Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 8 Jun 2012

Anwar diminta jelas pendedahan akuan berkanun!




Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini meminta Ketua Pembangkang itu memberi penjelasan terhadap akuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun induknya.

Sekiranya dakwaan yang terdapat dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu tidak benar, Anuar mempersoalkan mengapa Anwar sehi...ngga kini belum memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Murad.

Beliau berkata, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999 yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion.

"Kita minta Anwar jelaskan adakah semua akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan