah gagal mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri apabila ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sebagai seorang Islam, Anwar perlu menerima kegagalannya itu dengan hati terbuka.
Beliau berkata, Allah telah menentukan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara ini dan pakatan pembangkang pula ditakdirkan untuk tiga negeri, maka tidak ada sebab bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh menerima ketentuan tersebut.
"Kita orang Islam perlu bersatu padu di atas nama Islam, bukannya menghasut orang dengan mengadakan demonstrasi sehingga berupaya mengundang perpecahan.
"Dia (Anwar) kena sedar diri, dia sudah tidak mampu menjadi Perdana Menteri dan kalau jadi sekali pun, dia pasti akan jatuh juga. Jadi redalah dengan semua ini. Kalau dia masih tidak reda, dari segi akidah, dia akan menanggung dosa yang besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menasihatkan Anwar menerima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan takdir.
Sejak minggu lalu, Anwar secara berterusan menghasut rakyat mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu dengan sebahagian besarnya disertai generasi muda Cina.
Tambah Abdullah, beliau secara peribadi melihat tindakan Anwar tersebut menunjukkan sifat sebenar Ketua Pembangkang itu yang begitu inginkan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.
"Saya ingin nasihatkan Anwar, dia sudah dua kali kalah dalam pilihan raya yang telus sehingga menyaksikan mereka turut diberi mandat memerintah sesetengah negeri, jadi terima ketentuan Allah. Segala percaturan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-Nya," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff pula menyifatkan cara pemikiran Anwar sudah tidak betul kerana terlalu mengikut emosi dan tidak dapat menerima keputusan PRU-13.
Mohd. Syamsul berkata, walaupun sudah jelas rakyat menolak beliau menjadi Perdana Menteri, namun Anwar masih tidak boleh menerima hakikat tersebut dengan terus mengadakan perhimpunan haram.
"Saya ingin nasihat rakyat jangan terikut-ikut dengan Anwar yang hanya mengunakan rakyat untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri," nasihat beliau.-UMO
Wasabi Oyabun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan