Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 4 Jun 2012

Pelbagai pihak terus kecam Nizar Lambai!




Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini terus mengecam bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, lebih 500 ahli daripada 26 persatuan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

"Perarakan secara aman itu bertujuan untuk menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan siasatan mengenai isu berkenaan.

"Penduduk di negeri ini marah dan kesal dengan kebiadaban Mohammad Nizar dan mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain," katanya.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak menerusi laman sosial Twitter Isnin lalu mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Ibrahim, sekali gus menggambarkan seolah-olah baginda membeli nombor tersebut menggunakan wang rakyat.



Sementara itu, lebih 100 ahli Gerakan Belia 4B Johor dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri turut berarak kira-kira 100 meter dari Pusat Penerangan Pelancongan (Jotic) sehingga luar pekarangan Istana Besar di sini hari ini.

Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri, Syahrin Md. Jamaluddin berkata, rakyat diminta menilai sikap sebenar segelintir pemimpin pembangkang yang sanggup mempertikaikan raja-raja Melayu di negara ini.

"Belum lagi memerintah, mereka sudah berani mempertikaikan raja-raja Melayu. Tak mustahil kalau mereka memerintah, Perlembagaan juga akan diubahnya.

"Justeru, saya menggesa agar rakyat khususnya di negeri ini agar lebih bijak menilai siapakah pemimpin yang selayaknya memerintah negara ini," katanya.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan